Tun Minah Pulang Ke Rumah

Ahad, 2009 April 26

Tun Minah Pulang Ke Rumah

Setelah meninggalkan rumah kira-kira sebulan lebih lalu, kini Ibu Siti Norkiah Mahmood Baginda (lebih dikenali dengan panggilan Tun Minah oleh rakan seperjuangannya disini), kini telah pulang ke rumahnya di Kampung Chulabhorn Patana 12, (Kampung Perdamaian Sukhirin) T. Sukhirin, A. Sukhirin, C. Narathiwat. Tun Minah adalah bekas Ketua Awas Pahang dan kader Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya.

Beliau meninggalkan rumah kerana menjaga suaminya Allahyarham Abu Samah yang sakit berat di Hospital Sungai Golok. Allahyarham Abu Samah mengidap sakit paru-paru, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sakit kencing manis. Kerana itu Allahyarham beberapa kali dimasukkan ke bilik ICU.



Semasa di hospital beliau sentiasa menerima kunjungan rakan-rakan seperjuangan dan sanak saudara baik di Thailand mahupun di Malaysia.

Hidup mati manusia sudah ditakhdir oleh Allah (S.W.T.) Pada 6 April, keadaan sakit Allahyarham Abu Samah menunjukkan tanda-tanda positif, tekanan darah dan keadaan jantung kembali normal. Pihak doktor telah mengeluarkan beliau dari bilik ICU.

Akan tetapi pada keesokannya, kira-kira pukul 5am, Allahyarham kembali ke rahmatullah dengan tenang di Hospital Sungai Golok. Allahyarham disemadikan di Perkuburan Besar Sungai Golok. Ibu Siti Norkiah berkabung untuk Allahyarham suaminya di rumah saudaranya di Sungai Golok.

Pada 20 April, Bapa Abdullah C.D. dan Ibu Suriani telah menghantar kereta khas untuk menjemput Ibu Siti Norkiah pulang ke kampung.


Di rumah, rakan-rakan seperjuangan berdahulu kemudian datang menyampaikan takziah dan memberikan semangat kepada beliau supaya tabah menghadapi dugaan Allah dan untuk terus meniti hidup di penghujung usia.

Pada sebelah malam pula, rakan-rakan seperjuangan mengadakan majlis tahlil dan berdoa di rumah beliau. Semoga Allah Subhanahuwataala meletakkan roh Allahyarham Abu Samah di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah. Amin





Dicatat oleh M.A. di Ahad, April 26, 2009

3 ulasan:

ahmadnizamhamid berkata...
salam,
saya telah promosikan blog sdr kepada dunia maya.sebagai contoh blog sdr telah dilayari oleh sasterawan proletariat/rakyat pak dharmala ns (http://adimul.blogspot.com.seruan saya agar sdr dapat lebih giat mengemaskinikan blog ini untuk manfaat pembaca dengan berita terkini dan kisah silam.seperkara lagi,mungkin sdr dpt letakkan counting counter atau kaunter kiraan untuk menentukan jumlah pelawat.saya yakin blog ini akan bakal "meletup" dengan jumlah pelawat yang ramai.cuma sdr perlu giatkan usaha dan berterusan.tk

a.nizam
http://lanailestari.blogspot.com
2009 April 27 22:46

mancina berkata...

benar saya bersetuju dan menyokong usaha yg dilakukan oleh "pak Mat Amin" (izinkan saya memanggil pak).....sejarah mmg telah dicelarukan. setelah membaca buku "Chin Peng" barulah saya mula mempersoalkan apa sebenarnye sejarah malaya ni...teruskan usaha begini sbb kebenaran akhirnye akan terserlah...mudahan2 saya dapat melawat kampung "bapak2" disana supaya dapat mengetahui secara lisan pengalaman2 atau ilmu2 yg patut "diturunkan ker"
2009 Mei 1 20:19

Daniel berkata...
There's no such thing as God in communism.

Obviously, the so-called cadres are not genuine communists. :-)
2009 Mei 2 02:28

Catatan popular daripada blog ini

Muzium Sejarah

Barisan Gerila Malaya

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah