Kenyataan Blog Kampung Perdamaian Sukhirin - Kini Dan Silam
Sukhirin - Kini Dan Silam
Dalam perbincangan perundingan tingkat tinggi antara Kerajaan Malaysia dan PKM pusingan kedua pada 2 - 3 Februari 1989, wakil PKM antara lain pernah mengemukakan supaya kedudukan PKM dihalalkan, ISA dibatalkan, semua tahanan politik dibebaskan, peranan sejarah PKM dan peranan perjuangan bersenjata diakui.
Pihak Malaysia telah menolak tuntutan itu dengan berbagai alasan, tetapi menyatakan bahawa kerajaan Malaysia mengakui sumbangan PKM untuk kemerdekaan, tetapi tidak boleh secara terbuka, biar ahli-ahli sejarah memberi penilaian masing-masing, kerajaan tak sekat. - lihat Suriani Abdullah REJIMEN KE-10 DAN KEMERDEKAAN, Nan Dao Publisher, ISBN 978 962 58331 21, Januari 1999.
Mengikut pendapat kami, usaha-usaha yang menghalang mana-mana pihak menceritakan perjuangannya yang sebenar adalah tidak profesional, tidak demokratik dan tidak jujur serta tidak adil.
IGP Tan Sri Naniff Omar
di Kuala Lumpur pada 9/12/2007
Berikut adalah laporan dari Bernama:
May 25, 2009 20:13 PM
As such, he urged leaders who had expressed positive sentiments for the former leader of the Malayan Communist Party (MCP), Chin Peng, to state their stand clearly without hiding behind the cloak of their respective political parties.
"My comment is simple, Chin Peng and his commandos who had killed many people in the past certainly do not deserve any consideration from us," he told reporters after delivering a lecture on 1Malaysia to senior officers of his ministry at Angkasapuri, here Monday.
He said this when asked to comment on the call by the Penang Parti Gerakan that Chin Peng be allowed to return to Malaysia on humanitarian grounds.
Rais also called on Malaysians not to be hasty in following and supporting the innovations made by certain groups particularly bloggers who tried to idolise communism.
"The communists had abused this country and we had been shackled through killings and terrible actions committed by them. The thousands who had died at the hands of the communists should be sufficient for us to be remorseful so that we do not issue statements that can make us forget the atrocities committed by the regime then," he said.
Asked whether the government would take action such as those provided under the Internal Security Act (ISA) against those who tried to give a positive picture of the communists, Rais said he would bring the matter up at the Cabinet meeting later.
"The ISA is not under my jurisdiction, but I'm discussing with the minister concerned so that he too would be prepared to look at such a tendency," he said.
Recently, Penang Gerakan chairman Datuk Dr Teng Hock Nan asked the government to allow Chin Peng to return to Malaysia on humanitarian grounds as the communist terrorism which was rampant around the 1950's throughout the world including in China and Russia had undergone transformation.
-- BERNAMA
Dicatat oleh M.A. di Selasa, Mei 26, 2009
140 ulasan:
Salam
Saya terharu apabila melayari blog ini. Terima kasih kepada Dr. Seri Rais Yatim kerana membuka mata kepada saya tentang kewujudan blog seperti ini.
Kepada Pejuang Melayu, terima kasih saya ucapkan atas pengorbanan anda semua. Pengorbanan anda semua tidak dapat kami balas. Walau apapun yang diperkatakan oleh pemerentah, saya percaya Nawaitu anda semua adalah untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah. Terima kasih bapa-bapa, ibu-ibu.
Gedung Akal berkata...
Tuan,
Terima kasih atas maklumat dalam blog ini. Sebagai rakyat Malaysia saya 'takut' untuk berkata sesuatu tentang komunis kerana semua komunis adalah jahat dan perlu dijauhi.
Buku sejarah dan khabar lisan mengatakan PKM itu adalah pengganas dan siapa yang bersimpati akan dihukum -sejak zaman British hinggalah sekarang. Jadi apa lagi yang dapat saya katakan?
Sila baca ulasan di blog saya dan berikan komentar tuan. terima kasih.
Kami berbangga, generasi terdahulu sanggup bergadai nyawa menentang penjajahan. Bukannya seperti yang didakwa UMNO, kemerdekaan dengan perjanjian dan rundingan. Kami percaya Sejarah sebenar akan terbongkar.
Dan lebih membanggakan saya anak - anak Pahang sanggup berkorban nyawa menyambung perjuangan Dato' Bahaman dan pahlawan Pahang terdahulu. Sedangkan Sejarah hari ini menafikan semuanya.
Paparkan dan sebarkan lagi sejarah sebenar bukan sejarah acuan British.
Hot Zoom berkata...
Salam,
Perjuangan yang benar tapi tak betul.
Benar kerana memperjuangkan untuk pertahankan tanahair dari belenggu penjajah.
Tak betul kerana perjuangan dengan cara menyalahi undang-undang negara.
Apa pun ucapan jutaan terima kasih kepada PKM kerana sumbangan anda jugalah memberi kebebasan kepada pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman membebaskan negara dari belenggu penjajahan Jepun dan British.
Sumbangan anda adalah salah satu penyebab terhasilnya kemerdekaan Malaya.
http://www.zoompanas2.com/2009/05/parti-komunis-malaysia-pkm-dalam-blog.html
gedungduit berkata...
Salam,
Perjuangan yang benar tapi tak betul.
Benar kerana memperjuangkan untuk pertahankan tanahair dari belenggu penjajah.
Tak betul kerana perjuangan dengan cara menyalahi undang-undang negara.
Apa pun ucapan jutaan terima kasih kepada PKM kerana sumbangan anda jugalah memberi kebebasan kepada pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman membebaskan negara dari belenggu penjajahan Jepun dan British.
Sumbangan anda adalah salah satu penyebab terhasilnya kemerdekaan Malaya.
http://www.zoompanas2.com/2009/05/parti-komunis-malaysia-pkm-dalam-blog.html
braderjoni berkata...
Pak Mat Amin yang dihormati,
Surat khabar NST kelmarin pun ada laporan mengenai blog ini dan ianya agak adil dan rasional dalam komen yang ditulis. Rasanya ada baiknya dipaparkan laporan suratkhabar tersebut di sini.
Sejarah itu Maruah Bangsa.
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=420959
Dhani berkata...
terima kasih kepada rais yatim yang telah mempromosi blog ini sekali pun secara tidak langsung. :). semoga kewujudan blog ini tidak disekat agar pembaca akan terus dapat mengetahui kewujudan sejarah dari sisi yang tidak pernah ditimbulkan pihak pemerintah. amin...
Ada beberapa isu sebelum anda layak mengatakan anda pejuang kemerdekaan. Anda masih tidak menjawab persoalan yang dikemukan kepada lakar chinta:-
a)kenapa memilih PKM sebagai parti perjuangan . PKM yang berlandaskan MPAJ telah melakukan kesilapan besar ketika memerintah selama 14 hari selepas kekalahan Jepun sembelih babi di masjid batu pahat, bunuh talibarut Jepun semuanya berdasarkan balas dendam tanpa menjanjikan kestabilan dan keamanan.
b) Kenapa Rundingan Baling 1955 gagal?
Rundingan dilakukan bukan 1 atau 2 tetapi 4 sessi. Ini menenunjukan betapa seriusnya kerajaan yang diperintah ketika itu mahu berdamai dengan koumunis.PKM hendak menjadikan ia diiktiraf. dan Tanah Melayu sebagai satu REPUBLIK.
c) Kenapa tidak ikuti program pengampunan 19-49-1956?
Dengan program ini kesuluruhan rejimen ke 10 boleh menubuhkan parti bukan koumunis (sosialis) yang dapat menentang segala apa keburukan UMNO ketika itu.
sebenarnya anda hanya mengeluarkan blog ini sebagai justifikasi bahawa anda telah menghabis seluruh usia & tenaga untuk tujuan yang murni. Tapi anda silap selepas kemerdekaan seharusnya anda meletak senjata dan bersatu dengan majoriti kaum
Sebutkan satu negara komunis di dunia ini pada masa dahulu atau sekarang yang menjaga dan menegakkan kepentingan Islam? TIADA!
Salam Bapak Pejuang Kemerdekaan,
mereka mula takut kerana sejarah yg mereka kuburkan lama dahulu mula bagkit kembali. teruskan usaha bapak membuka kembali sejarah perjuangan kemerdekaan supaya anak muda seperti saya tidak lagi ditipu hidup2 oleh pemerintah UMNO/BN
yusof berkata...
Kominis sudah tidak wujud di Malaysia atau di rantau ini. Tapi sejarah tetap wujud sampai bila-bila. Apa yang nak ditakutkan dengan sejarah, kecuali sejarah bertulis yang anggap sebagai maklumat rasmi itu mengandungi unsur-unsur penipuan. Sejarah yang ditulis oleh manusia bukan muktamad seperti sejarah dalam al qoran. Sejarah bertulis harus di perbetulkan dari masa ke semasa.
dah lama aku rasa komunis ni ada yg baguih...tak sangka lak apa yg aku pk selama ni betui..tq pada tuan blog ni
sejarah tentang kemerdekaan banyak yang tidak dipaparkan dalam buku teks sejarah anak2 kita. aku sbg guru sejarah yang mendapat pendidikan sejarah secara formal di universiti selama 4 tahun cukup arif akan perjuangan PKM ini. kezalimannya tetap ada. namun jangan ditidakkan sumbangan PKM dalam menentang British dan Jepun. PKM antara yang berada dibarisan hadapan menentang penjajah. kami di UM pernah memanggil pemimpin tertinggi PKM untuk berdebat dengan prof sejarah UM, secara akademik. hasilnya nyata profesor2 sejarah mengakui akan sumbangan PKM dalam menentang British dan Jepun kecuali Prof Ramlah Adam (anda tahu kenapa..). bukan subangan PKM saja yang cuba ditidakkan tetapi sumbangan tokoh seperti Ibrahim Yaakob, Rahim Kajai, Zaba, Burhanudin Al Helmi turut ditidakkan dengan menggelar mereka ini golongan penentang! itulah sejarah ciptaan umno. bangga dengan perjuangan mereka. betulkah kemerdekaan ini dicapai melalui perjanjian dan rundingan??? ahhh sudah lah umno, jangan butakan hati warganegara Malaysia dengan cereka sejarahmu yang dongeng!!!
Salam..bg sya gambar-gambar ini adalah menunjukkan Pemerintah Malaysia sanggup menerima tetamu asalkan dengan cara yg terhormat tidak bermaksud Pemerintah Malaysia mengiakan Perjuangan Komunis ini kerana mereka berjuang atas prinsip2 yg bertentangan dengan ideologi demokrasi itu sendiri..jgn cuba mengelirukan Rakyat Malaysia..Jika Komunis sebagai Pejuang Negara kenapa selepas merdeka 1957 ,kenapa PKM tidak terus mahu meletakkan senjata.??Kenapa perlu tunggu sehingga 1989??? setelah 40tahun???.apa sebenarnya yg dicari oleh para pemimpin PKM ketika itu???..Jika tidak kan tidak perlu ada permusuhan,pergolakan dan peperangan yg hanya mendatangkan kemusnahan, keperitan dan kesengsaraan!!!..jika PKM meletakkan senjatanya waktu selepas merdeka sudah pasti PKM akan terpalit dalam sejarah Malaysia bukan sebagai petualang tp sebagai pejuang bangsa dan negara..bukan kah Kerajaan waktu itu boleh memberi pengampunan seperti pengikut2 mereka yg telah diberi pengampunan dan diberi tempat dalam Malaysia..Kenapa perlu ketua2 PKM ini melarikan diri ke Negara Lain..itu lah bg sya ideologi PKM itu sendiri adalah bersifat kepentingan peribadi semata-mata.di mana ingin menjadikan Malaya waktu itu Republik Komunis..tidakkan PKM tahu Tanah Melayu punyai Raja2..Sultan2..mengapa perlu ikut fahaman yg terang2 tidak berpaksikan kepercayaan Agama,Bangsa dan keNegaraan...Anda rakyat Malaysia pikir2 kan lah..jd ini sebagai Ilmu Pengetahuan..Jangan sampai kerana nila habis rosak susu sebelanga..
perjuangan pkm tidak sama dengan perjuangan rakyat palestin.rakyat palestin khususnya hamas berjuang untuk menegakkan negara islam palestin yang berdaulat.pkm pula berjuang untuk menegakkan sebuah negara komunis.dalam rundingan baling,pkm minta agar mereka diiktiraf sebagai parti yang sah.ideologi komunis tidak sesuai dengan masyarakat malaysia,lebih-lebih lagi orang islam.pkm menentang british,tapi bagaimana dengan orang yang tidak berdosa tetapi menjadi mangsa kekejaman komunis hanya kerana tidak mahu bersekongkol dengan komunis.parti perikatan yang ditunjangi umno telah membuktikan bahawa melalui kerjasama kaum,kemerdekaan negara dapat dicapai dengan cara rundingan.ini bukan pembohongan atau retorik,tapi inilah kenyatan.hanya melalui kerjasama kaum yang erat saja kemerdekaan dapat dicapai.ideologi komunis tidak sesuai dimalaysia.niat pkm hanyalah nak tubuhkan negara komunis.
sdr, jangan putarbelitkan fakta!
berapa banyak askar & polis yang tidak berdosa di bunuh komunis. ini fakta!
*komunis-sucks*
Manjungmari berkata...
Salam..
Teruskan perjuangan ini.. agar anak-anak muda melayu/malaysia jangan tertipu dengan dakyah jahat UMNO...biar mereka tahu bukannya UMNO yang bertungkus lumus menuntut kemerdekaan negara....
Adolf Hitler berkata...
saya sudah di ajar dr kecil untuk rasa takut dan marah pada perjuangan atau pahaman komunis. Alhamdulillah masa mengubah semua. Dgn keinginan untuk lebih tahu ttg apa itu komunisme membuat saya lebih rasa taksub dan hormat dgn fahaman ini. Saya hormati dan kagum dengan perjuang semua(bukan UMNO)untuk menuntut pembebasan negara. Semoga ada lebih ramai lagi yg akan buka mata dn berfikir dgn lebih baik ttg perjuangan dan pengorbanan.
perjuangan untuk menentang british ok.. terima kasih.. tetapi selepas malaysia merdeka mengapa masih memperjuangkan komunis.. kenapa tak perjuangkan Malaysia untuk menjadi negara Islam..
- parti jahat, kato eh -
Tahniah kepada penulis kerana menambahkan sumber rujukan.Mungkin kisah yang dipaparkan satu hari nanti akan membuka mata rakyat yang tak tahu apa-apa. Sama macam kisah Tok Janggut yang dituduh memberontak. Teruskan menulis, walaupun darah menitis...
YANG GAMBI berkata...
Orang Melayu tidak pernah melupai jasa-jasa perjuangan bangsa Melayu untuk membebaskan bumi ini. Tetapi, mengapa pahlawan-pahlawan Melayu dalm PKM tidak mahu kembali kepangkuan keluarga selepas Malaya merdeka, tetapi masih bertuankan Cing Peng menentang Kerajaan Melayu diterajui UMNO/Perikatan.
Malah, dalam tempoh 2 minggu Bintang 3 menguasai Tanah Melayu,mengapa ahli-ahli PKM Melayu tidak bersuara menghalang cina-cina komunis mengheret orang-orang Melayu kampong untuk dibunuh tanpa bicaa dan penyiasatan, termasuk salah seorangnya bapa saudara saya, beliau diketuk kepala bertubi-tubi sampai mati oleh cina komunis. Kemana perginya pejuang Melayu dalam PKM ?
Genarasi Malaysia, terutamanya anak Melayu, tidak pernah tidak berterima kasih denan pejuangan pahlawan Melayu, termasuk Melayu dari PKM, tetapi kekejaman Komunis yang diketuai Cing Peng, genarasi Melayu tidak boleh terima. Mengapa Ahli-Ahli Melayu Rejemen ke 10 PKM tidak mahu menerima tawaran kerajaan agar meletak senjata, sehinggalah pada tahun 1989 baru persetujuan dicapai. Sedangkan sebelum ini da juga tawaran kpd anggota PKM, hanya beberapa anggota Cina saja yang menerima, termasuk yang membunuh bapa saudara saya.
Saya setuju kalau kerajaan tidak mahu menghalalkan Parti Komunis Malaya, semua orang tahu ideologi komunis yang menyekat perkembangan pembangunan bangsa Melayu dan Islam. Kalau ada pun tercatat dalam perlembagaan PKM, itu sekadar untuk menawan hati orang-orang Melayu Islam, hakikat sebenarnya tidak sama sekali, waima apa sekali pun perubahan perlembagaan perjuangan PKM, ketuanya tetap bukan Melayu....., kami sanjung perjuangan ahlawan-pahlawan Melayu dari Rekmen 10 PKM, tapi tidak pada Cng Peng......
Hakikatnya, mengapa pahlawan Melayu dalam PKM tidak berani bersuara menghaang komunis membunuh bangsa Melayu didepan mata anda.... dan jangan terpengaruh dengan dakyah pengkhianat bangsa menuduh UMNO petualang negara.
UMNO sebenarnya telah menaikkan martabat bangsa Melayu sehingga berjaya, kalau ada yang mengatakan dizalimi, itu satu pembohongan.
Cuba nda kenang kembali, bagaimana rakyat Indonesia berjuang menmpahkan darah kerana ingin merdeka dari jajahan Belanda, tetapi merdeka dari tangan Jepun. Persoalannya, mengapa pribumi Indonesia masih ramai daif kemiskinan dibumi yang mereka perjuangkan, yang kayaraya, senang lenang siapa ? Kalau tidak masakan beribu-ribu rakyat Indonesia terkorban dilaut Cina Selatan semata-mata untuk datang ke Malaysia mencari rezki.....
Maaf kepada ayahnda-ayahnda serta bonda-bonda dari Rejmen ke 10 PKM, jangan salah tafsir terhadap kepimpinan UMNO dari dulu hingga kini, cuma kami mungkin tidak apat menerima kekejaman Cing Peng dan komunis. Kekejaman Jepun, kerana mereka penjajah, tetapi kekejaman komunis adalah kerana merka juga warga bumi ini, itu yang kami ingat sampai sekarang........
tanya abdullah cd kenapa orang cina dicincang orang melayu di kg. gajah, lambor hingga ke kawasan bota di perak tengah pada tahun 1946...
BalasPadamhemmm... kesian korg ni.. UMNO je la yg betul.. kepala hotak hang! PKM xnk letak senjata pas merdeka sbb TUNKU yg khianat perjanjian bodoh! sejarah boleh di reka oleh mereka yg menang... Perjuangan PALESTIN di sokong oleh PKM semasa persidangan komunis 1948.. ade ke tulis dlm sejarah buku teks sekarang pasal ni?? ade?? yg ade dato'Onn,UMNO,MCA,MIC,TUNKU yg bagus2..henry gurney kene bunuh pun dlm buku teks kate kesian kt henry gurney yg baik??? kepala hotak korg!!! penjajah british n org putih tu bunuh ramai org malaysia korg xmarah..xpyh pengampunan pun! dorg boleh pulak dtg malaysia siap melanggan anak bangsa korg utk melacur!? boleh pulak?? saham2 org putih babi ni boleh pulak?? halal je pulak?? starbuck,mcD,ZARA,n brg2 penjajah yg lain boleh pulak jual kt malaysia??! sempit betul otak org skrg ni! nanti mula la cakap org muda xtau sejarah... memang s**l anak beranak korg ni..
BalasPadamSemasa PKM menentang jepun, british halal kan pulak perjuangan PKM ni, tapi bila Jepun serah diri dan britis nak perintah malaysia diharamkan pulak PKM. Memang Dasar Pemerintah nak guna kesempatan sahaja. mana yang untung dia, dia sokonglah. pundek..
BalasPadamsalam.ape2 pun rejemen ke 10,berhaluan kiri besr perjuangannya yang telah dimanipulasi oleh UMNO dan sekutunya melalui sejarah...ape2pun perjuangan abdullah cd dan seangkatan tetap dipandang mulia..TAKBIR!!!
BalasPadamterima kasih,kerana pendedahan ini.selama hari ini di tipu oleh sejarah imperialis dan catatan sejarah yg dimanipulasi oleh UMNO.hanya allah sahaja yg dapat membalas jasa kalian..
BalasPadam