Pengenalan Ringkas Tentang Pahlawan Manap

Selasa, 2009 Jun 30
Pengenalan Ringkas Tentang Pahlawan Manap



Pahlawan Manap - Ketua Platun Ke-5
Rejimen Ke-10 TPNM

1. ‘Darurat’ yang diisytiharkan pada 20 Jun 1948 telah memaksa dan tidak memberikan pilihan lain kepada ramai anak-anak muda revolusioner kecuali menceburkan diri dalam perjuangan bersenjata melawan penjajah British.

2. Di sini, terbuktilah bahawa di mana ada penindasan, di situ akan ada perlawanan; dan, generasi muda adalah pemangkin bagi perubahan sejati dalam sesebuah masyarakat!

3. Satu lagi hakikat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan keadilan ialah bahawa sesungguhnya pengorbanan dalam pelbagai bentuk payah hendak dielakkan.

4. Justeru itu, masyarakat hari ini harus menginsafi dan tidak mensia-siakan mereka yang telah berbakti, apalagi yang telah menyumbangkan jiwa-raga bagi kemerdekaan tanahair.

5. Salah seorang daripada putera-puteri terpuji sedemikian ialah Manap Sewang @ Manap ‘Jepun’ – anak jati negeri Pahang. Ayahnya seorang pelayar, dan ibunya seorang Jepun.

6. Usia sebenar Manap tidak diketahui. Beliau dikatakan lahir dalam tahun 20-an dan gugur dengan mulia dalam satu seranghendap oleh sepasukan askar Gurkha upahan di Kuantan pada 25 Januari 1952.

7. Abdullah C.D telah menulis dalam memoirnya begini: “Manap mempunyai semangat heroisme revolusioner yang tinggi. Saya banyak kali membawanya ikut bertempur untuk melampas dan menempanya menjadi seorang perajurit yang gagah berani dan berteladan.

8. “Manap bukan saja handal dalam pertempuran (tapi) juga pengorganais massa yang baik. Beliau telah mengerahkan kaum keluarganya menjalankan kerja bawah tanah di kawasan bandar Temerloh sehingga terbentuklah jaringan perhubungan yang erat antara kerja organisasi di bahagian bandar, kampung dan hutan.”

9. Dalam beberapa tahun yang singkat saja, legenda mengenai Manap tersebar luas. Kononnya, beliau mempunyai ilmu kebal, boleh menghilangkan diri dan sebagainya.

10. Sebenarnya, ada beberapa perkara menarik dan luarbiasa mengenai keberanian dan kecerdikannya dalam memimpin pertempuran. Umpamanya, dalam satu peristiwa di Jabor (Disember 1950), Manap dengan cerdik telah mengambil taktik menyamar diri sebagai pegawai askar musuh. Beliau dan pasukannya telah menaiki bas di jalan Kuantan-Jabor dan berhenti betul-betul di pos kawalan musuh. Di situ, dia memerintahkan semua AP yang bertugas supaya berbaris untuk pemeriksaan senjata. Dengan demikian, beliau telah berjaya merampas 6 laras senapang dan sejumlah peluru!

11. Dalam masa yang sama, seorang hantu musuh yang amat besar dosanya telah ditangkap dan dibawa ke dalam hutan untuk disoalsiasat. Dia telah berterusterang serta mengaku segala kesalahannya termasuklah hutang darahnya kepada Tentera Pembebasan. Oleh kerana sikap jujurnya, serta berjanji tidak akan mengkhianati lagi perjuangan anti-British, maka beliau dibebaskan. Justeru itu, nama Manap semakin dipuji dan dipuja.

12. Dalam satu kisah lain, Manap yang memimpin Platun Ke-5 telah menyerang sebuah kenderaan yang dijangkakan membawa askar British. Rupa-rupanya kenderaan tidak bertanda itu adalah dari pasukan palang merah mereka. Setelah mengetahui hal sebenar, Manap memerintahkan supaya pagawai yang cedera itu segera dibebaskan.

13. Sehubungan ini, Noel Barber ada menyentuh tentang kisah “Manap the Jap” dalam bukunya ‘The War of the Running Dogs’.

14. Abdullah C.D, pemimpin Rejimen Ke-10, telah membuat kesimpulan tentang pertempuran Platun Ke-5 sebagai berikut: “Dari bulan Oktober 1950 hingga Januari 1951 Manap memimpin Platun 5 melakukan banyak kali tindakan militeri ke atas musuh, termasuk 3 kali menyerang pos AP; 2 kali serang hendap; 4 kali gangguan dan lain-lain, membunuh 6 orang musuh, termasuk 2 orang OCPD British, satu orang pegawai British, satu sarjan dan dua orang polis; mencederakan 6 orang, di antaranya 2 orang askar British dan 2 orang polis; merampas 16 laras senjata dan 464 biji peluru serta alat kelengkap lainnya.”

15. Atas jasa-jasanya yang tidak ternilaikan terhadap usaha kemerdekaan tanahair, Manap telah dianugerahkan gelaran “Pahlawan” oleh Markas Besar Rejimen Ke-10 pada 21 Mei 1952.


lagi-lagi tentang Pahlawan Manap:

Dari Catatan Sejarah Bangsa

Ulasan Dari Pak Dharmala NS Tentang Kisah Wan Esah Ibu Kepada Manap Jepun
(sila klik tajuk di atas untuk ke laman tersebut)

Dicatat oleh M.A. di Selasa, Jun 30, 2009

Label: pahlawan rakyat, Rejimen Ke-10 TRM, sejarah

16 ulasan:

paperil berkata...
Manusia seperti Manap inilah pejuang sebenar kemerdekaan...mereka berjuang tanpa sesen pun gaji bulanan...MANUSIA SEPERTI INI ADALAH HERO SEBENAR TANAH AIR...!!!
2009 Julai 1 14:03
Putera Gunung Tebu berkata...
Pak Amin,

Saya cadangkan supaya komen dalam blog ini terus dipublish secara automatik tanpa perlu approval oleh Pak Amin atau moderator.

Dari satu sudut, ada kontranya. Contohnya akan ada komen2 yang berunsur sumpah seranah, caci maki, carut marut dan lain-lain.

Namun banyak juga pronya. Contohnya kami sgt berminat dengan sejarah sebenar kemerdekaan negara kita akan mendapat gambaran sebenar sejauh mana pemikiran masyarakat kita terhadap sejarah negara.

Selagi kita tidak tahu apa yang ada dalam pemikiran mereka, lagi susah untuk kita merawat penyakit tersebut.

Biarlah mereka luahkan segala yang terbuku dalam minda mereka. Barulah kita tahu sejauhmana pemikiran mereka.

Harap Pak Amin pertimbangkan perkara ini.

Dulu saya sangat minat blog Tun Mahathir. Saya ingin membaca apa yang sedang difikirkan oleh dia.

Tapi apabila hanya komen2 yg memuji dan memuja dia saja yang diapprovekan utk disiarkan, saya jadi meluat dan loya. Saya sangat mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam berfikir.

Saya rasa Pak Amin turut menerima komen daripada anak-anak, saudara mara dan rakan karib bekas polis dan tentera yang bekerja dengan British dahulu. Mungkin banyak arguement yg mereka lontarkan.

Kalau Pak Amin biarkan komen itu masuk tanpa approval, banyak maklumat lain dapat kamikongsi.

Jemput Pak Amin ke 'rumah' saya di http://puteragunungtebu.blogspot.com
2009 Julai 1 14:38
Tanpa Nama berkata...
Manap benar-benar pahlawan sejati, biar apa pun orang cop, tapi kenyataannya dia gugur menentang penjajah. Inilah mati yang berjasa, mati dengan mulia. Jutaan rakyat mengiktiraf, sejarah mengiktiraf Manap sebagai PAHLAWAN

Berjuang dengan hati yang ikhlas, bersih dan suci, tanpa ganjaran, tanpa sesen gaji, tapi demi untuk pertiwi tercinta yang dinodai penjajah durjana.

Sesungguhnya manusia macam Manap ini tak akan mati, hidup selamanya di dalam jutaan insan yang tahu kebenaran, selamanya hidup dalam kenangan sejarah bangsa, agama dan tanah air.

Siapakah pahlawan yang sebenar:
yang berjuang menentang penjajah
atau yang bersekongkol dengan penjajah

Jawapan saya ialah yang berjuang menentang penjajah itulah pahlawan rakyat yang sejati.

Dol
2009 Julai 1 19:09
Putera Gunong Tahan berkata...
Di sini saya tak setuju dengan putera gunung tebu. Mana mungkin gambaran sebenar pemikiran masyarakat ttg sejarah negara terjelma berasaskan kepada caci maki atau sumpah seranah dari manusia yang tidak bertanggungjawab?
2009 Julai 1 19:11
M.A. berkata...
Salam Putera Gunung Tebu,

Terima kasih atas komen dan cadangan saudara.

Di sini ingin saya bentangkan pandangan dan pendirian blog ini sebagai berikut:

Blog ini menghormati semua fikiran yang positif dari berbagai pihak (termasuk yang anti-komunis), atas prinsip saling menghormati berbagai ideologi.

Oleh itu, sesiapapun dijemput memberi komen yang membina walaupun pandangannya bertentangan dengan pandangan di blog ini. Dan saya mengucapkan terima kasih atas komen-komen tersebut.

Sungguhpun begitu, semua komen haruslah dipaparkan secara intelektual, berhemah dan bertanggungjawab, tidak menggunakan perkataan kesat, lucah, sumpah seranah dan sebagainya.

Asalkan tidak lari dari etika yang ditetapkan di atas, komen tersebut akan diluluskan!
2009 Julai 1 20:37
md z... berkata...
Terharu juga membaca kisah Dato Hussien ayahanda Tun Razak diselamatkan oleh Wan Esah (bonda Manap)daripada siksaan Jepun seperti yang tercatit dalam catatan sejarah bangsa itu. Tak ada ke sesiapa boleh menyampaikan kisah ini kepada PM Najib. Manalah tau, kalau2 kisah ini dapat mengingsafkan dan membuka pintu hati dia....
2009 Julai 1 21:25
Putera Gunung Tebu berkata...
Putera Gunung Tahan,

Silibus sejarah daripada primary school hingga menara gading ditulis berasaskan bias dan kepentingan politik golongan yang mewarisi kemerdekaan negara ini daripada penjajah.

Banyak kebenaran disembunyikan. Banyak kepalsuan diada-adakan.

Kita mesti berjiwa besar untuk mengubah semula kepalsuan kepada kebenaran. Suatu hari nanti silibus sejarah dalam sistem pendidikan negara perlu ditulis semula. Saya melihat cita-cita ini akan mudah direalisasikan apabila empayar kekuasaan BN/UMNO yang menunjangi pentadbiran negara runtuh suatu hari nanti. Detik tersebut kelihatan semakin hampir.

Untuk membuat perubahan tersebut, kita perlu mendapat gambaran sebenar pemikiran masyarakat sejauh mana mereka telah tertelan racun penjajah yang diterapkan dalam silibus pendidikan negara.

Untuk pengetahuan Putera Gunung Tahan dan juga Pak Amin, golongan akademik sedang mengikuti secara dekat perkembangan blog ini. Kami tidak begitu teruja dengan paparan oleh Pak Amin sebab sebahagian besar fakta itu telah kami kaji. Saya sendiri telah membaca hampir semua memoir bekas pemimpin dan anggota Rejimen Ke-10 seperti yang dicatatkan oleh Pak Amin kat sini. Buku-buku itu sukar didapati dipasaran atau kedai buku biasa. Salah satu tempat yang boleh dibeli ialah di kedai buku UKM. Kat situ ada jual sebahagiannya. Kalau tak jumpa juga, kita boleh buat rujukan di Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM.

Ringkasnya, kami sangat berminat untuk mengetahui respon pembaca terhadap paparan2 dalam blog ini. Respon pembaca merupakan sebahagian data penyelidikan untuk melihat sejauhmana propaganda melalui sejarah telah terkesan dalam minda rakyat.

Daripada maklumat inilah, kita semua boleh bergerak untuk membetulkan semula 'aqidah sejarah' yang tersemat kukuh dalam minda rakyat Malaysia.

Masa semakin hampir. Saya melihat ada cahaya di hujung terowong.

Terima kasih Putera Gunung Tahan dan Pak Amin atas respon. Saya sekadar melihat untuk suatu lonjakan yang lebih jauh dan satu view yang lebih luas.

Saya sendiri banyak menerima email daripada anak-anak polis dan askar yang bekerja dengan British. Banyak arguement yang mereka lontarkan. Walaupun kadang2 mereka berhujah secara emosi, namun kita mendapat banyak maklumat berguna untuk kerja buat kita dalam usaha membuat islah terhadap sejarah negara.

Kita tidak perlu bimbang dengan respon tidak bermoral oleh pembaca. Nanti akan ada pembaca lain yang turut menjawab dan membetulkan 'kekeliruan' tersebut.

Saya sangat suka cara laman tranung kite online (TKO) beroperasi. Semua komen dilepaskan. Akhirnya terjadilah suatu bentuk perbincangan yang bermaklumat, walau kadang2 bahasanya agak teruk.

Sebagai contoh, artikel saya Shamsiah Fakeh: Perginya Pejuang Bangsa pernah disiarkan oleh TKO (boleh rujuk arkib TKO).

Macam2 komen timbul, ada yang tuduh dan herdik saya sebagai komunis dan lain-lain. Saya tidak jawab pun tomahan itu, pembaca lain pula yang jawab dan bagi respon.

Terima kasih sekali lagi PG Tahan dan Pak Amin
2009 Julai 1 21:30
Kekacang berkata...
Al Fatihah untuk Pejuang Manap Jepun. Nama beliau telah dikenali semenjak aku dibangku sekolah lagi. Memang benar Negeri Pahang banyak mengeluarkan pendekar yang sanggup meletakkan nyawa mereka demi pertiwi, bukan sekadar mengejar periuk nasi.
Saya yakin sati masa nanti sejarah akan berubah, beliau akan dinobatkan sebagai pahlawan sebenar.
2009 Julai 1 21:43
Pak Odin Bota berkata...
Kemunculan blog ini cukup penting kerana
mendedahkan perjuangan kebenaran dan bukannya perjuangan kemenangan yang palsu serta penuh dengan pernipuan dan penindasan saperti perjuangan ameno,Cukup memuaskan hati saya.CUMA SATU LAGI PERMINTAAN SAYA KPD SAUDARA MAT AMIN.MINTA TOLONG GUNAKAN YOU TUBE VIDEO UNTUK BLOG INI.TERUTAMA TEMUBUAL KEPADA MEREKA YANG MASIH HIDUP.seterusnya gunakan gambar video segala sejarah yang masih ada yang boleh untuk dirakamkan.,
2009 Julai 1 23:16
Putera Gunong Tahan berkata...
Mungkin kerana saya bukan dari golongan akademik, maka saya "begitu teruja" dengan paparan Pak Amin dlam blognya. Di sini, saya tidak segan-segan mengaku bahawa sebahagian besar daripada fakta-fakta di dalamnya telah membantu memerdekakan minda saya.

Saya menghargai pendapat dan pandangan berbeza-beza dari berbagai aliran yang tak sama.

Tetapi, saya juga boleh nampak dengan agak jelas pertentangan yang tidak dapat dikompromikan antara "argument" atau hujah dengan kata-kata nista, maki-hamun, mencarut, menghina dan sebagainya.

Sebab itulah saya tidak bersetuju dengan Putera Gunung Tebu supaya "komen dalam blog ini terus dipublish secara automatik tanpa perlu approval oleh Pak Amin atau moderator".

Di situlah letaknya perbezaan kita.

Tabik kepadamu PG Tebu !
2009 Julai 2 01:06
Paperil berkata...
Saya setuju dengan Putera Gunung Tebu...salah satu kaedah untuk mengenali musuh ialah let them speak out their mind...memang ada kontranya tapi bak kata Putera Gunung Tebu, dari situ kita boleh dapat gambaran sebenar sejauh mana mereka telah diindoktrinasikan...harap Pak Amin dapat pertimbangkan...
2009 Julai 2 02:29
Iman berkata...
AlFatihah kepada semua pejuang kemerdekaan tidak kira pihak mana pun..mungkin landasan perjuangan berbeza-beza...Malaysia Tanah Airku
2009 Julai 2 08:23
Aman berkata...
Pak Amin,

Mengikut pemahaman saya PKM berjuang membebaskan diri dari cengkaman penjajah. Andai kata perjuangan ini berjaya... katakanlah pada rundingan baling dahulu.. agaknya apakah atau bagaimanakah keadaan Malaysia sekarang pada 2009. Sekadar ingin mendapatkan pandangan/pendapat/cita -cita Pak Amin sahaja... Terima Kasih
2009 Julai 2 12:23
M.A. berkata...
Saudara Aman,

Ciri-ciri revolusi Malaya tak sama dengan revolusi China. Yang berjuang untuk kemerdekaan Malaya bukan PKM sahaja, masih banyak lagi seperti PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin, Barisan Tani, Kesatuan buruh dll. Jika PKM menang, bererti menanglah parti2 kiri yang saya sebut di atas.

Negara Malaya merdeka yang akan terbentuk seperti yang telah dipaparkan dalam 10 fasal perlembagaan rakyat. (Dalam hal ini, seorang anak muda progresif, Fahmi Rezal telah membuat kajian terperinci. Lihat Revolusi'48 karya Fahmi Rezal)
2009 Julai 2 21:34
fredo berkata...
md z... berkata...
Terharu juga membaca kisah Dato Hussien ayahanda Tun Razak diselamatkan oleh Wan Esah (bonda Manap)daripada siksaan Jepun seperti yang tercatit dalam catatan sejarah bangsa itu. Tak ada ke sesiapa boleh menyampaikan kisah ini kepada PM Najib. Manalah tau, kalau2 kisah ini dapat mengingsafkan dan membuka pintu hati dia....
2009 Julai 1 21:25---> hati dah gelap dek kerana terlalu byk suapan british..sampai sudah x terbukak pintu hatinya.. juujur tu x beri makna pape pada dia...asalkn bini dia boleh bershoping dan beli apa saja, itulah jalan nya,...
2009 Julai 3 16:17
mat bunga2 berkata...
Peh! mantap betol idealisme komunis kat hati hang suma yer! Boleh bawak sampai ke mati turrrr. Insyaallah kubur hang suma terang benderang.
2009 Julai 12 19:55

Ulasan

  1. menantu adik manap jepun6:33 PG

    seperti yang diceritakan oleh mak mertua saya tentang emaknya iaitu wan esah menyelamatkan dato hussien. banyak lagi yang perlu digali sejarah tersebut.kisah yang hilang dalam lipatan sejarah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Muzium Sejarah

Barisan Gerila Malaya

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah