Penghargaan Kepada Pembaca

Rabu, 2009 Jun 17
Penghargaan Kepada Pembaca



dokumen-dokumen lama menjadi sebahagian
dari khazanah berharga di Muzium Sejarah
Kampung Perdamaian Sukhirin


Seorang anak muda yang masih di universiti menghargai blog ini kerana terus menyiarkan bahan-bahan sejarah untuk faedah bersama. Mengikutnya, “dokumen-dokumen seperti ini tidak pernah ada dalam mana-mana perpustakaan pun, hatta di universiti-universiti tanah air”.

Beliau menggesa supaya saya cepat-cepat berikhtiar untuk menyenarai dan mendokumentasikan semua bahan-bahan itu supaya tidak hilang.

Saya boleh faham kebimbangan yang dirasai oleh beliau yang sedar bahawa “setiap fakta sejarah ini adalah penting bagi generasi kami untuk mengenal dan menilai sejarah perjuangan bangsanya sendiri”.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada mereka yang sentiasa peka dan prihatin untuk mencari kebenaran!

Dicatat oleh M.A. di Rabu, Jun 17, 2009

17 ulasan:

penyengat berkata...
Kalau pendapat di atas tu mewakili majoriti generasi muda sekarang, saya berani mengatakan Malaysia ada masa depan yang sangat cerah. Tapi, malang sekali kalau pemikiran mereka sudah disongsangkan....
2009 Jun 17 21:36
Pak Teh berkata...
Salam,
Gambar dokumen kat atas tu tidak sesuai untuk dijadikan bahan arkib kerana gambarnya tidak jelas dan berlapis.Kalau boleh Pak Amin tolong scan satu persatu dan publish ke blog ini.
HOT ZOOM KOMUNITI ver.2
2009 Jun 17 22:22
pak odin bota berkata...
berjuang untuk kebenaran bukannya untuk kemenangan.jika hanya untuk menang masuk saja prti yang mendokong penjajah, feudal dan kapitalis.mereka menghalalkan semua yang menguntungkan.walaupun golongan kiri telah kalah di masa silam dimalaya tapi anak dan cucu mereka kebanyakkannya telah berjaya didalam bidang akademik.sekarang inilah masanya untuk menghimpunkan fikiran perjuangan mereka didalam blog ini.
2009 Jun 17 22:23
penakiri berkata...
Tolong jawab berkenaan dengan pembunuhan orang awam oleh komunis. Komunis sering dikaitkan dengan pembunuhan orang awam secara membabi buta. Tuduhan tersebut adalah isu yang sering dimainkan.
2009 Jun 17 22:42
Mat Amin berkata...
Saudara Pena kiri,

Mudah sahaja menuduh orang, apa lagi kalau ada kuasa. Semua yang buruk dilemparkan ke atas komunis. 13 Mei hitam dilempar ke atas komunis. Yang buruk milik komunis manakala yang baik untuk Tuan Mat Saleh.

Hakikatnya TPNM itu terdiri dari rakyat biasa yang berjuang untuk menghalau penjajah British. Massa rakyat adalah sandaran utama mereka manakala penjajah British adalah musuh utama mereka.

Jika ada orang menjadi hantu yang mengancam perjuangan mereka, sudah pasti akan dibalas setimpal.
2009 Jun 17 23:02
Mat Amin berkata...
Salam Pak Teh,

Masih banyak dokumen yang akan dipaparkan untuk dikongsi bersama.
2009 Jun 17 23:05
Amin Ahmad berkata...
Tuan, meskipun saya bukan penggemar idea komunisme, tetapi insyaAllah saya gemarkan Sejarah. Mungkin elok tuan berikan maklumat bagaimana boleh lawatan sambil belajar boleh dibuat ke sana dan kami boleh berdialog dan mencatat dokumen2 yang ada untuk rekod generasi akan datang.
2009 Jun 18 01:27
jamrussia berkata...
rejimen lain tak buat blog ke?
2009 Jun 18 02:01
Siti Hajar berkata...
Salam kpd pena kiri,
Kalau nak tau 'kejahatan' seseorang, tanya musuh dia. Kalau nak tau 'kebaikan' seseorang, tanya pula sahabat dia.
Begitu juga dengan komunis. Kalau nak tau 'kejahatan/kekejaman' PKM/TPNM/Rj 10, tanya kuasa penjajah British atau talibarut mereka; jangan tanya Pak Amin.
Begitu juga kalau nak tau 'kejahatan' Islam, tanyalah imperialis Amerika dan konco2 mereka.Jangan tanya Ayatollah atau Bin Laden. Sebab itulah Amerika kata: Islam dan pejuang2nya terroris/pengganas! (Kalau di Malaysia sekarang, mesti diISAkan tanpa bicara!)
Amacam, boleh terima?
2009 Jun 18 06:31
Baba Siam berkata...
syukur kerana zaman internet dan comuniti blogger.kita boleh dptkan matlumat dunia luar tanpa batas...
2009 Jun 18 08:00
Tanpa Nama berkata...
Pendapat Siti Hajar itu memang tepat dan padat.fikir-fikirkanlah!
Puteri UITM
2009 Jun 18 10:04
selimut putih berkata...
Harap tulisan Pak Abdullah C.D dan bahan-bahan dari Suluh Rakyat disiarkan di sini dari masa ke masa.
2009 Jun 18 16:24
Lee Copper berkata...
Terima kasih kerana blog ini banyak menyalurkan maklumat dari pihak tuan. Mana boleh terima maklumat dari satu pihak saja.

Semua orang berpelajaran dan cerdik, mereka tau membezakan yang baik dan buruk.

Teruskan... tuan berhak menyampaikan apa yang tuan ingin sampaikan.
2009 Jun 18 16:43
Hashim Zabidi berkata...
Pak Mat Amin, salam...
Sejauh manakah pengelibatan PKM / Rej.10 dengan PKMM / Dr.Burhanuddin AlHelmy, Ibrahim Yaakob, Mokhtaruddin Lasoh, Boestamam, Ishak Hj.Muhammad dll, sebelum Partai Rakyat Malaya ditubuhkan...
2009 Jun 19 00:40
M.A. berkata...
Saudara Hashim Zabidi,

PKMM didirikan pada bulan Oktober 1945. Rejimen Ke-10 didirikan pada 21 Mei 1949. Jadi semasa PKMM didirikan Rejimen Ke-10 belum ada lagi. Begitu juga ketika Rejimen Ke-10 didirikan 1949, PKMM sudahpun dikuburkan oleh penjajah British.

Kesinambungan yang kita boleh lihat ialah tulang bekang Rejimen Ke-10 itu terdiri dari organisasi-organisasi patriotik-demokratik yang berjuang untuk kemerdekaan seperti PKMM, API, AWAS, Barisan Tani dan lain-lain. Anggota pertubuhan-pertubuhan itulah yang memimpin Rejimen Ke-10.

PKMM sebenarnya parti berbilang ideologi, iaitu nasionalis, agama, sosialis dan komunis. Ini pernah juga terjadi di Indonesia seperti NASAKOM.

Pada bulan Mei 1948, 3 peimpin penting PKMM iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahamd Boestamam dan Abdullah C.D. merumuskan bahawa kemerdekaan Malaya haruslah direbut dengan darah setelah penjajah British menolak Perlembagaan Rakyat yang diajukan oleh PUTERA-AMCJA.
2009 Jun 19 07:26
member pencen keramat berkata...
Saya pernah bertemu dengan Rashid Maidin di rmah adeknya selepas beliau balek daripada mengerja haji, beliau cerita beliau pergi ke Mekah diatas qata menteri dan PM yang memberikan kepadanya waktu itu jika dilihat beliau dengan adek nya belaiu kelihatan lebeh muda dari adeknya bekas YB Sg Manek Perak.
2009 Jun 19 12:10
gila-gila berkata...
Pada hemat saya, memang adalah penting untuk menegaskan sekali lagi bahawa:

1. PKM terus melawan bersenjata selepas 31/8/1957 adalah disebabkan oleh pakatan Pemjajah-Umno-Bangsawan Melayu untuk terus menjajah Malaya secara neo-kolinialisme melalaui Perjanjian Anglo-Malaya Defence Agreement (AMDA) yang membenarkan beribu-ribu askar-askar Kommenwel bertapak dan beroperasi di Malaya;

2. Askar-askar dan anggota-anggota polis yang tercedera dari 1957 ke 1984 sepatutunya menyalahkan Britain, Umno & bangsawan-bangsawan Melayu dab BUKAN PKM ataupun Chin Peng;

3. Malaysia yang berdaulat mesti menambil pengajaran sejarah dan tidak didalangi oleh kuasa-kuasa Barat, khususnya Anglo-Amerika yang kini juga cuba menjajah Iraq, Afhanistan dan bumi-bumi Islam melalui talibalut-talibalut mereka seperi Hamid Karzai.
2009 Jun 19 13:40

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Barisan Gerila Malaya

PAS: Parti Komunis Bantu Capai Kemerdekaan

Muzium Sejarah