Unit Communal Forest Bangunkan Kawasan Hutan Simpanan Kampung

Isnin, 2009 April 20

Unit Communal Forest Bangunkan
Kawasan Hutan Simpanan Kampung


Satu unit Communal Forest yang berpejabat di Narathiwat telah datang beberapa kali ke Kampung Perdamaian Sukhirin (Kampung Chulabhorn Patana 12) untuk melancarkan projek pembangunan hutan simpanan kampung.




3 pegawai forest yang tiba di sini ialah Encik Zakaria,
Encik Abdullah dan Encik Nordin.
Sebelum bertolak mereka sempat bergambar
dengan Saudara Droman Binza, Ketua
Kampung Perdamaian Sukhirin.






Di bawah rancangan Communal Forest ini, satu kawasan hutan akan di ukur dan dijadikan hutan simpanan kampung. Segala hasil kayu kayan dan sebagainya boleh digunakan oleh kampung untuk pelbagai tujuan dengan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Selain itu unit Communal Forest ini juga menganjurkan pihak kampung membentuk Jawatankuasa Khas untuk menjaga hutan yang telah diwartakan sebagai hutan milik kampung.


Ditanya mengenai Kampung Perdamaian Sukhirin, pegawai forest tersebut menarik minat untuk memajukan tapak perkhemahan Rejimen Ke-10 yang telah ditinggalkan. Di situ terdapat terowong, parit perlindungan, kubu pertahanan, dapur tak berasap, tugu peringatan pahlawan dan lain-lain. “Jika dapat dimajukan, kawasan ini mempunyai potensi besar untuk menarik pelancong”, kata salah seorang pegawai forest berkenaan.


Tapak perkhemahan tersebut terletak kira-kira 1 kilometer dari Kampung Perdamaian Sukhirin yang diberi nama Dewan Marxis.


Dicatat oleh M.A. di Isnin, April 20, 2009

2 ulasan:

ahmadnizamhamid berkata...
Salam

1.alfatihah kepada semua pejuang yang kembali ke Rahmahtullah khususnya Pak Lang Abu Samah Kassim dan Pak Chu Duwi,kedua-duanya anak Pahang.Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman

2.Sila manfaatkan blog ini untuk mengungkap sejarah perjuangan silam dan masa hadapan buat catatan generasi mendatang dengan seikhlasnya.tidak perlu "self-glory" cukup sekadar mencatatkan sejujurnya.saya bimbang generasi akan datang akan jadi buta dengan sejarah perjuangan bangsa.

3.saya teringat kuntuman puisi tercetak di tugu pahlawan revolusi Indonesia Bukit Tinggi Sumatera Barat yang cukup indah:

Mati Luhur tak Berkubur
Memutuskan Jiwa Meninggalkan nama
Menjadi Awan di angkasa
Menjadi buih di lautan
semerbak harum di udara.

ikhlas dari:ahmad nizam hamid
kuala semantan
http://lanailestari.blogspot.com
2009 April 20 23:39

Mat Amin berkata...
alaikumussalam

Terima kasih Saudara Ahmad Nizam Hamid.
Semoga hasrat saudara itu direstui Allah.
2009 April 21 06:37

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Muzium Sejarah

Barisan Gerila Malaya

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah