Para Pembaca Budiman

Khamis, 2009 Mei 28


Para Pembaca Budiman


Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera!

Sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk menjernihkan beberapa perkara:

1. Blog ini diwujudkan dengan tujuan “untuk memaparkan berita terkini dan sejarah silam para pejuang kemerdekaan agar disimpan untuk tatapan generasi akan datang.”

Dari awal2 lagi telah disebutkan bahawa “blog ini tidak ingin mengatakan bahawa sejarah yang dipaparkan di sini adalah satu-satunya versi sejarah yang paling tulen dan benar atau menganggap hanya Rejimen Ke-10 dan TRM di bawah pimpinan PKM saja yang berjuang bertumpah darah demi kemerdekaan tanah air.....”

Ertinya, terserahlah kepada sikap, pendirian atau pandangan seseorang untuk menilainya. Tidak ada paksaan dalam hal ini.

2. Tetapi, walaupun baru berusia enam minggu, blog ini telah mendapat perhatian dan sambutan luar jangkaan. Pihak saya menyambut baik pandangan dan komen2 membina yang berbeza2 itu. Justeru, atas hasrat kita bersama untuk mencari kebenaran, saya pasti akan meneruskan usaha kecil ini.

Walaupun begitu, ada juga percubaan dari sesetengah pihak untuk mengganggu. Macam2 cara yang tidak ‘sporting’ yang mereka gunakan – maki, hamun, tuduh, cela, label dan macam2 lagi.

Kepada mereka yang tidak ada daya untuk menggunakan ‘reasoning’, memadailah saya katakan: blog ini bukan untuk anda!

3. Kini, perang untuk kemerdekaan sudahpun tamat. Tidak dinafikan, parut dan kesannya masih ada di kedua2 belah pihak yang pernah terlibat. Namun begitu, masanya sudah sampai bagi seluruh rakyat Malaysia bersatupadu atas asas keadilan dan kesaksamaan. Hanya dengan begitu, barulah ia akan menjadi sebuah negara yang makmur dan kuat.

Pejuang kemerdekaan Dr Burhanuddin Al-Helmy pernah bermadah:


Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatupadulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

(Gambar: Dr. Burhanuddin Al-Helmy - pejuang kemerdekaan tulin, lambang perpaduan berbagai aliran patriotik-demokratik semua kaum)

4. Akhir sekali, sejarah kita telah menunjukkan tentang bagaimana penjajah-penjajah Inggeris dan Jepun dapat menguasai negara ini melalui taktik licik mereka yang terkenal itu: pecah-dan-perintah.

Justeru itu, kita harus belajar dan mengutip pengalaman daripada sejarah perjuangan yang sebenar – bukan daripada sejarah songsang yang ditulis melalui kacamata penjajah atau talibarut mereka..


Wassalam,

M.A

Dicatat oleh M.A. di Khamis, Mei 28, 2009

68 ulasan:


HOT ZOOM berkata...

Salam,
Sejarah tetap akan menjadi sejarah.
Jangan jadikan sejarah lama untuk ujudkan sejarah baru.
Tanpa sejarah tidak ada yang baru.
Apa yang berlaku hari ini akan menjadi sejarah keesokan harinya.
Yang penting jadikan sejarah lama untuk membentuk satu sejarah baru yang lebih baik dan bukan pula mencatat pula satu sejarah baru yang mendukacitakan.

Sejarah adalah pedoman hidup.Nabi Muhammad adalah sejarah,tapi kerana adanya Baginda kita hidup mengikut sunnah Baginda.

2009 Mei 28 19:13


AbuMirza berkata...

Saya ada membaca buku memoir shamsiah fakeh, abdullah CD dan Rashid maidin. Ada beberapa persoalan (saya telah ajukan kepada blog ini dulu, tetapi telah dipadamkan)Harap Pak Mat Amin dapat memberi jawapan:

1. Gerakan membasmi "hantu" dikampung2 (tentunya orang melayu). Nyata bahawa tiada sebarang perbicaraan yang dijalankan sebelum kerja2 membunuh rakyat ini. Kejadian ini berleluasa di serata pelosok negara (sebelum dan selepas merdeka). Apakah pimpinan PKM termasuk yang Melayu tidak sedar akan perkara ini.
Ini tindakan ganas yang melampaui batasan keadilan sejagat dan reasoning orang berakal.

2. Kejadian pembunuhan anak shamsiah fakeh oleh dua anggota komunis cina.
Kedua2 mereka tidak dihukum keras atas alasan bahawa bayi tersebut belum berjasa kepada revolusi. Apakah ini adil? Kenapa pimpinan melayu PKM tidak membantah? Wajarkah menggadai nyawa anak kecil dan hukum hakam demi perjuangan bangsa sperti itu?

3. satu rejimen komunis berbangsa cina tidak mahu bekerjasama untuk membantu melengkapkan persenjataan rej ke-10, walaupun mereka ada kelebihan senjata. Chin Peng pun tidak membantah tindakan ketua komunis cina itu. Apakah rej ke-10 itu sangat pariah pada pandangan komunis2 cina? Apakah ini tanda wujudnya cauvinis cina dalam PKM?

4. Semasa dalam hutan, ideologi komunis didoktrinasikan melalui kelas2 ideologi dari semasa ke semasa. Apakah pada pandangan pehlawan2 melayu ini, bahwa ideologi komunis tidak bersalahan dengan Agama?

Sekian harap Pak Mat Amin menjawab soalan2 ini. Suka saya ulangi bahawa saya amat menyanjungi perjuangan hero2 melayu ini semasa di dalam API, AWAS, PKMM. Tetapi selepas mereka sedar bahawa perjuanagn itu bertukar menjadi komunis, mereka nyata telah tersilap. Nanti saya akan kemukakan solan2 lain pula.

2009 Mei 28 19:26


Pakwar berkata...

kalau ikut sejarah Sayyidina Umar Alkhattab, sudah tentu beliau bukan salah seorang 4 khalifah Islam utama. Satu Malaysia, rakyat didahulukan. Apa lagi marilah kita semua bersama menyatakan keinginan rakyat Malaysia untuk maju tanpa ada penipuan, rasuah dan berat sebelah

2009 Mei 28 19:35

Tanpa Nama berkata...

Teruskan usaha murni & majukan blog ini. Insya-Allah, kalau niat kita betul Allah akan tunjukkan jalan. Sejarah memang sudah tertulis tetapi tiada siapa yang boleh menghalang kajian akademik untuk Sejarah terus dikaji & digali.

Ayuh anak-anak muda! Bangun & kajilah Sejarah perjuangan negara. Kajian tidak semestinya dalam bentuk akademik, kajian boleh dilakukan dalam pelbagai cara: terbit filem, terbit cerita pendek, terbit dalam youtube, terbit novel, terbit bisness dll. Lagi byk dikaji lagi banyak kebenaran akan terserlah.

Insya-Allah, kalau diizinkan Allah saya akan melawat kampung pejuang tulen bangsa & buat kajian ekonomi disana.

Dr. Ekonomi/melayuUK
United Kingdom

2009 Mei 28 20:21


Tanpa Nama berkata...

elok kononnya pejuang ni mohom maaf dengan rakyat Malaysia.

2009 Mei 28 20:34


Mat Amin berkata...

Jawapan kepada AbuMirza
(mengapa nama tak sama dengan yang lepas?)

1. Betul PKM membasmi hantu. Ini termasuk dalam dasar perjuangan terhadap musuh. Apabila sebut musuh, ertinya saling bermusuhan, berbunuhan. Jika kita tak bunuh dia, dia akan bunuh kita, pilih yang mana kita mahu.
Mengikut kesimpulan yang dibuat oleh Abdullah C.D. hampir 70 peratus para perajuti terkorban kerana hantu musuh. Dengan askar penjajah, kami tak kisah sangat, masing-masing bersandar pada taktik siapa yang cerdik. Tapi dengan hantu tidak begitu. Banyak contoh boleh disebut. Umapamnya, Mat Indera, tertangkap dan akhirnya digantung kerana hantu, Nordin dari Pahang, juga terkena racun, tertangkap dan digantung dan tak terhitungkan. Abdullah C.D. sendiri terkena racun kerana dibuat oleh hantu.
Hantu juga sangat mengganggu organisasi massa. Ramai anasir revolusioner yang menyokong perjuangan ditangkap dan ada mereka yang digantung. Pendek kata, berbanding pasukan bersenjata penjajah, hantu lebih berbahaya kepada keseluruhan gerakan revolusi. Oleh itu tak dapat tidak mereka terpaksa dibunuh.
Masalah siksa secara kejam sebenarnya tidak timbal. Kalaupun ada adalah tindakan peribadi. Sebab TPNM ada 4 asas disiplin dan 10 Fasal Perhatian. Antaranya tercatat, tidak boleh membunuh atau menganiayai tawanan perang. Siapa yang melakukan kesalah ini, akan dikenakan disiplin.
Soal menentukan kesahihan seseorang itu hantu atau tidak ditentukan dalam perbincangan jawatankuasa massa tempatan tersebut. Mereka tidak sembarangan, justeru mendapat maklumat yang jelas dan biasanya atas tuntutan massa rakyat. Sunggupun begitu, saya tidak berani menyatakan bahawa keputusan yang diambil jawatankuasa itu tepat 100 peratus, mungkin ada yang tersilap.
2. Soal membunuh tanpa dosa tentu sekali tidak adil,tidak berperi kemanusiaan. Saya juga akan mengutuk tindakan seumpama itu. Tapi dalam konteks anak Samsiah, saya tidak alami sendri. Walau bagaimanapun, masih ada seorang pengawal Musa Ahmad iaitu Pak Sukur. Mungkin lebih baik saudara boleh mendapatkan maklumat daripadanya. Saya sendiri tak yakin anak itu dibunuh begitu saja memandangkan Rejimen Ke-10 mereka amat hormati. Tapi situasi ketika itu amat kencang, musuh menyerang, pasukan hadapi kebuluran kerana kehabisan perbekalan, samsiah berpecah dalam pertempuran, Rejimen Ke-10 berpecah jadi 3 kumpulan kerana Musa Ahmad dan Wahi Anuar ingkar pada keputusan Markas Besar, tembakan meriam, pemboman dan mesingan dari kapal terbang musuh hampir tak berhenti. Sekiranya dalam begini, anak itu tiba2 sakit, pasukan Cina itu pun tiada cara.
3. Perkara itu hanya seorang saja, iaitu Lan Zui ketua pasukan dari Johor utara. Lan Zui ternyata seorang ambisius, dia akhir dikenakan disiplin dan lari meninggalkan perjuangan bersenjata. Tapi selepas itu pasukan Cina dari Rejimen Ke-6 banyak membantu Rejimen Ke-10. Pasukan itu khas menyerag balai polis Jerantut merampas senjata untuk Rejimen Ke-10. Pasukan ini dipimpin Chen Nan.

4. Ideologi alat perjuangan. Apa lagi marxisma diasaskan oleh manusia biasa, ertinya ajaran itu tidak mutlak, bergantung keadaan masing-masing. Kami tidak memandang marxisme sebagai dogma. Yang terutamanya ialah sosio ekonomi dalam masyarakat. Saya percaya hanya sistem ekonomi seperti ini baru umat manusia dapat sama-sama menikmati keamanan dan kesejahteraan yang sejati.
Adalah berdosa besar keapda sesiapa sahaja yang memberi label perajurit (Melayu) Rejimen Ke-10 tidak beragama atau lebih lagi anti-agama.
Di Indonesia pernah wujud Serikat Islam Merah.

Sekian harap Pak Mat Amin menjawab soalan2 ini. Suka saya ulangi bahawa saya amat menyanjungi perjuangan hero2 melayu ini semasa di dalam API, AWAS, PKMM.
Tetapi selepas mereka sedar bahawa perjuanagn itu bertukar menjadi komunis, mereka nyata telah tersilap. Nanti saya akan kemukakan solan2 lain pula.

2009 Mei 28 20:39

AbuMirza berkata...

Pak Mat Amin,

Terimakasih kerana menjawab.

Ini nama Google saya. Yang lagi satu tu nama betul.

Nanti kalau ada soalan lain, saya tanya lagi...

2009 Mei 28 21:29

JAMILKUCING berkata...

Saya tak peduli apa pun tapi pendapat saya.....


Sebaik sahaja chin peng minta nak balik ke malaysia jamil tengok rioh rendah orang melalak. tv-tv ,media-media yg sudah kekeringan berita menyalak macam anjing gila. orang-orang tua yg bodoh di temuramah,ya jamil tak nafikan jamil tiada waktu komunis dulu. dan tapi jamil dapat banyak info bagaimana kekejaman komunis. antinya orang melayu dekat chin peng lebih teruk dari anti terhadap yahudi. persoalannya adakah orang melayu mudah lupa atau bodoh.

Di antara komunis dan tentera jepun siapa paling kejam, antara komunis dan tentera jepun siapa potong kepala orang, antara komunis dan jepun siapa waktu itu lebih tersiksa , jamil rasa jepun lagi teruk,lagi jahat lagi kejam,sampai salah sikit potong kepala orang. tapi tak dengar lak komunis potong kepala orang. tapi komunis di halau sampai tak boleh balik ke negara mereka sendiri.walaupun mereka komunis.

Sebaliknya jepun di sambut bagaikan raja, jepun di jemput buka perniagaan di sini, jepun di beri bermacam-macam ke istimewaan, sedangkan bangsa melayu dan rakyat malaysia banyak menderita , merana kehilangan saudara mara tanpa kepala kerana jepun.mereka pernah membunuh sdr/mara kita,tetapi sekarang bangsa jepun di sanjung,di sambut,di hormati. apa ni? double standard ke.

Jamil bukan suka komunis atau menerima mereka tapi benci dengan manusia yang hipokrit, manusia yang double standard, manusia yang pentingkan diri sendiri.penting kan wang.mungkin gak jepun dulu mereka tidak kacau orang-orang berada di malaysia,tak kacau orang bangsawan di malaysia sebab itu mereka tidak di hina di kutuk atau di caci.tapi komunis kacau tak kira kaya atau miskin,biasa atau bangsawan.tu yg di kutuk dan di hina tu.

Ko orang pembaca fikirlah sendiri.
cukuplah kita 50 tahun tertipu dengan agenda melayu barua dari umno. sekarang apa pun susah nak percaya permainan mereka ini.

2009 Mei 29 01:25

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Iran memang berlandaskan prinsip Islam....tetapi juga berunsurkan Komunisme. Lihatlah bagaimana Amerika ingin menghentamnya!

2009 Mei 29 01:39

Tanpa Nama berkata...

Boleh Pak Amin ceritakan sedikit ttg Musa Ahmad, saudara yg masih rapat dgn kami, ttp kami tidak mengenali sehingga beliau ziarah slps pulang ke Msia.

2009 Mei 29 02:39

Alfian Tahir berkata...

Tahniah MA kerana berjaya membuka mata anak-anak muda seperti saya untuk mengenal lebih erti perjuangan...peduli kan mereka yang iri hati dengan perjuangan pembebasan Malaya yang dibawa oleh Regimen ke10

2009 Mei 29 04:23

Tanpa Nama berkata...

tahniah kepada blog ini. Sila layari juga blogger http://skuad69.blogspot.com dan http://locengwangsa.blogspot.com yang juga mengupas mengenai isu-isu berkaitan komunisme.
terima kasih.

2009 Mei 29 06:03

Jiwa Merdeka berkata...

Salam,

Sejarah biasanya melibatkan tafsiran dan tafsiranlah yang memberi makna kepada sejarah.

Misalnya, dalam beberapa buku bahasa Inggeris (yang ditulis oleh penulis Inggeris), pejuang kemerdekaan dari Pahang seperti Manap Jepun, Wan Ali dan Budin Choh dicap sebagai "pengganas".

Tentu tidak semua orang bersetuju dengan tafsiran yang demikian, kerana bagi mereka semua tokoh itu ialah patriot.

Demikian pula dengan Chin Peng dan ahli-ahli PKM yang lain. Pihak penjajah telah mengecap mereka sebagai pengganas.Itulah yang dikatakan sejarah mengikut tafsiran penjajah.

Malang sekali sejarah mengikut tafsiran kolonial inilah yang diterima dan dipakai oleh orang-orang yang mendakwa sebagai celik sejarah.

2009 Mei 29 06:24

Tanpa Nama berkata...

Satu National Conference akan diadakan 03 Jun ini. semperna ulangtahun 50 University Kelaniya Sri Lanka.

Tajuk : Religion & Developing Countries.
di anjur oleh :Department of Buddhist studies University.
Ditaja oleh :Pihak Kedutaan Republik of Iran ke Sri Lanka.

In Commemoration of 20th anniversery of Imam Khomeini's Demise & 50th Anniversary of the University.

Sini saya cuma nak kata negara kita sudah 52tahun merdeka.Pernah kita sama2 usaha utk eratkan hubungan sama umat islam dgn penganut agama ain di negara kita?

Kesalnya!Saya cuma rasa Malaysia masih dlm suasana kearah "pecah & perintah" ikut kaum & agama....

2009 Mei 29 08:51

Serious Shepherd berkata...

Sebenarnya Rais Yatim nak orang Melayu tukar topik dari C4 ke Chin Peng. Sebab tulah dia kecoh. Itu aje.

Macam mana kalau kita baca sejarah Zaman Darurat dari perspektif 'War on Terror' yakni penjajahan kuasa asing di Afghanistan dan Iraq?
Kiranya Bapa Kemerdekaan kita pun akan dikira setaraf Hamid Karzai dan Nuri Al-Maliki. Sekurang-kurangnya penentang kuasa asing di Iraq boleh berbangga menghantar balik tentera Amerika di dalam keranda, tetapi kita mengadakan upacara menghargai jasa-jasa askar British di kubur yang berbatu nesankan lambang salib.

Masa zaman darurat dulu adakah buku sejarah menganggap Dato' Maharajalela dan Datuk Bahaman sebagai wira kerana menentang penjajah?

2009 Mei 29 09:10

Tanpa Nama berkata...

salam..
Apa2 pun pandangan saudara, Nasi sudah menjadi bubur..yg paling penting adalah kenapa selepas 1945 setelah Jepun menyerah kalah..puak2 PKM dan ketua2nya tidak mahu meletakkan senjata dan sama2 membangunkan MALAYA ketika itu..walaupun kita tahu yg British telah kembali ke Malaya..kita tahu lah mereka ni penjajah tp sekurang2nya mereka ini dapat memberi idea utk membangunkan MALAYA selepas JEPUN menyerah Kalah.Mcamna nak dikategorikan PKM ini sekiranya mereka waktu itu mmg GANAS mcmana nak panggil dan apa pulak ehh.Yg org Melayu ketika itu pula kenapa boleh terpengaruh dengan ideologi Chin Peng tu.sedangkan mereka2 ini bijak2 belaka (org Melayu PKM).Chin Peng pernah mengatakan yg dia Hanya ingin MEMILIKI MALAYA@MALAYSIA utk dijadikan Republik Komunis dan jga dia tidak sesekali insaf @ lari dari fahaman Marxis Lenning nya itu.kalau tak percaya cuba lah tanya Chin Peng walaupun umurnya dah 87tahun tp tak mungkin fahaman itu hilang begitu sahaja..kira baik juga mereka ini dibuang negara sepatutnya dah lama dorng nih dihadapakan ke muka pengadilan dan dihukum seadil2nyajd tak perlu lah diAgung2kan mereka2 ini..sekadar ingin tahu tidak lah salah...

lagi satu sya rasa JAMILKUCING ni mmg ada maslah mental sebab melabelkan orang-orang tua di temuramah di tv sebagai orang bodoh jika begitu anda JAMIL bijak sangat ke?? tak lalui zaman tersebut boleh la kata begitu ini lah salah seorang generasi muda yg perlu diberi nasihat dan tunjuk ajar secukupnya..

salam..

2009 Mei 29 09:34

selimut putih berkata...

Apa yang berlaku di Malaya antara tahun 1948 hingga 1960 ialah peperangan antara PKM dengan kerajaan kolonial British, walaupun peperangan itu biasanya diistilahkan sebagai peperangan gerila sahaja.

Sebagaimana lazimnya, peperangan memang melibatkan apa yang dikatakan sebagai "keganasan". Kalau orang Islam pun berperang, tentu akan melibatkan keganasan juga.

Jadi saya merasa sedikit aneh apabila dikatakan PKM saja yang melakukan "keganasan" dalam peperangan itu. Apakah bukan keganasan namanya jika tentera British ( dan tentera upahan mereka) juga menembak, membom dan membunuh tentera PKM?

Dalam hal ini pihak askar Melayu yang berjuang di sebelah pihak kerajaan kolonial British dan pada hakikatnya mempertahankan rejim kolonial memang beruntung, kerana mereka berjuang di pihak yang menang.

Dengan itu berpeluanglah mereka untuk mendakwa sebagai wira!

2009 Mei 29 11:32

Hashim Zabidi berkata...

Yang sebenarnya menurut fakta bahawa Zaman / ideology komunis ( Communisme) belum sampai.Kita baru berada di ambang implasi yang bererti kemelut Imperialisma dan Kapitalisma sedang mengambil tempat sekarang.

Dunia sekarang dalam perjalanan ke fahaman sosialisma ia itu diperingkat ke 6 Era atau Zaman, selepas Imperialisma, Kapitalisma, Feudalisma, Slavery Age dan Stone Age.

Komunisma adalah peringkat tertinggi sosialisma ia itu Era / Zaman ke 7.

2009 Mei 29 15:20

Tanpa Nama berkata...

Apa salahnya Republik ? Hampir semua negara-negara Islam yang besar dan penting adalah republik: Indonesia, Pakistan, Iran, Turki, Mesir, kelima-lima 'Stan', Libya, Algeria. Negara-negara bertamadun lama seperti China dan India pun republik !

2009 Mei 29 16:43

Tanpa Nama berkata...

Umno tiba-tiba berpropaganda anti-komunisme kini kemungkinan besar didorong dan ditaja oleh sayap kanan Amerika, iaitu neo-konservatisme.

http://www.heritage.org/Research/AsiaandthePacific/HL742.cfm

2009 Mei 29 17:27

Tanpa Nama berkata...

Ramai kaki Umno berhubungan erat dan sulit dengan sayap kanan di dunia Anglo-Amerika. Umno cuma 'Lai Tek' yang berbentuk parti untuk meng-Anglo-Amerika-kan tanahair kita.

2009 Mei 29 18:40

Tanpa Nama berkata...

memang menarik perbincangan disini....saya suka membacanya....tetapi janganllah merendahkan orng atau kumpulan lain dgn perkataan yang jelek....RASIONALLAH PARA CERDIK PANDAI....
Saya sekadar hendak membuka minda dgn pelbagai info yang dulunya dinafikan....

2009 Mei 29 19:16

Tanpa Nama berkata...

tahniah lah....lu org semua ni byk berpikirlah.....sakit kepala beb...

peace n cheerss!!!

2009 Mei 29 19:48

Tanpa Nama berkata...

Selama 11 tahun di antara 1930 dan 1941, PKM juga tidak didaftarkan tetapi PKM mampu lawan juga Jepun selama 44 bulan. Masa itu belum ada Umno, MCA, MIC, DAP, PAS atapun PKR lagi. Maka, isu PKM sah atauoun tak sah dari segi undang-undang tidak penting sama sekali. Yang pentingnya PKM sudi membela nasib rakyat dengan sesunnguhnya dan tanpa dihadiahkan dengan gelaran Datuk, Tan Sri, YB dan dsb. Inilah semangat yang unik komunis.

2009 Mei 29 20:47

Mat Amin berkata...

sila rujuk: http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/05/peguam-chin-peng-kerajaan-malaysia.html

2009 Mei 29 20:52

Tanpa Nama berkata...

Nationalism is an infantile disease. It is the measles of mankind. - Albert Einstein.

Ironinya, Umno adalah nasionalis.

2009 Mei 29 21:24

Tanpa Nama berkata...

PKM tidak pernah didaftarkan sejak penubuhannya pada 30 April 1930, tetapi tetapi ia boleh lawan tiga perang (1941-1945; 1948-1960; 1960-1989) dan menandatangi perjanjian-perjanjian dengan kerajaan Britain (1941 dan 1943), Malaysia (1989) dan Thailand (1989). PKM didaftarkan dengan darah-darah pahlawan-pahlawan rakyat yang benar-benar patriotik !

2009 Mei 29 21:32

Tanpa Nama berkata...

Saya tak faham mengapa kerajaan dulu membenarkan ahli-ahli komunis seperti rashid maidin dan zainon pulang kecuali chin peng sedangkan mereka pernah terlibat dalam aktiviti yg sama?ada unsur perkauman?

2009 Mei 29 22:30

Tanpa Nama berkata...

boleh pak min beritahu pasal lai tek mengikut pandangan peribadi pak min sendiri,

apakah beliau ini musuh dalam selimut yang memberi maslah besar pada chin peng, pkm, malah pak min dan rakan2 pak min yang lain

menurut maklumat dalam wikipedia beliau dibunuh oleh chin peng

beliau dikatakan tali barut jepun dan tali barut british dlam melaga-lagakan rakyat berbilang kaum di tanah melayu

kami anak2 muda zaman it yang jahil dan tak pernah hidup susah ini ingin tahu segala bentuk sejarah tanapa sebarang kompromi dan prejudis kami anak muda ingin tahu segal2nya kami anak muda juga ingin sama merasa pahit manis orang2 zaman tu

harap pak in tak keberatan......

2009 Mei 29 23:30

Mat Amin berkata...

Saudara TanpaNama,

saya hanya memberikan catatan ringkas saja di sini.
Insya-Allah, akan sampai masanya blog ini menceritakan masalah tersebut.

Pada masa perang anti-Jepun Lai Te telah mengkhianati hampir seluruh JKP PKM.. Pada 1 September (lupa tahunnya) Lai Te telah membawa askar Jepun menyerang persidangan JKP. Ramai pimpinan parti dan tentera terkorban. Selepas Jepun menyerah Lai Te tidah mahu mengisytiharkan kemerdekaan.

Sehingga 1947 barulah Chen Ping sedar yang Lai Te ejen musuh. Lai Te lari, tapi diburu. Dia akhirnya dibunuh oleh organisasi PKM di Thailand. (Ini berdasarkan ingatan saya saja, tanpa rujukan) Yang tepatnya tunggu nanti blog ini akan ceritakan.

2009 Mei 30 00:16

Tanpa Nama berkata...

Saya mohon justifikasi serangan PKM ke atas balai polis, contoh yang paling popular Bukit kepong. Adakah alasan polis sebagai boneka imperialis british membolehkan pembunuhan sesama bangsa/senegara.

2009 Mei 30 00:18

selimut putih berkata...

Salam,

Saya ada menulis catatan ringkas tentang Chin Peng dalam blog saya.
Sila kunjungi: http://jiwa-yangtenang.blogspot.com

2009 Mei 30 00:24

Mat Amin berkata...

Tanpa Nama berkata...

Saya mohon justifikasi serangan PKM ke atas balai polis, contoh yang paling popular Bukit kepong. Adakah alasan polis sebagai boneka imperialis british membolehkan pembunuhan sesama bangsa/senegara.
...........................................
Perang untuk kemerdekaan itu dinamakan Perang Pembebasan Nasional Anti-British. Sudah pasti semua kekuatan penjajah British menjadi sasaran.

2009 Mei 30 00:37

Anuar berkata...

Terima Kasih atas jawapan di atas,

(1)Kerajaan UMNO/BN secara jelas terang dan nyata adalah proksi kepada ideologi Kapitalism barat, bahkan menafikan kerakyataan pejuang PKM, adakah mereka ini juga layak dibunuh oleh PKM.

(2)Bagaimana jikalau saya kata, saya lebih rela berada dibawah jajahan british daripada membunuh saudara-saudara saya sendiri, adakah saya (sekiranya hidup di zaman darurat) layak dibunuh oleh PKM?

2009 Mei 30 01:29

Awang berkata...

Pak Mat Amin tak payah layan orang2 yg bertanya soalan entah apa2 tapi berlagak pandai ni! Suruh je depa ni tanya Bukit Aman!

2009 Mei 30 02:08

Tanpa Nama berkata...

Askar-askar dan polis Melayu yang berkhidmat untuk kepentingan fasis dan imperialis yang menidas rakyat adalah musuh rakyat. Jika bilangan mereka tidak dikurangkan, rakyat akan ditindas dengan lebih terus.

2009 Mei 30 02:29

Tanpa Nama berkata...

Tugu 'Negara' di KL adalah tanda jelas Umno masih berfikiran neo-kolonialisme sebab askar-askar imperialis diagung-agungkan atau didewa-dewikan sebagai wira negara yang 'merdeka'. Tugu 'Negara' ini juga adalah bukti bahawa minda Umno masih ditakluki oleh fikiran atau "worldview" penjajah.

2009 Mei 30 02:35

sayu berkata...

syabas pak amin,kalau boleh pak amin buat cerita tentang perjuangan menentang penjajah dari awal sehingga akhir, mmg manusia banyak corak pemikiran pak amin, yang terpedaya dengan dakyah kapitalist, penjajah akan terus menyerang tanpa berfikir panjang, sya bersetuju dengan pak amin talibarut/hantu mesti dibunuh, yang jadi masalahnya pak amin camana depa yang menentang kepulangan chin peng tu menyokong ISA, tahanan tanpa bicara, saper lagi zalim????

2009 Mei 30 03:12

Tanpa Nama berkata...

Ramai rakyat Malaysia tidak sedar ataupun lupa bahawa Malaya yang "merdeka" menandatangani satu perjajian Anglo-Malayan Defence Agreement (AMBA) pada 1957 yang membenarkan beribu-ribu askar-askar penjajah terus bertapak dan beroperasi di tanahair kita. Situasi itu semacam apa yang masih berlaku di Afghanistan dan Irak. AMDA itu tidak dimansuhkan sehingga 1972 (digantikan oleh Five Power Defence Agreements dengan Britain, Australia, New Zealand dan Singapura) dan askar-askar penjajah dan sekutunya tidak mengundurkan diri sehingga 1984. Zaman di antara 1957-1984 boleh dikatakan Zaman Neo-Kolonialisme dan merupakan punca Perang Pembabasan Nasional diteruskan oleh PKM.

2009 Mei 30 04:07

Commie666 berkata...

Terima kasih atas inspirasi..

Harap dapat bekalkan lebih banyak clips / dokumentasi untuk tatapan generasi.

Ade cerita pasal Mat Indera tak? Satu pejuang melayu kiri yang juga dilupakan??
Mungkin tuan ada sedikit info?

Please share in our blog *click

This is HOT site.. keep it!!
We love UU

2009 Mei 30 04:52

Tanpa Nama berkata...

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=324953

Walaupun umat Islam di Irak dan Afghanistan masih ditakluki oleh imperialis Anglo-Amerika, Umno punya askar-askar masih sudi memnjadi Jaga Pintu (JP) untul Ratu England.
Manankah maruah bangsa dan agama ? Ini juga menunjukkan fikiran Umno dan minda askar-askarnya masih dijajah olen England.

2009 Mei 30 05:09

Anuar berkata...

Saya tidak menyokong sistem kapitalis/nasionalis mahupun Komunis/sosialis. Masih ada pilihan lain selain dua Ideologi ini.

Jangan jadi seperti korea terpecah dua, ahli keluarga melata hilang sebab permainan dua Ideologi nih. Saya x nak ada perang saudara sesama Muslim kerana pertahankan dua ideologi buatan manusia berkepentingan ini. Kalau benar mahukan revolution baru di Malaysia, adopt ideologi Tajdid, Lillah i Taala. Saya juga mahukan perubahan di Malaysia.

Setuju, bahawa kerajaan kita masih dibawah penjajahan jenis baru, dan penuh dengan korupsi berbagai peringkat.
BN memang lap-dog imperialist, mengikut telunjuk acuan mereka dan tidak berlaku adil terhadap PKM.

Kita mampu jadi bangsa merdeka tanpa idea nasionalis, tanpa idea komunis/sosialis.

2009 Mei 30 07:52

Tanpa Nama berkata...

Kini kat Malaysia ni askar2 melayu makan gaji rakyat butar je kerana tidak ada medan utk depa berjuang lagi.so Umnoo cuba alih cerita PKM pula nak hebuh2lah semangat nasionalist konon.tujuan sebenarnya utk imperialist UMnoo terus mebodoh2kan Melayu & rakyat utk terus menjajah rakyat Malaysia.

Tenguk lagi PDRM sekarang bermaharaja rela pula diarah Umnoo saja,menindas rakyat tanpa ikut Pelembagaan,akta & undang2.....

PDRM kini sudah jadi Polis raja di Malaysia!

2009 Mei 30 07:59

Mat Amin berkata...

Anuar berkata...

Terima Kasih atas jawapan di atas,

(1)Kerajaan UMNO/BN secara jelas terang dan nyata adalah proksi kepada ideologi Kapitalism barat, bahkan menafikan kerakyataan pejuang PKM, adakah mereka ini juga layak dibunuh oleh PKM.

(2)Bagaimana jikalau saya kata, saya lebih rela berada dibawah jajahan british daripada membunuh saudara-saudara saya sendiri, adakah saya (sekiranya hidup di zaman darurat) layak dibunuh oleh PKM?

Saudara Anuar,
1. Saya menghormati ideology2 lain yang patiotik-demokatik.
2. Pandangan saudara akan dihormati jika saudara tidak menyerang mereka, dan anda masih bebas hidup.

2009 Mei 30 10:03

Kekacang berkata...

Tahniah Pak Amin. Saya harap dapat menceritakan lebih lagi perjuangan Bapak Amin dan teman. Ini dapat memahamkan anak muda yang diwar - warkan kemerdekaan hanya dengan pena sebatang. Sekiranya boleh senaraikan nama - nama pejuang yang terkorban.
Jika kita lihat dan analisis, Kerajaan British @ Kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf jasa askar Melayu yang berjuang untuk mereka. Kebanyakan dari mereka hidup susah, menderita. Jika dilihat yang diwawancara seperti golongan veteran, SC hidup di rumah yang sempit dan susah. Separuhnya tahap meminta bantuan dari JKM. Kerajaan sendiri hanya meletakkan mereka sebagai orang suruhan sahaja.

2009 Mei 30 10:11

carcrazycool berkata...

janganlah kita terus diperbodohkan dan berdendam dengan chin peng sematamata kerana agenda british pro-yahudi itu,masa menentang jepun punyalah baik dengan PKM,lepas jepun menyerah kalah PKM memberi hukumam mati ke atas tali barut jepun itu pun kononnya dianggap kejam,habis hukuman mati di malaysia sekarang ni tak pula dikatakan kejam?askar melayu dan polis hilang nyawa,cacat anggota kerana agenda british pro-israel itu,PKM diharamkan pada tahun 1948 kerana membunuh dua peladang orang putih macam di zimbabwe kerana matsalleh tu menghasut orang kampung membunuh orang cina kononnya mereka akan menguasai malaya. di britain ,australia dan kebanyakan negara komanwel lain ada parti komunis,kenapa tak diharamkan? UMNO pun pernah diharamkan.saya bukanlah menyokong ideologi komunis tetapi tidak ingin diperbodohkan dan berdendam sematamata agenda setengah pihak.kenapalah askar dan polis kita diperkudakan membuang masa untuk agenda british pro-israel itu?kan lebih baik kita membasmi penyeludupan,peragut,perompak,lanun dll dari hilang nyawa,cacat anggota sematamata untuk agenda politik .fikir-fikirkanlah!

ex-army

2009 Mei 30 11:15

Mat Amin berkata...

sila rujuk: http://sampahseni.blogspot.com/2009/05/13-mei-dan-cina.html

2009 Mei 30 11:27

Mat Amin berkata...

Saudara Kekacang,

Insya-Allah, blog ini akan muncul dengan lebih banyak lagi fakta sejarah

2009 Mei 30 11:29

poktehzul berkata...

Salam pak amin!!
Saya ada beberapa soklan untuk di tanya..
1. PKM ada 12 rejimen kenapa hanya rejimen ke 10 dan 12 sahaja yg ikut ke sempadan kemana perginya rejimen yg lain.
2. Selain rejimen ke 10 adakah rejimen lain di anggotai oleh orang melayu..
3. Berapa tahun kah perjalan dari Kem besar semalaya ke sempadan??
4. Saya harap pak amin boleh ceritakan tentang kem besar semalaya di hutan lubuk kawah dan kisah terowong di sempadan..

2009 Mei 30 13:10

Mat Amin berkata...

Terima kasih Pokteh,

Di kawasan sempadan ada Rejimen 10, Rejimen 12, Rejimen Ke-8, Organ Pasukhas Khas, Pasukan Kawasan Khas dan ada lagi beberapa pasukan penggempur.

Yang lain menghadapi kesukaran berat semasa kempen menyekat barang2 dan serangan tenera British.

Hanya Rejimen Ke-10 dianggotai orang Melayu. Sungguhpun begitu, banyak pasukan2 Melayu bergerak di merata tempat spt selangor, Johor, Melaka dll, tapi mereka juga di bawah Rejimen Ke-10.

Perjalanan jauh ke sempadan setahun lebih (1953-1954).

Cerita terperinci akan menyusul di blog ini

2009 Mei 30 13:30

arisel ba berkata...

mohon layari http://terombarawa.blogspot.com

2009 Mei 30 14:50

geong gajah berkata...

Salam ..tahniah kepada sdra Mat amin..hingga kini setelah membaca dan menyusul kembali akar umbi pejuang menentang britishdan jepun..saya amat terharu , dan amat berbangga atas segala pengorbanan rejimen 10..
kata kias atok saya .."pohon pahit di termerloh" telah menemukan saya dengan ramai pejuang di pahang swaktu betugas di sana..
sebenar nya ini lah hasil dakyah putar belit penjajah kini menjadikan bangsa melayu terus mandul sejarah kebangkitan nasioalis melayu..agenda penjajah kini di teruskan oleh umno.
teruskan pendedahan untuk generasi akan datang kerana sejarah bertulis akan terus hidup mejadi cahaya bila tiba masa nya.

2009 Mei 30 16:41

Tanpa Nama berkata...

Pendekata, Umno menjadi kuat kerana ada sokongan Anglo-Amerika yang menolongnya menghapuskan anasir-anasir progrsif Melayu dan Islam. Umno ni semacam regim Hamid Karzai di Afganistan ataupun sheik-sheik di Sunni Arab. Umno ni tali balut dan anjing Anglo-Amerika.

2009 Mei 30 16:41

Farabian Trio berkata...

Harap agar usaha murni anda diteruskan...
Ameen..

2009 Mei 30 16:56

selimut putih berkata...

Saya gembira kerana ada juga bekas tentera yang berfikiran rasional. Hanya sayangnya suara mereka tentu tidak dapat kita baca dalam akhbar arus perdana.

2009 Mei 30 17:56

Obefiend berkata...

banyak sangat tanpa nama. tak berani kah guna nama sendiri? apa nak jadi melayu ni! mat amin mungkin seorang komunis tapi dia dedahkan nama beliau. ini la semagat melayu moden. mengomen pakai nama samaran. berani di alam saiber saja. berani bila boleh menyorok.. berani bila boleh baling batu sembunyoi tangan!

saya tanya pakcik Mat Amin

apa pendapat pakcik mat amin tentang melayu moden yang suka mengunakan nama samaran. tak berani nak tegakkan pendapat dan prinsip. saya tak sokong perjuangan pak cik. saya rasa komunis itu salah. tapi saya boleh hormat kepada pakcik kerana sanggup bermati-an dan angkat senjata nak tegakkan apa yang dipercayai dalam hati!

itu saya paling hormat!

saya harap pakcik mat amin jgn benarkan lagi komen tanpa nama. kalau zaman dulu semua mau guna nama pena dan menyorok memang tak merdekalah kita!

so Pak Amin.. sila komen. tak menyirap kan darah bila tengok generasi muda melayu penakut nak berdiri dibelakang pendapat dan ideologi sendiri. Di alam maya dah ketakutan dan takde buah.. apa lagi di dunia sebenar. agaknya kalau di dunia sebenar jadi pak turut jadi pak angguk!

2009 Mei 30 17:57

selimut putih berkata...

Antara tahun 1948 hingga 1957 Malaysia masih lagi merupakan tanah jajahan British.

Jadi Askar Melayu yang bekerja dengan kerajaan penjajah British pada masa itu pada hakikatnya tidak lain daripada tentera upahan penjajah atau tentera penjajah yang berjuang untuk mempertahankan rejim penjajah dan harta benda penjajah.

Bukankah ini fakta sejarah?

2009 Mei 30 18:01

Tanpa Nama berkata...

selimut putih: bukan sahaja 1948 hingga 1957 tetapi 1948 hingga 1984. Selepas Bendera Union Jack diturunkan pada 31/8/1957, Umno membenarkan beribu-ribu askar-askar Komenwel bertapak dan beroperasi di Tanah Melayu di bawah Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya ataupun Anglo-Malaya Defence Agreement (AMDA). AMBA tidak diganti oleh Five-Power Defence Arrangments (FPDA) sehingga 1972 dan askar-askar penjajah dan sekutunya mengundur diri hanya pada 1984.

2009 Mei 30 18:44

Tanpa Nama berkata...

Pak Mat Amin,

Adakah dgn untuk melemahkan segala kekuatan British Pak Mat membenarkan ideologi untuk membunuh pasukan polis dan askar?

Adakah ini bermaksud pejuang negara sebenar yang berjuang demi negara dan rakyat adalah gerakan bersenjata spt gerakan komunis dan unit2 rejimennya DAN pengkhianat bangsa adalah pasukan polis dan askar?

Melalui pengalaman dan pembacaan saya, yang membunuh rakyat dan orang awam adalah komunis dan unit2nya DAN bukannya pihak polis dan askar.

Adakah komunis dan unitnya berjuang utk pembebasan negara/kesejahteraan rakyat atau lebih kpd kuasa/individu?

Minta penjelasan dr Pak Mat.

Terima kasih.

jagungmentah

2009 Mei 30 19:21

Tanpa Nama berkata...

Saya lihat ramai yg masih confuse dgn istilah "Komunis". Komunis sebenarnya adalah satu sistem ekonomi bermaksud semua harta kekayaan adalah milik negara, negara diwakili oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat, oleh yang demikian harta kekayaan adalah sebenar-benarnya milik rakyat. Lawan kepada sistem ekonomi komunis adalah sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan diseluruh dunia hari ini. Sistem kapitalis berteraskan kepada modal dimana siapa ada modal dia akan kaya. Kaum pemodal tidak perlu bekerja keras sbb bulan-bulan makan interest atas modal. Negara China mengamalkan sistem ekonomi campuran (hibrid) komunis + kapitalis.

Persamaan komunis dgn pengganas adalah ciptaan & jajaan British bagi menakut-nakutkan rakyat especially org melayu walhal melayu yg masuk komunis adalah melayu islam yang berpegang teguh pada ajaran islam. Maknanya ideologi komunis itu tidak beragama tidak dipakai dikalangan org melayu islam, cuma nama komunis dipakai sebagai lambang ideologi politik dan ekonomi, tidak lebih dari itu.

Kalau kita perasan pd hari ini, negara Barat sedang berusaha menanam ideologi Islam itu pengganas (terrorist). Ini samalah dgn dakyah British: Komunis itu pengganas. Kesannya: sampai hari ni org Melayu fobia dgn istilah komunis tanpa memahami apa sebenarnya terjadi & mengapa adanya perjuangan org melayu dengan mengangkat senjata melalui medium komunis. Kalau org Islam tidak hati-hati, mahu satu hari nanti org akan fobia dengan Islam (nauzubillah).

Soalan: siapa sebenarnya pengganas?? Bukankah org yg menceroboh tanahair org adalah pengganas?

Fikirlah sendiri, bukalah pikiran & befikirlah secara rasional bukannya emosional yang menguntungkan pihak-pihak berkepentingan. Banyakkan membaca, berfikir dan berdiskusi untuk menajamkan pemikiran.

Dr. Ekonomi/melayuUK
United Kingdom

p/s kepada yang complaint kenapa takut taruk nama sebenar, saya nak jawab: ini adalah strategi berjuang. sama jugak dalam keadaan peperangan sebenar, adakah kita berperang main harung aje? main lari ligan kejar musuh dalam keadaan kita tak ada apa-apa protection? ingatlah: yg menang bukan sbb dia kuat, tapi sbb dia bijak. maybe you berani taruk nama sebenar & tunjuk muka sbb you adalah dari puak-puak berkepentingan. takpun you saja pakai gambar & nama org lain, belakang mari sini provoke. sudahlah, we are not that stupid.

2009 Mei 30 20:25

Tanpa Nama berkata...

Jika delihat dari segi sejarah yang benar, melalui Perang Saudara (1957-1989), PKM telah berjaya memaksa Boneka Anglo-Amerika, iaitu Umno, untuk menamatkan keputusannya untuk terus membenarkan askar-askar Anglo-Amerika untuk bertapak dan beroperasi di tanahair kita. Tetapi, kita kena selalu berwaspada kerana Anglo-Amerika yang terus berusaha mencari perluang untuk menguasai Selat Melaka untuk kepentingan imperialisnya.

2009 Mei 30 21:39

Iman berkata...

Terima kasih atas aluan tuan blog untuk isi komen di sini...
Assalamualaikum....pada pandangan saya adil untuk kita mengetahui sejarah sebenar...adapun musuh utama kita ialah syaitan yang direjam..iaitu musuh yang nyata...tipu muslihatnya ke hati kita...membawa kita mengenang peristiwa lama hingga timbul rasa geram dan dendam...semoga kita dilindungi Allah SWT...peristiwa telah berlaku di atas ketentuan Ilahi...redha syukur dan sabar...ikhlas hanya Allah Yang Maha Tahu...Maha Kaya...Maha Adil,...dan Menguasai Hari Pembalasan...Maha Pengasih dan Penyayang...serta Pengampun...kerana kita milikNya...Doakan agar anak2 cucu kita,,,generasi muslimin muslimah khususnya yang baru dapat meneruskan hidup lebih baik...Amiiinnn Ya..rabbul Alamiin..mohon maaf sekiranya ada salah dan silap...kita sesama manusia. pewaris Bangsa dan Tanah Air MERDEKA!

2009 Mei 31 15:20

Mat Amin berkata...

Dalam zaman penjajahan, berbagai ideology patriotik-demokratik wujud dan bersatu. Berbagai ideology Melayu pernah wujud dalam PKMM. Ketuanya yang pertama dipegang oleh orang yang menganut ideology komunis, Mokhtaruddin Lasso, tapi kemudian beralih kepada seorang agama (Islam) iaitu Dr. Burhanuddin Al-Hely.
Berbagai idelology Melayu yang bergabung dalam PKMM ini bergabung pula dengan berbagai ideology bukan Melayu dan terbentuklah PUTERA-AMCJA. Lihat betapa kuatnya mereka, pada tahun 1947 telah boleh berbuat demikian, sehinggakan penjajah British menjadi cemas. UMNO sudah tidak berdaya menandingi PUTERA-AMCJA. Satu-satunya langkah untuk menekan gerakan ini ialah dengan mengisytiharkan darurat.

2009 Mei 31 16:26

MenateBroke berkata...

Pantun untuk semua pembaca:

http://menatebroke.blogspot.com/2009/04/pantun-pokko.html

2009 Jun 1 03:21

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya tv & orang2 "DEPA" riuh rendah pasal Chin Peng ni bukannya apa...nak tutup cerita pasal isu perlabuhan Klang yang terbongkar baru-baru ni sebenarnya....lagi satu nak perlaga DAP dgn PAS...kan rakyat dah tak sokong "DEPA" la ni...pakat2 fikirlah no..

2009 Jun 6 18:50

Bunga raya berkata...

Hang pun tak betoi jugak. Ni nak cuba komuniskan rakyat malaysia pulak. Boleh mampuih pi la komunis. Hang dengan depa pun 2x5 jugak. Hang ukuq baju badan sendiri la! Kalu suka sangat kat komunis, pi la jadi rakyat negara yang komunis tuh! Hantu punya komunis.

2009 Jun 13 23:31

Mat Bunga Raya berkata...

Ni blog mat amin yang buat ke atau ada anjing lain yang tolon buat nih? Mat amin yang dah nak mampuih tu bila masa belajar buat blog? Ayat macam tulisan professor aje? Ni mesti anjing Mat amin buat nih. tak pun ada anjing yang sponsored blog mat amin nih.
Sekali fikir tak lojik mat amin boleh macam ni advance. Dua kali fikir, lojiklah kalau anjing komunis mat amin yang buat. Apa komen bro?

2009 Jun 13 23:35

Tanpa Nama berkata...

salam..nak tanya pak mat siapa yg bunuh ulama tok janggut, yg heret jenazah nya lepas tu gantung? siapa yang bawa kristinisasi? budaya hiburan melampau kabaret, funfair? pak mat tak payah layan la orang yg ter doktrin dgn british laknatullah tu..minta kita layari blog EMPYAR ISLAM BENUA SIAM. kita tahu bagaimana ulama2 di cop pengganas dan di bunuh oleh penjajah dan TALIBARUT nya! pak mat cakap apa pun diorang tak terima. teruskan usaha Pak Mat! pak mat bukan komunis, pak mat dan kawan2 pejuang tulen!

2009 Jun 16 04:33


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Muzium Sejarah

Barisan Gerila Malaya

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah