ABDULLAH C.D.: STRATEGI PENJAJAH BRITISH UNTUK MENGUASAI MALAYA
PENJAJAH BRITISH UNTUK
MENGUASAI MALAYA
Perkenalan
Untuk menguasai negara kita dan menjadikan tanah jajahannya, penjajah British telah menggunakan berbagai strategi khasnya strategi “pecah dan perintah”. Umumnya mereka menggunakan penentangan-penentangan di kalangan kelas berkuasa Melayu, mengadu domba kaum-kaum dan lain-lain. Selain untuk merampas tanah negara kita, penjajah British telah menguatkuasakan berbagai undang-undang tanah serta melakukan penindasan berdarah terhadap perlawanan bersenjata kaum tani. Sejak merdeka pada tahun 1957, Kerajaan Kuala Lumpur telah mewarisi strategi penjajah tersebut. Ini justeru untuk memelihara kekuasaannya dalam mengembangkan secepat mungkin modal birokrat dan modal komprador yang bersubahat dengan modal monopoli asing.
Buku kecil “ Strategi Penjajah British Untuk Menguasai Malaya” secara ringkas cuba menganalisa strategi-strategi penjajah British tersebut. Di harapkan buku kecil ini akan berguna sebagai bahan rujukan bagi segenap patriot dan demokrat dalam perjuangan untuk menegakkan demokrasi, keadilan dan kemajuan social di negara kita dewasa ini.
Strategi Penjajah British Untuk Menguasai Malaya
Untuk muat turun sila klik di sini
Dicatat oleh M.A. di Rabu, Jun 10, 2009
Label: Dokumen, penjajah British
43 ulasan:
Kekacang berkata...
Tahniah Pak Amin, keluarkan banyak lagi.
ini dia buku teks sejarah di sekolah2
maaf ya! comment tadi terlupa paparkan nama.
saya Baba
Tolak tepi masalah ideologi, saya boleh nampak jelas keikhlasan dan ketabahan pejuang2 Rj 10 melawan penjajah. Tak hairanlah mereka boleh bertahan samapi 40 tahun mengharungi lautan api!
Apakah pihak yang berkuasa masih mau menipu diri sendiri dan menafikan mereka hak yang sewajarnya dalam sejarah kemerdekaan tanahair?
jamrussia berkata...
isu menarik sekali. mereka masih berkuasa dan terus menjalin kerjasama hingga ke hari ini. syabas atas pendedahan demi pendedahan. mungkin akan ada perubahan selepas pru 13 nanti apabila pakatan mengambilalih tampuk pemerintahan negara.
Sekadar membantu Pak Amin compose
Sila download disini:
http://rapidshare.com/files/242876213/Abdullah_CD_Strategi_Penjajah_British_Untuk_Menguasai_Malaya.rar
Terima kasih
gila-gila berkata...
Strategi-strategi imperialis Anglo-Amerika akan terus digunakan
Mat Amin berkata...
Terima kasih Sdr Tanpa Nama. Sila download
http://rapidshare.com/files/242897986/Strategi_Penjajah_British_Untuk_Menguasai_Malaya.pdf
Harap berilah nama (walaupun samaran) dibawah catatan sdr.
tabuan berkata...
akm...
saya ucap tq pada rejimen ke-10, mungkin ini menjadi batu loncatan bagi perikatan menuntut kemerdekaan.
Tapi bagaimana sejarah mahu menulis yang PKM memperjuangkan kemerdekaan kerana setelah 32 tahun malaya merdeka baru PKM meletak jawatan.
Adakah kemerdekaan dengan pertumpahan darah dan menghalau terus inggeris dari malaya itu lahir dari akal yang bijak, sementara mendapat kemerdekaan dengan tak tumpah darah itu lahir dari akal yang dangkal.
Memang kita nak mengurus sendiri negara kita, tapi berapa kah bijak pandai dari melayu yang boleh menerajui pemerintahan pada masa tsb. Bila bandar baru dibuka melayu lari masuk hutan..sebab tu mejority melayu dari kampung..(baca keris emas.)
Memang kita nak membahagi
Sekarang ramai org inggeris datang kesini, datang melihat kejayaan kita.
Bagi saya Rejimen ke-10 mencari cara tersendiri utk menuntut kemerdekaan. Mungkin penglibatan rejimen ke-10 adalah kerana tidak mendapat maklumat yang lengkap pada ketika itu berkenaan Komunisme.
Tapi matlamat tidak menghalal
Bagi kebanyakan generasi muda hari ini cerita pasal bukit kepong, cerita pasal penyembelihan orang melayu oleh bintang tiga, cerita pasal selempang merah, cerita pasal darurat dan cerita pasal 12000 nyawa yang terkorban adalah cerita hantu lama.orang muda dah tak takut.
Walaupon masyarakat hari ini mengemari cerita saka dan waris jari hantu.
Tapi kita perlu tahu pihak komunis tidak mengambil kira faktor keteguhan etnik dan agama.Fahaman marxisme dan leninsime tidak percaya pada kewujudan tuhan ia menentang semua agama.
Dalam kegairahan kita menulis semula sejarah dan
Saudara Tanpa Nama & Pak Mat Amin/Moderator,
Terdapat error utk mendownload. Sila check semula.
Terima kasih.
jagungmentah
Kekacang berkata...
Tabuan, rasanya bab itu saudara perlu mngkaji dengan lebih detail lagi. Saudara
Saya akui Karl Marx seorang Yahudi, tetapi apakah semua ciptaan Yahudi berdosa kita guna. Jika begitu haram kita gunakan komputer, TV, Radio, dan banyak ciptaan moden, kerana perekanya semuanya berbangsa Yahudi.
Adakah semua pandangan Karl Marx salah, rasanya tidak hilang aqidah kita mengambil apa yang baik dan mampu dipraktikkan.
Bercakap pasal ideologi, bagaimana pula dengan feudalisme Melayu. Mana dia ulama' Islam yang berani mengatakan mengganggu aqidah. Sedangkan kita tahu banyak amalan dan praktik berkaitan dengan kesyirikkan kerana mengambil adat - adat Hindu dan Kafir.
Bagaimana pula dengan nasionalisme, yang mengakibatkan manusia bersuku - suku dan berasobiyyah. Sedangkan jelas ditentang oleh agama kita sendiri. "Tidak cium bau syurga orang yang berasobiyyah'.
Pandangan saya jelas, perjuangan tetap perjuangan, mungkin ada kelemahan. Tetapi tidak perlulah kita menafikan sumbangan mereka. Rakyat berhak dibentangkan dengan sejarah sebenar, dan nilailah sendiri mana yang baik dan buruk. Kesilapan terdahulu boleh dijadikan iktibar untuk kita.
Saudara tabuan,
mengapa kita tidak yakin kita boleh berdiri sendiri tanpa bantuan penjajah.. kenapa kita tidak yakin.. oleh sebab kita harapkan British la satu persatu negeri ditakluk oleh British. Jatuh bangun tanpa bantuan
Dlm menuntut kemerdekaan, golongan yg pengecut dan pengampu disebut wira.
Azhar, Shah Alam
zam berkata...
kalo susah guna http://www.scribd.com senang sikit. ada kemudahan upload direct..free..http://kehidupandilebanon.blogspot.com
Saudara semua,
Kebenaran hanya akan hadir jika kesemua pihak sanggup berkumpul bersama sambil membawa fakta untuk dibuktikan atau disanggah.
Ini untuk mengelakkan kekeliruan rakyat yang tidak berada dizaman itu.
Adalah wajar untuk kerajaan bersama-sama pihak pak mat menggunakan satu saluran yang boleh dinilai sendiri oleh kami.
Biarlah kita menilai dan jangan terburu-buru menegakkan apa yang tidak dilalui sendri.
Oleh itu... peace, no war!
Capt Arlizam G4 berkata...
gunakan scribd untuk upload pdf file..senang dan cepat.nak baca pun senang.bole tgk contoh kat blog saya. tumpang bagi idea sahaja..mana la tau berhasil.
Mat Amin berkata...
terima kasih kepada saudara Zam dan Capt Artizam G4
tabuan berkata...
akm..
kepada kekacang dan azhar shah alam...
tabuan ingat kita semua anti yahudi..sebab tu kita boleh berdemotrasi bila yahudi membunuh rakyat palestein.
Kita juga berdemo bila pasukan kriket
Tabuan boleh menerima penjelasan Mat Amin.Tapi tabuan tak boleh lupa Mat indera sewaktu peristiwa bukit kepong.
Tabuan tak boleh maaf
Kesalahan chin peng sama dengan kesalahan Azazil penghulu segala malaikat.
Melihat kesalahan Azazil, lebih besar lagi kesalahan Adam A.s yang engkar akan arahan Allah semasa di dalam syurga. Murka nya Allah swt kepada Adam sehingga mencampak
Tetapi mengapa Allah swt tidak mengampun dosa Azazil, sedangkan Azazil adalah ketua segala malaikat. Mahkluk yang sentiasa patuh dan sujud kehadrat Allah swt. Dosa Azazil dengan dosa Chin Peng adalah sama. Azazil rela dan reda menerima dosa yang dilakukan, malah dengan ego nya tidak sama sekali memohon keampunan kehadrat Allah swt. Begitu juga Chin Peng, beliau rela dan reda terhadap apa yang beliau lakukan, malah amat berbangga
Seronok membaca isu berkaitan sejarah, banyak pendapatnya....
Teruskan atuk Mat Amin...
teruskan menyokong perjuangan PR.....
Saudara tabuan,
Boleh tau apa yg saudara tidak boleh lupa Mat Indera sewaktu peristiwa Bkt Kepong? Adakah saudara ada di
Bg saya yg mentah ni sy hanya menonton filem... tp kita tak boleh ambil bulat2 dr situ..
Azhar, Shah Alam
Syabas Mat amin.....Dengan sedikit saja bantuan, anda telah cepat bertindak untuk memudahkan kami membaca dan save bahan diatas.sikap terbuka dan prihatin pak amin akan membuat lebih ramai lagi menyokong dan mengemari blog ini....Pak amin telah menujukan sifat seorang pejuang yang baik.teruskan blog ini pak amin.
Kepada tabuan:
Jelas anda tak faham beza antara yahudi dengan zionis
Mat Amin berkata...
sila lihat pandangan ini sebagai tatapan:
http://www.malaysiakini.com/columns/105923
Theori kospirasi orang putih gila yang saya maksudkan:
http://edition.cnn.com/2009/CRIME/06/11/museum.shooting.suspect.two/
Kekacang berkata...
Pak Amin, boleh ceritakan kisah pejuang WanAli, Manaf Jepun dan lain - lain lagi. Sejarah mereka banyak yang diputerbelitkan.
Mat Amin berkata...
Saudara Kekacang,
terima kasih kerana mengikuti blog ini. permintaan saudara itu akan menyusul di blog ini, insya-Allah.
Pak Amin yang dihormati: boleh beri pandangan tentang Dato' Onn Jaafar dari kacamata seorang penjuang anti-penjajah ? Terima kasih.
Mat Amin berkata...
berkenaan Datok Onn ada sejarahnya tersendiri. Bahagian itu akan terbit secara bersiri nanti. Saya sedang berhubung dengan pihak muzium untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.
"Saya sedang berhubung dengan pihak muzium...."
Apa maksud Pak Amin? Muzium mana?Muzium negara yang pro-British di KL tu ke?
Kepada 'tanpa nama' yang tak nak letak nama:
Nak tau Datok Onn? Dialah pemimpin Umno pertama yang dipupuk British. Dia terkenal kerana sikap sinisnya terhadap golongan yang maukan kemerdekaan: Nak merdeka konon! Buat jarum pun tak pandai....
Dari situ kita dah boleh menilai,
Mat Amin berkata...
Saudara Curator,
Yang saya maksudkan ialah Muzium Sejarah Kampung Perdamaian. Menyimpan banyak bahan yang mungkin tak ada di Muzium Negara. Untuk masa ini pihak pengurus kekurangan dana, jadi penyimpanannya tidak rapi. Mereka sedang berusaha ke arah yang terbaik.
Pak Amin,
Ini satu berita baik ttg wujudnya Muzium Sejarah di Kampung Perdamaian. Macam mana kalau kami ingin berkunjung ke
Saya cadangkan supaya Pak Amin buat sedikit pengenalannya di blog ini dan kalau boleh dengan gambar2 sekali. Selain saya, tentu ramai yang berminat. tk
Mat Amin berkata...
Saudara curator,
Saya akan perkenalkan lebih terperinci mengenai Muzium Sejarah Kampung Perdamaian Sukhirin nanti. Gambar muzium itu telahpun saya letakkan di laman utama blog ini.
Saya duduk di Johor, tetapi ade beberapa fakta tentang Mat indera ynag perlu diperbetul. Beliau memang legenda tersendiri (setanding dengan kiyai Salleh Selempang Merah). British sendiri pernah menawarkan harga untuk penangkapannya, tapi versi menyatakan beliau ada kekebalan.
Dalam bukit kepong, Mat Indera memang terbabit tetapi pembunuhan berlaku setelah polis melayu kangkangan british berdegil untuk tidak meletak senjata. Dalam analisa perang, pejuang komunis tidak pernah mengancam rakyat kebanyakan dan tindakan hanya diambil sekiranya berlaku pakatan/kerjasama dengan angkatan british (itupun setelah amaran terlebih dahulu - 'guerilla warfare')
scratcher
gila-gila berkata...
Pak Amin yang di sayangi: sebagai seorang anggota generasi muda, saya juga berminat tentang Dato' Onn Jaafar (1895-1962) bukan sahaja dari kacamata Pakcik sendiri tetapi juga pakcik-pakcik & makcik-makcik di Regimen Ke-10 yang lain yang mengambi bahagian dalam perjuangan bersenjata menentang penjajah dan penjajah bentuk baru dari 1948 (tahun mulanya perjuangan kemerdekaan bersenjata) ke 1962 (tahun Onn Jaafar meninggal dunia). Sekian. Terima kasih.
zainalabidinahmad berkata...
Reg ke 10 adalah angkatan bersenjata yang didalangi PKM, jadi tak perlu bertungkus lumus hendak mengasingkannya sebagai angkatan pejuang melayu menentang Brittish. Hakikatnya ia adalah alat PKM dan ia adalah anggota PKM dari kalangan Melayu. Hakikatnya juga ia berjuang untuk menewaskan Brittish selepas PKM kempunan tempoh singkatnya menjajah
jamrussia berkata...
british telah mendapatkan bantuan dari tentera-tentera negara komanwel spt afrika, fiji, gurkha, new zealand, australia untuk menghancurkan PKM di tanah melayu...lihat bagaimana liciknya british memerangi PKM suatu masa dulu...mereka menggunakan seluruh kekuatan untuk membinasakan PKM...
Humn...mengenai Mat Indera...ada cerita dia melarang anggota PKM dari terus membunuh anggota polis yang melarikan diri...ada cerita juga yang dia mengaturkan anak2 dan isteri polis lari dari kawasan barek.....
Kalau diikutkan cerita, anak2 dan isteri2 polis yang terbunuh pun bukan direct fire dari pihak komunis....tapi peluru sesat je.....
Banyak cerita, banyak perkhabaran, gunakan akal fikiran yang waras untuk menilai......
Letih laa tengok orang tua mcm zainalabidinhassan(ahmad). Langsung takda nilai hujah. mcm pak pandir. budak form3 skrang pun lagi advanced pemikirannya dari orang tua ni. sekarang bukan lagi zaman ko, dah pegi tengok anak2 tue..ntah2 tengah sibuk baca Mein Kampf
the grill
zainalabidinahmad kata "sebenarnya
Hentam zainal hentam!Lagi byk lagi cepat Umno lingkup!!!
zabah
salam tuan; harap tukat warna "link color" dari warna biru ke warna yang lebih jelas di baca,, Terima kasih.
saddamalaya berkata...
Bagus la blog ni...ada fakta yg mmg sepatutnya difikirkn oleh semua rakyat
Pada zainalabidinahmad...kesian dgn pakcik yg membela umno semata dgn menafikn pejuang2 lain..Yg sepatutnya,kita merasa sangsi dgn umno,sbb hanya umno yg tidak diharamkn oleh british dlm keadaan gerakn2 lain diharamkn..Adakah kerana hanya umno yg british yakin akan meneruskn agenda mereka?Apakah agenda british demi
sesungguhnya......
SUARA berkata...
British "Pecah dan Perintah". PKM "Mengganas dan Bunuh" Kita tida lupakan kisah Bintang 3 dimana ramai orang Melayu dibunuh dengan kejam oleh PKM. Come on la. The End justifies the mean. Kemerdekaan yang di bawa oleh PKM adalh kekejaman terhadap bangsa sendiri.
Saya sungguh gembira membaca blok yang sangat memberi manfaat kepada mereka yang berfikir. Ini semua kehendak yang Maha Esa. Jika Dia berkehendakan orang itu kafir, maka kafirlah dia. Inilah cobaan bagi orang yang beriman. Semoga Pak Amin hidup bahagia dan dirahmati Allah kerana kejujuran dan keikhlasan Pak Amin menegakan hukum Allah. Allah akan menghimpunkan orang-orang munafik bersama orang-orang kafir dan dimasukan mereka ke dalam Jahanam.Dunia ini hanya sementara. Yang hidup pasti akan mati. Yang paling kita takuti adalah penyakit di dalam hati. Adakah hati manusia yang lain sama seperti kita, kerana Allah? Kita doakan semoga saudara kita yang kafir dibukakan hatinya menerima islam dan yang islam pula dimasukan kedalam Firdaus.
Ulasan
Catat Ulasan