Isnin, 24 Ogos 2009

Rahsia TPNM

Sabtu, 2009 Mei 30

Rahsia TPNM


Sebahagian kader angkatan lama Rejimen Ke-10 TPNM

1. Setiap hari saya terima ratusan emel dari para pengunjung. Di sini, saya hendak ucapkan: Terima kasih yang tulus ikhlas.
Dalam banyak2 itu, ada juga yang “nakal”; malahan yang lebih dari itu pun ada. Faham2 sajalah……….

Walaupun terdapat macam2 cubaan, insya’Allah, saya tidak akan melatah ataupun terbawa-bawa dengan rentak gendang yang mereka palu.

2. Sekarang saya hendak respons kepada satu pertanyaan yang sering ditanya orang iaitu tentang “rahsia” tentera kami boleh bertahan puluhan tahun lamanya dalam perjuangan.
Mengikut pendapat saya, ringkasnya ada beberapa faktor penting:

Pertama, Tentera Pembebasan Nasional Malaya (atau kemudian dikenali sebagai Tentera Rakyat Malaya) adalah tentera pembebasan yang didirikan untuk melawan penjajah British yang menceroboh semula Malaya selepas Jepun.

Ertinya, TPNM adalah tentera patriotik yang berjuang demi kemerdekaan tanah air dan rakyatnya. Hubbul watan minal iman! Watak inilah yang menentukan keunggulannya -- tidak seperti mereka yang berlawan kerana diupah atau dikuasai oleh tuannya (Inggeris).

Kedua, bertentangan dengan apa yang sering difitnahakan, TPNM mempunyai disiplin kuat yang dituntut ke atas setiap anggotanya. Empat asas disiplinnya ialah:

1. Setiap tindakan patuh kepada perintah;
2. Tidak mengambil sebatang jarum atau seutas
benangpun dari massa (orang ramai);
3. Sebarang rampasan perang harus dirasmikan;
4. Dengan ketat menyimpan rahsia tentera.

Selain itu, terdapat pula 10 perkara yang wajib diperhatikan:

1. Pertuturan hendaklah ramah-tamah;
2. Berjual beli harus adil;
3. Barang2 yang dipinjam harus dikembalikan;
4. Ganti kerugian barang2 yang dirosakkan;
5. Rumah-rumah yang ditumpangi harus dibersihkan;
6. Menghormati adat resam;
7. Jangan memukul atau memaki orang;
8. Jangan merosaki tanam-tanaman;
9. Jangan berlaku tidak senonoh terhadap wanita;
10. Jangan menganiayai tawanan perang.

3. Mungkin ada banyak faktor lain lagi; memadailah yang itu dulu.
Dicatat oleh M.A. di Sabtu, Mei 30, 2009
Label: sejarah, TPNM/TRM

85 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Pak Mat Amin,

PTNM/Unit2 Regimen PKM : berjuang utk kemerdekaan negara dan rakyat?

Polis/Tentera : berjuang kerana upah atau dikuasai?

Dlm erti kata lain PTNM/PKM berjuang dgn ikhlas manakala Pasukan Polis dan Tentera berjuang krn kepentingan sendiri?

Katakanlah kpd mana2 bekas,keluarga atau generasi Polis/Tentera jawapannya tentu sebaliknya. Anggota komunislah pengkhianat bangsa sebenar. Dr artikel terbaru Pak Mat ini saya dpt lihat Pak Mat lebih cenderung menonjolkan imej PTNM/rejimen komunis supaya dilihat baik dimata pembaca disamping memburukan imej pasukan polis/tentera.

Saya jg membaca banyak komen2 yg diberi (termasuk dr Pak Mat sndr)melibatkan pengaruh politik semasa dan lebih cenderung menghentam parti kepolitikan dr lebih memfokuskan kpd kisah perjuangan komunis-pasukan polis/tentera dan kesannya keatas rakyat malaya/malaysia.

Terima kasih.

jagungmentah
2009 Mei 30 23:01
orang kampong berkata...
tahniah atas usaha mengapungkan kembali sejarah,saya setuju atas sikap terbuka dalam melihat semula sisi sejarah agar ia dapat berkembang subur segar.atas dasar terbuka ini jugalah,saya sering tersenyum apa kala membaca beberapa ulasan yang terdapat dalam blog ini. ternyata, pengguna teknologi ini masih ada yang gemar berprasangka buta.
2009 Mei 31 00:19
Tanpa Nama berkata...
Isu "republik" telah lama digunakan oleh puak-puak anti-komunis untk menghasut Melayu membenci PKM. Tetapi, adakah idea republik tidak baik langsung ? Jika republik tidak baik, mengapa ramai Muslim memilih republik sebagai bentuk kerajaan mereka: Indonesia, Pakistan, Iran, Irak, Turki, Mesir, Libya, Algeria, Uzbekistan, Kazakhstan, Turkmenistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, dll. Adakah umat Islam di pusat-pusat Islam penting semua ini lebih bodoh daripada Muslim di Malaysia ? Jangan kita lupakan juga bahawa semua kuasa-kuasa besar di dunia yang modern ini adalah republik: America Syarikat, China, Russia, Perancis, Jerman dan India. Masa sudah sampai untuk minda Muslim Melayu tidak lagi disongsangkan dan diracuni oleh fikiran-fikiran yang ketinggalan zaman.
2009 Mei 31 00:30
Tanpa Nama berkata...
yang cukup pantang dengan ideologi komunis ini di malaysia adalh golongan kerabat umno.mereka lebih suka berkawan dengan yahudi dan diperbodohkan oleh mereka.yes,they think they are not that stupid but they are!walau komunis ini baik mana pun mereka akan tetap buta hati tidak akn mengiktiraf bahwa PKM itu pernah menolong mereka menentang jepun!chin peng yg ingin pulang pun tidak boleh(konon takut beliau akan dianggap wira)kenapa kerajaan umno malaysia membeli jet pejuang rusia komunis?kenapa tidak saja beli jet amerika pro-israel?baru tahu bahwa amerika tidak akan tolong negara islam seperti malaysia ,umno memang seperti kaldai membabi buta kerana takut mengaku kesilapan mereka mendengar cakap penjajah.PKM ingin membela diri dari difitnah sebagai pengganas pun dituduh cuba menghidupkan ideologi komunis?makin umno ingin memburukkan PKM maka umno akan hilang sokongan kerana orang akan tahu umno itulah yg menipu melayu sendiri,bersekongkol secara belakang mari dengan yahudi yg sedang melanyak palestin.
2009 Mei 31 00:32
semutgatai berkata...
Tuan,
Di dalam buku Memoir Rashid Maidin ada menceritakan Rashid Maidin mengambil masa satu tahun melarikan dari dari Melaka ke Bentong Rejimen 10.
Bagaimana beliau begitu cekal dan bersemangat?Bekalan dan strategi?
2009 Mei 31 01:28
Tanpa Nama berkata...
Walaupun Perang Dingin sudah berakhir, tetapi kuasa-kuasa imperialis Barat, terutamanya Anglo-Amerika terus berusaha mencari peluang dan boneka di Dunia Ketiga seperti Malaysia untuk menentang and menghancur kuasa-kuasa alternatif yang enggan menjadi talibalutnya, seperti Iran dan China.
2009 Mei 31 02:16
crewradix berkata...
Salam sy tertarik tentang berjual 'beli harus adil'so bermakna Pejuang2 dahulu adalah peniaga dan usahawan2 yg merencanakan ekonomi utk sesuatu pertubuhan...adakah TPNM ditaja oleh organisasi lain...Kpd Pejuang2 generasi baru jgn kita lupa perjuangan utk menegakkan ekonomi islam coz ekonomi islam adalah kekuatan untuk menumbangkan system ekonomi kapitalis yg dibawak oleh penjajah...Tanpa ekonomi yg kukuh bagaimana kiter nak berjuang???Wallahhuallam...
2009 Mei 31 02:39
anakMalaysia berkata...
tapi pihak tuan masih juga membunuh orang2 kampung yang tidak bersalah,seperti ketua2 kampung,imam2 masjid..
tipular klu pihak tuan kata yang PKM ikut peraturan2 ini.
abis tu,datuk2 saya dan rakan2 yang kene bunuh tu peciter..mereka bukan askar..hanya petani dikampung.sudah lar tu,toksah nk serabutkan lagi kisah2 ini dengan fakta yang meminta simpati.PKM ibarat terang lagi bersuluh,PEMBUNUH orang2 yang tidak berdosa.perjuangan anda telah terpesong setelah jepun kalah..
2009 Mei 31 02:53
drinkinganddrivingisfun berkata...
Hdup PKM!
PKM akan terus subur didalam jiwa anak malaya
Biar kan mereka dgn kata2 dusta
they cant fool the youth of today.
2009 Mei 31 06:14
Tanpa Nama berkata...
teruskan menulis bapak mat. Dedahkan sejarah yang belum tertulis.

Sejarah harus dilihat dari sisi pihak yang menang dan kalah.

Sejarah perjuangan aliran kiri perlu ditonjolkan lagi. Kemerdekaan hasil perjuangan semua. Bukan barua british sahaja

walaupun saya anti komunis yang membunuh tentera Malaysia. Masih masih menghargai sejarah yang bapak tulis. Terus menulis dan semoga diampuni Allah

wan ziarahsufi
2009 Mei 31 06:45
selimut putih berkata...
Salam,

Sebagai orang luar, saya melihat memang ada beberapa faktor lain mengapa TPNM boleh bertahan lama,sehingga hampir 40 tahun, antaranya:

a) TPNM berlindung dan beroperasi dari Thailand, bukan dari bumi Malaysia. Pihak tentera Thai tidak kelihatan bersungguh-sungguh untuk "menghapuskan" TPNM, malah ada kalanya mengambil sikap "bersahabat" pula, oleh kerana TPNM tidak mencampuri urusan dalam negeri kerajaan Thai.
b)Kalau tidak salah, TPNM selalu mengambil pendirian, "bertahan secara aktif". Maknanya mereka hanya menyerang balas jika diserang, tapi tidak menyerang lebih dahulu. Ini menyebabkan pertempuran dengan tentera Thai dapat diminimumkan, dan TPNM tidak mengalami kekalahan dalam pertempuran.
c) Dari masa ke masa TPNM dapat merekrut ahli baru dari kalangan penduduk Melayu Thai. Ini memungkinkan keanggotaan TPNM sentiasa bertambah dan TPNM sentiasa mendapat darah baru.
2009 Mei 31 07:02
Kekacang berkata...
Ceritakan agar rakyat generasi akan terbuka mata. Biarlah sejarah dikaji dari sudut mata kita.
Hatta, Sejarah kita tidak pernah meraikan perjuangan pahlawan Melayu menentang Inggeris. Yang diagungkan hanya askar @ polis Melayu yang bekerja dengan British. Diarak dan dijunjung, merekalah syuhada' tanahair biarpun setiap bulan menerima upah dari British. Dan ramainya berakhlak buruk. Mungkin ada dari kita terpaksa menerima, yang menerima upah itu adalah ayah, bapa saudara, datuk atau saudara kita, itulah realiti kehidupan. Hatta para sahabat Rasul pun terpaksa menerima kenyataan sebahagian dari keluarga mereka yang mati kafir. Kebenaran tetap kebenaran yang perlu diterima.
Masa terus berlalu, sejarah perlu diberi peluang kepada semua pihak, bukannya milik pihak British sahaja. Mungkin masih ada yang berkiblat dan bertuhankan British, yang pastinya mereka akan berlalu juga kerana bagi mereka hanya upah yang penting.
2009 Mei 31 07:26
Mat Amin berkata...
Saudara selimut putih,

Pendapat Saudara Selimut Putih mungkin juga menjadi salah satu penyebabnya. Yang terkesan dalam fikiran saya ialah memang keadaan tak sama dengan Malaysia. Ini mungkin kerana pengaruh penjajah British di kalangan pemerintah Malaysia begitu mendalam.

Dalam perundingan damai 1989 juga cemas-cemas gagal, iaitu dalam pusingan ke-4 apabila kerajaan Malaysia tetap mahu mengenakan ISA ke atas PKM. Akan tetapi berkat adanya usaha yang iklas dari pihak Thai menyebabkan perundingan dapat diteruskan dan dalam pusingan kelima, kerajaan Malaysia telah bertolak ansur dalam masalah ISA tersebut. Rombongan perwakilan Thai dipimpin Jen Kitti Rattanachaya, panglima Ketumbukan Ke-4 yang secara langsung bertempur dengan kami. Dalam lawatannya ke kampung perdamaian beliau pernah menyebut “Saya percaya kepada kalian, kalian benar2 pejuang, bukan orang jahat”

Selain itu, Kerajaan Thai juga berperang dengan Parti Komunis Thailand. Tetapi kini orang-orang Parti Komunis Thai boleh berada dalam cabinet. Satu perbezaan yang ketara antara kerajaan Thailand dan Kerajaan Malaysia
2009 Mei 31 07:43
Tok Sikai berkata...
Masalah di Malaysia ni UMNO/BN/Perikatan semuanya betul.Yang betul dan benar tu hak mereka sahaja hingga kan yang lain mereka anggap semuanya salah dan tak benar.
Walaubagaimana pun kebenaran tak dapat mereka tutup selama-lamanya.
Saya sendiri tidak percaya kepada idealogi dan fahaman komunis,tetapi saya percaya kepada kebenaran.Saya harap apa yang Pak Amin bentangkan di dalam blog ini dapat menyerlahkan kebenaran tentang regimen ke-10 dalam usaha membantu kemerdekaan negara.Jadi dapatlah kita melihat kemerdekaan dari satu persepsi perjuangan yang lain.
Terimakasih Pak Amin
2009 Mei 31 09:30
HOT ZOOM berkata...
Salam,
Perjuangan PKM menyalahi undang-undang Malaysia.
Memang perjuangan untuk menentang penjajah itu betul tapi caranya tidak betul.
Saya agak musykil,kenapa PKM mengambil jalan yang salah dari segi undang2 Malaysia andainya ingin menghapuskan penjajah.Pejuang di Malaysia juga bermatlamat sama iaitu menghapuskan penjajah.
Jadi kenapa....kenapa....kenapa PKM berbuat begitu.
Musykil.....musykil...

Mungkin Rejimen 10 tidak sejahat Rejimen pimpinan Chin Peng kerana Rejimen 10 semuanya Melayu,tapi kenapa bersekongkol dengan Chin Peng?

Chin Peng adalah pengkhianat negara yang sebenarnya.

Rejimen 10 boneka Chin Peng dan orang Cina,seingat saya,PKM ni dikuasai oleh golongan Cina.Melayu jadi pak turut secara membuta tuli saja.
2009 Mei 31 09:39
Tanpa Nama berkata...
Askar-askar dan anggota-anggota Melayu yang berkhidmat untuk kepentingan kolonial (1948-1957) ataupun Neo-kolonial (1957-1984) ada yang tidak sedar diri, ada yang cari makan dan pula yang diracuni oleh propaganda anti-komunisme perlbagai bentuk. Walau apa pun motif mereka, mereka adalah di sebelah kem musuh. Di perang, melawan kem musuh merupakan perkara biasa.
2009 Mei 31 10:46
Tanpa Nama berkata...
Hi, HOT ZOOM: awak ni masih guna otak perkauman Umno/MC/MIC untuk cuba pecah PKM ? Ini cara zaman purba orang kasar. Zaman moden ni multiracial dan humanist.
2009 Mei 31 12:47
Tanpa Nama berkata...
Pak Mat Amin/Moderator/Pembaca,

Jika dilihat dr sejarah, penduduk cina dan india hanya mendpt taraf kewarganegaraan(kontrak sosial) semasa mencapai kemerdekaan dgn erti kata lain seblm merdeka mereka adlh pekerja2 yg dibawa masuk ke tanah melayu oleh British dan bkn warga tanah melayu.

Sblm kedtgan Jepun tiada penentangan dilakukan oleh golongan pekerja ini ttp pergerakan penentangan oleh mrk bermula akibat penindasan tentera jepun keatas kaum cina majoritinya dan kaum melayu minoritinya. Selain buruh British kaum cina yg berniaga juga mengalami kesan yg teruk akibat penjajahan jepun. Ini menyebabkan mrk bersatu menentang jepun krn ditindas dan kepentingan mrk dicerobohi.

Golongan buruh/tani/kelas bawahan adlh golongan terbanyak pd setiap masa di setiap negara. Golongan inilah yg menjadi sasaran utama pengaruh ideologi(komunis mahupun british).

Selepas jepun menyerah kalah dan british kembali semula, kesedaran menentang penjajah sudah timbul didlm diri org melayu keseluruhannya berbanding kesedaran kecil sblm itu. Apa yg boleh dilakukan oleh mereka ini tanpa bantuan luar?

Oleh itu dgn tiada pilihan sebahagian mereka menjadikan PKM sbg penyelesaian terbaik utk kelemahan itu. Dan ini juga merupakan peluang baik bg PKM dgn penyertaan anak melayu sbg unit mereka.

Dgn itu, adakah boleh dikatakan PKM berjuang demi negara? Bukankah mereka berjuang demi kepentingan mereka dan tindakan balas dendam atas penindasan yg mereka alami? Meskipun boleh dikatakan perjuangan unit melayu(PTNM) ini dgn tujuan utk pembebasan tanah melayu dr penjajah british ttp bolehkah dikatan perjuangan mereka bkn sebagai alat PKM?(PTNM mungkin anak tanah melayu pd masa itu ttp PKM adlh dr buruh2 british/peniaga2 cina dan bkn anak tanah melayu-matlamat dan kepentingan perjuangan mereka berbeza).

Mengikut kata Pak Mat Amin, didalam perang sememangnya perkara biasa musuh akan dibunuh.Perbezaan ketara adlh cara membunuh musuh yg dilakukan oleh PKM dan pihak polis/tentera.

Dlm senario politik Malaysia sekarang pun masih boleh dilihat dimana bekerjasama dgn musuh kpd musuh adlh penyelesaian bg kelemahan menentang secara bersendirian tanpa mengira siapa dan matlamat organisasi tersebut asalkan musuh yg menjadi sasaran dpt ditewaskan.

Dan sememangnya dimana2 sekalipun, golongan buruh/pekerja/tani/bawahan kebanyakannya berasa ditindas oleh majikan dan inilah yg menjadi sasaran utama organisasi politik diatas ketidak puasan hati mereka krn mereka adalah golongan terbesar dlm piramid masyarakat di seluruh negara dlm dunia ini.

Kesimpulannya, tentera komunis PKM dan unit2nya boleh dikatakan sebagai salah satu faktor/penyebab yg menyumbang kemerdekaan tanah melayu dr british ttp bukan penyumbang kemerdekaan tanah melayu.

Terima kasih.

Secebis pendapat,
jagungmentah
2009 Mei 31 13:04
Mat Amin berkata...
berjual beli harus adil hanya ditujukan antara perajurit dengan massa rakyat. Ertinya perajurit tidak boleh memberi bayaran yang tak sepatutnya kepada massa. Ini bukan polisi/program, tapi disiplin untuk perajurit. 10 fasal perhatian terutamanya ditujukan antara perajurit dengan massa, termasuk juga tawanan perang.
2009 Mei 31 13:30
Mat Amin berkata...
Saudara tanpa nama,

PKM parti didirikan di atas dasar kelas, iaitu kelas proletariat. Jadi sewajarnyalah PKM berakar umbi di kalangan buruh dan orang miskin lapisan bawah.

Mengapa pada masa awalnya PKM bukan terdiri dari orang Melayu? Kerana proletariat yang awal datang dari China dan India, tidak terdiri dari orang Melayu.

Mengana ke adaan ini berlaku di Malaya? Inilah pengaturan strategi penjajah British. British sengaja asingkan orang Melayu daripada terlibat dengan ekonomi kapitalis monopilinya. Orang India dan China juga diasingkan, walaupun kedua-duanya terlibat dalam perusahaan ekonomi kapitalis British. Dasar ini dilaksanakan untuk 2 tujuan, 1. menyekat perkembangan kelas proletarian dari kalangan orang Melayu, 2. Mudah untuknya menjalankan polisi pecah dan perintah. Sebab itu, dari dulu hingga sekarang masyarakat kita masih tidak dapat keluar dari kepompong perkauman walaupunsudah 50 tahun lhb merdeka.

Ini berbeza sama sekali dengan PKM. PKM berdasarkan kelas, tak kira melayu, cina, india dll. Secara ringkasnya parti komunis berjuang untuk kelas bawahan, terutamanya buruh dan tani.

BN, secara lahirnya membela kepentingan kaum masing-masing, tetapi pada hakikatnya mereka menindas kaum sendiri dan mereka membela kelas penindas, kapitalis birokrat dan kapitalis modal monopoli asing. Sebenarnya sesama kapitalis2 itu mereka bersatu, tak kira melayu india atau china. Sebab itulah kaum setinggan sungguhpun ramai, tetapi kalah bila berdepan dengan beberapa kerat kaum kapitalis birokrat/comprador. Begitu juga kaum tani, permohonan tanah yang sekangkang kera itu nampaknya Amat sulit diluluskan sedangkan perusahaan modal birokrat/comprador (tak kita kaum) mudah saja mendapat tanah yang amat luas sekali.

Apakah parti komunis di Malaya/Malaysia tak wajud tanpa orang China/India? Jika ada sistem kapitalis, parti komonis itu tentu wujud juga.

Kalau kita lihat di kalangan orang komunis Melayu, pengaruh yang utama ialah revolusi Indonesia dan Parti Komunis Indonesia. Golongan nasionalis, sosialis Melayu juga pengaruh dari revolusi Indonesia. Sungguhpun begitu, revolusi2 lain di Asia tentu memberikan pengaruh tertentu juga ke atas mereka.
2009 Mei 31 14:07
Tanpa Nama berkata...
Pak Mat Amin/Moderator,

Bukankah dr komen balas Pak Mat Amin/Moderator diatas menunjukkan perjuangan PKM dan unit2nya termasuk PTNM adlh lebih berteraskan perasaan ditindas dan kepentingan individu melebihi kepentingan rakyat tanah melayu?

Sekiranya PKM dan unit2nya benar2 berjuang utk membebaskan tanah melayu dr penjajah sudah tentunya mereka tidak akan bekerjasama dgn british semasa menentang jepun. Dan kemudiannya menentang british pula selepas jepun menyerah kalah. Bukankah ini menunjukan matlamat/tujuan mereka adlh atas dasar sesuatu kepentingan individu? Sekiranya benar2 mereka ingin berjuang atas dasar utk membebaskan tanah melayu dr british mengapa tidak mereka berjuang sblm kedatangan jepun dan terus sanggup menjadi buruh british. Ini jelas menunjukkan mereka berjuang atas dasar ditindas dan kepentingan individu lebih dr kepentingan tanah melayu.

Tidakkah Pak Mat Amin/Moderator berpendapat PTNM telah membuat pilihan yg salah bg mendptkan sokongan dan bantuan dr PKM sbg memenuhi tujuan/matlamat asal utk menghalau penjajah british? Adakah PTNM berpendapat bhw amat sukar bg golongan tani/bawahan utk menentang british secara bersendirian melainkan mendpt kerjasama dr PKM?

Terima kasih kerana sudi memberi komen.

jagungmentah
2009 Mei 31 14:35
johan berkata...
Johan mengucapkn tahniah kepada Mat Amin kerana blog ini jelasnya satu kejayaan yang luar dukaan.
2009 Mei 31 14:38
Tanpa Nama berkata...
apa pula cerita peristiwa batang kali di mana pendudk sana dibunuh askar british dengan kejam kononnya mereka adalah komunis? janganlah hanya pandai menuduh PKM kejam,bagaimana pula hukuman di zaman nabi muhammad ,kejam juga ke?polis memukul mati suspek secara senyap di dalam lokap sejak zaman darurat lagi apa pula cerita? komunis hanya akn menembak mati musuhnya jika didapti mereka adlah"informer",tali barut british menyampaikan maklumat gerakan PKM,menindas buruh ladang teutama wanita seperti mencabul dll.
2009 Mei 31 14:59
Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata...
Yg kat atas ni johan jaafar ke.. hahhaa

Nice expose from a great comrade.
2009 Mei 31 16:08
Mat Amin berkata...
Bekerjasama dengan British adalah satu taktik perjuangan. 200 orang kader2 PKM yang dibebaskan pasa masa itu telah diberikan latihan singkat oleh penjajah British. Pertempuran terakhir mempertahankan Singapura justeru dipimpin oleh kader PKM.

Begitu juga dengan KMM yang bekerjasama dengan Jepun. KMM bukanlah benar2 nak bantu Jepun, tapi mahu menggunakan tangan Jepun untuk kemerdekaan tanah Melayu. Dengan menggunakan kedudukannya yang halal KMM telah menubuhkan pasukan bersenjatanya sendiri bernama PETA.
2009 Mei 31 16:50
selimut putih berkata...
Salam,

Adakah Chin Peng betul-betul mahu kembali ke Malaysia? Saya kira tidak.

Saya cuba buat spekulasi dalam blog saya:

http://jiwa-yangtenang.blogspot.com
2009 Mei 31 17:33
Tanpa Nama berkata...
Pak Mat Amin/Moderator,

Bagaimana Pak Mat Amin/moderator mengatakan kerjasama yg diberikan PKM kpd british adlh suatu taktik perjuangan? Adakah sekiranya british memenuhi kehendak PKM setelah berjaya mengusir jepun maka PKM tidak akan menentang british(maka tidak wujudlah TPNM dan tidak wujudlah negara Malaysia spt hari ini). Sekiranya tuntutan tidak dipenuhi spt yg tlh berlaku dlm sejarah Malaysia maka PKM mengambil tindakan ketenteraan yg telah dilakukan dahulu?

Dgn kata lain, sekiranya pihak haluan kiri spt PKM bekerjasama dgn british ianya dikatakan strategi perjuangan ttp sekiranya pihak lain melakukannya dikatakan pengkhianat dan anjing british?

Utk membebaskan tanah melayu/negara dr penjajah semmgnya pengorbanan diperlukan ttp bukankah perlu utk meminimumkan kesengsaraan yg dialamai rakyat tanah melayu?

Cara Pak Mat Amin/Moderator berfikir dan berideologi dgn menyatakan PKM berjuang berdasarkan kelas iaitu kelas buruh/tani/bawahan dan bukan berdasarkan kaum menunjukkan PKM bukan berjuang utk semua ttp menggunakan kelas buruh/tani/bawahan ini dgn bijaknya utk mencapai matlamat kepentingan individu krn golongan inilah yg banyak tertindas dan mudah dipengaruhi akibat penindasan itu.

Struktur taraf hidup masyarakat dan taraf pendidikan pd masa itu adlh sama iaitu berbentuk piramid. Maka golongan dasar piramid(taraf hidup:buruh/tani/bawahan; taraf pendidikan:rendah) adlh golongan majoriti dan terbesar. Ttp hari ini walaupun struktur taraf hidup masih berbentuk piramid ttp struktur taraf pendidikan telah berubah dimana golongan majoriti terbanyak adalah golongan yg mendpt pendidikan pertengahan(boleh juga dikatakan berbentuk diamon). Bukankah kumpulan majoriti terbanyak adlh kumpulan sasaran sesuatu ideologi bg mencapai matlamat mereka?

Cara begini menunjukkan persamaan dgn sebuah parti politik yg juga menggunakan cara yg sama utk meraih sokongan majoriti kebanyakan.

Sekali lagi kesimpulannya, PKM dan unit2nya mmg menjadi salah satu faktor/penyebab kearah kemerdekaan tanah melayu ttp bukan penyumbang kpd pembebasan tersebut.

Terima kasih.

jagungmentah
2009 Mei 31 18:47
Tanpa Nama berkata...
Jika spekulasi Selimut Putih betul dan tepat, maka Umno boleh dikatakan bodoh sangat.
2009 Mei 31 18:55
Mat Amin berkata...
komunisme dan imperialisme adalah saling berlawanan. Penjajah British setuju atau tidak, perjuangan untuk mengusir penjajah British akan bermula selepas kekalahan Jepun, mungkin caranya brelainan.
2009 Mei 31 19:19
Tanpa Nama berkata...
Pencerobohan fasis Jepun dan imperialis Inggeris mungkin sudah menjadi sejarah tetapi sejarah mungkin berulang dalam zaman neo- imperialisme anglo-amerika bermusuhan dunia islam: lihat apa berlalu di irak & afghanistan. sebab itulah, kita kena berwaspada umno sekali lagi menjualkan maruah rakyat dan tanahair untuk menjadi talibalut atau anjing neo-imperialisme anglo-amerika.
2009 Mei 31 19:57
Tanpa Nama berkata...
Pak Mat Amin/Moderator,

Adakah komen balas Pak Mat Amin/Moderator menunjukkan ada suatu perjanjian/persetujuan semasa PKM bekerjasama dgn british utk menentang jepun ttp tidak ditepati selepas kekalahan jepun?

Sekiranya british bersetuju dgn PKM selepas jepun kalah, apakah cara PKM yg dikatakan berlainan utk tetap mengusir british? Secara bersenjata juga atau diplomatik?

Mana mungkin kita dpt mentafsirkan niat sebenar sesuatu pihak yg bekerjasama dgn penjajah british adlh taktik perjuangan atau anjing suruhan. Sudah tentu pihak yg dipilih british akan digelar anjing suruhan oleh pihak yg tidak dipilih british krn masing2 mahukan keputusan dan kekuasaan berpihak kpdnya.

Namun dlm perjuangan, walau tidak dpt dielakkan pertumpahan darah ttp kesengsaraan rakyat tanah melayu harus diminimumkan dan tujuan perjuangan adlh utk melindungi rakyat tanah melayu sendiri.

Terima kasih.

Secebis pendapat,
jagungmentah
2009 Mei 31 20:18
Mat Amin berkata...
PKM dalam kesimpulan pengalamannya menyatakan bahawa akibat pengkhianatan ejen dalam selimut Lai Te, parti melakukan kesalah garis kanan iaitu melepaskan perjuangan bersenjata dan tidak mengisytiharkan kemerdekaan setelah fasis Jepun menyerah kalah.

Ini bererti sepatutnya PKM menentang British semula setelah Jepun kalah. Jadi tidak timbul komunis dan imperialis bersekutu.

Jika ada parti komunis yang bersekutu dengan imperiaisme dalam dasar pokoknya, bererti parti itu bukan bersifat komunis lagi.

(harap tidak memberi tokok tambah ke atas nama saya)
2009 Mei 31 20:37
Tanpa Nama berkata...
Saya amat tertarik dengan pandangan Tuan Guru Nik Aziz dalam memperkatakan ideologi ataupunn prinsip yang dipegang oleh keseluruhan ahli PKM. Pandangan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) jelas menyatakan diantara yang bertentangan dengan Islam bukan sahaja ideologi komunis, malah ideologi dan prinsip yang dipegang Umno juga jelas menyalahi akidah Islam.

Matradin
Petikannya seperti berikut:
Mursyidul Am PAS itu berkata, fahaman-fahaman yang jelas bertentangan dengan Islam termasuk komunis dan nasionalisme perlu ditolak.

Apa pandangan Pak Mat Amin dalam hal ini
2009 Mei 31 20:42
Mat Amin berkata...
Saya menghormati pandangan Tuan Guru Nik Aziz. Bagi saya komunis ke apa ke tak kisah asalkan rakyat miskin benar2 dapat dibela, asalkan kekayaan negara dapat dirasai oleh seluruh rakyat secara adil (bukan remah2 roti), asalkan tidak wujud polarisasi yang terlalu jauh seperti sekarang ini. Kalau UMNO sekalipun yang dapat melakukan ini, maka saya akan sokong UMNO.
2009 Mei 31 20:59
Tanpa Nama berkata...
teringat kisah memali tahun 85 dimana menteri2 melayu(islam?) menghantar polis hutan utk membunuh ustaz ibrahim libya dgn kejam dan hina dgn alasan kononnyer penempatan komunis. kalau lah PKM terima syarat kerajaan utk diseret ke penjara mungkin menerima nasib yg sama dan sejarah boleh ditulis sewenang2 oleh yg menang.
sy x menyokong ideologi komunis tp sy menghargai para pejuang yg mencetuskan perjuangan kemerdekaan. dlm peperangan akan ada yg x bersalah menjadi mangsa.
moge satu hari kisah2 yg x mendapat keadilan di mahkamah negara kite akan terbongkar jua dengan izin Allah.
2009 Mei 31 22:12
Tanpa Nama berkata...
Saya menghormati pegangan Pak Mat Amin dalam menangani isu rakyat dan kemiskinan. Apatah lagi prinsip Pak Mat Amin membela rakyat marhaen, tapi alangkah elok sekiranya prinsip murni itu dibaja dengan akidah yang luhur sepertimana yang dianjurkan oleh Islam. Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata sepertimana Pak Mat nyatakan "Kalau UMNO sekalipun yang dapat melakukan ini, maka saya akan sokong UMNO", tapi bezanya TGNA jadikan perjuangan Islam sebagai sandaran untuk menyokong UMNO. Bagitulah luhurnya pendakwah seperti TGNA, apakah sanggup seluruh anggota PKM menghabiskan sisa-sisa hidup menyahut seruan TGNA menegakkan Islam di bumi Malaysia ini.

Matradin
2009 Mei 31 22:27
matradin berkata...
Pak Mat Amin, kalau tak keberatan saya berhajat nak online YM dgn Pak Mat, saya banyak perkara yang perlu dijelaskan supaya tidak menyalahi fakta, terutamanya tentang perjuangan Islam yang di bawa oleh Dr. Burhanuddin Helmi.
2009 Mei 31 22:52
matradin berkata...
Pak Mat Amin cubalah lihat catatan ini

It can be said that Dr. Burhanuddin role in Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) is the most interesting part in his political activism. Many members of PKMM were from KMM and supported the idea of Melayu Raya/Indonesia Raya. Apart from that, many of its leaders are associated to the communist. Even though there are some true facts about the role of communist and socialism in PKMM, but Dr. Burhanuddin was able to neutralize these elements and have strong in his idealism and action.

Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah pejuang Islam yang tulen
2009 Mei 31 23:13
Kay Stanford Jr Kastum berkata...
Bagi saya, semua ini penting bagi kita memahami fakta sebenar sejarah tidak kira apa fahaman politik kita.
2009 Mei 31 23:17
Tanpa Nama berkata...
Walaupun saya menghormati hak Tok Guru bersuara, saya tidak setuju pandangannya tentang komunisme. Bagi saya, komunisme adalah lebih sejagat, progresif, rasional, saintif dan moden daripada Islam dan agama-agama lain sebagai prinsip-prinsip membina sebuah masyarakat yang adil dan saksama.
2009 Mei 31 23:32
selimut putih berkata...
Salam,

Di kalangan ulama di negara kita (termasuk Nik Aziz agaknya) memang ada yang berpendapat semua ideologi "ciptaan manusia" (komunisme, sosialisme, nasionalisme dll) adalah bertentangan dengan Islam.

Ada pula di antara mereka yang menyamakan nasiolisme dengan assabiyah.

Tapi saya adalah seorang yang tidak bersetuju dengan pendapat ini.

Di Indonesia tokoh-tokoh seperti Haji Agus Salim dan juga Hamka tidak menganggap nasionalisme itu bertentangan dengn Islam.

Jadi saya kira tidak semua pendapat Nik Aziz boleh dipakai.
2009 Mei 31 23:47
Tanpa Nama berkata...
Saya ingin mendapat penjelasan dari Tok Guru Nik Aziz: jika seorang "atheist" hidup dengan tidak membuat apa-apa kesalahan, adakah beliau lebih baik ataupun lebih hina daripada seorang Muslim yang judi, minum, main perempuan, rampas kuasa dsbnya ? Siapa yang turun ke nereka dan siapa yang naik ke syurga ?
2009 Jun 1 00:20
Tanpa Nama berkata...
ulang siaran bagi kefahaman asas apa itu komunis & jenis ideologi komunis yang dianut oleh bekas ahli PKM melayu Islam.
-------------------------------------------

Saya lihat ramai yg masih confuse dgn istilah "Komunis". Komunis sebenarnya adalah satu sistem ekonomi bermaksud semua harta kekayaan adalah milik negara, negara diwakili oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat, oleh yang demikian harta kekayaan adalah sebenar-benarnya milik rakyat. Lawan kepada sistem ekonomi komunis adalah sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan diseluruh dunia hari ini. Sistem kapitalis berteraskan kepada modal dimana siapa ada modal dia akan kaya. Kaum pemodal tidak perlu bekerja keras sbb bulan-bulan makan interest atas modal. Negara China mengamalkan sistem ekonomi campuran (hibrid) komunis + kapitalis.

Persamaan komunis dgn pengganas adalah ciptaan & jajaan British bagi menakut-nakutkan rakyat especially org melayu walhal melayu yg masuk komunis adalah melayu islam yang berpegang teguh pada ajaran islam. Maknanya ideologi komunis itu tidak beragama tidak dipakai dikalangan org melayu islam, cuma nama komunis dipakai sebagai lambang ideologi politik dan ekonomi, tidak lebih dari itu.

Kalau kita perasan pd hari ini, negara Barat sedang berusaha menanam ideologi Islam itu pengganas (terrorist). Ini samalah dgn dakyah British: Komunis itu pengganas. Kesannya: sampai hari ni org Melayu fobia dgn istilah komunis tanpa memahami apa sebenarnya terjadi & mengapa adanya perjuangan org melayu dengan mengangkat senjata melalui medium komunis. Kalau org Islam tidak hati-hati, mahu satu hari nanti org akan fobia dengan Islam (nauzubillah).

Soalan: siapa sebenarnya pengganas?? Bukankah org yg menceroboh tanahair org adalah pengganas?

Fikirlah sendiri, bukalah pikiran & befikirlah secara rasional bukannya emosional yang menguntungkan pihak-pihak berkepentingan. Banyakkan membaca, berfikir dan berdiskusi untuk menajamkan pemikiran.

Dr. Ekonomi/melayuUK
United Kingdom
2009 Jun 1 00:30
Tanpa Nama berkata...
Pak Mat Amin/Moderator,

Adakah Pak Mat Amin/Moderator benar2 yakin dgn perjuangan senjata yg dilakukan PTNM dgn menjadi sebahagian dr unit rejimen PKM sbg bantuan/sokongan perjuangan menentang british adlh pilihan tindakan yg terbaik pd masa itu utk semua rakyat tanah melayu terutamanya bg golongan buruh/tani/bawahan?

Semmgnya penjajah portugal, belanda, british dan jepun menjajah tanah melayu(lebih 400 thn) krn ingin mengaut hasil yg bkn hak mrk dan berlagak sbg tuan dgn menjadikan penduduk tanah melayu dan buruh cina dan india yg dibawa masuk sbg kuli mrk.

Dlm sistem kesultanan, penjajahan, kerajaan dan mana2 organisasi sekalipun yg terbentuk atau dibentuk, sistem hierarki pasti berlaku. Dgn itu, golongan yg diperintah(buruh/tani/pekerja/bawahan) pasti ada yg tertindas oleh tindakan golongan pemerintah(bangsawan/pemimpin/pemodal/majikan). Dgn memanipulasikan sentimen begini, sudah tentu golongan yg tertindas mudah dipengaruhi utk melawan.

Jgn kata zaman penjajahan malah zaman kesultanan melayu dan zaman moden ini juga berlaku. Jika PKM dipilih oleh british dan memerintah adkh dijamin perkara ini tidak berlaku. Lihat saja dlm organisasi bekerja tanpa mengira fahaman politik majikan, pastinya terdpt golongan pekerja yg berasa tidak puas hati dan tertindas dgn tindakan majikan. Dgn kata lain, pembahagian kekayaan tidak mungkin sama rata dlm mana2 hieraki perjuangan ideologi. Yg bergelar org atasan sdh tentu akan melebihi yg bergelar org bawahan.

Dgn itu, bagaimanakah Pak Mat Amin/Moderator boleh menyatakan perjuangan PKM adlh perjuangan yg tulen manakala pihak polis/tentera adlh berjuang krn upah atau arahan british? Dr pengalaman dan sejarah, terbukti komunis yg lebih banyak menambah derita penduduk sebaliknya pihak polis/tentera melindungi penduduk tanah melayu.

Komen saya adlh lebih tertumpu kpd kewarasan perjuangan bersenjata diantara komunis dgn pihak polis/tentera selepas merdeka melebihi perjuangan politikal haluan kiri dgn haluan kanan pd masa itu.

Terima kasih.

jagungmentah
2009 Jun 1 01:01
Mat Amin berkata...
Saudara matradin

Dr. Burhanuddin seorang pejuang yang besar, berpandangan jauh. Sehingga hari ini tiada tokoh penggantinya.

Di hati saya, beliau samalah dengan Ghandi di India, Chou En Lai di China.
2009 Jun 1 01:03
Tanpa Nama berkata...
Saudara tanpa nama,

Bolehlah harapnya jika saya yg cetek pengetahuan ini menjawab soalan saudara kpd TGNA itu. Sbg muslim yg berpegang kpd ajaran Islam, walau bagaimana baik pun seseorg itu ttp jika dia mati dlm keadaan kafir(dlm bhs lembutnya diluar akidah Islam)tempatnya tetap dineraka.

Terima kasih.

jagungmentah
2009 Jun 1 01:10
Mat Amin berkata...
Saudara Tanpa Nama / jagungmentah,


Sebelum saya menjawab soalan saudara, tolong jawab soalan saya terlebih dahulu.
Mengikut pandangan saudara apakah penjajah British itu baik atau sebaliknya? Kalau dia baik terangkan secara ringkas dan juga kalau sebaliknya.
2009 Jun 1 01:13
Mat Amin berkata...
begitu cepat saudara tanpa nama/jagung mentah menghubungi tok guru...

dan harap jawab soalan saya di atas
2009 Jun 1 01:23
Tanpa Nama berkata...
Pak Mat Amin/Moderator,

Bkn shj penjajah british, malah segala penjajah portugis, belanda dan jepun juga memberikan impak kpd penduduk tanah melayu. Faedahnya ada tetapi terlalu kecil jika dibandingkan dgn keburukan yg dibawa. Bknkah mrk menjajah krn sumber kekayaan bumi dan pengaruh ideologi mereka dan bknnya demi kesejahteraan penduduk tanah melayu yg merupakan nenek moyang kita?

Hrp jwpn saya memuaskan Pak Mat Amin/Moderator.

Terima kasih.

jagungmentah
2009 Jun 1 01:29
Tanpa Nama berkata...
Pak Mat Amin/Moderator,

Jawapan saya mengenai asas Islam itu merupakan jawapan yg boleh dijawab oleh semua umat islam termasuk Pak Mat Amin/Moderator sendiri krn ianya perkara asas.

Terima kasih

jagungmentah
2009 Jun 1 01:33
Mat Amin berkata...
Saudara tanpanama/jagung mentah,

Terima kasih telah menjawab soalan saya dan kini giliran saya pula menunaikan janji.

Jawapan yang saudara inginkan ialah: tertumpu kpd kewarasan perjuangan bersenjata diantara komunis dgn pihak polis/tentera selepas merdeka melebihi perjuangan politikal haluan kiri dgn haluan kanan pd masa itu.

Sasaran pokok perjuangan bersejata ialah kaum penjajah. Kekuatan militer penjajah, pusat ekonomi penjajah menjadi sasaran serangan. Jika askar dan polis Melayu yang berkhidmat membela penjajah (termasuk mata-mata) sudah pasti menjadi sasaran. Kerana apa? Mereka bekerjasama dengan penjajah untuk memusnah perjuangan bersenjata. Saya rasa jawapan dari saudara tanpanama/Dr. Ekomoni itu sudah cukup jelas untuk soalan ini. Mungkin juga dalam tindakan ini berlaku ekstrim, tapi pada prinsipnya seperti yang saya sebut di atas.

Berharap jawapan saya juga memuaskan saudara. tk
2009 Jun 1 01:49
Tanpa Nama berkata...
al kisah British Police Chief, Henry Gurney yang ditembak PKM itu bekas Chief Secretary British Empire di Palestin di antara tahun 1946-1948, berkat usaha gigih Henry Gurney maka tertubuhlah negara Zionis Israel. syabas JAGUNG MUDA!
2009 Jun 1 02:59
MenateBroke berkata...
Salam perjuangan, Pak Amin dan semua komrad.
Terima kasih di atas usaha "pembongkaran sejarah" ini. Semoga semua rakyat dapat mengetahui hakikat sebenar sejarah negara mereka. cuma kenapa baru sekarang memasuki alam siber? sudah lama saya menanti.
terima kasih...
2009 Jun 1 03:00
Tanpa Nama berkata...
kepada saudara mat amin atau sesiapa saja yang mengendalikan blog ni.

sudah-sudah la. barang yang lepas tu jangan dikenang lagi. komunisme suda terbukti gagal sehingga negara besar komunis soviet pon sudah lingkup.

yang survive seperti china dan vietnam terpaksa membuka ruang kepada konglomerat/korporat/kapitalis/pemodal seperti nike, mcdonald sekadar menyebut beberapa contoh yang terkenal. jadi bagi saya, komunisme ini sudah terbukti hanya satu idealogi yg seperti gula-gula kepada kaum tani/buruh. ianya tidak lebih kepada satu bentuk khayalan yang diilhamkan oleh yahudi zionis(karl marx) untuk melekakan kelas bawahan supaya mereka terus berada dalam golongan yang ditindas.

komunisme bentuk halus (sosialisme) lebih berguna untuk kita bincangkan dan promosikan. bahkan tidak melampau jika saya katakan yang kerajaan malaysia juga mengamalkan sedikit sebanyak prinsip sosialis dimana pendidikan dan perubatan disediakan murah untuk rakyat jikapun tidak percuma. rm1 untuk rawatan pesakit luar? pernah dengar?

ape yg saya mahu sampaikan disini ialah, anda dan sebahagian lagi bekas militer2 tpnm dan pkm adalah orang yang terkhayal dengan perjuangan yang sia-sia dan juga bersifat menindas (bukan saja pada massa, bahkan pada diri kamu sendiri).

bagi saya, manusia itu dalah sebaik apa yang dilakukan olehnye semasa hidup. jadi saya harap kamu fikirkan kembali usaha kamu menulis blog yang mengangkat perjuangan sia-sia dan bersifat menindas ini. ramai rakyat malaysia yang muda dan dangkal akal mereka yang bakal terjerumus ke dalam khianat jika meraka terpengaruh dengan idealogi komunis ini. idealogi yang merosakkan dan terbukti tidak berjaya.

sekian terima kasih.

mohd faizal menulis dari klang.
2009 Jun 1 03:01
Tanpa Nama berkata...
Saya nak menambak sedikit pandangan saya tentang isu "republik": "republik" bukan monopoli komunis. Amerika Syarikat, Peracis, Russia, Jerman, India, Pakistan, Indonesia, Iran, Mesir dsb republik-republik. Jika kita renung balik, betapa bodoh Melayu kerana termakan propaganda penjajah yang guna isue "republik" untuk menghasut sentiment anti-PKM. Sekarang, kita semua sudah sedarlah. Harap generasi muda tidak lagi sebodoh seperti tok-tok dan nenek-nenek !
2009 Jun 1 05:55
matradin berkata...
Pak Mat Amin,

Mungkin saya dan Pak Mat Amin sama-sama mengagumi ketokohan Dr. Burhanuddin Helmy, tetapi kita berbeza pandangan tentang doktrin yang dibawa oleh tokoh besar ini. Daripada pengamatan saya Dr. Burhanuddin Helmy secara jelas menjadikan akidah Islam yang luhur sebagai dasar perjuangan. Beliau meletakkan perjuangan ini mesti diasaskan kepada Doktrin yang luhur dan jelas, tidak lain hanyalah Doktrin yang disandarkan kepada Al-Quran dan Hadis yang menjadi pegangan beliau.

Dalam kita memperkatakan secara perbandingan dengan tokoh-tokoh lain di dunia ini nyata sekali asas yang diletakkan oleh beliau dalam perjuangan adalah asas yang kukuh.

Sekali lagi saya menyeru marilah kita sama-sama menghayati perjuangan beliau.
2009 Jun 1 08:02
islam itu indah berkata...
ramai anak muda disini yg berlagak kononnya bijak..hmmm..


dalam islam repulik ke monarki x penting, yg penting islam itu diamalkan..islam itu indah dan luas
2009 Jun 1 08:20
Kekacang berkata...
Apa yang dilakukan oleh orang terdahulu, adalah yang terbaik di zamannya. Telah menjadi lumrah, generasi terkemudian akan mempersoalkan dan berbicara seolah - olah mereka yang pandai, lebih Islam, lebih beriman, lebih patriotik sedangkan sebenarnya tidak membuat apa - apa pun melainkan hanya untuk diri sendiri.
Otak pemikiran penjajahan British memang telah memasuki jutaan pemikiran rakyat. British didewakan dan segala kata - katanya dipercayai. Pemikiran penjajah dari pemerintah, ulama' hingga ke rakyat marhain.
Dan lebih malang lagi jika mengomen tanpa fakta yang jelas, saya rasa hanya ingin menunjukkan kebodohan diri sendiri.
Seperti sedia maklum, PKM dan Rejimen 10 telah tiada. Apa yang perlu rakyat tahu cerita sebenar dari kaca mata mereka? Dan ini sebenarnya tiada ancaman kepada sesiapa pun.
Teruskan niat murni Bapak Amin.
2009 Jun 1 09:32
Tanpa Nama berkata...
Pak Mat Amin/Moderator,

Terima kasih kembali atas jawapan itu.

Walau apapun pendpt/hujah yg diberikan, Pak Mat Amin/Moderator akan tetap berpihak kpd perjuangan tentera komunis melayu PKM dan PTNM manakala saya pula meyakini perjuangan tentera/polis melayu spt yg tersejarah melalui pengalaman, lisan dan juga bertulis.

Jika Pak Mat Amin/Moderator berasa tidak puas hati dan tertindas dgn pihak kerajaan(parti perikatan/BN) dan ingin menghentam maka hentamlah semahunya. Banyak benda yg boleh digunakan bg tujuan itu. Namun menggunakan sejarah dgn mengangkat tentera komunis dan memburukkan pasukan tentera/polis bknlah satu tindakan yg baik.

Jgn krn pertelagahan fahaman politik(haluan kiri dgn kanan/kerajaan dgn pembangkang) menyebabkan Pak Mat Amin/Moderator sanggup menggunakan apa saja termasuk sejarah sbg modal meraih sokongan. Harus difikirkan juga kesan kpd pemikiran generasi muda dan kesejahteraan penduduk malaysia masa kini. Harap ideologi Pak Mat Amin/Moderator semasa menjadi tentera komunis yg menganggap apa shj yg berada pd pihak lawan harus menjadi sasaran dan dimusnahkan diubah supaya peristiwa sejarah dulu yg menderitakan rakyat tidak berulang lg.

Sekiranya Pak Mat Amin/Moderator menetap di sempadan dan tiada kesan langsung kpd diri sendiri, harus juga difikirkan keluarga dan saudara mara di tanah Malaysia ini. Pak Mat Amin/Moderator harus bersyukur walaupun berada di sempadan tapi masih dpt menggunakan teknologi internet dan blog ini dgn baiknya sehingga dpt berblog hampir setiap masa. Iaitu sesuatu yg tidak mudah atau hampir tiada kebarangkaliannya bg penduduk kelas bawahan terutamanya yg menetap di hulu2.

Ini adlh pendpt peribadi saya sbg individu yg mengambil pendirian atas pagar ttp lebih sedikit cenderung kpd UMNO berbanding PAS dlm pertarungan politik masa kini(saya mengambil 2 parti ini krn tindakan dr kedua2nya shj setakat ini yg masih relevan pd saya. Dahulu tindakan PKR juga masih boleh diterima ttp perkembangan demi perkembangan yg menunjukkan sikap lebih kpd individualistik dlm cara berpolitik PKR menyebabkan saya lebih cenderung mengambil PAS sbg bandingan rujukan). Melalui blog ini, saya dapati terdpt persamaan fahaman ideologi antara Pak Mat Amin/Moderator yg berpaksikan tentera komunis dgn parti politik PKR pimpinan DSAI dimana menjadikan sasaran ideologi adlh kpd kelas bawahan dan yg merasa tertindas dgn kerajaan sekarang. Sikap individualistik PKR yg menyerupai fahaman Pak Mat Amin/Moderator dlm isu musnahkan apa saja yg menjadi kekuatan british termasuk menyerang polis/tentera/penduduk biasa tanah melayu juga sukar diterima oleh saya.

Dalam tindakan bersenjata ataupun politik, harus dikorbankan sikap individualistik dlm mencapai matlamat sendiri dan lebih mengutamakan rakyat. Walau tidak dpt menyenangkan rakyat, seharusnya tindakan melindungi dan meminimumkan kesusahan rakyat harus diutamakan. Inilah yg tidak dpt dilakukan oleh tentera komunis krn ingin berkuasa dan membalas dendam atas penderitaan yg mereka sendiri alami sewaktu penjajahan jepun.

Terima kasih kerana sudi bertukar pendpt.

jagungmentah
2009 Jun 1 10:19
matradin berkata...
Sdr. Islam itu indah,

Saya rasa saya ni sebaya dengan bapa Sdr, bukan muda lagi.... dah lebih setengah abad umur saya, itupun kalaulah komen sdr tu ditujukan kepada saya.....
2009 Jun 1 10:19
hafiz berkata...
apa pun alasan, apa pun penerangan, apa pun penjelasan, pokok pangkalnya UMNO adalah paksi kepada seluruh kejahatan...
2009 Jun 1 11:06
Tanpa Nama berkata...
pak mat amin, anda sebenarnya lebih tepat pejuang untuk menjadikan negara Malaysia komunis dan bukan pejuang kemerdekaan. Jika anda benar-benar pejuang kemerdekaan anda sudah bergabung dengan Tunku Abdul Rahman
2009 Jun 1 11:26
Tanpa Nama berkata...
saya tak setuju pendapat jagung mentah yang menyatakan walau setakat baik mana yang dibuat oleh oranbg kafir tempatnya tetap di neraka...

bagaimana sekiranya jagung mentah ditakdirkan Allah lahir dalam agama hindu pula..

adalah tidak baik berkata demikian, hidup senang dan susah, untung dan rugi semuanya terletak didalam tangan Allah..

manusia adalah semulia-mulia kejadian, tujuan diciptakan manusia utk menjadi khalifah Allah dimuka bumi, tujuan diciptakan manusia utk kita saling kenal-mengenal, hormat-menghormati, dan mempercayai diri sendiri bahawa kelahiran kita dimuka bumi Allah yang cantik ini ada hikmahnya...

kita sememangnya dilahirkan utk berbuat perkara demikian, samada syurga dan neraka selepas mati biar Allah yang menentukan...

Allah swt tak pernah mengugut cuma Dia berkata setiap manusia kalau buat baik dapatlah balasan yang baik kalau buat jahat dapatlah balasannya jahat, kita manusia dijadikan Allah utk bebas berfikir.....


mohd. firdaus, kuala kangsar
2009 Jun 1 13:13
Tanpa Nama berkata...
Saudara Mohd Firdaus,

Kurang bijak jika saya yg meneruskan memberi komen balas terhdp kenyataan saudara.

Sila dptkan org yg lebih arif dlm hal ugama di tempat saudara utk perkara ini. Saudara boleh menanyakan pelbagai soalan berkaitan perkara ini dlm pelbagai bentuk dan dimensi. Samaada dr selepas kedatangan Islam atau sebelum kedatangan Islam. Selain itu pelbagai soalan ugama di luar perkara ini juga boleh ditanya.

Akal fikiran manusia ada batasannya dan tak tercapai akan perkara2 diluar hadnya.

Semoga ditemukan jawapan kpd persoalan saudara.

Terima kasih.

jagungmentah
2009 Jun 1 15:13
selimut putih berkata...
Salam,

Saya suka dengan pertanyaan Mohd.Firdaus, Kuala Kangsar Saya kira di Malaysia tidak ramai orang yang berani mengemukakan pertanyaan seperti itu, kerana para ulama kita tentu akan mengatakan kita rosak iman atau rosak akidah.

Tapi di Indonesia sudah banyak orang yang berpendirian liberal dan plural dan berani menjawab pertanyaan seperti itu,walaupun tidak disetujui oleh ulamak tradisional yang berfikiran sempit dan jumud.
2009 Jun 1 16:31
Tanpa Nama berkata...
Menapa Perundingan Bali 1955 gagal ? Sebabnya Tunku Abdul Rahman sudi menjadikannya talibalut penjajah Britain and menandatangai Perjanjian AMDA yang menjadi asas beribu-ribu askar-askar penjajah serta sekutunya bermahajarela di tanahair kita sehingga 1984.
2009 Jun 1 17:09
kzahmad berkata...
walau apa pun pak amin... perjuangan pak amin hendaklah berteraskan fahaman pak amin... jangan selarikan perjuangan Pak Amin dengan mana-mana pihak di Malaysia.. kalau tidak setuju dengan Kerajaan pun,jangan pula bersetuju dengan pembangkang... Kelak perjuangan Pak Amin menjadi tunggangan sahaja.. 'baik menunggang dari kena tunggang. kena tunggang tak elok'.

selamat maju jaya.
2009 Jun 1 17:18
Tanpa Nama berkata...
Sebenarnya, askar-askar dan anggota polis yang tercendera di antara 1957-1984 sepatutnya menyalahkan Britain & Umno kerana memperbodohkan mereka sebagai "useful idiots".
2009 Jun 1 17:39
Tanpa Nama berkata...
Betul. Kebanyakan askar-askar dan anggota polis berpendidikan rendah. Penjajah Britain dan Umno cuci otak (brainwash) mereka supaya mereka percaya perang itu bertujuan mempertahankan "agama, bangsa dan negara". Pada hakikatnya, Penjajah guna Umno sebagai Talibalut dan Umno guna Britain sebagai Perlindung. Yang jadi mangsa "kerjasama" penjajah dan umno adalah askar-askar and anggota-anggota melayu yang kurang pendidikan.
2009 Jun 1 18:06
Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata...
Satu teori yang menarik:
Askar-askar melayu berpendidikan rendah disogok British atas dasar mempertahan kedaulatan negara.
2009 Jun 1 20:44

Tanpa Nama berkata...
1. Umno & Raja-raja Melayu feudal yang lemah pada masa itu "pinjam" kuasa penjajah untuk hapus pencabar-pencabar Malayu Kiri dan Muslim progresif;

2. Kuasa penjajah "guna" Umno & Raja-raja Melayu feudal sebagai Boneka & Talibalut untuk menghasut Melayu awan komunis di tanah kita dan kem sosialist dan tidak bersekutu di dunia yang lebih luas seperti Russia, China dan Indonesia di bawah pimpinan Bung Karno.
2009 Jun 1 21:59
Tanpa Nama berkata...
1. Askar-askar & anggota polis Melayu sepatutnya marah terhadap UMNO dan bukan PKM kerana UMNO-lah yang menghasut mereka lawan untuk kepentingan strategik penjajah bentuk baru ataupuun neo-kolonialisme di Malaya dan Asia Tenggara;

2. Yang PKM lawan itu bukan rakyat Melayu tetapi tentera penjajah bentuk baru yang termasuk Melayu yang hilang/tak sedar diri ataupun ditipu oleh Talibalut @ Boneka @ Anjing Neo-Kolonisme, iaitu UMNO ataupun Melayu yang cari makan dengan bersubahat dengan Penjajah & Talibalut @ Boneka @ Anjing Neo-Kolonialisme
2009 Jun 1 23:15
Tanpa Nama berkata...
Dengan kata lain, askar-askar dan anggota polis Melayu yang luka cendera dalam Perang Pembebasan Nasional (1948-1957) dan Perang Saudara Dalam Negeri (1958-1984) adalah bukan mangsa PKM tetapi mangsa kolonialisme dan neo-kolonialisme dan talibalut @boneka @anjingnya, iaitu Umno & Raja-raja Melayu
2009 Jun 1 23:52
AMMOSHAM berkata...
selain tentera malaysia. benarkah musuh utama komunis ialah pejuang kemerdekaan Islam patani?

jika benar, mengapa komunis mengambil tindakan memusuhi golongan ISLAM PATANI yang mahu membentuk kerajaan sendiri?

benarkan komunis juga membunuh para penduduk kampung yang berada diselatan thai yang tidak menyokong komunis? dan kebanyakan daripada penduduk kampung itu beragama Islam?

jika salah tolong betulkan...
2009 Jun 2 02:13
Tanpa Nama berkata...
satu soalan utk pak min,adakah pak min bersetuju membenarkan bekas komunis chin peng kembali ke malaysia?
2009 Jun 2 03:57
Tanpa Nama berkata...
corak fikiran anti-komunis di malaya/malaysia memang serupa dengan sayap kanan di negara-negara barat, seperti neo-konservatif di america syarikat.
2009 Jun 2 06:01
Tanpa Nama berkata...
ya semoga mendapat hidayah dan petunjuk drp Allah utk merungkai segala persoalan yang membelenggu diri...

apakah pendapat jagung mentah menegenai sikap sesetengah orang melayu yang mengaku islam tetapi buat perkara haram.

apabila ditanya tak rasa takut ke dapat balasan nanti, jawap mereka " ala buat dosa lepas tu kita taubat balik..."

apakah beza mereka yang munafik ini dengan orang kafir

sesetengah ulama ada juga berpendapat kita orang islam tak perlu bimbang kalau masuk neraka kerana last last lepas habis seksaan nanti dapat juga lah masuk syurga...

pendapat apakah jenis ini, sia-sia ajalah solat 5 waktu kita, seolah-olah ulama dah dapat menjangkakan bentuk seksaan di api neraka sedangkan jelas bahawa alam akhirat adalah ghaib yang tidak boleh langsung difikir atau digambarkan oleh manusia...

oh ya mengenai selimut putih pula utk pengetahuan islam liberal tu ajaran sesat jadi kita tak payah ikut...
islam liberal tu ciptaan yahudi dan barat utk pecah belah islam secara perang saraf...


firdaus, k.kangsar
2009 Jun 2 13:02
Tanpa Nama berkata...
Pak Mat Amin/Moderator,

Saya meminta keizinan drpd Pak Mat Amin/Moderator utk menjawab persoalan Mohd Firdaus tersebut. Rasa kurang sopan dan beradab seorg tetamu spt saya terlalu banyak memberi komen seolah2 tuan rumah. Dan, harap diizinkan juga komen2 saya yg diluar tajuk ini.


Saudara Mohd Firdaus,

Kiranya benar2 perkara tersebut membelenggu diri, saya cadangkan saudara mencari org yg arif dlm ugama. Saudara boleh memperolehi dr media cetak atau elektronik ttp cara yg terbaik adlh mencari org yg arif dlm hal ugama.

Persoalan ugama ini bukannya soalan memberikan pendapat individu ttp persoalannya ialah memberi kenyataan yg telah dinyatakan dlm ajaran ugama Islam. Apa yg boleh saya katakan, setiap perbuatan diatas dunia ini akan dikira/dihitung. Utk meletakkan hukum keatas sesuatu perkara, saya bukanlah org yg layak utk berbuat demikian.

Jika sukar, pergi shj ke surau/masjid. Selepas solat dekati imam dan nyatakan niat saudara. Selalunya persoalan ugama sebegini saudara tidak akan diberi jawapan secara terus "YA" atau "TIDAK" cthnya spt kenyataan saya "walau bagaimana baikpun seseorang itu ttp jika dia mati dlm keadaan kafir tempatnya tetap di neraka"-habis. Sebaliknya saudara akan memperolehi penjelasan yg panjang lebar. Jika kurang berpuas hati, sauda boleh pula pergi ke Jabatan Ugama Islam Negeri.

Saudara boleh tanyakan soalan spt seseorang yg:
1. lahirnya Islam matinya Islam.
2. lahirnya Islam matinya kafir.
3. lahirnya kafir matinya Islam.
4. lahirnya kafir matinya kafir.

5. bayi yg mati(samaada ibibapanya Islam atau kafir).

Setelah itu, saudara berikan pula pendapat saudara dan apa2 perkara yg masih membelenggui diri.

Dgn itu, semoga perkara yg membelenggui diri saudara dpt diketemukan jawapan.

Terima kasih.

jagungmentah
2009 Jun 2 15:17
Kacang Pendek berkata...
Salam..Pada pendapat saya:
1. UMNO menggunakan pendekatan secara rundingan. Maka, kedua2 pihak yang berunding akan sentiasa mahu 'win win' situation. Jadi, langkah UMNO menerima pendekatan British untuk adalah bertujuan mendapatkan kemerdekaan. Yg membezakan Umno dan PKM ialah Umno guna kaedah diplomatik manakala PKM kaedah senjata.
2. PKM boleh dianggap sebagai salah satu pejuang kemerdekaan yg memainkan peranan pada zaman kegemilangan pimpinan DR. Burhanuddin..Tetapi, pendekatan senjata bg saya tidak akan dapat memastikan kemerdekaan tercapai. Apatah lg British sebuah kuasa besar pada masa itu dan tindakan ketenteraan ke atas PKM tidak menjadi masalah bg mereka..Byk cth pendekatan bersenjata untuk memperjuangkan sesuatu tidak berjaya. Malah, rakyat semakin terhimpit(cth LTTE: berjuang secara gerila.)
3. Pd pendapat sy, saudara mat Amin berkongsi lipatan sejarah ini agar masyarakat tidak memandang serong akan PKM itu sendiri dan mendapatkan pembuktian bahawa PKM juga salah sebuah organisasi yg memperjuangkan hak kemerdekaan. Oleh itu, isu menyalahkan UMNO sepatutnya kurang tepat dan umum harus sedar akan tujuan Sejarah itu sendiri utk dihayati dan dihargai, bukan utk dijadikan modal politik cetek pengikut2 bawahan. sekian.
2009 Jun 2 17:05
En 'Che Guevarra berkata...
.....khas buat Kacang Pendek;

...LTTE tewas di tangan Angkatan Bersenjata Sri Lanka bukan melalui perang gerilya. LTTE tewas setelah organisasi tersebut menukar strategi peperangannya kepada corak 'conventional warfare' apabila menghadapi penentangan dari military Sri Lanka baru-baru ini.

Itulah kesilapan LTTE! Peperangan ala gerilya ....atau Protracted Warfare...tidak pernah kalah!

Komunisme hanyalah satu pemahaman....sebagaimana kapitalisma. Dalam sesuatu pemahaman sesbuah hala-tuju politikal terdapat pelbagai pendekatan....antaranya kaedah militan. Buruk dan hina kah Islam itu bila puak Taliban atau Al-Qaeda cuba mencapai hasrat pemahannya? Kejam kah Komunisma itu bila ada puak militan yang menganjurkan kebenarannya melalui perjuangan bersenjatapi?

Sekiranya dulu penjajah British membenarkan PKM didaftarkan sebagai satu parti politik seperti di India ....saya percaya unsur-unsur PKM akan berjuang melalui proses pilihanraya....tapi memanndangkan ia diharamkan maka kaedah terdekat yang terdapat hanyalah melalui 'armed struggle!'

....dalam mana-mana peperangan...bunuh-membunuh adalah objektif utama.....lebih-lebih lagi dalam penghapusan 'collaborators'.....dan 'informers'....

Sebenarnya Hamas di Palestin itu juga berjuang atas landasan Komunisma....begitu juga dengan dengan puak-puak pemberontak di Iraq yang menentang kehadiran tentera-tentera barat!

Jika komunisma itu kejam....ayuh kita sarankan kerajaan Malaysia agar memutuskan semua hubingan diplomatik dengan negara-negara Komunis seperti China, Vietnam, Rusia, Cuba....dsb!

Robert Kuok adalah warga Malaysia yang terkaya...bernilai USD 9 billion! Tahukah kalian bahawa abangnya William telah menyertai kebangkitan Komunisma menentang penjajah British sewaktu zaman Darurat Malaya? Tapi malangnya William telah dibunuh dalam satu serang-hendap oleh tentera British pada 8 September 1953....

Tidak mustahil Komunisma dan Kapitalisma boleh saling bercinta!
2009 Jun 2 19:30
Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata...
En Che Guevara..

WOW! Satu garapan yang mendakap kebenaran
Dari kancah Umno Talibarut vs PKM berandah kepada isu sebenar: Kapitalis vs Komunis/Sosialism.
2009 Jun 2 22:40
si pekak dan si bisu berkata...
komunisme telah pun berada dalam lipatan sejarah Malaysia...tugas kita skarang sbagai generasi baru, belajar dan ambil iktibar dari sejarah yang telah berlalu. jangan sekadar mengutuk atau mengeji komunis. komunisme itu hanya ideologi. kapitalisme juga satu ideologi. fahami terlebih dahulu apa itu komunisme & kapitalisme, baru buat kesimpulan yang mana baik yang mana buruk. bagi yang beragama Islam, Al-quran dan sunnah adalah sumber ilmu dan ideologi yang terbaik. x perlu susah2 memilih. sudah ada di depan mata. Ambil wuduk, baca dan fahami maksud ayat2 Al-Quran. sedarlah, kita sbagai manusia biasa tiada yang sempurna. semua pernah melakukan kesilapan.
begitu juga pejuang komunis yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kita manusia biasa.

http://syafeque.blogspot.com
2009 Jun 3 05:20
Serious Shepherd berkata...
Sedih jugak tengok negara Malaysia kita ni yang kononnya anti komunis demi mempertahankan Islam, tetapi menggunakan khutbah Jumaat dan program agama untuk menyebarkan fahaman kapitalisme. Tajuk2 kuliah / khutbah seperti 'Membangunkan Ekonomi Ummah', 'Umat Berharta' dan 'Jihad Ekonomi' jelas menunjukkan bahawa UMNO/BN memperalatkan Islam untuk menyebarkan fahaman kebendaan mereka.
2009 Jun 3 21:17
Tanpa Nama berkata...
betul apa yg di cakap kan oleh ; tanpanama 2009 jun 1 18:06 / 1 21 :59/ 1 23:15/ 1 23: sipekik aka si pekak / en che gueverra / dr ekonomi.jagung mentah,kacang pendik awak ni proksi umno ke..? cara awak mengluarkan pandangan macam cenderong ke arah umno aje..kalau ya memang patut pun...hidup umno.....hidup pkr,hidup pas,hidup dap,hidup melayu, hidup cina,hidup india....semua org nak hidup kan..!! bukan melayu umno seorang aje yg nak hidup ..!!tak gitu teman-teman umno
2009 Jun 4 00:09
Tanpa Nama berkata...
baiklah saudara jagung mentah saya terima penjelasan saudara, walaupun masih tak beberapa puas hati tetapi saya akan cuba mencari jawapannya...

saya tak kisah sekiranya saya yang paling akhir tahu.. hingga ke akhir hayat saya akan redah, semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada kita semua..

ampun dan maaf saya hulurkan kepada blogger tuan mat amin, pertikaian kami berdua telah menyemakkan blog tuan....

sekian, A'kum...


firdaous,k.k
2009 Jun 4 09:43

Tiada ulasan:

Catat Komen