PERKEMBANGAN MASYARAKAT TANAH MELAYU DAN PATRIOTISME
Sabtu, 2009 Jun 13
Perkenalan
Usaha mengkaji semula sejarah perkembangan masyarakat Tanah Melayu dan patriotisme secara objektif sangat perlu dilakukan dengan sungguh-sungguh. Kebenaran sejarah yang telah diputar belitkan oleh sejarawan-sejarawan penjajah dan kaum reaksioner harus dicari dan ditegakkan, pengalaman dan pengajarannya harus disimpulkan. Dengan demikian barulah kita dapat menguasai hukum-hukum perkembangan sejarah, memperkukuh tali penyambung di antara perjuangan dahulu dengan perjuangan hari ini dan menarik kekuatan rohani yang perkasa daripadanya.
Buku kecil PERKEMBANGAN MASYARAKAT TANAH MELAYU DAN PATRIOTISME merupakan satu usaha yang sangat sederhana ke arah ini. Buku ini cuba menunjukkan kita bagaimana orang Melayu, sebagai pengasas masyarakat bertamadun di Alam Melayu termasuk tanah air kita sejak ribuan tahun dahulu telah membangun masyarakat, membentuk negara dan bangsa serta mencetuskan kebangkitan nasional dan patriotisme. Secara khusus ia menunjukkan kita bagaimana orang Melayu dalam masa yang panjang selama lebih seribu tahun telah mendirikan kerajaan-kerajaan kesatuan feudal yang kuat dan masyhur dengan tamadun yang kaya raya dan gilang-gemilang, kemudian telah melancarkan perang-perang patriotik dan perang tani melawan pencerobohan asing demi membela kemerdekaan tanah air dan maruah bangsa. Lagi pula ia menunjukkan, sungguhpun dalam batas-batas tertentu kemerdekaan pada tahun 1957 dapat dilaksanakan dengan cita-cita para pejuang yang terdahulu, namun, kerana hasilnya dirampas kaum reaksioner, maka perang revolusioner dalam negeri serta perjuangan patriotik-demokratik rakyat hari ini harus diteruskan sampai akhir demi mencapai kemerdekaan penuh dan pembebasan sejati tanah air dan rakyat.
Kami harap buku kecil ini akan berfaedah kepada peminat-peminat sejarah amnya dan para pejuang tanah air kita khasnya dalam perjuangan kita yang suci hingga mencapai kemenangan.
Kandungan buku ini jauh daripada memuaskan dan terdapat banyak kekurangan. Sudi kiranya para pembaca menyampaikan pendapat-pendapat yang bernas untuk memperbaikinya.
Disember 1985
an Masyarakat Tanah Melayu Dan Patriot isme
Dicatat oleh M.A. di Sabtu, Jun 13, 2009
Label: Dokumen
13 ulasan:
Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata...
WoW... Banyak rupenya material2 yg tersembunyi...
2009 Jun 14 03:03
Tanpa Nama berkata...
wow! baru aku tau kehebatan blog ni........padan pun merka kutuk.......
si buta sejarah (kerana dibutakan)
2009 Jun 14 06:52
Tanpa Nama berkata...
Ingin sekali melihat Bendera jalur merah putih 12 bintang yang ditulis dalam buku ini...bagaimana rupa bentuknya...adakah pihak muzium PKM masih menyimpammya...harap pak amin dapat jelaskan...tq
rakyat jati medini
2009 Jun 14 15:16
Atom berkata...
Salam Bapak.
Apakah perjuangan bersenjata rejimen ke-10 sudah tidak relevan hingga perdamaian 2 Disember 1989 di tandatangani ?
Musuh yang sama kita hadapi
Malah kerjasama dari segi ketenteraan di buat oleh Umno hingga saat ini.
Lee Kuan Yew yang belot pada A.Samad Ismail masih hidup hingga hari ini dan dengan langkah sombong melawat tanah air melawat tali barut Brtish yang kekal hari ini.
Apakah dengan jalan pilihanraya dapat ditendang tali barut British ini yang mana dalam masa yang sama Akta ISA,Akta Polis,Perlembagan Persekutuan,Ketuanan Melayu didendangkan oleh Umno/BN untuk menindas rakyat.
Saya mohon penjelasan dari bapak-bapak yang lebih arif.
Akta Darurat yang tidak pernah di review.....
Judicial review ditarik di zaman Mahathir....
Memang benar apa yang ditulis oleh Bapak Abdullah C.D.
Berat,teramat berat sejarah yang terpaksa kami tanggung untuk berdepan dengan tali barut British dari lapangan ekonomi dan infrastuktur seperti hasil galian minyak atau galian bumi bertuah ini dengan modal kepunyaan Anglo-American.Yang mana melayu Umno/BN hanya menjadi barua tuan Inggeris.
Apalah ertinya semua ini ?
Kekuatan apa yang harus kami sandarkan ?
2009 Jun 14 16:47
Azmi Mustafa berkata...
Assalamualaikum Pak Amin..
Macam mana nak download.. apa password?
2009 Jun 14 17:59
mujahid berkata...
salam,pada pejuang mat amin,blh bagi tunjuk ajar mcm mna sya nk download dua2 buku ni,saya minat mengkaji sejarah kerana sejarah yang belajar pd hri ini seolah2 lari dri pndg sejarah yg sebenar
2009 Jun 14 21:14
F.Aswan berkata...
Sejarah sebegini tidak pernah di masukkan ke dalam buku teks sekolah. Kita seringkali fobia apabila di sebutkan perkataan komunisme. Apabila di sebut sahaja Komunis kita samakan dengan teroris. walhal ia tidak walaupun mempunyai mempunyai perkaitan. Fahaman mengenai komunis dan kapitalis haruslah kita dalami. Bagi saya Malaysia adalah sebuah negara Half komunisme dan half kapitalisme. Ini dapat dilihat elemen -elemen posotif daripada kedua -dua ideologi ini di ekstrak dan di jadikan satu iaitu malaysianisme.
2009 Jun 14 22:08
tabuan berkata...
akm...sepatut nya Pkm Khas nya rejimen ke-10 membantu saudara seagama dan sebangsa dengan kita dengan berjuang memerdeka kan selatan Thai.
Kesian tengok depa dok tengah sembahyang pon kena tembak.
2009 Jun 15 09:25
Tanpa Nama berkata...
sekarang anak2 kita telah dididik dengan sejarah2 palsu ciptaan british. banyak lagi yang perlu dibongkarkan kepada masyarakat.
2009 Jun 15 11:31
slash berkata...
Saudara Tabuan,
Kenapa saudara pula nak harapkan ahli Rej ke-10 yg sudah uzur dan lanjut usia tu berjuang membantu saudara Islam kita di sana.. kenapa saudara saja yg menawarkan diri.
2009 Jun 15 15:52
penyengat berkata...
Eh,eh.... pandai pandai pulak tabuan nak arah PKM khasnya Rj 10 pergi ke selatan Thai.Mengapa dia sendiri tak bantu "saudara seagama dan sebangsa" disana?Cubasemak semula komen2 yang kao buat sebelum ni....
2009 Jun 15 16:36
Mat Amin berkata...
Salam,
Memohon maaf kerana dokumen yang dipaparkan tidak dapat dimuat turun untuk memudahkan ia digunakan. Kepada pembaca yang mempunyai kepakaran/pengalaman, sila berikan idea2 untuk mengatasi masalah ini. Kepada pembaca yang telah memberikan idea diucapkan ribuan terima kasih.
terima kasih
2009 Jun 16 08:15
Alfian Tahir berkata...
Pak Min,
Adakah benar PKM pernah bersekongkol dengan tentera thai untuk menentang Barisan Pembebasan Melayu Patani BPMP? Saya ada terbaca mengenainya tapi tidak tahu sejauh mana kebenarannya.
Saya juga terbaca mengenai PKM yang cuba mengambil alih selatan thai dan berperang dengan BPMP.
Boleh Pak Min jelaskan? Terima Kasih dan Salute!
2009 Jun 16 15:31
PERKEMBANGAN MASYARAKAT
TANAH MELAYU DAN PATRIOTISME

Ulasan
Catat Ulasan