Papan tanda bagi ingati pembunuhan Henry Gurney?

Selasa, 2009 Jun 23
Papan tanda bagi ingati pembunuhan Henry Gurney?



keratan akhbarThe Sunday Times


Seorang pembaca telah mengirim nota kepada saya, katanya: “Pak Amin boleh tengoklah hebat tak hebatnya racun penjajah dalam kepala hotak sesetengah pegawai tinggi kerajaan hari ini”.

Beliau merujuk kepada sebuah laporan Bernama yang bertajuk ‘Papan tanda bagi ingati pembunuhan Henry Gurney’ yang terbit dalam Utusan Online beberapa hari lalu.

Beliau menarik perhatian saya kepada Pegawai Daerah yang berkata: “…..seorang pegawai British ditembak mati oleh pengganas komunis”.

Tidak pelik kalau pengirim bahan ini merasa marah. Sehari selepas Gurney dibunuh pada 6 Oktober 1951, muka depan The Sunday Times yang dikuasai British juga telah membuat berita besar begini: “SIR HENRY GURNEY KILLED BY COMMUNIST BANDITS”.

Sama ada Pegawai Daerah itu sedar ataupun tidak, dia senada saja dengan suara penjajah Inggeris 58 tahun yang lalu!

Kandungan berita Bernama:


DALAM NEGERI

Papan tanda bagi ingati pembunuhan Henry Gurney



KUALA KUBU BHARU 21 Jun – Dalam beratus-ratus kenderaan yang melalui Jalan Kuala Kubu Bharu untuk ke pusat peranginan Bukit Fraser setiap hari, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa salah satu selekoh di jalan itu pernah menjadi saksi kepada satu peristiwa berdarah yang menggegarkan negara.
Bagi mengajak orang ramai dan pelancong luar mengimbau semula peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor mengambil inisiatif meletakkan sebuah papan tanda di lokasi berlaku tragedi berdarah di selekoh itu.
Pegawai Daerahnya, Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, perletakan papan tanda itu dibuat supaya orang ramai yang melalui jalan itu dapat memperingati dan mengimbau semula peristiwa hitam itu.
“Ramai yang melalui jalan ini untuk ke Bukit Fraser tidak tahu di sini terpahat satu peristiwa bersejarah di mana seorang pegawai British ditembak mati oleh pengganas komunis,” katanya ketika ditemui selepas majlis perletakan papan tanda itu di sini, semalam.
Beliau berkata, papan tanda berkenaan diletakkan sebagai sebagai satu ‘monumen’ untuk mengingatkan orang ramai dan pelancong luar mengenai peristiwa bersejarah itu.
Katanya, dengan adanya usaha itu, diharapkan masyarakat terutamanya golongan muda lebih maklum mengenai sejarah negara dan lebih menghargai keamanan yang dicapai negara hari ini.
“Jika sebelum ini mereka hanya membaca kisah pembunuhan itu di dalam buku-buku sejarah, kami juga mahu pelawat-pelawat yang datang ke sini melihat dengan mata kepala mereka sendiri lokasi sebenar pembunuhan Henry Gurney,” katanya.
Henry Gurney yang berumur 53 tahun ketika itu, merupakan Ketua Setiausaha Pentadbiran Inggeris di Palestin sebelum dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948.
Henry Gurney mati ditembak dalam satu serangan hendap oleh pengganas komunis di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser pada 7 Okt 1951, semasa beliau dikatakan bersama isteri dan setiausaha peribadinya D.J. Staples sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser.
Kira-kira 12 kilometer sebelum sampai di Bukit Fraser, kereta Rolls Royce yang dinaiki mereka dan dipandu oleh seorang Konstabel Mohd. Din dengan kibaran bendera Union Jack, menjadi sasaran peluru komunis. – Bernama

Dicatat oleh M.A. di Selasa, Jun 23, 2009

Label: penjajah British

38 ulasan:

jamrussia berkata...
Sesiapa yg simpati dgn Henry Gurney boleh buat kunjungan ke Cheras Christian Cemetery...
2009 Jun 23 18:14
Bunga Popi berkata...
Nak tanya Pegawai Daerah Mr. Nor Hisham Ahmad Dahlan: Cukup ke peruntukan untuk buat papan tanda tu? Mengapa tak terus buat patung besar atau tugu memperingati Uncle Henry Gurney di situ? Ini satu projek baik; boleh tarik lebih ramai pelancong ke Bukit "F", kemudian beli bungan di sana dan letak di tugu!Memang geliga kepala hotak Mr Nor Hisham!
2009 Jun 23 18:29
Kekacang berkata...
Masih ada lagi Pegawai daerah sebodoh dan sedungu ini. Lepas ini kita buat semua papan tanda atau tugu di mana tempat orang putih pernah terbunuh dalam Perang Perak, Perak Pahang, Perang Melaka, Perang Naning, Perang Kelantan dan mana - mana perang yang ada orang putih mati patut dibuat tugu.
Pegawai Daerah macam ini tak layak manjadi ofis boy dalam Kerajaan yang merdekeka. Pemikiran tahap bangang (bahasa paling halus dan terbaik mampu difikirkan. Maamana pula dengan Portugis dan Belanda, tak nak agungkan juga ke?
2009 Jun 23 21:44
Amir Muhammad berkata...
Untuk JWW Birch ada?
2009 Jun 23 21:54
Aku pening berkata...
Sejarah tetap sejarah.Tiada siapa yang boleh mengubah sejarah.

Sejarah terhasil kerana berlaku sesuatu peristiwa.

Kenapa Sir Henry Gurney dibunuh?

Siapa Sir Henry Gurney?

Adakah sama Sir Henry Gurney dan J.W.W Birch dengan Dato' Maharajalela atau Rentap atau Mat Kilau atau Dato' Bahaman?

Siapa pengganas(komunis),siapa pengkhianat,siapa penjajah?

Jika penjajah disanjung kenapa kita menuntut kemerdekaan daripada penjajah?

Kenapa,kenapa,kenapa dan mengapa,mengapa,mengapa?

HOT ZOOM KOMUNITI ver.2
2009 Jun 23 21:58
Pak Odin Bota berkata...
contoh pemimpin negara yang menghargai jasa pejuang revolusi. LION OF THE DESERT -HISTORY OF MUSLIM AND GERMAN WAR. Libyan leader Gadaffi financed this desert epic about a Libyan hero who helped his nation fend off an Italian invasioan in 1929.OMAR MOKHTAR who organinizes Libyan forces to hold off the encroaching Italian troops under General troops under General Rodolfo.Omar managed to hold off the Italian for 20 years.cerita yang tidak di putar belit.Tapi Movie Melayu peristiwa Bukit Kepong telah di putar belit 360 darjah.Semua sejarah telah di putar oleh konco AMENO.
2009 Jun 23 22:42
Tanpa Nama berkata...
Tugu Pahlawan untuk Kempetai ? Bodoh pengawai-orang Melayu yang jiwa masih dijajah oleh musuh rakyat & negara yang merdeka.
2009 Jun 23 23:30
Tanpa Nama berkata...
Sayang betul DO tu kat tuan Mat Saleh dia. Patutla tugu negara sekarang patung askar Komawlth. Kalu gitu Malaysia merdeka dari komunis, bukan merdeka dari British.

Dol
2009 Jun 23 23:49
gitartong berkata...
haha! anak2 didik UMNO memang macam tu..
2009 Jun 24 07:55
Pakwar berkata...
patutlah...
2009 Jun 24 10:55
Bunga Popi berkata...
Saya ingin mencadangkan kepada MR. Nor Hisham: gantung potret terbaik UNCLE Henry Gurney di pejabat TUAN. Di kiri kanannya, kibarkan bendera Union Jack dan Jalur Gemilang yang menyerupai bendera Amerika itu. Inilah sebaik-baik cara untuk mengingati seorang 'pahlawan' yang telah banyak berjasa di Palestin dan Malaya!
2009 Jun 24 12:55
Putera Gunung Tebu berkata...
Apa nak dihairankan, pegawai British yang bersusah payah memburu dan menangkap Tok Janggut di Pasir Puteh ialah En Latef dan Sarjan Wan Sulaiman. En Latef ialah Pegawai Daerah Pasir Puteh yang menguatkuasa semua undang2 penjajah British termasuk memungut cukai sirih, cukai kerecut dan lain-lain cukai yang tak munasabah.

Sarjan Wan Sulaiman ialah Ketua Balai Polis Pasir Puteh. Dialah yang mengetua pasukan polis memburu dan memerangi Tok Janggut dan pejuang-pejuang melayu yang lain.

Akhirnya Tok Janggut terbunuh, mayat Allahyarham digantung terbalik di bandar Kota Bharu, dikelar dan dicucuk dengan benet...

Dalam pertempuran di Padang Kacung Kuala Berang pun sama. Polis British yang menembak pejuang melayu yang merupakan pengikut Tok Guru Hj Abdul Rahman Limbong juga polis melayu. Ketua polis yang mengetuai serangan tersebut bermula dengan gelaran Wan juga. Cucu dia sekarang salah seorang pemimpin politik sebuah parti melayu.

Apa nak dihairankan..
2009 Jun 24 14:07
member pencen keramat berkata...
Dari sini dapatlah kita lihat siapa kianat siapa?
Nilailah sendiri dengan fikiran yang waras
2009 Jun 24 16:22
Tanpa Nama berkata...
Aku mau cincang komunis kalau aku jumpa.
2009 Jun 24 17:33
Tanpa Nama berkata...
Kepada Tanpa Nama yang hendak cincang komunis:

Dari kata-kata tanpa nama, nampaknya tanpa namalah yang jahat sebenarnya. Belum apa-apa dah nak cincang orang.

Apakah kamu juga nak dirikan tugu peringatan utnuk Tuan Henry kamu?

Berfikirlah secara rasional, bebaskanlah fikiran kita dari kongkongan penjajah. Kita dah merdeka. Minda kita juga patut dimerdekakan.

Dol
2009 Jun 24 18:07
Tanpa Nama berkata...
lagi sedikit tambahan untuk tanpa nama:

Apakah tanpa nama tahu siapa Tuan Henry Gurnye itu?

Dialah yang menyebabkan negara Palestin direbut oleh kaum Zionis Israel. Sehingga hari ini, rakyat Palestin meneruskan hidup di dalam genangan darah dan air mata.

Dol
2009 Jun 24 18:12
Tanpa Nama berkata...
Inggeris bukan sahaja menyokong Zionisme dan penubuhan Israel di bumi Palestine pada 1948 tetapi juga menolong Umno menindas PKM, nasionalisme Melayu dan Islam yang progresif supaya ia boleh terus penjajahan bentuk baru di bumi Malaya melalui topeng Umno/Perikatan/BN. Ini pun sekarang jelas.
2009 Jun 24 20:32
Pengundi PRU13 berkata...
Nor Hisham ialah pegawai daerah di Selangor. Kami ingin tau apa komen kerajaan negeri Selangor dalam hal begini. Takkan main senyap je, TS??!
2009 Jun 24 21:09
megat zul berkata...
saya masih tak faham kenapa masih ada rakyat merdeka negara ini yang masih sayangkan penjajah. ingat lah wahai rakyat merdeka penjajah itu adalah musuh kita termasuklah mereka yang bekerja dengan penjajah dan mereka yang mati kerana mempertahankan kedaulatan penjajah. kenapa kita mesti mereka yang telah belot....merekalah musuh kita yang sebenarnya dan tak harus mereka ini diingati kecualulah kita sendiri masih rindu dengan mereka (penjajah) ini....nampaknya masih ada rakyat kita yang tak merdeka walaupun dah lebih 50 tahun kita menyamnbutnya.
2009 Jun 24 22:01
Tanpa Nama berkata...
Sokong pndapat "Pengundi pRU13" tu. Pendirian Umno dah jelas tak payah bersuluh lagi. Nak tau betul2 apa pemimpin2 Pkr dalam hal ni. Kita ada baca sikit2 apa anwar i brahim cakap, itupun setelah orang lain semua bersuara.... macam nak play sfve je. Plese lah Pkr, nyatakan sikap.....

pengundi pru 14
2009 Jun 24 22:39
Tanpa Nama berkata...
Sokong pandangan Sdr Megat Zul, mengapa kita masih harus mengagung-agungkan penjajah. Mereka adalah musuh sebenar kita.

Mengapa penjajah beria-ia benar menentang komunis (baca golongan kiri)? Kerana golongan inilah yang benar-benar berjuang untuk menghalau penjajah dari bumi tercinta ini, dan golongan inilah yang akan menghancurkan sistem ekonomi penjajah di tanah air kita.

Kita sudah mencapai kemerdekaan 50 tahun lebih, tapi otak kita, ekonomi kita,budaya kita, bahasa kita dll masih dikongkong oleh penjajah.

Sekarang sudah tiba masanya kita bebaskan fikiran kita, bebaskan ekonomi kita, bebaskan budaya kita, bebaskan bahasa kita, bebaskan pendidikan kita - untuk kemakmuran masyarakat kita.


Dol
2009 Jun 24 23:08
amerul berkata...
aku nak menari tarian pahlawan kat depan papan tanda tu nanti bagi memperingati pahlawan yang melawan penjajah.
2009 Jun 25 00:25
Tanpa Nama berkata...
nampaknya memang ada diantara segelintir kita semua yang sudah sedia mengaku yang mereka memang alat penjajah dan mereka cukup berbangga dengan apa yang mereka lakukan

PD nor hisham sebagai contoh daripada salah satunya

hairan hairan betui dengan perangai melayu ni


abu mizan
2009 Jun 25 08:50
md z... berkata...
Tak hairan, Abu Mizan..... Bukankah dalam sejarah perjuangan kemerdekaan tanah ari terdapat 2 tradisi? Yang satu berjuang mati-matian menentang pejajah; yang satu lagi bersubahat mati-matian dengan penjajah....
2009 Jun 25 11:46
Tanpa Nama berkata...
Tak ada kah orang2 KEadilAn yang membaca blog ini? Sampaikanlah kepada orang yang diatas. Jangan buat tak peduli..... Nanti orang kata betullah KEadilAn tempat orang Umno yang kecewa.... sekarang pun dah banyak orang rqsa begitu.... jangan lupa PRU 13 dah tak lama lagi........
2009 Jun 25 11:53
Tanpa Nama berkata...
di sebalik papan tanda ni ada hikmahnya,dulu zaman 80an semasa belajar sejarah di sekolah cuma kita belajar henry gurney dibunuh tetapi tidak ditulis latar belakangnya yg terlibat dengan penubuhan negara israel 1948. ternyatalah komunis di malaya ni memang berbaik dengan orang islam juga dan bukan tunduk kepada pemimpin cina semata-mata,betul tak?yang megatakan kiyai salleh itu menentang komunis di johor kerana komunis tidak suka islam adalah tidak benar,kiyai salleh tentra selempang merah itu dibiayai oleh pemimpin melayu yg bertuankan british,betul tak?papan tanda yg diletakkan sekarang memberitahu latar belakang henry gurney yg bekerja di tanah palestin mandat british sebelum bertukar ke malaya.
2009 Jun 25 11:59
Tanpa Nama berkata...
Baru aku tahu, di sini masalahnya. Patutlah kerajaan boneka Inggeris mempertahankan mati-matian dasar PPSMI. Polis digunakan untuk mempertahankan bahasa Mat Saleh, sehinggakan Seniman Negara pun kena gas pemedih mata.

Mereka nak memertabatkan bahasa Tuan mereka!
Mereka nak hapuskan bahasa nenek moyang kita!

Aku sekadar mencintai bahasa nenek moyangku!

Cinta Bahasa Ibunda
2009 Jun 25 12:08
Tanpa Nama berkata...
aku tak kira pasal umno. umno akan bungkus tak lama lagi. tapi akau nak tau pakatan rakayt/keadilan mewarisi tradisiyang mana satu? sebab mereka akan ganti umno. aku tak mau ganti pada kulit saja.... aku setuju dengan tanpa nama yang kata pkr ialah tempat orang umno yang dah kecewa.........

ikan todak temasik
2009 Jun 25 12:28
aman berkata...
Assalamualaikum PAK AMIN,

Saya cuma ingin tahu apa pendirian Pak Amin sekarang ?.? Jika Pak Amin masih berusia 30-an pada 2009 adakah Pak Amin masih mengangkat senjata atau berjuang di pentas politik aliran utama?? Terima kasih.

Aman
2009 Jun 25 18:26
md z... berkata...
Sebelum PAK AMIN jawab, saya nak tanya "aman": Jika 'aman' berusia 20-an pada zaman darurat, adakah 'aman'akan mengangkat senjata atau berjuang di pentas politik aliran utama (iaitu Umno)??Terima kasih.

md z
2009 Jun 25 20:41
Tanpa Nama berkata...
aku sokong sangat tuan DO yang bijak bistari tu buat tugu untuk 'jww bitch'(hahaha)...sokoooooooong sangat-sangat...(jangan lupa kontrek bagi aku...kalu tak aku tak sokong...hahahaha...

hebat punya do..misti lulusan sintok (pinjam istilah isham..kahkahkah)

anti jww bitch
2009 Jun 27 16:08
Tanpa Nama berkata...
md z, bagi pihak aman,saya jawab ...YA YA YA...satu lagi md z, tidak wujud istilah 'aliran politik utama'...tiada istilah itu...!!! yang ada ialah sama ada pro atau anti british...itu saja...

md y
2009 Jun 27 16:13
Tanpa Nama berkata...
aman...soalan tu tak releven dah...!!! baca dalam profail Pak Mat Amin...

md y
2009 Jun 27 16:15
sandusdawood berkata...
mana pak menteri rais yatim tulung perbetulkan kepala otak DO gila tu ,kepala otak dia .pejuang di namakan penganas ,penjajah di sanjong sebagai wira,,,
2009 Jun 28 08:44
Tanpa Nama berkata...
Ni lah yang dikatakan "KERA DI HUTAN DISUSUKAN ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN" wahai DO (bkn PD) yg hang dok sanjung sangat PENJAJAH tu kenapa? tok sah nak buang duit untuk tu le lebih baik hang kawin 4, lagi baik. Apa yang saya nak kongsikan disini adalah: Saya berharap pihak-pihak yang ingin sangat mengagong-agongkan penjajah tu, supaya cuba alihkan sedikit pandangan kepada pejuang=pejuang yang menentang pengganas komunis dikalangan rakyat malaysia, apakah mereka ini tak perlu dikenang atau dibuat peringatan. Untuk maklumat Mercu tanda pejuang-pejuang negara, seperti TUGU NEGARA tidak semegah dulu dan WISMA PAHLAWAN sudah nak dilelong kerana tidak mampu nak disenggara, kerana telah usang, dan tiada ada sesiapa yg nak sewa. Saya cadangkan supaya pihak-pihak yang merasakan betapa penting pejuang-pejuang, khususnya bekas tentera dan pasukan keselamatan yang berjuang bermati-matian untuk mengamankan negara ini, supaya memikirkan bagaimana cara untuk memulihkan kembali mercu tanda itu demi mengenang jasa pahlawan-pahlawan ini, saya rasa inilah satu cara yang lebih memberi makna kepada semangat petriotik kepada semua rakyat malaysia, kerana mempunyai mercu tanda yang bolih dibanggakan, janganlah asyik memuja-muja penjajah tu, sehingga sanggup meletakkan mereka-mereka ini sebagai pejuang, pahlawan dan sebagainya, kita sudah merdeka bukan lagi kita bergantung dengan mereka. Kerana kita asyik mengagongkan penjajahlah, sekarang ini mereka sedang menjajah kita semula dengan cara yang kita tidak sedari. Fikirlah, Renunglah apa yang saya katakan ini ujud atau tidak. BBHKCP
2009 Jun 28 21:04
PAPERIL berkata...
tanpa nama BBHKCP...pejuang2 yang menentang pengganas komunis..? kahkahkah...pejuang apa kalau jadi anjing dan tali barut penjajah...??? tentera yang makan gaji dengan penjajah adalah tali barut penjajah...anjing suruhan penjajah...janganlah salahkan rejimen ke-10 pula...rejimen ke-10 bukan pengganas...MEREKA PEJUANG TULIN YANG TIDAK DIBAYAR GAJI...
2009 Jun 28 22:59
Tanpa Nama berkata...
mkn gaji... jilat la ape2 pon, janji org atas senang..
2009 Jun 29 12:00
cheguBard berkata...
http://chegubard.blogspot.com/2009/06/antara-chin-peng-dan-henry-gurney.html

Antara Chin Peng dan Henry Gurney ?

'Chin Peng anak kelahiran Tanah Melayu, ketika membesar telah terserap dengan mood anti penjajah yang amat kuat. Mood anti penjajah yang ada pada beliau bukan setakat membebaskan negara tetapi lebih tinggi menjadi mood fahaman pengurusan ekonomi menentang fasis kapitalisme dan menghanyutkan beliau ke fahaman komunisme dengan dalam. Chin Peng percaya dengan fahaman Komunisme negara ini mampu di urus dengan lebih baik kerana pada kepercayaannya Komunisme lebih humanis dan menjamin hak sama rata bukan seperti kapitalis yang hanya menjamin hak pemodal besar Lantas atas kenyakinan kuatnya beliau menentang penjajahan British dengan sepenuh daya dan pemikiran beliau.'

Pada 21 Jun yang lepas telah di adakan satu majlis yang kononya 'amat bermakna' di tepi jalan, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.
ramai polis dan tentera yang turut diarahkan hadir meraikan perletakan papan tanda tersebut yang mewirakan Henry Gurney. Mana tidaknya jalan yang sehari – hari sunyi dan lengang tiba – tiba kelihatan ramai anggota beruniform bukan kerana kemalangan tetapi kerana meraikan sebuah pana tanda.

Sudah tentu bersungguh – sungguh lagi majlis ini apabila ia dibuat ketika semangat menolak Chin Peng pulang ke Malaysia.

Pertama sekali, siapa dia Henry Gurney yang nak diagungkan kematiannya ini? Henry Gurny ialah warga kelahiran British. Dia dibesarkan dalam keluarga bangsawan yang percaya bahawa bangsa mereka gagah dan kuat serta berdaulat. Maka semua bangsa lain perlu tunduk kepada kekuasaan bangsawan British. Di besarkan dengan persekitaran Eropah masih dipenuhi hamba abdi dari Asia dan Afrika.

sila layari http://chegubard.blogspot.com untuk membaca lanjut
2009 Jun 30 10:23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Barisan Gerila Malaya

PAS: Parti Komunis Bantu Capai Kemerdekaan

Muzium Sejarah