Perlembagaan PKM 1947 (1)

Sabtu, 2009 Mei 09

Perlembagaan PKM 1947 (I)


(Gambar: Pejabat PKM di Kuala Lumpur - 1945-1948)


Perlembagaan ini diluluskan oleh Kongres Ke-9 Jawatankuasa Pusat PKM pada 3 Jun 1947, dicetak oleh Tan Chung Press, No.59, Ampang Road, Kuala Lumpur.
Perlembagaan PKM (1)

bersambung...

Dicatat oleh M.A. di Sabtu, Mei 09, 2009

Label: Dokumen, PKM

17 ulasan:

Mince4AM berkata...

Pak Amin,
Terima kasih.. saya tunggu sambungannya
2009 Mei 9 22:34

esis berkata...

Allahuakbar....

tidak pernah terfikir yang perlembagaan PKM dicetak dalam jawi.!
2009 Mei 10 01:52

rahmat haron berkata...

kini tulisan Jawi tidak lagi dihargai, bahasa ibunda Melayu pula diperlekeh-bahasa Inggeris diangkat menjadi bahasa pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik. Fikiran penjajah Inggeris sukar dihakis
2009 Mei 10 14:22

shauqie1957 berkata...

Saudara Rahmat,

Kita mempelajari bahasa inggeris bukanlah bermakna kita mengikut telunjuk atau fikiran kita dijajah oleh inggeris tetapi kerana Bahsa Ilmu adalah bahasa inggeris. Banyak ilmu-ilmu dalam dunia ini ditulis dalam bahasa inggeris. Bila kita menguasai bahasa inggeris maka kita dapat menterjemahkannya kedalam bahsa melayu dan secara tidak langsung dapt mengangkat martabat bahasa Melayu.

salam
2009 Mei 10 17:45

Mat Amin berkata...
Mengagungkan bahasa lain dan meremehkan bahasa sendiri adalah manifesti dari lemahnya patriotisme dan nasionalisme dalam diri kita. Perbuatan ini samalah dengan membunuh bahasa sendiri dan akhirnya bangsa juga ikut berkubur. Yang tinggal hanyalah ras Melayu
Jika kita sayangkan bangsa kita, dalam keadaan apa pun kita mestilah memertabatkan bahasa kita.
2009 Mei 10 18:51

mat berkata...

Assalammualaikum Bapak.

Terima kasih kerana menyiarkan dokumen ini.

Merangkak juga membaca dalam jawi.
Namun dapat menguasai balik dalam beberapa minit.

Tulisan jawi bermula dari Daftar Ejaan Melayu Za'ba(1939)hingga 1994 melalui Dewan Bahasa dan Pustaka telah dikekalkan,dimantapkan,diubahsuaikan dan diperbaharui.

Namun kini ia menuju kearah kehancuran akibat tangan-tangan penguasa pemimpin politik bangsa melayu sendiri.

Walau bagaimanapun,titipan Bapak diatas bisa mengalirkan air-mata saya.
Namun menjadi penawar atas kesedihan.

Salam buat Bapak,Bapak Abdullah CD,Ibu Suriani dan seluruh penduduk Kampung Perdamaian Sukhirin.

Titipan Bapak menjadi kekuatan.

Terima Kasih.
2009 Mei 11 02:17

Pak Teh berkata...

Salam Pak Tuah,
Hari ni saya terjumpa blog ini yang menceritakan apa itu PKM dan Rejimen ke-10.
Dari pengamatan saya,dari blog ini PKM berada dipihak yang betul tapi bukan yang benar.
Kenapa saya berkata begitu?
Betul kerana mengangkat senjata memperjuangkan pembebasan tanahair dari belenggu penjajah tapi yang tak betul nya kerana berjuang secara melulu dan tanpa mengikut lunas undang-undang yang sebenarnya.

Oleh itu saya amat bersetuju perjuangan parti-parti yang menegakkan keadilan dan menentang penjajah.
Perjuangan yang betul tapi secara tanpa kebenaran akan menjadi satu kesalahan.Inilah yang dialami oleh PKM.
Mungkin Pak Tuan merasakan perjuangan Pak Tuah betul,saya akui,tapi secara tidak benar.
Datuk Maharajalela berjuang dengan benar dan betul,sebab itu ia disanjung oleh masyarakat Melayu jingga sekarang dan telah tertinta dalam buku sejarah sebagai pejuang bangsa.
Cuba tuan-tuan bandingkan perbezaan perjuangan PKM dan Datuk Maharaja Lela,kenapa PKM di tentang oleh orang Melayu dan Datuk Majaraja Lela disanjung oleh orang Melayu,sedangkan keduanya adalah pengganas bagi mata Penjajah British.
Renung dan fikirkan.
Apapun,Allah maha mengetahui.
2009 Mei 24 17:20

Tanpa Nama berkata...

Sejarah berpihak kepada penulisnya, yang apa telah kau ketahui ditulis itu pula memihakan penulisnya. Kalau nak berbandingkan yang mana betul-betulnya mencatatkan kebenaran, tiada siapa pun yang dapat menegakkan jawapan ini. Minta lah menghormati orang tua-tua, seakan-akan kita menghormati Tunku dan yang lain...kan mereka orang tua kita yang patut dibalas budi. Kermedekaan bukanlah perjuangan seorang, malah banyak yang tidak dicatat namanya kerana isu politik. Ini pula sebabnya Tugu Pahlawan didirikan tanpa mencatat nama-nama individu.

Salam Sihat kepada semua
2009 Mei 25 20:19

Jacknaim berkata...

Assalamu'alaikum

usah pelik perlembagaan PKM ditulis dalam tulisan jawi kerana dulunya semua penulisan dalam jawi. jadi penulisan perlembagaan dalam bahasa jawi tidak boleh dijadikan hujah yang konkrit

saudara,
tidak dinafikan PKM juga memainkan peranan dalam memerdekakan tanah malaya dari penjajahan british. sememangnya patut kita mengangkat senjata mempertahankan negara

namun maaf saya katakan bahawa saya tidak bersetuju dengan ideologi komunis apatah suatu masa dahulu timbul ura2 membentuk kesatuan komunis sebagai kuasa agung dunia bersama soviet dan china.

masalah dengan komunis adalah mereka menolak agama. apakah Islam akan dijulang dengan perjuangan komunis..
2009 Mei 25 21:28

Orang muda berkata...

Bezanya Pak Teh, di zaman Datuk Maharajalela, kesedaran politik orang-orang melayu belum wujud. Orang Melayu masih selesa hidup di bawah sistem feudal. Hanya selepas perang dunia ke-2 dan kemerdekaan Indonesia, orang Melayu mula sedar dan faham politik.
Penentangan Datuk Maharajalela adalah disebabkan ketdakpuasan hati golongan pembesar Melayu yang dipinggirkan oleh pentadbiran British dan dinafikan hak memungut cukai yang menjadi sumber kekayaan mereka. Manakala penentangan oleh PKM lebih bersifat politik. Lantaran itu, parti itu diharamkan oleh british. Lebih malang lagi, British telah menaja pembentukan UMNO yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Persoalannya, mengapakah British terlalu mudah memberi kemerdekaan melalui rundingan dengan UMNO dan Perikatan? Apakah ada syarat-syarat tersirat yang tidak dimeterai dalam Perjanjian London?
Kesan penjajahan British masih kekal hingga hari ini. Perhatikan sahaja sistem pendidikan kita. Sepenuhnya menggunakan gagasan Jawatankuasa Barnes walaupun kita telah 'merdeka' lebih 50 tahun.Peraturan-peraturan pendidikan masih menggunapakai Akta Pendidikan Kebangsaan 1951. Siapa yang menggubal akta tersebut? Adakah pembesar Melayu atau Raja-Raja Melayu?
Sesungguhnya, terlalu banyak persoalan yang tidak terungkai. Mengapa kita mendiamkan perkara sebegini? Adakah membahayakan negara ataupun parti yang menguasai tampuk pemerintahan??????????????????
2009 Mei 25 22:27

Orang muda berkata...

Bezanya Pak Teh, di zaman Datuk Maharajalela, kesedaran politik orang-orang melayu belum wujud. Orang Melayu masih selesa hidup di bawah sistem feudal. Hanya selepas perang dunia ke-2 dan kemerdekaan Indonesia, orang Melayu mula sedar dan faham politik.
Penentangan Datuk Maharajalela adalah disebabkan ketdakpuasan hati golongan pembesar Melayu yang dipinggirkan oleh pentadbiran British dan dinafikan hak memungut cukai yang menjadi sumber kekayaan mereka. Manakala penentangan oleh PKM lebih bersifat politik. Lantaran itu, parti itu diharamkan oleh british. Lebih malang lagi, British telah menaja pembentukan UMNO yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Persoalannya, mengapakah British terlalu mudah memberi kemerdekaan melalui rundingan dengan UMNO dan Perikatan? Apakah ada syarat-syarat tersirat yang tidak dimeterai dalam Perjanjian London?
Kesan penjajahan British masih kekal hingga hari ini. Perhatikan sahaja sistem pendidikan kita. Sepenuhnya menggunakan gagasan Jawatankuasa Barnes walaupun kita telah 'merdeka' lebih 50 tahun.Peraturan-peraturan pendidikan masih menggunapakai Akta Pendidikan Kebangsaan 1951. Siapa yang menggubal akta tersebut? Adakah pembesar Melayu atau Raja-Raja Melayu?
Sesungguhnya, terlalu banyak persoalan yang tidak terungkai. Mengapa kita mendiamkan perkara sebegini? Adakah membahayakan negara ataupun parti yang menguasai tampuk pemerintahan??????????????????
2009 Mei 25 22:28

Tanpa Nama berkata...
apa pun ceritanya PKM tetap tidak dibenarkan berada dihati org2 Malaysia..jika betul mereka pejuang negara kenapa peristiwa Bukit Kepong berlaku, mereka membunuh org Melayu Rejimen Polis yg berjuang pertahankan tanah air..dengan tanpa belas kasihan..dengan anak isteri mereka dibunuh kejam..itukah perjuangan komunis????..Dengan tidak berlandaskan fahaman Agama..tidak perlulah Anda ingin men dewa2 kan PKM ini...terus terang lagikan bersuluh..jgnlah hendak mengeruhkan lagi negara Malaysia yg aman damai dan tenteram hasil perjuangan Pahlawan2 Bangsa yg terbilang..
2009 Mei 26 08:43

pakteh berkata...

ASSALAMUALAIKUM.
Sejarah tetap membuktikan PKM adalah pengganas. Mengapa setelah MERDEKA PKM menunggu begitu lama untuk meletakkan senjata?. Ini persoalan yang tidak akan dijawab secara ikhlas oleh pemimpin PKM.
Pakteh berasal dari keluarga yang miskin dan abah mencari rezeki melalui hasil hutan. Bayngkan azab yang ditanggung oleh kami sekeluarga apabila abah terpaksa mencari hasil hutan di Hutan Ulu Muda (Dalam kawasan Empangan Muda yang terletak Kem Gubir). Kawasan tersebut adalah "Black Area" dimana untuk masuk perlu meletakkan IC dan kawalan tentera begitu ketat kerana kegiatan PKM begitu "cergas" disitu. Begitu juga di Baling...ramai sanak saudara yang ketakutan dan itulah TRAUMA yang tidak akan dilupakan oleh generasi ke generasi.

p/s: ayat "KOMUNIS" itu sendiri melambangkan identiti pembawa, pengamal, pejuang, dan segalanya2....fikir2kan.
2009 Mei 26 08:52

anakjatiperak berkata...

Pada pendapat saya PKM adalah bahan sejarah yang boleh dibuat kajian.Ideologi komunis pun dah runtuh di negara pengasasnya. Jadi, tak payah lah pihak2 yang risaukan ideologi ini kembali bertapak di sini membesarkan isu ini.
Kalau orang kata, komunis tak percaya agama,..cuba lihat anak muda kita hari ini yang rosak macam orang tak ader agama. ini patut kita bimbangkan.Komunis dan PKM adalah sejarah yang hanya boleh dibaca dan takkan ada orang nak hidupkan perjuangan komunis lagi kerana ia telah runtuh dngan runtuhnya Soviet Union.
2009 Mei 26 22:53

Jacknaim berkata...

benar soviet union telah runtuh dan mereka tidak lg menggunakan sistem komunis. tp jangan lupa kebelakangan ini russia sudah mula untuk kembali bersama sekutunya yang pernah membawa ideologi komunis iaitu china dengan pelbagai perjanjian ketenteraan. dan perjannjian ini juga meliputi negara bekas kesatuan soviet.

benar, seperti yang pak teh katakan. kenapa komunis mengambil masa yg begitu lama utk meletak senjata selepas malaya mencapai kemerdekaan?

tapi saya juga rasa perlunya ada kajian di sebalik semua ini memandangkan sejarah malaysia yang begitu kabur dan banyak fakta disembunyikan kerajaan.

namun saya percaya bahawa tindakan british memberi kemerdekaan melalui UMNO adalah untuk menghalang pengaruh komunis dari membentuk kesatuan di Asia tenggara memandangkan pengaruh PKI yang begitu kuat.

sekiranya malaya tidak diberi kemerdekaan, rakyat akan menyokong perjuangan komunis dimana kesannya, semua rakyat akan bersatu bersa komunis dari indonesia dan singapura. ketiga-tiga negara ini mempunyai populasi penduduk yang besr dan mampu menggugat british..

maka tidak hairan malaysia segera beroleh kemerdekaan agar rakyat menyokong mereka dan tidak terpengaruh dengan propoganda PKI

Wallahu'allam
2009 Mei 27 06:12

Naj's berkata...

Saudara shauqie1957, jika semua orang dah mahir bahasa inggeris nak buat apa lagi nak terjemahkan ilmu2 itu ke dalam Bahasa Melayu.
Fikir-fikirkanlah.
2009 Mei 28 19:19

Tanpa Nama berkata...

bahasa ada kaitan rapat dengan budaya (budi+daya)


NILAI-NILAI BAHASA:
hxxp://www.ummahonline.com/?p=1646
2009 Jun 1 01:23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Muzium Sejarah

Barisan Gerila Malaya

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah