Penandatanganan Yang Bersejarah

Selasa, 2009 Jun 02

Penandatanganan Yang Bersejarah


Peristiwa bersejarah upacara penandatanganan perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia dan PKM serta antara Kerajaan Diraja Thailand dan PKM itu berlangsung di Lee Gardens Hotel, Haadyai pada 2 Disember 1989. Abdullah C.D., Rashid Maidin, saya dan Indra Jaya dari Rejimen Ke-10 bertolak ke Haadyai dengan helikopter tentera Thai untuk ikut serta dalam upacara tersebut. Semua urusan di pasukan diserahkan kepada Abu Samah buat sementara.



Ketua-ketua perwakilan tiga pihak yang menurunkan tandatangan di atas draf persetujuan damai itu ialah Panglima Tentera Darat merangkap Pemangku Panglima Angkatan Tentera Kerajaan Diraja Thailand, Tan Sri Jeneral Chaovalit Yongchaiyuth, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Kerajaan Malaysia, Datuk Wan Sidik Wan Abdul Rahman dan Setiausaha Agung PKM Chen Ping. Selain itu, pihak PKM yang turut hadir dalam upacara penandatanganan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pusat PKM Abdullah C.D. dan anggota Jawatankuasa Pusat, Rashid Maidin. Beberapa orang pimpinan dan kawan-kawan yang menghadiri upacara itu sebagai tetamu kehormat ialah Wu Yi Shi, Zainun, saya, Huang Seng (Darus), Indra Jaya dan Ng Hui Ngo.


Pukul 11.45 pagi (waktu Malaysia), ketua-ketua perwakilan dari ketiga-tiga pihak menurunkan tanda tangan di atas dua naskah draf Perjanjian Bersama. Kemudian Jen. Chaovalit Yongchaiyuth menyampaikan ucapan dan membacakan draf perjanjian bersama dalam bahasa Thai. Antaranya beliau berkata: "Hari ini adalah hari yang amat penting bagi Thailand, Malaysia dan PKM. Sejarah akan selama-lamanya mencatat hari ini sebagai hari perdamaian yang amat penting di dunia".

Ketua Perwakilan Kerajaan Malaysia yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri menyampaikan ucapannya dalam bahasa Inggeris. Akhirnya, Setiausaha Agung PKM, Chen Ping berucap dalam bahasa Malaysia.

Ucapan Chen Ping telah menimbulkan kesan yang amat besar dan menarik perhatian. Setelah selesai ucapan tersebut, perwakilan PKM mengadakan sidang akhbar. Chen Ping menjawab satu demi satu soalan dari para pemberita dalam bahasa Malaysia yang kemudian diterjemahkan oleh setiausahanya Ng Hui Ngo.

Dalam perundingan tersebut, Perdana Menteri Datok Seri Dr. Mahathir Mohd dengan pandangan yang jauh telah membersihkan halangan-halangan yang timbul di sepanjang jalan perundingan. Akhirnya perundingan telah mencapai kejayaan yang besar lagi penting. Manakala Mr. Yau Kong Yew, Timbalan Pegawai Polis Cawangan Khas dan juga penasihat bagi rombongan Kerajaan Malaysia dalam perundingan pula menganggap sikap ikhlas Chen Ping telah memberikan bantuan besar kepada kedua-dua pihak yang berunding itu untuk memperoleh kemajuan bahkan mencapai kejayaan. Sikap Chen Ping sedemikian nampak lebih nyata lagi di hari terakhir perundingan, katanya. – Dipetik dari Memoir Suriani Abdullah, Setengah Abad Dalam perjuangan, m.s 200-201, SIRD, 2006.

Berikut adalah sedutan dari filem video MEWUJUDKAN PERDAMAIAN yang diterbitkan oleh Studio TV Rejimen Ke-10 TRM pada bulan Disember 1989.













Dicatat oleh M.A. di Selasa, Jun 02, 2009

Label: sejarah, video

52 ulasan:

Mat Kalau berkata...
Pemimpin PKM berjiwa merdeka.
Jeneral Thai memang merdeka.
Tapi wakil Malaysia masih terjajah jiwa dan pemikiran. Itu sebab berbahasa Inggeris.

Dalam hal ini Syabas PKM.

Terima kasih kerana mengadakan perdamaian.
2009 Jun 2 18:31

Tanpa Nama berkata...
Tetapi, dengan menghentam PKM dan menolak kepulangan Pak Chin Peng, Perjanjian Perdamaian 1989 telah dipecah oleh kerajaan Umno munafiq yang mewarisi budaya fasis, penjajah dan penjajah bentuk baru.
2009 Jun 2 19:25

Tanpa Nama berkata...
Kisah kekejaman pengganas komunis dan perjuangan kerajaan yang memerintah menghapuskan aktiviti pengganas ideologi songsang sejak zaman darurat (1948-1960) hingga ke tahun 1980-an masih mampu diingati oleh generasi era itu dengan terperinci dan masih sesegar darah pejuang yang disembelih hidup-hidup oleh pengganas yang buta hati.
Bagi kami generasi yang lahir pada era 1970-an, kisah keganasan komunis di Sungai Siput Perak yang membunuh pengurus ladang berbangsa Inggeris yang membawa kepada pengisytiharan darurat selalu diceritakan oleh ibu yang tinggal di Estet Peng Soon, Sungai Siput semasa zaman sebelum merdeka.
Kisah keganasan komunis ini bukanlah perkara dongeng. Mereka tidak boleh diizin menjejakkan kaki walaupun seinci pun di bumi Malaysia dan diharamkan nama mereka disebut langsung.
Walaupun ada ahli Parti Komunis Malaya (PKM) mendabik dada mengatakan mereka adalah pejuang kemerdekaan, tidak perlu kita bertegang leher atau bertekak mengatakan sebaliknya. Sejarah membuktikan siapa pejuang siapa petualang. Jangan ingat generasi baru buta sejarah, komunis dan keganasan pejuang buku kecil berwarna merah ini akan diingati selagi kita hidup.
Rakyat yang cintakan agama dan negara mesti menghalang sebarang usaha membawa pulang bekas pemimpin PKM kembali ke bumi yang pernah disimbah dengan darah anak watan.
Di blog ideologi sesat yang dipelopori Karl Marx ini dikhabarkan wujud dengan perjuangan mengjustifikasikan perjuangan komunis sebagai sebahagian perjuangan kemerdekaan. Kalau benar mengapa majoriti rakyat tidak senada dengan perjuangan sejak zaman Jepun di Malaya lagi.
Lebih menakutkan ada bekas anggota PKM ini mengatakan walaupun mereka adalah anggota komunis, mereka tetap kekal beragama Islam dan dibuktikan dengan pembinaan surau di kawasan penempatan semula mereka di sempadan Malaysia-Thailand.
Kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan tidak pernah menidakkan ideologi yang menjurus kepada kebaikan tetapi jika agama dan ideologi dicampuradukkan, adakah ia perjuangan yang sebenar-benar perjuangan.
Justeru, langkah mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin perlu difikirkan semula. Sesungguhnya komunis bukan saja mengancam nyawa kita, malah ia mengancam umat Islam yang menjadi majoriti rakyat Malaysia.
Bagi kami generasi muda, jasa pejuang yang terkorban di dalam peristiwa Bukit Kepong dan pengorbanan askar Melayu melawan komunis menjadi tonik perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara berdaulat pada masa depan. Pejuang yang menghapuskan komunis tidak memerlukan sangat gelaran Datuk, pingat atau wang ringgit untuk jasa mereka dibalas.
ABDULRAZAKIDRIS,
Banting, Selangor.
2009 Jun 2 19:27

Tanpa Nama berkata...
Thanks for sharing these videos, it's so valuable.
2009 Jun 2 20:01

Tanpa Nama berkata...
ABDULRAZAKIDRIS, bukankah komunis bersikap lebih demokratik sebab saudara bolen bersuara anti-komunis di blog komunis. Adakah Utusan Malaysia dan sebagainya membenarkan komunis bersuara di ruang atau laman mereka ?
2009 Jun 2 20:01

Sang Saka berkata...
Kehadapan Pak Mat Amin yang dihormati,
Ada baik Pak mat Amin juga paparkan salinan perjanjian damai tersebut untuk tatapan semua seperti di link berikut :-
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqnk76rWAkpsbmgZKkdu9JhQJZfTugg6awHpJ1sMBMw8S_Hmq3Xjq47-CIml3fHutBV_QEux3eAfw01-pj8QvZpxAsHMmw-I6chmc7b_UGHkAxIid4P_qLYtoKJGtgBomwUm_z1iz91Js/s1600-h/Boss.jpg

http://7rangers.blogspot.com/2008/10/reneging-of-agreement-between.html

Untuk maklumat kita bersama menjejaki sejarah sebenar.
2009 Jun 2 22:27

Urban Riot berkata...
ABDULRAZAKIDRIS - Generasi Muda????
Buat cerita dongeng..Ketinggalan zaman
Ini bukan blog komunis la jakun..tapi tatapan sejarah.
Ni contoh masalah belia-belia kolot yang tak 'urban'...memukul gendang patriotik pada zaman imperialis pasca moden.
Oh, padan pun orang banting saje
2009 Jun 2 22:46

Tanpa Nama berkata...
selepas melihat perjanjian.... sepatutnya unit bersenjata telah dibubarkan dan menghapuskan semua senjata ... jadi rasanya tak perlulah ditayangkan gamabar tentera PKM serta kisahnya, kerana ini seolah olah satu propaganda untuk menunjukkak kekuatan PKM serta tudak menghormati perjanjian. Cuma tunjukkanlah apa yang sedang berlaku sekarang sudah memadai.
2009 Jun 2 23:34

johan berkata...
Gambar-gambar unit-unit bersenjata PKM yang dipaparkan adalah bahan sejarah. Jika bahan sejarah pun boleh menakutkan puak-puak anti-koumnis, maka boleh dikata puak-puak anti-komunis kurang keyakinan sendiri. Mungkin puak-puak anti-komunis di Malaysia kini mengalami perasaan "guilt feeling" kerana sekarang baru tahu apa yang mereka buat dulu pada hakikatnya adalah perbuatan boneka ataupun talibalut penjajah dan neo-kolonialisme.
2009 Jun 3 00:09

Tanpa Nama berkata...
Jika ada "guilt feeling", tukarlah dan tidak menggadai maruah negara dan rakyat lagi. Jangan sekali lagi manjadikan diri boneka atapun talibalut kuasa-kuasa barat kerana naik cari makan, dapat "scholarship" atu "free trips" ke Britain, Australia atau Amerika. Carilah rezeki secara jujur mengikut ajaran Islam yang mutaqun.
2009 Jun 3 00:32

si pekak dan si bisu berkata...
salam pak tuah...
saya student dan sangat bminat untuk tahu lebih mendalam mngenai komunis.
banyak persoalan bmain di fikiran saya mngenai orang melayu yang mnyertai komunis. terutama adakah komunis melayu ini sebenarnya pejuang malaya @ pembelot. jika difikirkan secara logik akal tak mungkin komunis melayu ingin belot dengon agama dan bangsa sendiri. tapi jika difikir secara positif, mungkin komunis melayu tiada cara lain 'terpaksa' mnyertai komunis cina untuk bersama2 menumpaskan penjajah british. pada hemat saya, sbenarnya yang berlaku kejam adalah komunis cina. pada zaman penjajahan jepun, bangsa cina telah ditindas dengan teruk. dengan itu lah tertubuh nya komunis cina untuk menjaga bangsa mereka sendiri. sebab itu lah orang melayu dan Islam ditindas oleh komunis cina. saya tak berani komen lanjut mngenai permasalahan ini kerana saya sbagai golongan muda tidak berada pada masa itu dan secara langsung tidak faham situasi sbenar. wallahualam...
jadi di harap pak tuah dapat memberi penjelasan sbenar mngenai orang melayu yang mnyertai komunis. terima kasih.

http://syafeque.blogspot.com
2009 Jun 3 00:40

LSD berkata...
AbdulRazakIdris... ni anak penghulu kampung mane ni.Poyo je cakap, tapi hampeh.. Siapa lagi nak dengar cerita pasal kekejaman ni, mesti atuk nenek kau pun talibarut. Bosan la tengok org mcm kau..patriotik muda konon. kurang pendidikan sekular ni
2009 Jun 3 00:40

si pekak dan si bisu berkata...
satu lagi perkara yang ingin saya tanyakan.
adakah pak tuah mngenali Allahyarham Pak Long Burung @ Zainal Abidin.
Arwah bukan seorang komunis.
tapi berdasarkan sejarah yang saya pelajari dari sahabat handai, arwah dahulunya pernah menyamar dan menyertai komunis semata2 untuk mengambil ilmu2 komunis.
bukan untuk di praktikkan, tapi mengambil ilmu dari komunis untuk melawan mereka semula.
apabila kita tahu ilmu mereka, jadi kita ada modal dan kuasa untuk melawan mereka semula.
kita juga digalakkan untuk mempelajari mengenai bangsa asing. itu apa yang dilakukan oleh Arwah Pak Long Burung. mnyamar dan mengambil ilmu dari komunis. bagaimana pula komunis melayu yang lain? Wallahualam...

http://syafeque.blogspot.com
2009 Jun 3 00:47

crewradix berkata...
BLOG NI BEST..PENUH ILMIAH..TERUSKAN TANPA HENTI..
2009 Jun 3 01:06
Tanpa Nama berkata...
Salah satu sebab-sebab Indonesia di bawah pimpinan Bung Karno pandang rendah Tunku ialah Tunku rela jadi boneka @ talibalut Anglo-Amerika dan menandatangi AMDA yang membenarkan beribu-ribu askar Komanwel bertapak & beroperasi di Malaya. Rakat Indonesia berasa bangga kerana mereka berani lawan penjajah mereka dengan revolusi bersenjata. Melayu di Malaya pada masa itu masih tidak sedar diri dan ramai diperbodohkan oleh propaganda penjajah yang disebar olen tabibalut-talibalutnya, iaitu Umno & Raja-raja Melayu serta imam-imam yang tamak haloba & gila kuasa.
2009 Jun 3 01:10

Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata...
Si Pekak dan Si Bisu (wtf??)

Komunisme hanyalah sistem politikal ekonomi, tak ada kena mengena dengan perkauman.
Komunis melayu tak wujud, yang ada cuma pejuang kemerdekaan yang mungkin telah dinafikan....

Maybe tak perlu hurai panjang lebar, baca sahaja riwayat Che Guevara, satu contoh revolusioner agung yang sehingga kini disanjung generasi radikal (The New Left) dan ikon budaya seantero dunia.
2009 Jun 3 01:20

Tanpa Nama berkata...
emm sebab tu one malaysia sokong bahser ingeris, depa takut tgk chin peng cakap melayu sedangkan wakil kerajaan cakap ingeris,,,ehheheh mmg dasar sentiasa terjajah, hidup TRM rejimen ke 10.
mamat banting wei, kalau ko nak tau saper yang kejor tok janguut, tok bahaman, haji limbung dll pejuang melayu dari dulu lagi adalah org melayu..tali barut org putih, balachi dan mamat bodoh, so apsal korang la ni guna istilah pejuang pada depa, saper jd mata2, saper jd tukang tangkap pejuang2 tersebut, dan dengan itu dlm perang hantu mesti dibunuh dok kira melayu ker apa ker,,,,
2009 Jun 3 01:38

Tanpa Nama berkata...
ehhehehe Pak Long Burung tu Penipu Besar la weiiii....
2009 Jun 3 01:46

Mat Amin berkata...
sila lihat ini sebagai tatapan:
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/component/poll/24-should-chin-peng-be-allowed-to-return-to-malaysia
2009 Jun 3 07:36

Takbai berkata...
Kalau PKM dihidupkan kembali, aku akan sertai PKM ... aku akan hancurkan UMNO
2009 Jun 3 08:10

Poktehzul berkata...
Kepada ABDUL RAZAK IDRIS.. suara genarasi muda mana yg ko bawa?? Kalau suara pemuda UMNO PONDAN bleh la lu cakap gitu. Kami generasi muda baru akan pasti kan next election UMNO akan bungkus dan pupus di bumi malaysia. Kami bukan sebangang pemuda umno banting.. agak agak lu ni hanya ketua pemuda cawangan je. sebab tu menyalak tak tentu pasal. Lu nak kecoh kecoh pasal sungai siput.. Batang kali massacre apa citer?? Hanya pemuda PONDAN UMNO saja yang buta sejarah..
2009 Jun 3 09:35

Tanpa Nama berkata...
salam semua..
adalah menjadi hak masing2 untuk memilih dan menyokong mana2..
dan aku memilih untuk sokong pkm berbanding umno...
2009 Jun 3 14:57

Tanpa Nama berkata...
Melihat Sejarah dengan ilmu bukan emosi. Sejarah adalah masa lampau yang perlu diperhatikan. Kita tidak terikat untuk mangatakan benar @ salah apabila membaca Sejarah.
Kepada bekas polis dan tentera, sepatutnya dapat berfikir sejenak, apakah benar pihak pemerintah menilai dan meletakkan kamu di tempat yang sebenar. Ramai anggota tentera yang cedera, kehilangan anggota badan masih hidup susah di dunia nyata. Terpaksa mengemis memohon sedekah. Ini bermakna anda hanya diperkudakan sahaja. Nak mintak tanah seekar pun payah, sedangkan perasuah diberikan ribuan ekar tanah untuk hidup senang.
Apa yang jadi pada Leftenan Adnan, pahlawan yang terkorban, APA PEMERINTAH BERI KEPADA KELUARGA MEREKA. Nilai anda diguna dan diperaskan keringat. Didoktrinkan dalam pemikiran orang lain semuanya salah, yang betul hanya pemerintah. Didoktrinkan apa yang dibuat untuk agama, bangsa dan tanahair. Yang sebenarnya apa yang dilakukan hanya demi pemerintah, umpama kata - kata Hang Tuah, Biar dicampak ke dalm neraka, derhaka Sultan tidak sekali.
Sedangkan Allah memberi akal, panduan dan fikiran, malangnya ramai yang meletakkan gaji bulanan lebih dari suruhan Allah.
Jadilah jiwa merdeka, MERDEKA DAN TERUS MERDEKA. HANYA PADA ALLAH KITA TAKUTKAN.
2009 Jun 3 15:20

si pekak dan si bisu berkata...
sape yang kutuk Pak Long Burung tu?
orang tu dah arwah la...
ko yang x tau pape jgn memandai la...
aku benci org bodoh yang buat2 pandai...
2009 Jun 3 16:21

si pekak dan si bisu berkata...
Ingin tahu mngenai sejarah peristiwa 13 Mei 1969? Sila lawati blog ini:

http://syafeque.blogsot.com
2009 Jun 3 16:31

Tanpa Nama berkata...
Di Malaysia kini masih byk org tidak dpt menerima hakikat sejarah perjuangan Komunis & faktor sejarah sebenar di tanah melayu ni sehingga sanggup dipermainkan oleh media2 terutm Utusan Malaysia yg jadi pembesar suara UMNO yg sering mainkan senario perkauman & memecahbela perpaduan rakyat.
sedangkan PM kita presiden UMNO sedang giat membuat lawatan resmi utk mengeratkan hubungan, semperna 35tahun hubungan deplomatik dgn Cina negara mengamalkan fahaman komunisma terbesar di dunia sejak 1949....
2009 Jun 3 19:18

Serious Shepherd berkata...
"kisah keganasan komunis di Sungai Siput Perak yang membunuh pengurus ladang berbangsa Inggeris yang membawa kepada pengisytiharan darurat selalu diceritakan oleh ibu yang tinggal di Estet Peng Soon, Sungai Siput semasa zaman sebelum merdeka."

Kalau tembak mati pengurus ladang berbangsa Inggeris adalah satu keganasan, adakah Siputum seorang pengganas kerana membunuh residen berbangsa Inggeris? Generasi muda konon, silap2 buku teks sejarah masa tu lebih menekankan jasa2 residen dan penasihat British.

Generasi muda yang sebenar akan membandingkan 'Zaman Darurat' dengan 'War on Terror', 'Tentera Negara Komanwel' dengan 'Coalition Forces' di Afghanistan dan pasukan tentera yang ditubuhkan semasa darurat dengan Afghan National Army dan New Iraqi Army.
2009 Jun 4 07:36

Serious Shepherd berkata...
Tlg padamkan kalau saya terpos dua kali.


"kisah keganasan komunis di Sungai Siput Perak yang membunuh pengurus ladang berbangsa Inggeris yang membawa kepada pengisytiharan darurat selalu diceritakan oleh ibu yang tinggal di Estet Peng Soon, Sungai Siput semasa zaman sebelum merdeka."

Kalau tembak mati pengurus ladang berbangsa Inggeris adalah satu keganasan, adakah Siputum seorang pengganas kerana membunuh residen berbangsa Inggeris? Generasi muda konon, silap2 buku teks sejarah masa tu lebih menekankan jasa2 residen dan penasihat British.

Generasi muda yang sebenar akan membandingkan 'Zaman Darurat' dengan 'War on Terror', 'Tentera Negara Komanwel' dengan 'Coalition Forces' di Afghanistan dan pasukan tentera yang ditubuhkan semasa darurat dengan Afghan National Army dan New Iraqi Army.
2009 Jun 4 07:38

sayaanakmalaysia berkata...
pelik dan jelik bila ramai sgt yg kononya terpelajar..kebebasan bersuara la..demokratik la kononya..semua ni hanyalah alasan untuk menyesatkan..sedih melihat fahaman politk menjadi batu penghalang nasionalisme

jika benar pkm utk kemerdekaan kenapa selepas merdeka mereka tidak berdamai dan menyertai dunia realiti penubuhan negara?
2009 Jun 4 07:55

johan berkata...
sayaanakmalaysia:

1. 31/8/1957 cuma merupakan bendera Union Jack diturunkan;

2. Hakikat yang sebenarnya adalah:

a. dari 1958 ke 1968, IGP pertama bukan warga Malaya tetapi warga Britain, iaitu Sir Claude Fenner;

b. dari 1858 ke 1984, beribu-ribu askar-askar penjajah dan sekutunya masih bertapak, beroperasi dan bermaharajarela di tanahair kita;


3. Itu sebabnya PKM terpaksan terus berjuang secara bersenjata untuk mengusir askar-askar penjajah demi memastikan kemerdekaan adalah benar dan bukan palsu atau "setengah masak".
2009 Jun 4 11:43

Tanpa Nama berkata...
assalamualaikum pak amin,
adakah pak amin salah seorang daripada orang kuat sayap kiri sebelom hartal...
pak amin ada maklumat tersebut??
mintak ketengahkan sejarah2 tersebut...
sebab waktu tu baru kite nmpak rkyat mana yg ingin memerdekakan negara
2009 Jun 4 12:18

johan berkata...
MINTA MAAF: Di (b), angka "1858" adalah satu kesalahan taip-menaip. Tahun yang betul ialah 1958.
2009 Jun 4 12:20
Tanpa Nama berkata...
jika PKM berjaya mengusir askar2 penjajah dan memerintah negara ini dari dulu hingga skrg ini(2009)...

bagaimana dgn kedudukan agama ISLAM?
bagaimana dgn kedudukan bangsa MELAYU?
bagaimana dgn kedudukan RAJA2 n SULTAN2?
bagaimana dgn kedudukan ekonomi MELAYU?
bagaimana dgn askar2 n polis2 yg pernah berada bersama2 askar2 penjajah?

thnks.. boyesen
2009 Jun 4 12:44
Mat Amin berkata...
berkenaan pertanyaan tanpa nama di atas, jawapannya akan menyusun melalui Program Nasional PKM dan program khusus PKM pada masa sekarang (1980) (kalau tak silap tarikh).

Berkenaan dengan askar2: askar2 Melayu bukan musuh utama, bertempur dengan mereka kerana terpaksa.
Berkenaan dengan askar2 lain, sila rujuk 10 fasal perhatian.

terima kasih kerana terus mengikuti blog ini
2009 Jun 4 13:16
Tanpa Nama berkata...
maaf, bleh terangkan sedikit mengenai Program Nasional PKM dan Program khusus PKM? atau ada link?

mengenai askar2 melayu tuh...
jika dilihat, negara merdeka pada 1959.
tetapi kenapa selepas merdeka pihak PKM masih menjalankan operasi? dan meletakkan senjata pada 1989.. kenapa?
negara telah bebas sepenuhnya...

thnks...
2009 Jun 4 13:50
Mat Amin berkata...
Saudara tanpa nama,

1. Berekenaan polisi dan program itu harap bersabar kerana saya terpaksa menyemak dokumen berkenaan agar tidak tersalah fakta.
2. Sila saudara rujuk buku Said Zahari Mentí Lautan Gelora bahagian perundingan Baling.
3. Ulasan dari saudara Johan sudah jelas mengapa perang itu harus dipertahankan. Di bawah ini saya copy semula ulasan tersebut:
…………………………………………………………………..
johan berkata...
sayaanakmalaysia:

1. 31/8/1957 cuma merupakan bendera Union Jack diturunkan;

2. Hakikat yang sebenarnya adalah:

a. dari 1958 ke 1968, IGP pertama bukan warga Malaya tetapi warga Britain, iaitu Sir Claude Fenner;

b. dari 1958 ke 1984, beribu-ribu askar-askar penjajah dan sekutunya masih bertapak, beroperasi dan bermaharajarela di tanahair kita;


3. Itu sebabnya PKM terpaksan terus berjuang secara bersenjata untuk mengusir askar-askar penjajah demi memastikan kemerdekaan adalah benar dan bukan palsu atau "setengah masak".
2009 Jun 4 14:11
johan berkata...
1. Isu bilakah Malaya/Malaysia jadi benar-benar merdeka adalah penting dan berkaitan dengan sebab-sebab mengapa PKM terus berjuang secara bersenjata selepas 31/8/1957. Izinkan saya memberi pandangan saya yang selanjutnya sedikit:


2. "Merdeka" meliputi (a) bentuk (form) dan (b) intisari (substance)

3. Yang dikatakan "bentuk" itu maknanya bendera Union Jack diturunkan dan satu kerajaan terdiri daripada warga Malaysia ditubuhkan;

4. Yang dikatakan "intisari" itu maksudnya kuasa mengawal tentera dan polis serta hal ehwal luar negeri;

5. Jika dilihat dari segi tersebut, "merdeka" Malaya/Malaysia di antara 1957-1984 cuma mempunyai "bentuk" sahaja dan tiada "intisari" (substance) kerana:

a. dari 1958 ke 1968, IGP pertama bukan warga Malaya tetapi warga Britain, iaitu Sir Claude Fenner;

b. dari 1958 ke 1984, beribu-ribu askar-askar penjajah dan sekutunya di bawah perintah Ibu Pejabat mereka (iaitu Menteri Pertahanan United Kingdom) di London masih bertapak, beroperasi dan bermaharajarela di tanahair kita;
2009 Jun 4 15:48
Tanpa Nama berkata...
soalan tambahan...

bagaimana pula dgn para pejuang yg tidak mewakili askar2 penjajah yg telah mati dibunuh?
disini tidak perlu sy terangkan sape pejuang tersebut....
ramai pejuang2 tersebut telah mati dibunuh dgn kejam.... kenapa pejuang tersebut dibunuh walhal sesama ISLAM???
2009 Jun 4 16:49
Tanpa Nama berkata...
soalan tambahan...

bagaimana pula dgn para pejuang yg tidak mewakili askar2 penjajah yg telah mati dibunuh?
disini tidak perlu sy terangkan sape pejuang tersebut....
ramai pejuang2 tersebut telah mati dibunuh dgn kejam.... kenapa pejuang tersebut dibunuh walhal sesama ISLAM???
2009 Jun 4 16:49
Tanpa Nama berkata...
soalan tambahan...

bagaimana pula dgn para pejuang yg tidak mewakili askar2 penjajah yg telah mati dibunuh?
disini tidak perlu sy terangkan sape pejuang tersebut....
ramai pejuang2 tersebut telah mati dibunuh dgn kejam.... kenapa pejuang tersebut dibunuh walhal sesama ISLAM???
2009 Jun 4 16:53
Tanpa Nama berkata...
soalan tambahan...

bagaimana pula dgn para pejuang yg tidak mewakili askar2 penjajah yg telah mati dibunuh?
disini tidak perlu sy terangkan sape pejuang tersebut....
ramai pejuang2 tersebut telah mati dibunuh dgn kejam.... kenapa pejuang tersebut dibunuh walhal sesama ISLAM???
2009 Jun 4 16:54
johan berkata...
1. Adalah Umno yang pertama memperjuangkan merdeka tanahair ? Sila handapi fakta-fakta:

2. PKM mula lawan penjajah sejak penubuhannya pada 30/4/1930 manakala Umno yang asal ditubuhkan di 1946 sahaja. PKM lawan penjajah 16 tahun sebelum lahirnya Umno yang asal;

3. Umno yang asal itu (1946-1988) tiada rekod melawan penjajah; sebaliknya, Umno asal (1946-1988) rela menggadai maruah tanahair dan bangsa dengan melulusan Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya atau AMDA yang membenarkan beribu-ribu askar-askar penjajah bermaharajarela di tanahair kita sehinnga 1984;

4. Umno Asal (1946-1988) juga membenarkan jawatan IGP dari 1958-1968 dipegang oleh warga Britain, iaitu Sir Claude Fenner;

5. Walaubagaimana pun, Umno Asal yang ditubuhkan pada 1946 sudah dikuburkan oleh Dr. Mahathir dan tiada lagi; yang ada sekarang iaitu Umno (Baru) yang ahli-ahlinya TIDAK termasduk Tungku Abdul Raman, Tun Abdul Razak & Hussein Onn. Razak sudah meniggal dunia pada 1976 dan Tunnku & Hussein Onn enggan menyertai Umno (Baru) yang ditubuhkan oleh puak Mahathir pada 1988;

6. Inilah fakta-fakta sejarah yang tidak lagi boleh dipertikaikan.
2009 Jun 4 17:02
Blogger berkata...
komen sayaanakmalaysia
'sedih melihat fahaman politik menjadi batu penghalang nasionalisme'

Idup lagi kaum-kaum pro umnOh ni
Memang banyak generasi muda terpesong...so ape masalah? Yang memesongkan tu pemimpin2 yang sibuk pegang lambang keris tu gak. Hero2 yang ko sanjung. So kalau kita dah lupa perjuangan tali barut semua tu, jangan salah kan kami...
Kalau kita tak anggap mahader, najib, tah sapa2 lagi tah sebagai pemimpin, jangan terhegeh-hegeh melenting..jelik la dengan orang macam ko

Nasionalisma? Ape tuh? Tempat najis talibarut melayu ke? cam mak bapak ko kot.
2009 Jun 4 17:40
johan berkata...
1. PKM memang menghormati KMM dan PKMM sebagai kawan-kawan seperjuangan dalam proses menghalau penjajah;

2. Tetapi, fakta sejarah adalah bahawa KMM ditubuhkan hanya pada 1939 dan PKMM pada 1946;

3. PKM sendiri ditubuhkan secara rasminya pada 30/4/1930

4. Fakta-fakta sejarah tersebut adalah jelas sekali sekarang dan PKM-lah parti zaman moden yang pertama memperjuangkan kemerdekaan pun tidak lagi dinafikan.
2009 Jun 4 17:50

Mat Amin berkata...
Maaf keapda saudara Johan, sedikit pembetulan fakta untuk ulasan saudara:
KMM didirikan pada bulan Mei 1937.
2009 Jun 4 18:15

Mat Amin berkata...
PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) didirikan pada bulan Oktober 1945
2009 Jun 4 18:21

johan berkata...
1. Terima kasih dirakamkan kerana memperbetulkan kesilapan-kesilapan tersebut.

2. Walaubagaimana pun, dari segi "timeline", PKM (1930) masig merupakan parti zaman moden yang pertama memperjuangkan kemerdekaan tanahair, diikuti oleh KMM (1937), PKMM (1945).
2009 Jun 4 20:26

Tanpa Nama berkata...
saudara johan ni pengkaji sejarahkah? saya kagum dengan fakta yang diberikan...tidak emosional dan ulasan yang bernas dan tidak mencampuradukkan ulasan dengan arus politik semasa...syabas
2009 Jun 5 02:32

Tanpa Nama berkata...
banyak betol si bodoh yang terhasut dengan fahaman komunis yang tidak ade asas ni.
komunisme, konon-kononya memperjuangkan kebebasan gologan marhaen. sila beri pendapat anda wahai mat amin terhadap peristiwa tiananmen sq di negara komunis china 20 thn yg lepas, june 5th. mane katanye pembela golongan pekerja? pembela golongan petani?
revolusioner? oi si pekak AKA si pekak, jangan jadi bodohla. balik, daftar universiti blk mengaji betol2. haih~ hingusan betol kau ni.

si pekak dan si bisu, tlong la jangan tunjukkan sgt kebodohan kau tu. g blk sambung baca buku la.

pak mat amin oi. berhenti la tu. kau rasa kau betol, umno pon x nak mengaku salah. korg pon da kalah klu ikutkan fakta fizikal nye. letak senjata tu tanda ape? tanda PKM desperate masa thn 1989, x bole nak lawan lagi, da x nampak yang mereka akan berjaya sebab tu korang letak senjata. jgn la korg nak mengaku yg korg ni pejuang. aku ludah muka korang plak nnt.
2009 Jun 5 02:55

Serious Shepherd berkata...
Saya tertarik untuk menjawab soalan tambahan yang terpos banyak kali.

Ustaz Ibrahim Libya TIDAK mewakili komunis tetapi mengapa beliau dibunuh? Bukannya dia pandai buat booby trap atau simpan banyak stok senjata. Polis yang bunuh dia pun sesama Islam dengan Ustaz Ibrahim Libya, macam polis di sebelah mayat Tok Janggut yang digantung secara songsang.

Pastinya Nik Adli bin Nik Aziz tidak mewakili askar penjajah apabila beliau menentang komunis Soviet Union di bumi Afghanistan. Apa yang dia dapat? ISA selama 6 tahun!
2009 Jun 5 08:02

Tanpa Nama berkata...
Disini Aku copy-paste balik apa yang hendak disampaikan oleh tuan blog ini dibawah tajuk "PERKENALAN BLOG NI" - hangpa yang dok hentam PKM tu tolong baca dan faham balik - akupun bukan penyokong PKM - tapi kita perlu terbuka dalam memahami sejarah - jangan hanya satu sejarah saja yang di terma - ia itu sejarah UMNO-MCA-MIC sahaja. Yg lain tu semua jahat dan ganas.
Zaman au sekolah dulu aku diajar sejrah asia tenggara (termasuk Malaysia) -kami diberitahu - sebelum lahirnya parti yang ada sekarang yang mendabik dada sebagai pejuang kemerdekaan sebenar -UMNO-MIC-MCA- ada beberapa parti dan pertubuhan yang kemudiannya dituduh sebagai Haram dan pengganas - ia itu PKMM-AWAS-API-KMM-Hizbul Muslimin - bila pemimpin mereka ditangkap -ada yang dibunuh dan dipenjarakan - maka mulalah pejuang ini memilih jalan lain - itulah yang melahirkan kepelbagaian pertubuhan - termasuk PKM.
Kalau hangpa kata PKM kejamdan ganas - saya suka mengatakan UMNO lebeh kejam dan ganas -sebab dia mengganas sehingga kesaat ini.
Apeyang UMNO tak buat demi mengekalkan kuasa dan ekonomi tidak terjejas - demi kepuaan perut dan bawah perut. Semuanya dirogol diliwat - tabung mana dia tak pecah - Tabung haji yang tulen islam pun hancur berkecai - Ahli PAS yang islam pun depa tangkap dan bunuh.

sejarah, tak us ira le - depa lahhh hero segala -dari merdeka hingga lah membawa kemajuan depa lah heronya - sampai lingkup negara (dari segi ekonomi- aa yang depa tak songlap)- orang lain semua penjenayah,perosak, kejam dan zalim - itu sebab - blog blog sepet ini dcari - demi untuk mendapatkan penjelasan seimbang walaupun tak semuanya, tapi cukup sekadar uttuk mendapatkan setitik sejarah dilautan luas - kalau UMNO tak menipu sejarah - percayalah - orang tidak semarah yang ada.
Baca copy-pasterikut:

"Ada pihak yang cuba filemkan sejarah mereka tetapi telah diharamkan penerbitannya.
Justeru itu, blog KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN – KINI DAN SILAM ini perlu diwujudkan untuk memaparkan berita terkini dan sejarah silam para pejuang kemerdekaan agar disimpan untuk tatapan generasi akan datang.
Sejarah bukanlah hanya satu penjelasan. Blog ini tidak ingin mengatakan bahawa sejarah yang dipaparkan di sini adalah satu-satunya versi sejarah yang paling tulen dan benar atau menganggap hanya Rejimen Ke-10 dan TRM di bawah pimpinan PKM saja yang berjuang bertumpah darah demi kemerdekaan tanah air,tapi blog ini ingin semua pihak yang jujur kepada fakta sejarah mengetahui bahawa sumbangan mereka tidak dapat dinafikan"

sekian pandangan saya

labu labi
2009 Jun 11 15:26

Tanpa Nama berkata...
aku sokong labu labi bila kita berbincang dan berhujah disini..kita nak tengok sejarah dari kaca mata lain pulak setelah berpuluh tahun dengar lagu yang sama..tak berminat duk tepi, pak mat amin pun tak suruh sokong fakta dia..cuma memberi perjelasan sahaja..saya berminat untuk terus membacanya..

taban
2009 Jun 26 14:58

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PAS: Parti Komunis Bantu Capai Kemerdekaan

Barisan Gerila Malaya

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah