Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Rejimen Ke-10 TRM

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah

Imej
Khamis, 2009 Julai 30 Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah Ibu Zaleha Mat Roni adalah serikandi terpuji puteri Sungai Pahang yang rela bergalang tanah demi kemerdekaan tanah air. Dengan mendapat pengaruh patriotisme dari datuknya yang menjadi angkatan perang Datok Bahaman, Ibu Zaleha membenci penjajah British sejak kecil lagi. Begitu gerakan kemerdekaan berkobar di Temerloh selepas kekalahan Jepun, beliau lantas menyertai AWAS (Angkatan Wanita Sedar) - pertubuhan wanita Melayu yang pertama memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Beliau telah diberi kepercayaan memimpin AWAS Cawangan Lubuk Kawah sehinggalah pertubuhan itu diharamkan pada tahun 1948. Berikut adalah profail ringkas Ibu Zaleha Mat Roni. Nama: Zaleha binti Mat Roni (1924 – 2004) atau nama samarannya Rosmah@ Wan, dilahirkan di Kampung Bangau Tanjung, Mukim Bangau, Daerah Temerloh, Negeri Pahang. Pendidikan: Lulus darjah 4 Sekolah Melayu Bangau. Belajar agama dengan guru agama kampung. Datuknya Mat Ali ...

Rakan Seperjuangan Bertahlil Untuk Arwah Ahmad Taha

Imej
Jumaat, 2009 Julai 24 Rakan Seperjuangan Bertahlil Untuk Arwah Ahmad Taha Pemergian Allahyarham Ahmad Taha merupakan berita yang sedih bagi rakan seperjuagan di Kampung Perdamaian Sukhirin. Mereka beramai-ramai mengadakan majlis tahlil dan memanjatkan doa ke hadrat Allah Taala semoga roh Allahyarham diletakkan di kalangan orang-orang yang solih. Ketika mengenang masa silam, rakan seperjuangan di Sukhirin menyebut bahawa Allahyarham adalah antara putera puteri terpuji Sungai Pahang yang bangun memanggul senjata berjuang demi menghalau penjajah dari bumi tanah air apabila penjajah British melakukan penindasan menyeluruh ke atas gerakan kemerdekaan pada tahun 1948. "Allahyarham adalah antara pejuang yang teguh mempertahankan perjuangan, walau dalam keadaan apapun tak pernah tunduk pada rintangan. Di masa revolusi mengalami kekandasan, Allahyarham bersama-sama rakan seperjuangan yang lain sama-sama merasai ketiadaan makanan, setahun tak menjamah nasi dan lain-lain. Semua...

BARU TERBIT : MEMOIR ABDULLAH C.D. BAHAGIAN KETIGA

Imej
Selasa, 2009 Julai 21 BARU TERBIT : MEMOIR ABDULLAH C.D. BAHAGIAN KETIGA Memoir Abdullah C.D. (Bahagian Ketiga): Perjuangan di Sempadan dan Penamatan Terhormat ISBN: 9 789833782802 Author: Abdullah C.D. Publishe r: SIRD Year: 2009 No of Pages: 407 Product ID: 436 “Di masa silam, kawasan sempadan yang merupakan kawasan strategik perang gerila pernah menjadi sandaran belakang perang-perang patriotik anti-British seperti Perang Bahaman di Pahang (1891-1895), Perang Tok Janggut di Kelantan (1915) dan Perang Haji Abdul Rahman di Terengganu (1928). Rakyat kedua-dua belah perbatasan tersebut adalah dari ras dan rumpun yang sama iaitu rumpun Melayu. Datok Bahaman dan beberapa pemimpin perang itu bersemadi di negera jiran tersebut.” “Perjuangan di kawasan sempadan telah menempa pasukan Rejimen Ke-10 menjadi sebuah pasukan yang benar-benar teguh dan tabah memperjuangkan cita-cita kemerdekaan. Di akhir tahun 1950-an hingga awal 1960-an, pasukan bersenjata TPNM di kawasan sempa...

Kamarulzaman Teh - Sumbangkan Seumur Hidup Demi Rakyat

Imej
Sabtu, 2009 Julai 11 Kamarulzaman Teh - Sumbangkan Seumur Hidup Demi Rakyat - kenangan ini ditulis oleh Peng Ting Chou, rakan seperjuangan Kamarulzaman yang sama-sama meringkuk dalam penjara - “Peng, tengo k dagu saya, lebat ditumbuhi janggut!” Kamarulzaman melemparkan senyuman yang penuh erti. “Biasa saja, orang lelaki tentu tumbuh janggut!” ujar saya. “Masa kena tangkap, dagu ini belum ada janggut lagi!” “Ini menunjukkan awak sudah tua kan?” ujar saya sambil membuat gaya orang tua bongkok udang. Kami ketawa. “Bapak sudah tua, rambutnya uban saja......”, saya bernyanyi perlahan-lahan. “Pandai sungguh awak bergurau.” “Kalau tak pandai bergurau, hati kita tak akan gembira, orang pun lekas tua.” Dialog ini berlaku pada tahun 1957. Ketika itu beliau baru saja dilepaskan dari penjara. Seksaan penjara yang kejam telah meninggalkan tanda selar yang nyata di raut mukanya. Dagunya semak dengan janggut, rambut di kiri-kanan kening memutih—gejala yang jarang terjumpa di kalan...

Pengenalan Ringkas Tentang Pahlawan Manap

Imej
Selasa, 2009 Jun 30 Pengenalan Ringkas Tentang Pahlawan Manap Pahlawan Manap - Ketua Platun Ke-5 Rejimen Ke-10 TPNM 1. ‘Darurat’ yang diisytiharkan pada 20 Jun 1948 telah memaksa dan tidak memberikan pilihan lain kepada ramai anak-anak muda revolusioner kecuali menceburkan diri dalam perjuangan bersenjata melawan penjajah British. 2. Di sini, terbuktilah bahawa di mana ada penindasan, di situ akan ada perlawanan; dan, generasi muda adalah pemangkin bagi perubahan sejati dalam sesebuah masyarakat! 3. Satu lagi hakikat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan keadilan ialah bahawa sesungguhnya pengorbanan dalam pelbagai bentuk payah hendak dielakkan. 4. Justeru itu, masyarakat hari ini harus menginsafi dan tidak mensia-siakan mereka yang telah berbakti, apalagi yang telah menyumbangkan jiwa-raga bagi kemerdekaan tanahair. 5. Salah seorang daripada putera-puteri terpuji sedemikian ialah Manap Sewang @ Manap ‘Jepun’ – anak jati negeri Pahang. Ayahnya seorang pelayar, dan ibunya seorang Je...

Muzium Sejarah

Imej
Selasa, 2009 Jun 16 Muzium Sejarah Muzium Sejarah - terletak di Kampung Perdamaian Sukhirin, Narathiwat, Selatan Thai Selepas penandatanganan persetujuan damai tiga pihak antara Kerajaan Malaysia – Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya, Abdullah C.D. mewakili pimpinan Rejimen Ke-10 telah memohon untuk membangunkan sebuah muzium khas untuk memaparkan sejarah perjuangan Rejimen Ke-10. Dengan keizinan pihak tentera Thai, sebuah muzium yang dinamakan MUZIUM SEJARAH telah didirikan pada tahun 1990. Muzium sederhana ini mempamerkan berbagai barang yang pernah digunakan oleh pasukan gerila tersebut. Selain itu terdapat banyak gambar, buku-buku, dokumendokumen,catatan-catatan dan lain-lain. Muzum Sejarah ini menjadi salah satu tarikan istimewa Daerah Sukhirin. Ribuan pelawat, ahli sejarah, penulis, pelancong dan lain-lain dari dalam dan luar negeri pernah berkunjung ke sini. Dicatat oleh M.A. di Selasa, Jun 16, 2009 L...