Rumah Terbuka Gerakbudaya- 8 Ogos 2009– Merayakan Kemerdekaan


Selasa, 2009 Julai 28
Rumah Terbuka Gerakbudaya- 8 Ogos 2009– Merayakan Kemerdekaan
Ingin mengetahui lebih banyak versi lain sejarah? Sila berkunjung ke:
http://www.gerakbudaya.com/2009/07/%E2%80%9D-rumah-terbuka-gerakbudaya-8-ogos-2009%E2%80%93-%E2%80%9Cmerayakan-kemerdekaan%E2%80%9D/
Host: Gerakbudaya
Date: Saturday, August 8, 2009
Time: 9:00am – 11:00 pm
Location: Gerakbudaya Street: 11, Lorong 11/4E 46200 City/Town: Petaling Jaya, Malaysia
Phone: 0193893804 / 03- 795 78342
——————————————————————–

‘Buku Indo & Kiri untuk ‘perjuangan’ & sembang santai’
Aturcara program :
9 pagi - 11 malam : Jualan buku
8 malam - 11 malam : Sembang santai ‘Tiada Kiri, Jangan Harap Malaya Merdeka’

Untuk siri yang pertama, kami memilih buku-buku yang kami import khas dari penerbit-penerbit buku tersohor Indonesia di dalam bidangnya seperti Yayasan Obor, Komunitas Bambu, Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu, Resist Book dan beberapa yang lain sebagai barang dagangan yang akan dijual dengan harga istimewa, juga buku-buku bernuansa kiri.

Selain daripada itu, kami juga akan memberikan diskaun istimewa untuk buku-buku baru yang tidak akan diperoleh pada waktu-waktu biasa melainkan pada hari acara ini berlangsung.

Meneruskan tradisi, judul-judul buku tertentu akan diberi secara percuma untuk tetamu yang hadir.

Acara Sembang Santai:
Tajuk: Tiada kiri, jangan harap Malaya Merdeka’
Masa : 8 malam – 11 malam

Sudah menjadi kelaziman sang pemerintah berkuasa di mana-mana untuk menulis sejarah mengikut versi mereka dan meminimalkan atau menidakkan sama sekali sumbangan pihak yang lain. Malaysia juga tidak terkecuali dengan buku teks rasmi sekolah yang secara terancang menghitamkan segala yang berkaitan dengan gerakan kiri, apatah lagi komunis.

Bersempena dengan bulan kemerdekaan negara, kami dengan rasa hormatnya menjemput anda semua untuk hadir berdikusi tentang sumbangan gerakan kiri di dalam proses mendapat kemerdekaan negara bersama dua panelis yang kita jemput khas iaitu;

1) Saudara Hishamuddin Rais – NGI &, pengarang buku “Pilihan Raya atau Pilihan Jalan Raya”, “Keganasan, Penipuan & Internet” & bekas aktivis mahasiswa tahun 70 an

2) Saudara Lee Ban Chen – kolumnis di Malaysiakini & bekas aktivis kesatuan sekerja & parti buruh tahun 60 an

Sila hadir beramai-ramai, hidangan nasi lemak yang enak juga akan disediakan khas untuk tetamu yang datang. Terima kasih.

Tentang Rumah Terbuka Gerakbudaya

Rumah Terbuka Gerakbudaya merupakan satu hari di mana kami akan mengadakan jualan istimewa dengan pemberian diskaun pada harga buku-buku yang kami terbit dan edarkan. Kami merancang untuk mengadakan siri rumah terbuka tiga (3) kali setahun dan diakhiri dengan acara yang bersifat tahunan iaitu Jualan Akhir Tahun.

Kami akan memilih tema-tema khas mengikut subjek buku yang kami tawarkan untuk setiap rumah terbuka yang dianjurkan, seperti contoh buku politik, buku Indonesia, buku Islam dan sebagainya.

Selain daripada itu, kami juga akan menganjurkan sembang santai untuk berwacana hal-hal tertentu yang menjadi bahagian dari Gerakbudaya.

Segala pertanyaan sila emel ke sird@streamyx.com atau hubungi Zulhabri di 019-389 3804 atau 03- 795 78342
GB Gerkabudaya

Dicatat oleh M.A. di Selasa, Julai 28, 2009
Label: buku
2 ulasan:
Izwan berkata...
Jumpa nanti!!!
SEKADAR BERTANYA berkata...
PERLU ADA PERMIT POLIS???

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PAS: Parti Komunis Bantu Capai Kemerdekaan

Barisan Gerila Malaya

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah