Khamis, 2009 Mei 21

REJIMEN KE-10: SEJARAH YANG DISEMBUNYIKAN

(Mengenang kelahiran Rejimen Ke-10
Tentera Pembebasan Nasional Malaya
pada 21 Mei 1949)


(gambar: perarakan tentera yang
diadakan di Rejimen Ke-10 TPNM)


Hari ini ialah ulang tahun ke-60 berdirinya Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).

Pada hari yang bersejarah ini, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT senantiasa melindungi para pahlawan serta pejuang bangsa dan tanah air kita yang sudah lanjut usia.

Kami juga mengajak semua mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh putera-puteri terbaik tanah air yang telah pergi demi perjuangan kemerdekaan ibu pertiwi – Alfatihah!

Rejimen Ke-10 didirikan di Kerdau, Temerloh, Pahang pada 21 Mei 1949.

Abdullah C.D., pengasas Rejimen Ke-10 telah menulis, antara lain, begini: “Rejimen Ke-10 adalah sebuah tentera anak rakyat yang dari komander hingga ke perajuritnya terdiri dari putera-puteri terpuji bangsa Melayu yang berteraskan anggota PKM, PKMM, PETA, BTM dan lain-lain yang telah diharamkan oleh penjajah British.”


(gambar: Abdullah C.D.,
dirakam pada tahun 1989)



Sebelum itu, kecuali United Malays National Organisation (UMNO), badan-badan lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Pembela Tanah Air (PETA), Barisan Tani Malaya (BTM) dan sebagainya adalah pertubuhan politik Melayu yang berjuang atas hasrat murni untuk memerdekakan Malaya dan melepaskannya daripada belenggu British.

Dan, apabila kesemuanya (kecuali UMNO) diharamkan pada Jun 1948 di bawah apa yang dinamakan ‘Undang-Undang Darurat’, pertubuhan-pertubuhan tersebut terpaksa mengambil jalan perjuangan bersenjata yang bermandi darah.

Justeru itu, Rejimen Ke-10 yang pada mulanya terdiri daripada 17 orang telah berkembang dan mendewasa dengan cepat dalam kancah perang rakyat melawan British – sehinggalah ia menjadi satu-satunya pasukan gerila Melayu anti-British yang bukan saja digeruni tetapi dihormati oleh pihak lawan.

Dalam tempoh 40 tahun, tidak sedikit para pemimpin dan perajurit Rejimen Ke-10 telah menjadi mangsa tangkapan, penjara, buang negeri bahkan hukuman gantung sampai mati.

Antara mereka yang telah mengharumkan nama termasuklah: Kamarulzaman Teh, Mat Amin, Mat Indera, Shamsiah Fakeh, Manap, Cikgu Taha, Mat Kerinau, Maimun, Asiah, Johan (dari Indonesia), Hidzir, Ali Boyok, Yasin, Jidin, Alias, Bakri, Zahura dan ramai lagi.

Mengikut catatan Abdullah C.D., seorang bernama Manan (Adnan) dari Kajang merupakan “kawan Melayu pertama yang dihukum gantung, bahkan yang pertama digantung semasa darurat. Lepas beliau digantung, kawan-kawan yang lain juga turut digantung. Kadang-kadang 3 orang, kadang-kadang 6 orang sehari”.

Begitulah harga yang terpaksa dibayar – dengan darah dan nyawa – oleh putera-puteri terbaik kita demi kemerdekaan tanah air!



(Gambar: Anggota Markas Besar Rejimen Ke-10
bersama Chen Ping. Dari kiri: Suriani Abdullah,
Rashid Maidin (Allahyarham), Abdullah C.D.,
Chen Ping, Abu Samah Mohd. Kassim (Allahyarham),
Ibrahim Chik dan Abdullah Sudin (Allahyarham).
– dirakam pada tahun 1989)

Di sini, timbul beberapa pertanyaan: Apakah sumbangan Rejimen Ke-10 dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Malaya? Mengapakah fakta-fakta tentang Rejimen Ke-10 tidak terdapat dalam buku-buku teks sejarah? Apakah penulisan sejarah negara kita telah diputarbelitkan? Siapa yang bertanggungjawab terhadap pemalsuan sejarah ini, dan mengapa?

Justeru itu, bersempena hari yang bersejarah ini, kami ingin menyeru kepada semua pihak yang prihatin terhadap kebenaran sejarah supaya memikirkan masalah ini.

Terima kasih!

Dicatat oleh M.A. di Khamis, Mei 21, 2009

Label: Rejimen Ke-10 TRM, sejarah
32 ulasan:

rahmat haron berkata...
sejarah ditulis oleh org2 yg menang, tapi yg kalah masih boleh menulis sejarahnya sendiri.

dan sejarah perlu sentiasa diulang kaji, ditulis lagi.
2009 Mei 21 03:43

dragsuperstar berkata...
Sejarah Malaysia sememangnya telah dimonopoli oleh mereka yang telah menang..yang kalah dianggap tiada lagi berguna..walhal mereka juga mewarnai sejarah perjuangan kemerdekaan tanah Malaysia ini..

Kita punyai blog..maka gunakannya sebaik mungkin..
2009 Mei 21 07:35
shauqie1957 berkata...
Catatan ini telah dibuang oleh pengarang.
2009 Mei 21 12:06

Djnascimanto berkata...

Selamat menyambut Ulang Tahun ke-60 kepada semua perwira negara yang telah difitnah selama ini. Kebenaran semakin menjelma.... Hanya masa akan menentukan. Pengorbanan anda tidak akan disia-siakan... Percayalah.

2009 Mei 21 16:30

Djnascimanto berkata...
Dedikasi khas sempena ulang tahun ke-60

http://djnascimanto.blogspot.com/2009/05/unsung-heroes-of-nation.html

Dalam percubaan menegakan kebenaran and memeberi pengitirafan kepada para perwira negara.
2009 Mei 22 03:55

Atom berkata...
Selamat ulang tahun ke-60 buat Rejimen Ke-10.
Semoga Allah melimpahkan Taufik dan HidayahNYA buat pejuang tanah air.Sentiasa dalam lindunganNYA.

Kebenaran itu sendiri bebas dari kongkongan apa sahaja.

Apabila bebas dalam konteks penjajahan,maka anak bangsa bebas untuk memulakan arah ketamadunan sebuah bangsa bernegara.

Membicarakan ketamadunan bangsa melayu di Tanah Melayu yang hidup dalam masyarakat majmuk hasil kerja jahat kaum imperalis dan kepentingan feudal, maka jelas kemerdekaan yang di war-warkan adalah palsu.

Kaum Imperalis,kapitalis Melayu,golongan Feudal Melayu yang berselindung di sebalik Perlembagaan Persekutuan,Raja Berpelembagaan dan Intitusi Demokrasi akan akhirnya menampakkan penipuan yang mereka lakukan selama ini.
Satu-satu daulah ini pecah berantakan apabila bertembung dengan kebenaran.

Bendera negara sudah menampak tiada lansung cerminan budaya bangsa.

Lagu 'NEGARAKU' yang begitu bangga ketika dinyanyikan pada zaman sekolah sudah menampakkan arah kehancuran negara apabila kebenaran menunjukkan UMNO melakukan kerja cetak rompak.

Seperti juga bendera negara hasil kerja jahat UMNO bersama penjajah dan feudal maka terhasillah wajah penjajah pada bendera yang membawa identiti sebuah negara merdeka.

Kesimpulannya,pada mereka yang cinta akan tanah air, sudah jelas di mata siapa yang memutar belitkan fakta sejarah.
Dengan jelas sekali menampakkan kemajuan yang di capai hanya palsu semata.Bukan milik anak bangsa tetapi milik penjajahan dalam erti kata NEW WORLD ORDER yang mana tali barutnya terdiri dari kalangan pemimpin UMNO/BN dan puak feudal yang akhirnya tergadailah sebuah negara buat selama-lamanya dan orang Melayu menjadi hamba.
Selagi mereka memerintah maka selagi itu fakta sejarah akan dipesong terus-terusan.

Mereka lupa,kini maklumat hanya di hujung jari.

Masa akan menetukan keruntuhan UMNO/BN.

Jasa pahlawan Rejimen ke-10 tidak akan kami lupakan.

Perjuangan masih berlangsung ke arah kemerdekaan TOTAL dengan gelanggang yag mereka cipta.
Sampai kemana dapat mereka menipu orang melayu khususnya ?
Bathil lawannya Hak.
Namun Satu tetap Satu !
2009 Mei 23 17:51

bengkak berkata...
Sila baca juga buku "Sejarah Perjuangan Kemerdekaan" tulisan Abu Samah Kassim (allahyarham)
2009 Mei 24 02:38

Izwan berkata...
Mereka pejuang sejati..!!!
2009 Mei 24 11:57

Laskar Ch3nta berkata...
salam..

saya tidak begitu tahu sejarah berkenaan perkara ini.. yang saya tahu, hanyalah sejarah yang ditulis di dalam buku teks dan pengalaman orang-orang tua..

dan berdasarkan sumber yang saya perolehi, tiada satu pun yang memberikan gambaran yang positif terhadap perjuangan komunis.. tolong jelaskan!!

menurut pengamatan saya, benar parti komunis menentang penjajah British dengan cara mengangkat senjata.. pejuang-pejuang kemerdekaan pun ramai yang berjuang dengan cara mengangkat senjata.. seperti Allahyarham Tok Janggut, Mat Salleh dan lain-lain.. Saya akui sekiranya negara dijajah, penentangan bersenjata adalah antara opsyennya.. tapi sekiranya benar perjuangan parti komunis hanyalah untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah, mengapa tidak parti komunis sendiri berhenti menentang setelah negara mencapai kemerdekaan?! setelah negara merdeka, parti komunis secara terus-menerus kekal dan terus menentang dengan senjata.. tafsiran saya sendiri, benar matlamat asal parti komunis ialah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.. tapi, setelah negara merdeka, perjuangan komunis seakan-akan lari dari matlamat utama mereka dan beralih kepada matlamat untuk meraih kuasa pemerintahan..

pendapat saya, sekiranya penjajah menjajah tanah air tercinta, wajar kita tentang dengan mengangkat senjata.. tapi, sekiranya kita mahu meraih kuasa di antara saudara sesama kita, wajar kita laksanakan perkara tersebut dengan landas yang betul tanpa menumpahkan darah.. penumpahan darah sesama saudara tanah air kita hanya memburukkan lagi keadaan..

tulisan-tulisan berikut adalah pendapat ikhlas daripada saya.. saya harap, pendapat peribadai saya ini tidak mengguris mana-mana pihak.. saya sekadar menulis apa yang saya rasa dan menunggu maklum balas daripada pihak anda..
2009 Mei 26 08:50

Tanpa Nama berkata...
Baca dan kaji sejarah, anda akan lihat kebenarannya. Rejimen 10, tetap pejuang bangsa dan tanahair
2009 Mei 26 11:40

Tanpa Nama berkata...
Takbir, Alalhuakbar
2009 Mei 26 12:42

Tanpa Nama berkata...
Kepada sesiapa yang menyokong perjuangan komunis, anda fikirlah sendiri. Mungkin tidak ada saudara mara anda yang terbunuh, cedera atau hilang sebahagian anggota ketika menentang ancaman PKM. Anda jangan mengagungkan 10 Rej PKM, tetapi melihat dengan secara menyeluruh PKM, matlamat mereka, perjuangan mereka dan objentif mereka. Kalau anda menganggap pejuang komunis sebagai wira atau pejuang kemerdekaan, anda sememmangnya perlu membaca balik sejarah dan fakta siapa PKM.
Buat rujukan apa yang mereka telah lakukan apabila Jepun menyerah kepada Tentera Bersekutu. Berapa ramai yang dibunuh hanya kerana disyaki bersekongkol dengan British atau tali barut British. Apabila British masuk semula ke Tanah Melayu, mereka terus menentang dengan senjata dan kekerasan. Mereka mengugut orang-orang kampung menyokong mereka dan sesiapa yang tidak menyokong dibunuh. Orang-orang kampong itu adalah orang-orang Melayu.
Apabila Tanah Melayu atau Malaya merdeka dan menjadi Malaysia, mereka terus menentang. Mereka bergerak dan beroperasi di hutan-hutan Malaysia, di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Kelantan. Ramai anggota keselamatan dari Tentera dan Polis yang terkorban, cedera dan hilang anggota badan akibat diserang hendap, terkena jerangkap samar dan ditembak oleh PKM.
Sekitar hujung 60-an dan awal 70-an, negara dikejutkan dengan bom bendera yang dipasang oleh PKM. Ramai rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa dan ada antaranya kanak-kanak kerana mencabut atau mengusik bendera yang dipasang dengan bahan letupan.
Jika masih ada rakyat Malaysia yang berbangga dengan perjuangan PKM, dan mencampur adukkan kemelut politik semasa, maka anda sememangnya bukan warganegara yang setia yang tidak mengikut prinsip-prinsip rukunegara. Saya tidak akan memaafkan mereka kerana beberapa saudara saya terkorban dan cedera angkara tindakan kumpulan-kumpulan Parti Komunis Malaya (PKM). Saya tidak akan memaafkan mereka. Komen saya ini bukan dipengaruhi oleh emosi tetapi berdasarkan kepada tindakan PKM menentang Kerajaan Malaysia. Saya juga INGATKAN walaupun PKM telah meletakkan senjata, tetapi mereka tidak mengugurkan ideologi komunis.
2009 Mei 26 12:47

Mullahkane berkata...
komunis kan atheis, tidak percaya tuhan, boleh tolong terang kan bagaimana pula dari segi pemahaman komunis melayu.
2009 Mei 26 14:43

Tanpa Nama berkata...
terimakasih diatas penjelasan. pkm adalah pejuang kemerdekaan malaya.
2009 Mei 26 15:19

Tanpa Nama berkata...
pejuang sebenar..
2009 Mei 26 16:01

Tanpa Nama berkata...
Selamat ulangtahun ke60 Rej ke10. Inilah pejuan kemerdekaan yang sebenar. UMNO hanya hanya menyambung perjuangan kumpulan ini. Lepas itu dengan bangganya UMNO berkata bahawa UMNO adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar.
2009 Mei 26 16:53
Tanpa Nama berkata...
satu lagi percubaan nak meracun generasi yang tak kenal sejarah..Tahniah!

-TengokDariJauh-
2009 Mei 26 19:55

Tanpa Nama berkata...
assalamualaikum.......
saya zul dari melaka ingin mengetauhi nama-nama besar yang lebih lengkap dan nama ketua-ketua yang di lantik oleh PKM di seluruh negeri di tanah Malaya pada ketika dahulu.
boleh saudara jelaskan segala-galanya.
terima kasih.
2009 Mei 26 23:02

Tanpa Nama berkata...
Assalamualaikum,
Fahaman komunis memang atheis, tidak percaya keujudan Tuhan. Seperti yang diceritakan oleh Aki saudara saya, semasa remajanya beliau telah cuba dipengaruhi Allahyarham Abu Samah agar menyertai perjuangannya. Aki ditawarkan melanjutkan pelajaran di Peking. Apabila Aki memberi alasan 'susah nak sembahayang di negara kafir', nak tahu apa jawapan Allahyarham Samah? "Agama itu cuma ibarat CHANDU sahaja, membuatkan kita sentiasa ketagih". Semoga Allah mengampunkan dosanya ini. (Allahyarham Samah merupakan Aki saudara saya juga). Allahyarham Ayah saya juga masa remajanya hampir terjebak dengan pujukannya, hinggakan terpaksa melarikan diri ke luar daerah sebelum menyertai SC menentang komunis.
Salam.
2009 Mei 26 23:27

Tanpa Nama berkata...
sejarah mmg tlah diceritekn dgn jayanye oleh sebelah sayap y berjaye...
segala sejarah dari sayap satu lagi tidak akan diangkat melainkn turun nye sayap trsbut y berjaye...
'kuasa' memonopoli minda masyarakat...
::sejarah itu byk sisi nya...tpi kebenaran nye hny SATU::
2009 Mei 27 03:04
Tanpa Nama berkata...
semoga berjaya di akhirat!
2009 Mei 27 03:19

Tanpa Nama berkata...
Salam..
Rakyat harus faham bahawa stiap parti dahulu mempunyai ideologi dan approach mereka yg tersendiri. Dan stiap pemimpin dahulu juga mempunyai pendapat yang berlainan mengenai sesuatu perkara..Tetapi, harus diingat, mereka semua BERSATU matlamat untuk mendapatkan KEMERDEKAAN tp atas cara yg berbeza. .Cara yg berbeza inilah yg mencorak senario politik zaman itu..Mereka2 inilah yg merasai detik sukar mendapatkan kemerdekaan dan berjuang atas kaedah masing2.. Pada pendapat saya, kita tidak boleh menyalahkan mana2 pihak sama ada UMNO, Komunis dll..semua parti2 dan gerakan2 ini memainkan peranan masing dalam memerdekakan MAlaysia..Ingatlah, Sejarah harus dihargai dan dijiwai, bukan dijadikan senjata propaganda ideologi politik yang cetek.
2009 Mei 27 11:21

AnakPKM berkata...
PKM=Pejuang Kemerdekaan Malaya

Sejarah perlu ditulis semula. Kalau UMNO takut untuk menulis semula sejarah maka akan tiba masanya UMNO akan hilang dari sejarah.
2009 Mei 28 08:42

Anuar berkata...
Soalan kepada saudara Mat Amin. Jikalau sekarang ada satu pihak yang ingin memperjuangkan hak kesamarataan, common ownership, stateless society dan lain-lain, tetapi bukan atas ideologi dan tiket komunism dan sosialism tetapi atas dasr lain, contoh atas dasar Islam, mungkin antara perjuangannya menjatuhkan sistem kapitalis barat dan menyatukan semua negara Islam, adakah Mat Amin dan rakan-rakan sanggup melucutkan ideologi komunis anda dan menyokong perjuangan sebegini?
2009 Mei 30 01:08

Mat Periuk berkata...
Komunis membuat huru hara dalam negara
membunuh orang orang awam tentera dan polis
Tapi masih ada lagi yang menyanjung dan dianggap sebagai hero kununnya pejuang kemerdekaan.
Ketahuilah mereka ini semuanya telah terpedaya dan mereka tidak mengetahui muslihat komunis yang menipu dan memperdayakan mereka kononnya
memperjuangkan kemerdekaan.


Pemerhati Sepanjang Zaman
2009 Mei 31 09:44

rosli berkata...
sebenarnya.....segala2nya telah diatur oleh british...british tau mrk takkan menang kalu terus2 berlawan dgn org2 malaya yg mengngkat senjata....maka british tlh mempergunakan polis dan tentera dr klgn rakyat tmpatan....jadi yg jadi mangsa adalah kita.....utk pengetahuan ,org2 melayu yg bergabung dgn komunis utk menentang british terpaksa melakukan hal demikian kerana ketiadaan senjata...niat mereka sgt2 murni,tpi takkan nak berjuag tanpa senjata.,pinta sy jgn menghukum mereka.doakanlah yg terbaik untuk mereka yg bermandi keringat dan darah utk mempertahankan ng..al fatihah utk pejuang sebenar negara...semoga Allah melindungi Malaysia dan rakyatnya..amin
2009 Mei 31 21:07

Tanpa Nama berkata...
komunis ka nasionalis ka sosialis ka suma tak relevan..yg relevan adalah Islam....
2009 Jun 3 10:59

Tanpa Nama berkata...
Anda menanda tangani perjanjian ini sebagai pihak yang KALAH. Kerana jika anda berasa anda menang, anda tidak akan berdamai samapi hari kiamat. Oleh itu eloklah jika anda akui bahawa anda telah kalah dalam perjuangan. Namun demikian anda masih boleh berubah dan tinggalkan idealogi sia-sia anda kerana bapak tiri anda dan mak tiri anda USSR dan PRC sekarang inipun tidak lagi mempercayai komunisme 100 %...mereka telah beralih kepada kapitalisme yang selama ini mereka tentang. Dan ingatlah..berpegang kepada janji bahawa anda telah meletakkan senjata sama ada senjata api mahupun secara perang saraf. ..the end justify the means..yang menang akan selalu diingati dalam sejarah.
2009 Jun 3 17:11

Tanpa Nama berkata...
perjuangan belum selesai..lawan tetap lawan...!!!
2009 Jun 3 20:50

Tanpa Nama berkata...
aku xpnh iktiraf tengku abdul rahman bapa kemerdekaan..ntah apa dia deal ngan british masa tu kita pun xtau..kata merdeka tp masih ikut perlembagaan british lg smpi skang....hidup PKM..PETA..BTM..API..
2009 Jun 3 21:11

Tanpa Nama berkata...
Lebih malang lagi, apabila orang yang makan gaji dan tak tahu apa yang dibuat itu betul atau salah, mahu dianggap wira @ pejuang. Kalau betul sangat rasa diri itu wira, mengapa masih salah guna kuasa, makan duit rasuah.
Semuanya atas alasan MENGIKUT ARAHAN, itulah orang makan gaji. Bila dah tua, sedar diri diludah seperti anjing, maka menyalak pula nak jadi wira negara.
Ditujukan khas buat pengampu dan penjilat British.
2009 Jun 4 13:06

Tanpa Nama berkata...
PEGANGAN ORANG ISLAM IALAH LAILA HAILLALLAH IAITU DENGAN AMAT JELAS MENOLAK TUHAN .....JANGAN JANGAN RAMAI ORANG MELAYU MENGAKU ISLAM YANG MAHUKAN TUHAN TAK??
2009 Jun 7 20:17

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PAS: Parti Komunis Bantu Capai Kemerdekaan

Barisan Gerila Malaya

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah