Sabtu, 2009 Mei 16

Rakan Seperjuangan Dari Yala Hadiri Kenduri Arwah



(Gambar: Berdoa dan bertahlil
beramai-ramai di rumah Ibu Siti Norkiah)


16 Mei, Ibu Siti Norkiah Mahmood Baginda dengan dibantu oleh rakan-rakan seperjuangan di Kampung Perdamaian Sukhirin telah mengadakan kenduri arwah 40 hari untuk allahyarham Abu Samah Mohad, Kassim. Dalam upacara yang sederhana itu, mereka secara beramai-ramai berdoa, bertahlil dan membaca Quran.


(Gambar: Pak Tuah (Mat Amin bin Awang Chik)

Pak Tuah atau nama sebenarnya Mat Amin bin Awang Chik bersama 2 rombongan rakan seperjuangan dari Kampung Chulabhorn Patana 12, Yala menghadiri upacara tersebut. Pak Tuah berasal dari Mukim Perak, Temerloh Pahang, menyertai revolusi pada tahun 1949. Selepas penandatanganan Haadyai, beliau tinggal di Kampung Perdamaian 3 atau Kampung Chulabhorn Patana 11 di Daerah Kabang, Wilayah Yala bersama Rashid Maidin.

Dicatat oleh M.A. di Sabtu, Mei 16, 2009

Label: alfatihah

9 ulasan:

-thethinker- berkata...

depa kata PKM nii anti-agama , murtad...
nii biaq depa tengok sendiri ... pejuang rakyat masih beriman dan percaya kpd Tuhan
2009 Mei 17 15:51

ahmadnizamhamid berkata...

Pak Tuah kampung yang sebenar di mana di Temerloh?mukim perak di temerloh,nak tahu kampung sebenar beliau.
2009 Mei 17 17:24

muor76 berkata...

harap pak tuah dpt masukkan kisah mat indera.. kalau ade gambor dia lagi elok..
mat indera dari API join PKM.. dia seorang guru agama di sekolah agama parit setongkat muor.. dia juga telah menahan anggota PKM dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis bukit kepong.. ade orang cakap kat saye dia mengamalkan ayat 5.. dan bermacam cerite lagi yg saye dengar mengenai beliau.. di sini saye ade masukkan sedikit cerite mengenai mat indera http://muor76.blogspot.com/2008/04/mat-indera.html
2009 Mei 17 22:17

Mat Amin berkata...

Saudara ahmadnizamhamid
Pak Tuah berasal dari Kampung Tualang, Mukim Perak, Daerah Temerloh, Pahang. Beliau bersama abangnya Sulaiman bin Awang Chik menyertai revolusi pada penghujung tahun 1849. Sulaiman lebih dikenali dengan nama Asmat atau Karim, kini menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin. Seorang lagi sepupu mereka dari kampung yang sama ialah Awang Yaakob.

Terdapat kekeliraun tentang tarikh mereka masuk revolusi. Mengikut maklumat dari Pak Asmat, dia menyertai revolusi pada penghujung tahun 1949. Akan tetapi dalam catatan asal saya menyebut tahun 1950. Ini mungkin tidak tepat.
2009 Mei 18 09:30

ahmadnizamhamid berkata...
terima kasih pak amin.temerloh tentunya banyak melahirkan para pejuang.salam buat semua
2009 Mei 20 23:01

Tanpa Nama berkata...
Saya pernah tinggal di weang, dan saya tahu cerita sebenar dan kehebatan berkaitan PKM. Saya berharap moga semua pihak mengambil jalan penyelesaian yang baik. Jangan besarkan lagi masalah yang timbul..ceritakan fakta yang benar.
2009 Mei 27 01:54

Tanpa Nama berkata...
pak amin ada anak tak?
2009 Mei 28 19:01

Tanpa Nama berkata...
k maharajalela, datuk bahaman kita anggap pejuang kerana yang dibunuhnya ialah penjajah dan yang bersekngkol dengan penjajah. Dasar perjuangannya masih Islam.

Komunis, yang dibunuhnya penjajah, yang bersekongkol dengan penjajah DAN ORANG YANG TIDAK MAHU MEMBERI BANTUAN aka IMAM sekalipun. Tambah lagi, ada komunis tu yang merogol anak-anak dara kita. dasarnya pula ATHIES walaupun pak amin kata Rejimen 10 tak athes. Tapi kalau ikut athies, apa jadahnya. Macam tak main judi tapi buat air teh kat orang main judi!Tak dosa ker?

Jadi, komunis tu janganlah samakan dengan pejuang sejati. jangan samakan dengan pejuang negara. jangan samakan dengan datuk Maharajalela atau Datuk Bahaman. Tu semua alasan orang yang dipengaruhi komunis. dasar cuba mempengaruhi orang awam tu (brainwash)masih terlekat lagi kat kepada dia orang!
2009 Mei 30 05:23

enol berkata...
maaf bertanya.

Mengapa tidak regimen ke 10 meletak senjata sebaik merdeka?
2009 Mei 30 08:40

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PAS: Parti Komunis Bantu Capai Kemerdekaan

Barisan Gerila Malaya

Muzium Sejarah