Pohon Ampun Maaf


Isnin, 2009 Julai 27
Pohon Ampun Maaf
Assalamualaikum,
dan salam sejahtera,

Para pembaca yang budiman,

Berita yang disiarkan pada 17 Julai 2009 yang menyebut ”Pada 15 Julai 2009, seorang putera terbaik Sungai Pahang telah pulang kerahmatullah. Beliau adalah Ahmad bin Taha…..” adalah tidak benar. Saya, Mat Amin yang mengelola blog ini bertanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan tersebut. Berhubung dengan masalah ini, ingin saya nyatakan perasaan saya sebagai berikut:

1. Berdasarkan Ulasan dari Saudara MENANTU BUNTUT PULAU, saya telah meminta bantuan sahabat-sahabat menyiasat semula perkara ini. Jawapan terbaru yang diterima ialah Pak Ahmad Taha @ Remaja masih hidup.

2. Saya menyatakan penyesalan yang amat sangat kerana menyiarkan berita secara tidak bertanggungjawab. Semoga ia menjadi pengajaran penting dalam hidup saya.

3. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Saudara MENANTU BUNTUT PULAU yang sudi memberikan ulasan sebagai tanggungjawab memperbetulkan kesalahan di blog ini.

4. Saya memohon ampun maaf kepada para pembaca sekalian termasuk kepada pengelola laman web yang telah membuat pautan kepada blog ini atau yang turut menyiarkan berita tersebut.

5. Amat gembira kerana Pak Ahmad Taha, hidup dan mendoakan supaya beliau sentiasa dikurniakan sihat walafiat.

Wassalam

Mat Amin
Dicatat oleh M.A. di Isnin, Julai 27, 2009
Label: alfatihah
3 ulasan:
POKTEHZUL berkata...
Abis tu siapa yang meninggal sebenarnya pak amin?? Adakah yang meninggal itu juga bekas anggota rejimen ke 10??
POKTEHZUL berkata...
Salam pak amin. saya dah link kan blog pak amin dengan blog saya www.youthstrikeback.blogspot.com terima kasih kerana melawat blog saya.
M.A. berkata...
Salam Pokteh Zul,

1. terima kasih kerana sudah link blog ini dengan blog saudara.
2. Saya telah melawat blog saudara - syabas diucapkan
3. Perhubungan kawan-kawan di Kampung Perdamaian Sukhirin dengan kawan-kawan yang balik ke Malaysia tidak begitu lancar. Berita terbaru yang saya terima hanya menyebutkan "Ahmad Taha masih hidup". Itu saja.
Walau bagaimanapun, saya mendapat berita bahawa seorang telah menjadi wakil Kampung Perdamaian Sukhirin melawat keluarga si mati.
(sila rujuk ulasan saudara tanpa nama @ Menantu Buntut Pulau)

Ulasan

  1. Lah ingatkan mahu memohon maaf kepada keluarga mangsa pembunuhan dan kekejaman komunis.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama12:55 PG

    Jawapan kepada axess 1202

    mengapa harus memohon maaf? Membunuh Henry Gurney harus memohon maaf? Membunuh manager British yang ratusan tahun mengeruk kekayaan tanah air harus meminta maaf? Membunuh tali barut penjajah harus meminta maaf?

    lojik apa ini kalau bukan lojik penjajah

    perjuangan menentang penjajah British adalah kewajipan setiap orang yang mengakui rakyat Malaya/Malaysia. Yang mereka bunuh adalah musuh tanah air iaitu kaum penjajah dan anjing buruannya.

    Kita yang termakan hasutan penjajah sepatutnya harus meminta maaf kerana di saat tanah air memerlukan pengorbanan, pembelaan, kita tidak lakukan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Muzium Sejarah

Barisan Gerila Malaya

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah