Prisytiharan Darurat dan Perjuangan Bersenjata Melawan British
Prisytiharan Darurat dan Perjuangan Bersenjata Melawan British
(Memperingati 61 tahun Perisytiharan Undang-Undang Darurat dan Perjuangan Bersenjata Melawan British)
Ahmad Boestamam digiring ke penjara
oleh polis upahan penjajah British
Pada 20 Jun 1948, penjajah British telah melakukan penindasan yang menyeluruh ke atas gerakan kemerdekaan
Parti-parti kiri yang berjuang untuk kemerdekaan telah diharamkan. Ramai pemimpin dan para aktivis telah ditangkap – ada yang dipenjarakan, ada yang dibuang negeri dan bahkan dihukum gantung sampai mati.
Di bawah keadaan teror putih, pemuda-pemuda revolusioner telah berundur ke kawasan-kawasan pendalaman dan memulakan perang gerila melawan British.
Pejuang-pejuang kemerdekaan itulah yang dilabel oleh British dan talibarut mereka sebagai “pengganas” hingga hari ini.
tentera dan polis penjajah British sedang
melakukan penggeledahan ke atas
1. Abu Samah Mohd Kassim, pahlawan Rj 10, menulis: “Arus perjuangan untuk kemerdekaan semakin berkobar-kobar selepas Perang Dunia Kedua, khususnya dari golongan kiri. Menghadapi keadaan ini, penjajah British telah mengambil langklah-langkah penindasan terhadap perjuangan tersebut. Tanda-tanda penindasan kekerasan yang menyeluruh dari kerajaan penjajah British semakin nyata.” (Dipetik dari buku Sejarah dan Perjuangan Kemerdekaan)
2. Suriani Abdullah pula menulis: “Pada 18 Jun 1948, penjajah British telah mengisytiharkan Undang-Undang Darurat bagi seluruh Tanah Melayu. Parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan progresif-demokratik semuanya diharamkan. Pada 20 Jun1948, ia telah melakukan penyerkapan dan penggeledahan secara besar-besaran di seluruh negeri. Kader-kader dan anggota-anggota PKM dan tokoh-tokoh patriotik-demokratik serta
3. Tambahnya lagi: “Terdorong oleh situasi revolusioner yang sedang berkembang, berbagai organisasi
4. Wanita dan kanak-kanak juga tidak ketinggalan. Suriani mencatatkan: “
5. “Barisan pelopor kanak-kanak atau dinamakan tentera semut juga didirikan untuk bahagian kanak-kanak. Kanak-kanak juga sangat tangkas dan cergas menjalankan sesetengah tugas seperti menyampaikan maklumat, menghantar surat-surat dan mengawasi gerak-geri hantu, berkawal untuk kawan-kawan kita. Mereka juga membantu…membeli barang-barang, menjemput orang dan lain sebagainya.”
6. Setalah Undang-Undang Darurat diisytiharkan, tokoh-tokoh patriotik-demokratik Melayu dan anggota-anggota PKM, PKMM, API, AWAS, BTM, Hizbul Muslimin dan lain-lain telah menjadi sasaran pokok dalam tangkapan besar-besaran itu. Kira-kira seribu orang telah ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara dan kem kurungan; ramai yang dibuang negeri dan tidak sedikit yang dihukum gantung sampai mati.
penjajah British memaksa
berpindah ke kampung berkurung
7. Abdullah C.D menulis: “Dalam beberapa tahun saja setelah diisytiharkannya Darurat terdapat hampir seratus batalion pasukan infantri, pasukan meriam dan pasukan kereta perisai British yang terlibat dalam perang di Malaya. Mengikut perangkaan yang diperolehi, jentera perang penjajah terdiri dari 400,000 tentera, 77,000 polis dan 320,000 tentera simpanan termasuk AP. Pasukan tenteranya yang diketahui terdiri dari 3 batalion askar Australia, 3 batalion askar New Zealand, 8 batalion askar Gurkha, 1 batalion askar Kenya, 1 batalion askar Rhodesia Utara (Zambia), 1 batalion askar Nyassaland (Malawi), 1 batalion askar Fiji dan lebih 50 batalion lagi askar British.” (Dipetik dari buku Darurat Dan Kemerdekaan)
8. Akhbar The Times (London) melaporkan pada 2 Oktober 1953 bahawa Templer telah mengerahkan 3 divisi tentera darat untuk menghadapi peperangan di Malaya (jumlah ini tak termasuk tentera laut, udara dan kawalan kampung). Di sesetengah tempat hitung panjang setiap 2 orang penduduk dijaga oleh seorang tentera British manakala setiap gerilawan di hutan dijaga oleh 65 orang tentera. Bandingan ini menjadi lebih besar jika dimasukkan tentera laut, udara, polis dan kawalan kampung.
9. Pada tahun 1953, Templer berjaya mendirikan 400 lebih kampung berkurung di seluruh negara. Hampir satu juta
10. “Justeru dalam keadaan demikianlah kisah pahit Kampung Jenderam berlaku. Seluruh penduduknya yang berjiwa patriotik-demokratik dan menyokong perjuangan untuk kemerdekaan telah dihalau dengan kejamnya oleh penjajah British ke Kluang, Johor. Kampung tersebut telah dibom dan dibumihanguskan menjadi
askar-askar dari negara-negara Komanwelth dikerahkan
untuk melancarkan perang ke atas rakyat
11. “Nasib yang sama juga dialami oleh penduduk-penduduk Kampung Belum pada tahun 1952. Kampung Belum yang dibangunkan beberapa ratus tahun dahulu dengan titisan peluh, keringat dan air mata rakyat pekerja telah dimusnahkan secara total oleh penjajah British. Penghuninya dihalau ke Kelantan dan Gerik, Perak manakala semua rumah dibakar, pokok buah-buahan ditebang dan binatang ternakan ditembak mati. Inilah kejayaan yang dilaung-laungkan oleh Templer.”
12. Abdullah C.D mencatatkan lagi: “Mengikut perangkaan yang tidak lengkap, dari bulan Jun 1948 hingga Januari 1954, pasukan Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) telah melancarkan 19,000 kali lebih pertempuran dalam berbagai sekil.
13. “Dalam masa 8 tahun sejak bermulanya Darurat pada Jun 1948 hingga Jun 1956, penjajah British terus menerus menukar benggolan politik dan militernya. Di antaranya Pesuruhjaya Tinggi 3 kali tukar ganti – dari Edward Gent, Henry Gurney, Gerald Templer hingga ke Donald MacGalivery; Panglima tenteranya pula 6 kali ditukar – dari Charles Bucher, Harold Briggs, Ralph Lockhart, Gerald Templer, W.P. Oliver, Jeffry Boon hingga ke Rodger Bauer. Demikian juga dengan benggolan polis dan lain-lain.”
14. Dalam keadaan beginilah British terpaksa menganugerahkan “kemerdekaan” Tanah Melayu melalui Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957.
Dicatat oleh M.A. di Jumaat, Jun 19, 2009
Label: penjajah British, sejarah
64 ulasan:
gila-gila berkata...
Pada hemat saya, memang adalah penting untuk menegaskan sekali lagi bahawa:
1. PKM terus melawan bersenjata selepas 31/8/1957 adalah disebabkan oleh pakatan Pemjajah-Umno-Bangsawan Melayu untuk terus menjajah Malaya secara neo-kolinialisme melalui Perjanjian Anglo-Malaya Defence Agreement (AMDA) yang membenarkan beribu-ribu askar-askar Kommenwel bertapak dan beroperasi di Malaya;
2. Askar-askar dan anggota-anggota polis yang tercedera dari 1957 ke 1984 sepatutnya menyalahkan Britain, Umno & bangsawan-bangsawan Melayu dan bukan PKM ataupun Chin Peng;
3.
Dlm gambar no 1: Kesian, Boestama digiring oleh "polis upahan" yang sebangsa dngannya, tapi jadi alat orang putih!Apa nak kata?
Dlm gambar no 2: Orang yang paling depan (berbaju dan bertopi hitam) menendang pintu itu memang sudah pasti adalah hantu atau ejen musuh. Macam mana orang-orang serupa ini tidak dibasmi oleh pasukan gerila tentera pembebasan? Dan dia pula dilindungi oleh askar Gurkha upahan British....
putera gunong tahan
Hashim Zabidi berkata...
Pak Amin, salam,
Apakah peranan PUTERA/AMCJA sebagai alternatif menyambung usaha kemerdekaan selepas PKM diharamkan. Sejauh mana keberkesanan Perlembagaan Rakyat diterima oleh rakyat...
Propaganda penjajah & Umno memang hebat dulu. Ramai anak-anak muda tidak tahu sejarah yang sebenar. Tetapi, dengan adanya Blog Mat Amin, sejarah tanahair kena ditulis semula dati kacamaca rakyat, bukan penjajah & talibalut-talibalut.
jamrussia berkata...
sejarah tak perlu ditulis semula kerana ianya membebankan generasi muda...yang perlu dibuat adalah memerdekakan fikiran yang selama ini dimomokkan oleh penjajah dan talibarutnya yang yang senantiasa memainkan sentimen dalam memecahbelahkan masyarakat...tapi dalam pada itu
Kpd Hashim Zabidi:
Maafkan saya mencelah. Bukankah selepas "darurat" diisytiharkan pada 20 Jun 1948 semau parti/pertubuhan politik telah diharamkan (termasuklah PKM dan PUTERA-AMCJA) kecuali United Malays National Organisation (UMNO)yang pro-British? Sebab itulah mereka yang cekal meneruskan perjuangan untuk kemerdekaan tiada pilihan lain kecuali mengangkat senjata!
putera gunong tahan
Selepas PKM dan parti-parti patriotik-demokrastik di haramkan baru penjajah menaja pilihanraya 1955 dimana talibalut-talibalut mereka dalam Umno, MCA & MIC "menang". Inilah "demokrasi liberal" mereka.
Sebab itu saya pernah berhujah: macam mana kita tahu PKM dan komunisme "ditolak oleh rakyat" jika PKM tidak didaftarkan sebagai sebuah parti yang sah dan diberi peluang bertanding dalam pilihanraya ?
Jika perjuangan bersenjata PKM yang melawan askar-askar kuasa Barat di bumi kita sendiri boleh dilabelkan sebagai "pengganas", adakah Utusan Malaysia sedia mencapkan perjuang-perjuang di Iraq kini sebagai "terrorists" juga ?
Satu sejarah yang selama ini kabur sudah jelas, Cuma kita mahu menerima hakikat atau tidak, itu saja.
Yang mencetuskan perang di negara kita ialah penjajah British (1948 -1957). Kemudian perang itu disambung pula oleh kerajaan boneka penjajah British sehingga tahun 1989.
Adalah tidak adil kita menyalahkan PKM yang bertanggungjawab ke atas segala penderitaan akibat perang tersebut.
Dol
Selepas talibalut-talibalut penjajah "menang" dalam pilihanraya 1955, mereka buat undang-undang ISA pada 1960 untuk mengekalkan kuasa mereka. Inilah "demokrasi liberal" ala-Barat !
Sekarang saya sudah sedar mengapa Umno asyik tuduh musuh-musuh politiknya "pengkhianat": sebab Umno sendiri tablibalut & boneka yang sebenar dan terbesar kuasa Barat ! Umno ingin sembunyikan hakikat ini dengan menuduh orang-orang lain dulu !
1. Setiap kali terdapat perdebatan tentang PKM, propaganda Umno pasti mempamerkan "mangsa-mangsa pengganas". Tetapi, jelasnya sekarang mangsa-mangsa penjajah dan talibalutnya lebih ramai. Tetapi, manusia biasa yang bermaruah tidak mengexplotasikan "mangsa-mangsa" untuk pameran propaganda macam pengemis minta simpati murah;
2. Saya setuju dengan gila-gila yang mengatakan bahawa "askar-askar dan anggota-anggota polis yang tercedera dari 1957 ke 1984 sepatutnya menyalahkan Britain, Umno & bangsawan-bangsawan Melayu dan bukan PKM ataupun Chin Peng"
Jika diteliti secara mendalam, Umno tidak lain tidak bukan "neo-conservative" (anti-komunisme dan mempolitikan agama) versi Melayu.
JAMILKUCING berkata...
Saya tak mahu bercerita banyak,s ebab buang masa sahaja bercerita banyak dgn orang melayu yg banyaknya bodoh. antara jepun dan komunis apa perbezaanya. kalau orang umno marah sangat dekat komunis kenapa mereka menerima jepun yg banyak membunuh orang,berapa banyak orang melayu di potong kepala, berapa banyak orang di nrogol, berapa banyak harta benda orang di ambil tetapi kenapa jepun di sambut ke
huh...bincang seolah-olah PKM hero
askar yg tercedera pada 1957-84 patut salahkan British, UMNO....CISS!!!! celaka ko,,,sanak saudara aku kena tembak yg kudung kaki jd askar waktu tu patut salahkn kerajaan,,bkn Chin Peng???dah lebih ko,,ini kenyataan menghasut..PKM brtanggngjwb...
Dah lama tak nampak ulasan yang yang memaki atau menggunakan perkataan kesat dlm blog ni. Sekrang macam dah timbul semula; sungguh menjijikkan. Belajar2lah hormati orang lain. Setuju atau tidak dengan pandangan orang lain bukan masalah, tapi cakap biarlah berfakta/beralasan. Jangan bodoh sombong!
Jumhuri berkata...
Salam Pak Amin, Boleh terangkan bagaimana Pak Amin boleh terpengaruh dengan komunis!
Sekian terimakasih
Jumhuri.
sanak saudara ku digantung mati oleh penjajah. macam mana ?
Ingatkan baju hitam yang menendang pintu tu GESTAPO.....tapi memang macam GESTAPO.......
ya, betul. saya pun berpendapat bahawa "askar-askar dan anggota-anggota polis yang tercedera dari 1957 ke 1984 sepatutnya menyalahkan Britain, Umno & bangsawan-bangsawan Melayu dan bukan PKM ataupun Chin Peng". PKM tidak mahu perang. Yang mahu perang itu Penjajah & talibalut-talibalutnya.
PKM memang hero lawan penjajah dan bonekanya. Umno memang talibalut penjajah. inilah hakikat sejarah yang tidak boleh dinafikan lagi dengam selalu mempamirkan "mangka-mangsa keganasan komunis". askar-askar dan anggota-anggota polis yang tercedera dari 1957 ke 1984 sepatutnya menyalahkan Britain & Umno. Britain & Umnolah yang mengheret mereka berperang untuk kepentingan
1. Penjajah London & Umno tak henti-henti mempamerkan "mangsa-mangsa pengganas" sebenarnya adalah satu cara propaganda jijik dan tidak bermaruah yang bertujuan minta simpati murah seperti pengemis-pengemis pariah minta sedekah;
2. Hakikatnya adalah lebih ramai komunis dan ahli-ahli parti-parti patriotik-demokratik ditembak, dipenjara tanpa bicara, digantung mati, dibuang negeri, dirogol atapun kepala mereka dipotong (bacalah @Alias Chin Peng: My Side of History, ms. 303)
3. Mengapa sanak saudara manga-mangsa penjajah dan talibalut-talibalutnya tidak mempamerkan mangsa-mangsa dalam keluarga mereka macam pengemis-pengemis pariah ? Sebab yang pokok adalah mereka berderita untuk tanahair dan rakyat yang berjiwa merdeka dan bukan cari makan: manusia yang tidak cari makan jiwanya biasa lebih murni dan bermaruah;
4. Memandangkan perang di antara 1957 sampai 1984 adalah buatan Britain dan Umno, maka saya tidak ada pilihan yang lain kecuali menyokong hujah bahawa askar-askar dan anggota-anggota polis yang tercedera dari 1957 ke 1984 sepatutnya menyalahkan Britain & Umno sebab Britain & Umnolah yang mengheret dan mengupah mereka berperang untuk kepentingan London & kuasa-kuasa neo-kolonialisme Barat.
5. Lagipun, orang yang makan gaji untuk berperang tidak patut minta simpati kerana dicederakan sebab gaji mereka sepatutnya sudah meliputi risiko kematian dan kecenderaan. OK ?
6. Sekian. Terima kasih.
1. Islam dan semua agama-agama lain boleh dibahagikan kepada dua aliran asas (a) yang mendewa-dewikan sesiapa sahaja yang berkuasa dan kaya-raya dan (b) yang pro-rakyat dan memperjuangkan untuk nilai-nilai murni seperti kemerdekaan dan keadilan untuk manusia sejagat.
2. "Islam" Umno boleh dimasukkan dalam kategori (a), iaitu, aliran yang medewa-dewikan sesiapa yang berkuasa dan kaya-raya seperti fasis Jepun ataupun penjajah Inggeris;
3. Islam yang dipegang oleh komunis Melayu dan ramai Melayu bukan Umno berasakan aliran (b), iaitu Islam yang pro-rakyat jelata dan yang memperjuangkan untuk nilai-nilai murni seperti kemerdekaan negara dan keadilan untuk semua rakyat dan manusia sejagat.
M.A. berkata...
Salam Saudara Jumhuri.
Saya beragama Islam, membesar di bawah asuhah Islam.
Mengapa saya menerima perjuangan komunis? Komunisme bukan agama, Komunisme adalah sistem politik ekonomi yang mengutamakan jumlah terbanyak manusia iaitu kaum yang tertindas lapisan bawah. Atau selalu disebut membahagikan kekayaan negara secara adil dan sama rata untuk dinikmati oleh seluruh anggota masyarakat. Ringkas kata di bawah sistem komunis, rakyat yang menjadi tuan atas negara. Siapakah orang komunis itu? Orang komunis itu terdiri dari kaum buruh, kaum tani dan kaum tertindas lapisan bawah lainnya.
Hari ini orang Islam umumnya menerima kapitalisme, Kapitalisme juga adalah satu sistem politik ekonomi yang menguntamakan modal / keuntungan. Di bawah sistem politik ekonomi kapitalis, sejemput orang kaya / pemodal menguasai alat negara (tentera, polis, mahkamah dll) mengeruk kekayaan negara untuk kepentingan masing-masing, menimbun kekayaan sebanyak-banyaknya untuk diri sendiri dengan mengabaikan kepentingan rakyat golongan bawahan. Pendek kata di bawah sistem kapitalis, sejemput kaum pemodal iaitu kaum kapitalis birokrat yang menjadi tuan sebenar atas negara.
Sistem kapitalis bukan saja melahirkan sejemput kaum pemodal / hartawan juga telah melahirkan generasi borjuis yamg hidup berfoya-foya, membazir, judi, dadah, zina dll.
Kesimpulan saya, komunisme lebih dekat dengan Islam berbanding dengan kapitalis yang mengutamakan hukum riba.
Salam
Jika ikut logik propaganda Umno yang anti-PKM, maka perang Anglo-Amerika terhadap Iraq adalah betul, perjuang-perjuang bersenjata di Iraq yang menentang penaklukan tentara Anglo-Amerika adalah "pengganas" dan penjara Guantanomo (macam Kem Kamunting) pun satu langkah "anti-pengganas" yang OK.
M.A. berkata...
Salam,
Dengan tujuan berkongsi maklumat dengan semua, saya paparkan soal jawab dengan seorang hamba Allah (tidak disebut nama demi keselamatannya) melalui emel:
Sabtu, 2009 Jun 20
…….. tanya:
sy ingin perjelasan yang agak kabur mengenai perjuangan komunis di tanah Melayu....sy adalah bekas mahasiswa politik anak kepada seorang askar mementang komunis dan cucu kepada SC (special costable 48-49) dan telah mempelajari mengenai propaganda sesuatu parti politik di setiap negara di dunia ini. tetapi kekaburan sy ini amat jelas bila baca blog saudara krn sy tidak nampak penyelesaian terhadap perjuangan saudara krn seolah2 saudara mcm tertipu dgn dakyah politik komunis..Karx Marx pernah berkata "agama adalah candu dlm masyarakat" dan ini merasakan seolah2 komunis adalah tiada agama dan seperti kita ke tahui Karx Marx adalah Yahudi walaupun saudara menafikan tetapi penulis berpegang teguh mengatakan Karx Marx adalah Yahudi melalui pembacaan sy dan pengalam saya. Kenapa saudara ikut Karx Marx tanpa ikut sunnah Junjungan kita dalam berpolitik?Kita jgn kaitkan Umno or Pas tetapi dasar perjuangan...Mao Zedong pernah berkata "kekuatan politik adalah di muncung2 senjata". Jd seolah2 komunis ini kuat krana senjata dan kezaliman seperti yang dil akukan oleh Pol Pot? Adakah ini yang di suruh oleh Junjungan kita? sy bukan di pengaruhi oleh mana2 elemen plitik tetapi melalui akedemik.
Matamin jawab:
salam,
Saudara …………
Terima kasih kerana mengemukakan masalah secara terus terang dan terbuka.
Perjuangan kemerdekaan
Salam
Mat Amin
1. berkas askar-askar dan anggota-anggota yang kini diperalatan sebagai "mangsa-mangsa komunis" kena tanya: bukankah mereka dewasa yang makan gaji penjajah & boneka-bonekanya semasa melawan komunis yang melawan kuasa penjajah & boneka-bonekanya ? Jika sudah dewasa dan makan gaji, mati-hidup tidak boleh lagi dipersalahkan kepada PKM.
2. Jika majikan-majikan awak (Kerajaan Britain & Umno) tidak beli insuran nyawa untuk awak pada 1957-1984, mintalah keadilan dan pampasan dari Kerajan London & Umno.
Regime Pol Pot itu memang kejam. Tetapi kekejaman mereka bukan berpunca dari ajaran komunisme tetapi berasal psikologi tertindas yang terlampau dan terlalu lama oleh penjajah Perancis dan imperialis Amerika yang gunakan bom-bom kimia di bumi Kemboja seperti Agent Orange.
Askar-askar & anggota-anggota polis Melayu dulu diperalatkan olen penjajah & boneka-bonekanya lawan perjuang-perjuang kemerdekaan. Sekarang, mereka masih diperalatan sebagai bahan propaganda "minta simpati" dan anti-PKM. Betapa bodoh dan kurang kesadaran mereka walaupun sudah tua !!!!!!!!!
Kekacang berkata...
Apakah Kerajaan British menganggap askar dan polis itu sebagai wira mereka? Jawapan saya tidak, mereka hanya dianggap sebagai kuli, dibayar gaji dan diperas hingga menggadaikan nyawa. Malangnya di zaman tersebut keadaan dan suasana yang menjadikan tiada pilihan. Seperti sedia maklum ramai manusia hidup untuk mengisi perut. Itu yang terjadi. Lihat di Iraq dan
Lihatlah contoh dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum mati dalam kes Altantuya: mere ka diperalatkan dan dibiarkan mati sahaja walaupun mereka yang memberi arahan masih hidup kaya-raya dan memegang kuasa. Ini cuma contoh muktamt yang membuktikan betapa bodoh sesetengah orang Melayu yang ikut perintah buta.
Saya berkecuali tetapi saya memang bersimpati dengan askar-askar dan anggota polis Melayu yang tercedera dalm perang 1957-1984. Saya hairan mengapa majikan-majikan mereka, iaitu Kerajaan
Askar-askar & anggota polis yang tercendera tidaklah patut diperalatan oleh Umno macam pengemis tidak bermaruah yang minta sedekah di kaki
Putera Gunung Tebu berkata...
Bijak Pandai pernah berkata... "Pemenang Yang Menulis Sejarah!"
Dalam kes Tanah Melayu, UMNO adalah pemenang. Merekalah yang menulis sejarah negara ini.
Tanpa malu mereka mendakwa UMNOlah pejuang kemerdekaan negara.
Sedangkan semasa penjajahan, pemimpin UMNO adalah pegawai tadbir, DO,
Merekalah yang berada pada barisan hadapan menentang pejuang yang menentang penjajah.
Tiba-tiba distiharkan UMNO sebagai pejuang kemerdekaan!
http://puteragunungtebu.blogspot.com
Putera Gunung Tebu:
Saya dah lawati blog saudara, memang baik. Tahniah!
putera gunong tahan
Pak Amin,
Saya terjumpa blog berikut:
http:/banchula12.blogspot.com
Pak Amin tau tak keujudan blog ini? Kot, kot nak menandingi blog PA tak?
antu
Pak Amin,
Harap papar banyak lagi fakta2
Biar kami tahu sejarah perjuangan Pak Amin
Dol
Stalin, Mao, bapa-anak Kim, CeauÅŸescu, Pol Pot semua pemimpin terulung. Dengan polis sulit seperti Stasi Jerman Timur memang
Chiang Kai Sek, Shah Palawi, Suharto, Pinochet, Ngo Dinh Thiem, Lol Nol, Marcos, Bastita ... memang democrat liberal yang tidak korup & tidak mempunyai polis sulit. semua mereka ini pemimpin-pemimpin baik-baik yang cintai rakyat.
Aku tak kira siapa perintayh Malaya/sia asalkan bukan penjajah (asing) atau penjajah bentuk baru. Siapapun yang memerintah, aku mau sejarah yang diajar di sekolah2 bukan sejarah yang songsang yang menghina bangsanya sendiri!
sedara saya ddah dua kali pergi disana.dia kata pun ada misjid dan musium sejarah.dia kata kit bulih derma. betul kah?macam manaa klau saya nak antar sikit derma kalau boleh utuk sedkah buat kenduri arwah disnana kalau bulih belum bulan upasa?
Sbb tu Tunku keluar Umno, sbb tu Hussein Onn keluar Umno, sbb tu Mahatir keluar-masuk Umno, sbb tu, sbb tu.......
Saya sokong md z....
cool md z, cool....
korang kutuk umno. korang boleh pecaya ke anwar ibrahim tuh? jangan lupa sejarah dia bro...
xxxxx
jb
wan faridah berkata...
salm ziarah...sy kadang konpius jge dgan fakta yang dipelajari...ader banyak versi cerita yang sy dengar...mne 1 yg btulnya ni???/aiseh...
Media & buku-buku Barat biasanya tidak suka menyiarkan sejarah kekejaman Chiang Kai Sek, Shah Palawi, Suharto, Pinochet, Ngo Dinh Thiem, Lol Nol, Marcos, Bastita ... sebab diktator-diktator semuanya pro-Barat dan disokong oleh kuasa-kuasa Barat sebagai boneka-boneka menentang komunisme.
kpd wan faridah:
'konpius'? itu pertanda baik wan; sekurang2nya wan sudah mula mencari2. Teruskan, insyaallah wan akan menemui yang BENAR!
Pak Amin,
Tadi pak mian ada tanya ttg nak hantar derma/sedekah. Tolong jwb. sbb kami pun ingin tau nak hantar ke mana?
tk
AbuMirza berkata...
3 perkara:
1. Komunis menidakkan pemilikan harta persendirian(kecuali dalam jumlah yang sedikit untuk usaha sendiri, yang lain semua dimiliknegarakan). MAcam mana sistem zakat dan faraid nak dilaksanakan dalam sistem komunis? Saya rasa Islam membenarkan pemilikan harta peribadi walau sebanyak mana pun.
2. Apakah pada pandangan Pak Mat Amin, PAS itu juga tidak betul perjalanan perjuangannya, bila turut sama dalam kancah politik
3. Diharap Pak Mat Amin dapat senaraikan pertempuran diantara PKM dengan penjajah sebenar. Senaraikan juga pertempuran yang signifikan oleh MPAJA. Saya tidak dapat mencari dalam sumber2 lain. Apakah MPAJA dan komunis hanya banyak aktiviti membasmi hantu sahaja dan kurang engage pihak tentera (Inggeris dan Jepun)? Suka saya sebutkan bahawa hantu2 itu semuanya merupakan rakyat tempatan.
M.A. berkata...
pak mian berkata...
sedara saya ddah dua kali pergi disana.dia kata pun ada misjid dan musium sejarah.dia kata kit bulih derma. betul kah?macam manaa klau saya nak antar sikit derma kalau boleh utuk sedkah buat kenduri arwah disnana kalau bulih belum bulan upasa?
Terima Kasih Pak Mian,
Berkenaan soalan Pak Mian di atas, saya telah menghubungi pihak Jawatankuasa Agama Masjid Darul Aman dan Jawatankuasa Muzium Sejarah. Kedua-dua bahagian ini memang kekurangan dana. Mereka menyambut baik mana2 pihak yang ingin menghulurkan bantuan. Bila mereka menyerahkan nombor akaun masing-masing, saya akan paparkan di sini. Siapa yang ingin menghulurkan derma bolehlah melalui akaun tersebut.
Sekali lagi terima kasih di atas keikhlasan hati Pak Mian
Wooi Abu Mirza! Tak pernah dengar mengenai serang hendap ke atas Henry Gurny di Bukit Fraser dalam tahun 1951 ke? Nak minta Pak Amin senaraikan 19,000 kali pertempuran? Pelawok....!
Abu tausi
Saya ketawa kuat apabila saya dengar hujah Melayu yang menerima ajaran Karl Marx tidak Islam kerena Mark orang Yahudi. Bukankah semua nabi-nabi dan rasul-rasul, kecuali Nabi Muhammad (S.A.W.) Yahudi ? Ibrahim, Daud, Sulaiman ... Isa. Propaganda anti-komunisme bodoh dan tidak masuk akal, bukan ?
1. Cara Umno berpropaganda memghitamkan PKM & komunis sama dengan cara kuasa-kuasa Barat memfitnah Islam;
2. Cara Penjajah/Umno menentang PKM & komunis juga sama dengan regime Zionis menindas perjuang-perjuang
Demi Allah kami akan turut serta berjuang menentang keganasan Komunis dan Golongan Anti Islam
Sbenarnya, propaganda antikomunis yang berterusan sekarag adalah untuk membodoh2kan orang Melayu. Pihak berkenaan sengaja mengungkit2 sentimen anti yahudi BUKAN anti zionis
abu mirza kata pas dah tak betul landasan perjuangannya bila turut sama terlibat dalam kancah politik malaya
tapi itu cerita dulu, pas kini adalah harapan yang mampu menakluk malaysia
porah la abu mirza
apa ke halnya sistem zakat dan faraid dilaksanakan dalam sistem komunis
ko ingat ni blog nak naikkan sistem komunis ke
memanglah tak salah dalam islam boleh memiliki banyak harta dan sebab tulah adanya zakat supaya manusia diwajib berasa bersyukur dan selalu ingat pada Allah
dalam hal komunis pula kenapa ia wajib harta itu dimilik negarakan supaya mereka kena ingat dan sentiasa berjuang utk negara, itu sajalah
apa yang bezanya islam itu yang jelasnya utk kehidupan yang sebenar di akhirat sementara komunis hanya diatas dunia sahajalah...
abu mizan
kalo ko mmg seorg yg betul2 islam (itupun kalo ko betul2 islam)ko mungkin tak cakap macam tue.. dalam al-quran dah mengatakan bahawa islam adalan ajaran untuk kedua2 dunia dan akhirat. Sebab apa yg ko lakukan didunia itulah yg menentukan nasib ko di akhirat kelak.. Kita tahu yg komunis didalam ajarannya menolak agama..dan soalan aku..Jika ko seorang beragama islam(kepada yg beragama islam) kenapa mesti menyertai/mengguna pakai ajaran atau platform (komunis) ini untuk menentang penjajah sedangkan kita tahu ia bertentangan dengan agama islam.. walaupun ia hanya untuk menentang penjajah.. bagi pendapat aku kerana itu lah ia tidak dapat diterima pakai oleh orang yg betul2 beragama islam pada masa itu dan hanya segilintir yg menyertai ajaran atau ideologi komunis..
pak mat tempe berkata...
saya rasa ramai orang bodoh yg gelap hati telah menulis komen yang bangang dalam blog ini. mereka mengatas namakan islam kononnya. mereka berkeras mengatakan komunis tiada agama dan akan memusnahkan agama. so stupid... sebab;
1. sebab dalam keadaan semasa negara ini tidak diperintah oleh komunis dan islam telah begitu dihinakan oleh para politikus yg memerintah. blog ini wujud lebih kepada menceritakan sejarah lampau. jadi ancaman sebenar ialah para politikus yang memerintah pada ketika ini! bukan blog ini.
2. jika kita amati sejarah dunia di mana2 negara, pasukan keselamatan seperti tentera dan polis memang menjadi "anjing pemerintah". maksud "anjing" di sini bukanlah bermaksud mereka anjing. "anjing" membawa maksud orang suruhan. pada saya mereka bukan pahlawan sebenar. mereka adalah orang yang bekerja dan mendapatkan imbuhan gaji dari apa yg dikerjakan mengikut perintah tuannya. jika tuannya malaikat, maka baiklah pekerjaannya. jika tuannya setan, maka jahatlah perbuatannya. dan kita harus ingat, dalam kondisi negara kita para ahli politiklah tuan2 mereka. baikkah ahli politik tersebut?
3. memang saya setuju dengan pendapat yg mengatakan bahawa propaganda terhadap chin peng pada ketika ini sangat berlebihan. saya bukannya mengidolakan chin peng. juga bukan setuju dalam tindakannya. cuma saya berpendapat tindakan menghalang chin peng dari pulang ke
sekian dulu. penat menaip.
shahrul berkata...
Habis kau ingat British Inggeris tu percaya kt Allah ker? Jangan la hanya tau serang ideologi komunis sj. Ideologi demokrasi pon xbertuhan jugak. ada paham?
Islam tidak mencegah sesiapa pun untuk menganut segala macam ideologi..hukumnya adalah harus. Sama seperti islam xmenghalang kita guna duit kertas. walhal zaman nabi dlu xder duit kertas. TTapi yg islam halang ialah membelakangkan islam. mengenepikan asas & perinsip islam. tidak salah nk melaksanakn sistem komunis,. ttap mesti dissuaikan dengan hukum islam.. tidak slah menggunakan fahaman demokrasi ttapi mesti dissuaikn dgn islam. Yang pasti islam itu bukan ideologi.. ttapi islam itu lebih luas dari ideologi.. islam itu cara hidup. Dari bngun tidur smpai tidur semula. semuanya kena berlandaskan islam. Jangan hanya kenal islam waktu nk nikah kawin sj ye. nk kawin ikut islam. nk memerintah xikut islam.. nk berak (buang hajat) xikut cara islam .. mana boleh
Salam,
sekiranya saya hidup di zaman Pak Mat Amin, saya akan mengambil langkah yang sama...masuk hutan, memikul senjata dan menentang British Laknat itu!!! Dalam situasi semua saluran aman untuk menentang British sudah tertutup, tiada pilihan lain lagi...Menjadi tali barut dan pengkhianat kepada bangsa sendiri seperti yang dibuat oleh beberapa pertubuhan, bukanlah suatu langkah yang bermaruah..Apa nak buat, itu sahaja pilihan yang ada...Saya tidak akan rela untuk menjadi tali barut penjajah..! BIAR MATI MELAWAN, JANGAN MATI DIBULI PENJAJAH...!!!
anaz.akira berkata...
Salam,
Minta maaf Pak Amin..jika perjuangan PKM itu berjaya adakah mereka akan menguasai kerajaan..?
Dan apakah kedudukan bangsa Melayu jika ideologi komunis berjaya bertapak di Tanah Melayu ketika itu..? Terjaminkah..?
Sekuranng2nya bila kerajaan sekarang memerintah..nasib orang Melayu itu masih terbela lagi walaupun tidak sempurna.Walaupun kerajaan sekarang dilihat benar2 korupsi.
Maafkan saya jika ada silap..saya ini anak masih anak muda berumur 21 tahun.Banyak yang perlu dipelajari..yang paling penting kami generasi muda tidak diperbodohkan oleh mana2 ideologi karut.
Sebab Islam dah beri petunjuk yang lengkap dunia akhirat.Ideologi2 yang ada hari ini hanya ciptaan manusia.Untuk makluman saya ini tidak berminat dengan politik yang penuh lakonan.
Jika hidup aman..rezeki ada..dapat belajar dengan baik..cukuplah.
THX.
Yakuza berkata...
Dimana-mana sahaja dalam dunia sepanjang sejarah manusia, kumpulan berhaluan kiri tetap dikira penentang kerajaan. tidak perlu dipertikaikan disitu.
komunis di Malaya kebanyakkannya disokong oleh orang cina peringkat bawahan kerana pada masa tersebut, cina kebanyakkannya tertekan dan semangat patriotik akibat serangan Jepun keatas tanah besar
kepada orang melayu pula, majoriti mereka tidak menyokong komunis kerana ideologi ini tidak percayakan konsep ketuhanan.
memang puluhan ribu tentera komanwel tiba ditanah melayu untuk memerangi komunis...kerana ia dilakukan untuk menyelamatkan negara dari terjebak kedalam perang saudara yang sudah tentu tidak akan selesai hingga hari ini.
Tentera Putih dihantar untuk membantu tentera melayu agar tidak menggambarkan sangat peperangan antara Melayu Vs Cina.
Jujur saya ingin bertanya kepada pembaca, jika komunis cina berjaya merampas negara ini, apa yang akan terjadi kepada kaum melayu di Malaya?
memang sekarang minda kita terbuka dan kita menerima perkongsian kuasa kerana jasa orang-orang dahulu berjuang untuk sesuatu yang kompleks, tetapi apa yang difikirkan oleh orang cina dan melayu pada ketika itu? dapat point saya bukan...
jadi kesimpulannya, perjuangan komunis ditentang bukan kerana majoritinya cina...ia ditentang kerana perkara yang akan terjadi sekarang. kerana kebijaksanaan pemimpin kita dahulu,
Ulasan
Catat Ulasan