Aktiviti Anak-anak Remaja Menentang Salah Guna Dadah

Rabu, 2009 Mei 06

Aktiviti Anak-anak Remaja
Menentang Salah Guna Dadah



perarakan anak-anak remaja menentang dadah



5 Mei 2009 – Anak-anak remaja Kampung Perdamaian Sukhirin (Kampung Chulabhorn Patana 12) telah mengadakan satu aktiviti besar-besaran menentang salah guna dadah. Gerakan ini dianjurkan oleh Ketua Kampung, Saudara Droman Binza dan mendapat sokongan dan bantuan dari Pimpinan Kehormat Kampung, Bapa Abdullah C.D. dan Ibu Suriani. Seluruh ibu bapa yang pada umumnya adalah bekas perajurit Rejimen Ke-10 ikut memberikan sokongan dan bantuan.

Aktiviti ini dimulai dengan perarakan beramai-ramai dari anak-anak remaja, disusuli dengan kursus-kursus dari pegawai tentera dan penanggungjawab Jawatankuasa Kampung. Sebelah malam diadakan upacara kesenian.

Difahamkan gejala salah guna dadah berleluasa di kalangan kaum remaja. Aktiviti ini diadakan justeru untuk mendidik anak-anak generasi baru supaya mengenal dengan jelas keburukan salah guna dadah kepada diri sendiri dan masyarakat. Hampir 100 orang anak-anak generasi baru dari berbagai peringkat umur menyertai aktiviti tersebut.

Berikut adalah pilihan gambar-gambar dari aktiviti tersebut.


bahagian anak-anak 5-7 tahun




pasukan pancaragam perarakan




2 orang anak remaja menjadi juru acara

Saudara Droman Binza (Ketua Kampung)

mendeklamasikan sajak TERIMA KASIH IBU





seorang pegawai tentera menyampaikan kursus

berhimpun di dewan perhimpunan



tarian kipas



tarian payung



Dicatat oleh M.A. di Rabu, Mei 06, 2009

3 ulasan:


Atom berkata...


Salam Bapak.

Syabas kepada penduduk Kampung Perdamaian Sukhirin (Kampung Chulabhorn Patana 12) kerana berjaya mengadakan aktiviti kemasyarakatan sebegini.

Pengisian masa kearah perkara yang mendatangkan faedah pada masyarakat Kampung Perdamaian Sukhirin.

Bukan mudah untuk mengawal gejala ini Bapak.
Pada dasarnya di gunakan bagi tujuan perubatan bagi laskar-laskar yang tercedera di medan tempur atau lain-lainnya.
Apabila di salah guna maka petaka akan menimpa.

Tahniah atas aktiviti kemasyarakatan ini.

2009 Mei 8 22:06

theriderinblack berkata...


Syabas kerana telah memberikan ruang kepada semua generasi yang masik kabur tentang perjuangan ke arah kemerdekaan yang mana sumbangan daripada PKM telah dinafikan hanya kerana wujudnya nama 'komunis' yang diberikan gambaran amat menakutkan. Sebagai generasi yang lahir selepas merdeka, perjuangan PKM ini haruslah diberikan perhatian dan dikaji dari pelbagai sudut agar sejarah negara akan terus berada dalam kepalbagaian yang amat menarik.

Teruskan lagi dengan memberikan cerita-cerita yang tidak pernah didengar oleh rakyat di luar sana tentang perjuangan itu. Semoga ini akan dapat menimbulkan lagi kecintaan pada negara.

2009 Mei 15 18:09

Farabian Trio berkata...


Saya harap aktiviti ini dijalankan di kampung saya...

2009 Mei 30 16:49

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PAS: Parti Komunis Bantu Capai Kemerdekaan

Barisan Gerila Malaya

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah