Muzium Sejarah

Selasa, 2009 Jun 16

Muzium Sejarah





Muzium Sejarah - terletak di
Kampung Perdamaian Sukhirin,
Narathiwat, Selatan Thai



Selepas penandatanganan persetujuan damai tiga pihak antara Kerajaan Malaysia – Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya, Abdullah C.D. mewakili pimpinan Rejimen Ke-10 telah memohon untuk membangunkan sebuah muzium khas untuk memaparkan sejarah perjuangan Rejimen Ke-10. Dengan keizinan pihak tentera Thai, sebuah muzium yang dinamakan MUZIUM SEJARAH telah didirikan pada tahun 1990.

Muzium sederhana ini mempamerkan berbagai barang yang pernah digunakan oleh pasukan gerila tersebut. Selain itu terdapat banyak gambar, buku-buku, dokumendokumen,catatan-catatan dan lain-lain.

Muzum Sejarah ini menjadi salah satu tarikan istimewa Daerah Sukhirin. Ribuan pelawat, ahli sejarah, penulis, pelancong dan lain-lain dari dalam dan luar negeri pernah berkunjung ke sini.











Dicatat oleh M.A. di Selasa, Jun 16, 2009

Label: Rejimen Ke-10 TRM, sejarah

8 ulasan:

pak mian berkata...

Sayang seribu kali sayang muzium ini terpaksa terletak di bumi luar Malaysia..... walaupun saya sudah tua tapi saya ingin juga hendakpergi melawat kesana dengan anak cucu saya.....mudah2an tuhan sampaikan hajat saya ini....doakanlah saya m.Amin.semug kita berjumpa...

2009 Jun 16 17:47

Tanpa Nama berkata...

Kagum..... betul-betul kagum! Saya terpaksa mengakui & menerima kenyataan tentang kehebatan tentera antiBritish ini, Rejimen ke-10 khasnya. Bukan saja mereka boleh bertahan selama 41 tahun,tetapi mereka juga sangat mengambil berat tentang pendidikan & ilmu pengetahuan para perajuritnya. Sebagai bukti, lihat saja berapa banyak penerbitan mereka. Alangkah baiknya kalau bahan2 tersebut dapat dijadikan bahan2 kajian para sejarawan kita!
putera gunung tahan

2009 Jun 16 21:02

HOT ZOOM berkata...

Salam,
Kenapa gambar sikit sangat.Boleh tak masukkan lagi banyak gambar berkaitan yang terdapat dalam muzium tu.Ramai rakyat Malaysia nak lihat dengan jelas apa yang terdapat dalam muzium tu
http://www.zoompanas2.com

2009 Jun 16 22:40

Tanpa Nama berkata...

Takniah kepada PKM yang bertungus-lumus mempertahankan sejarah benar perjuangan rakyat walaupun lembu punyu susu & sapi punya nama.

2009 Jun 16 22:52

Tanpa Nama berkata...

salam..

saya adalah antara para remaja, anak bangsa yg telah didedahkan dengan sejarah2 yg telah diubah, dibuang dan ditutup. mungkin masih ada yan tidak tahu tetang kebenaran ini. mungkin juga ada yang tahu tapi tidak mampu bersuara. seperti saya. hasil kajian dan pembacaan, saya dapati ada sesuatu yg saya tidak tahu tentang kebenaran ini. namun saya atau sesiapa sahaja rakyat malaysia ini tidak mampu berkata apa, tidak mampu bersuara..
walaupun kami mempunyai kebebasan bersuara, tapi tersilap cakap sahaja ke ISA..
bukan saya pengecut tidak menggunakan nama sebenar disini, ini kerana kami tidak bebas bersuara. tersalah bicara, ke dalam jawabnya.. kami terkurung di negara sendiri. ini bukan kemerdekaan yang kami inginkan. undang2 yang kami patuhi undang2 british.. sesungguhnya kami masih dijajah. tidak mustahil malaysia kini yang aman damai dijajah semula.. itulah yang saya gerunkan. hanya kepada Allah kami berserah.
saya akui sehingga kini saya masih kabur, mana yg benar, mana yg palsu.. kerana jiwa remaja kami kini telah dikotori dengan kepalsuan.. dijajahi dengan anasir2 pendusta.
Pak Amin mungkin terselamat di negara seberang. namun kami di bumi malaysia bila2 masa shj mungkin di dakwa atau ditahan tanpa bicara dengan ulasan seperti ini..

harap Pak Amin faham situasi kami..
salam
remaja wanita dari malaysia

2009 Jun 17 00:16

Tanpa Nama berkata...

alangkah seronok jika dapat ke sana dan menatap setiap helaian yang kelihatan sangat tersusun dan berstruktur.

2009 Jun 17 11:34

Putera Gunung Tebu berkata...

Utk Putera Gunung Tahan,

Oleh kerana nama kita hampir serupa, sudi-sudilah melawat saya di http://puteragunungtebu.blogspot.com

Saya banyak mengkaji sejarah perjuangan kemerdekaan oleh golongan kiri, termasuk Rejimen Ke-10 PKM. Sedikit sebanyak ada saya nukilkan kat sana.

Putera Gunung Tebu

2009 Jun 17 11:45

Tanpa Nama berkata...

Tahniah diatas maklumat baru ini, baru kami faham kedudukan sebenar sekarang ni...

2009 Jun 17 21:32

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PAS: Parti Komunis Bantu Capai Kemerdekaan

Barisan Gerila Malaya

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah