Selasa, 25 Ogos 2009

Memaparkan Sejarah Yang Dilupakan

Ahad, 2009 Jun 28

Memaparkan Sejarah Yang Dilupakan


Ingin mengetahui sejarah tulin perjuangan kemerdekaan Malaya/Malaysia? Sila dapatkan buku-buku berikut:

Memoir Abdullah C.D. ( Bahagian Pertama)- Zaman Pergerakan Sehingga 1948
ISBN: 983-2535-71-9
Author: Abdullah C.D.
Publisher: SIRD
Year: 2005
Number of page: 283
Delivery: 1 day
Terlalu banyak peristiwa dan kenangan yang melintas dibenak saya apabila mengenang kembali sejarah perjuangan silam sejak 1920-an sehinggalah sekarang. Perjuangan memang amat berliku-liku dan saya jatuh sakit disebabkan keracunan pengkhianat pada tahun 1976. Kesan daripada sakit itu amat hebat dan mengganggu keupayaan saya untuk menulis dengan lancar. Akan tetapi berkat izin Allah dan berkat sokongan kawan-kawan pimpinan Jawatankuasa Pusat Kawan Chen Ping; berkat bantuan Suriani dan pimpinan Rejimen Ke-10 lainnya serta berkat bantuan kawan-kawan dan rawatan para doktor, saya teguh berjuang melawan penyakit. Alhamdulillah, saya sihat semula sehingga ke hari ini sungguhpun agak uzur kerana sudah lanjut usia.

Memoir Abdullah C.D.: Zaman Pergerakan Sehingga 1948 ini saya harap akan dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada usaha penulisan kembali sejarah tanah air kita. Saya harap ia dapat melengkapkan ruang-ruang sejarah yang belum lengkap. Sekurang-kurangnya ia akan membantu para pelajar dan pengkaji sejarah untuk berfikir daripada perspektif yang berlainan. Dengan itu saya harap mereka dapat membuat tafsiran yang lebih saksama terhadap para pejuang antipenjajah yang berada dalam wadah kiri dalam Parti Komunis Malaya.

Memoir Abdullah C.D ( Bahagian Kedua)- Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10
ISBN: 9833782239
Author: Abdullah C.D.
Publisher: SIRD
Year: 2007
Number of page: 354
Delivery: 1 day
Price: RM35.00
Penaja dan pemimpin Rejimen Ke-10, memoir Abdullah C.D. bahagian kedua ini secara khusus menfokuskan kepada perjuangan bersenjata menentang penjajah British untuk kemerdekaan Malaya kini Malaysia yang bermula pada bulan Jun 1948.
Secara umum bolehlah disimpulakn perjuanganbersenjata Anti-British adalah akibat wajar dari kesedaran nasional dan pariotisme Malaya yang mulai berkembang pada tahun 30-an. Perang Dunia Kedua telah memperingatkan kesedaran tersebut ke tahap yang lebih tinggi. Selepas tamat perang tersebut, gerakan kemerdekaan yang terajui oelh PKM, PKMM,API, AWAS, BTM, Kesatuan2 Buruh dan lain-lain berkembang menggelora.
Sesuai dengan tajuk Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, Abdullah C.D. tidak hanya menubuhkan rejimen Ke-10, tetapi juga telah memimpin pasukan itu melancarkan perjuangan tak kenal ampun menentang kekuasaan penjajah British. Tahun 1953, atas perintah Markas Agung TPNM, beliau memimpin sebahagian pasukan Rejimen Ke-10 menempuh berbagai rintangan dan tiba di kawasan sempadan dengan jayanya. Sejak itu beliau pula bertungkus lumus memimpin pasukan membangun basis sempadan demi meneruskan perjuangan sehinggalah wujudnya penandatanganan perjanjian damai Haadyai pada tahun 1989.

http://www.kinibooks.com/product_info.php?cPath=25&products_id=723


The Memoirs of Abdullah C.D. (Part One) The Movement until 1948
ISBN: 9789833782642
Author: Abdullah C.D.
Publisher: SIRD
Year: 2009
No of Pages: 207
Product ID: 274
"Our nation's Independence on 31 August 1957 cannot be alienated from the contributions of various forces and groups who had been involved in the anti-colonial struggle since World War II. But there are historians who have argued that the spirit of Malay anti-colonialism before World War II was weak, akin to setting fire to damp wood. They maintain that this spirit only came alive after the Japanese Occupation during World War II. By my own observations and involvement, this view needs to be reconsidered. Although the rise of nationalism only became evident after the war, its seed had been sown long before. I hope my memoir will contribute a little to the efforts of rewriting the history of our land. I hope it will complement the historical gaps yet to be filled. At the very least, it will help students and researchers to think from a different perspective. With this, i hope they will be able to make a more balanced assessment about the anti-colonial fighters who were leftists...."

Price: MYR 35.00
http://www.gerakbudaya.com/products-page/biography/the-memoirs-of-abdullah-cd-part-one-the-movement-until-1948/

Memoir Rashid Maidin – Daripada Perjuangan Bersenjata Kepada Perdamaian
IS
BN: 983-2535-70-0
Au
thor: Rashid Maidin
Publisher: SIRD
Year: 2005
Number of page: Not Specified
Delivery: 1 day
Price: RM18.00
Saya telah melalui pahit maung di bawah penjajah Inggeris dan Jepun. Pada masa pendudukan tersebut setakat yang saya mampu. Begitulah juga apabila Inggeris kembali menjajah semula Malaya pada 1945. Di antara 1945-48, tempoh perjuangan secara aman melawan Inggeris, saya menjadi salah seorang wakil terbuka PKM bergerak menyusun massa rakyat untuk kemerdekaan. Setelah Darurat pada Jun 1948, saya tertangkap dan meringkuk dalam tahanan penjajah Inggeris sehingga 1952. Mujurlah saya berjaya melepaskan diri dan bergabung dengan pasukan gerila Rejimen Ke-10 pimpinan rakan karib saya, Abdullah CD. Pada Disember 1955, saya terlibat bersama Chen Ping dan Chen Tien dalam Rundingan Baling. Pada 1989, saya menjadi salah seorang perwakilan PKM dalam Rundingan Phuket yang menghasilkan Perjanjian Damai Haadyai pada 2 Disember tahun itu.
Saya berharap memoir ini dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran dari sudut perjuangan yang saya ceburi selama berpuluh-puluh tahun ini. Saya percaya ia berguna melengkapkan sejarah tanah air. Akhir kata, saya amat berterima kasih kepada pihak penerbit dan semua pihak yang bersusah payah membantu saya dalam menerbitkan memoir ini. Jasa anda semua tetap saya sanjung tinggi.
Rashid Maidin

http://www.kinibooks.com/product_info.php?cPath=38&products_id=273



The Memoirs of Rashid Maidin: From Armed Struggle to Peace
IS
BN: 9789834372727
Author: Rashid Maidin
Publisher: SIRD
Year: 2009
Number of page: 121
Delivery: 1 day
Price: RM25.00
“Since the 1930s, I was involved in the Communist Party of Malaya (CPM) in the struggle against the British colonizers to free our homeland. Many have asked me why I chose to take this path and not another, they have also asked me about my experiences, my joys and pain and my memories. I’ve had all kinds of questions thrown at me. It is also true that I myself have wished to write down some episodes from my struggle within the CPM….
I endured the extreme bitterness of living under both the British and Japanese. I fought against the Japanese during their occupation (1941-45) with all my might, just as I did when the British returned to rule Malaya in 1945. Between 1945-48, when I agitated peacefully against the British, I was one of the CPM’s public representatives, openly organizing the masses for independence. Soon after the declaration of the Emergency. I was caught and imprisoned in British detention camps until 1952. It was a good thing that I managed to escape and join the 10th Regiment [of the Malayan National Liberation Army] with my close friend, Abdullah C.D. In December 1955, I participated in the Baling Talks with Chin Peng and Chen Tien. In 1989, I was one of the CPM’s representatives in the Phuket negotiations which resulted in the Haadyai Peace Accord of 2 December that same year.
I hope this memoir will give some idea of the struggle which I plunged myself into for decades.”
http://www.kinibooks.com/product_info.php?products_id=1043&osCsid=26c1338074688c256036352ac200ceaa

Memoir Suriani Abdullah - Setengah Abad Dalam Perjuangan
ISBN:
983-2535-87-5
Au
thor: Suriani Abdullah
Publisher: SIRD
Year: 2006
Number of page: 243
Delivery: 1 day
Price: RM30.00
Setengah Abad Dalam Perjuangan – Memoir Suriani Abdullah - sebuah memoir tulisan Suriani Abdullah yang mencatatkan perjuangan dan kehidupan beliau yang mengagumkan, bagaikan helang merempuh badai gelora menuju ke puncak cita-cita pantai bahagia.

Sejarah berputar mengikut edarannya, kesedaran dan kemajuan manusia juga berkembang mengikut zamannya. Beliau dilahirkan dalam zaman kesedaran nasional rakyat tanah jajahan dan setengah jajahan di dunia, Asia khasnya sedang menggelora. Kebangitan ini telah menempa beliau dari seorang pejuang wanita yang unggul dan bercita-cita tinggi untuk keadilan masyarakat, kemerdekaan negara dan bangsanya.
http://www.kinibooks.com/product_info.php?cPath=25&products_id=437


Abu Samah Mohd Kassim: Pejuang Kiri Kemerdekaan Zuriat Datuk Bahaman
Author: Mohamed Salleh Lamry
Publisher: SIRD
Year: 2007
Number of pages: 244
Price: MYR 30.00

Perjuangan Datuk Bahaman menentang penjajahan Inggeris di Pahang (1891–95) banyak memberi ilham dan dorongan kepada generasi anak Pahang yang berikutnya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, selepas Perang Dunia Kedua. Malah, penglibatan mereka dalam perjuangan bersenjata, meskipun bersama PKM, boleh juga dilihat sebagai penyambung perjuangan Datuk Bahaman. Salah seorang zuriat Datuk Bahaman yang terlibat secara aktif dalam perjuangan kemerdekaan ialah Abu Samah Mohd. Kassim, anak Pahang kelahiran mukim Semantan, Temerloh. Bermula sebagai pemimpin kecil dalam gerakan politik kiri (PKMM/API). Abu Samah kemudiannya menjadi salah seorang pemimpin utama dalam Rejimen Ke-10, Tentera Rakyat Malaya dan PKM. Perjuangannya berpanjangan lebih setengah abad, dari Pahang hingga ke Selatan Thailand. Meskipun dia mungkin kurang dikenali berbanding rakan seperjuangannya Rashid Maidin dan Abdullah C.D., tetapi dia telah menyertai perang gerila menentang Inggeris sejak tahun 1948 dan telah menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat PKM sejak tahun 1975. Oleh itu, buku biografinya ini akan menunjukkan bahawa dia adalah salah seorang pejuang kiri kemerdekaan yang penting dan patut diberi pengiktirafan.

http://www.gerakbudaya.com/products-page/sird-titles/abu-samah-mohd-kassim-pejuang-kiri-kemerdekaan-zuriat-datuk-bahaman/


Memoir Shamsiah Fakeh, Dari AWAS ke Rejimen ke-10 (Edisi Baru)
ISBN: 9789833782321
Author: Shamsiah Fakeh
Publisher: SIRD
Year: 2007
Number of page: 192
Delivery: 1 day
Price: RM30.00

Shamsiah Fakeh adalah pemimpin pergerakan Kemerdekaan dari kalangan wanita Melayu yang berjuang dengan gigih hingga ke belantara Malaya. Beliau adalah Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bagi mengibarkan panji-panji perjuangan menuntut Kemerdekaan dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua API telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 iaitu sayap Melayu Parti Komunis Malaya (PKM). Kehidupannya penuh ranjau berduri. Beberapa kali beliau sesat di hutan ketika melanjutkan perjuangan bersenjata ke arah menuntut Kemerdekaan. Perjuangannya tidak mengira tempat, sama ada di hutan mahupun di pentas antarabangsa. Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan. Shamsiah mengorbankan jiwa dan raga untuk memerdekakan Malaya mengikut caranya yang tersendiri. Selepas terpisah dari PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada 1989. Sekembali ke tanah air, beliau bersama anak cucunya menjalani kehidupan hari tuanya secara sederhana. Beliau tidak pernah menyesal menentang penjajah British, tidak pernah menyesal masuk ke hutan dan menyertai Parti Komunis. Beliau bersyukur perjuangannya telah menggegarkan penjajah. Beliau percaya dan yakin generasi muda yang dapat menghayati sejarah yang benar pasti akan menemui arah tuju mereka.
http://www.kinibooks.com/product_info.php?cPath=25&products_id=763


Memoir Ibrahim Chik: Dari API ke Rejimen ke-10. 2004. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-666-1 (Paperback). 220hlm. RM35.00. Ibrahim Chik.

Ibrahim Chik adalah salah seorang daripada sekian banyak pemuda Lubuk Kawah di Temerloh yang masuk ke hutan mengangkat senjata melawan penjajah dalam gerakan kebangsaan berhaluan kiri. Kebanyakan pemuda Melayu pada ketika itu begitu tebal dengan semangat patriotiknya. Ibrahim dan rakan-rakan seperjuangannya yang rata-rata kuat dengan latar belakang pendidikan agama dari sekolah pondok telah berkorban jiwa dan raga demi cinta mereka kepada tanah air. Dalam tubuh mereka mengalir darah pejuang Pahang yang terkenal gagah berani seperti Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Pada masa negara masih huru hara dan darurat, mereka tidak mempunyai banyak pilihan. Kebanyakan gerakan antipenjajah termasuk Kesatuan Melayu Malaya (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) telah ditekan pergerakannya, United Malays National Organisation (UMNO) yang baru ditubuhkan pula dipenuhi golongan elit dan bangsawan. Parti Komunis Malaya (PKM) yang pada mulanya dibenarkan juga telah diharamkan. Sebagai rakyat bawahan yang muda dan bersemangat, tak mungkin Ibrahim dapat memberikan sumbangan besar kepada gerakan kemerdekaan Tanah Melayu dalam UMNO yang berjuang dengan slogan ‘Hidup Melayu.’ Dalam API, Ibrahim sudah sebati dengan ‘Merdeka dengan darah!’ Pilihan yang ada hanyalah bergabung dengan rakan-rakan dalam Rejimen ke-10 yang menjadi sayap PKM seperti Abdullah C. D., Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan lain-lain yang sudah bersedia menerima kedatangan beliau. Ibrahim yang begitu petah berpidato kemudiannya diangkat mengetuai bahagian perang saraf dan propaganda PKM. Dengan tanggungjawab itu, Ibrahim berusaha memenangi hati rakyat untuk turut sama dalam perjuangan bersenjata dan berdarah menuntut kemerdekaan. Beliau ingin melihat Malaya merdeka dan bebas dari cengkaman penjajah British. Dalam memoir ini, Ibrahim mengimbau kembali pahit getir pengorbanan beliau dan rakan-rakan seangkatannya selama empat dekad dalam PKM.

Nota: Buku ini telah dibatalkan/tarik balik –Penerbit UKM. Tetapi dalam laman situs Penerbit UKM masih siarkan iklan buku Samsiah Fakeh dan Ibrahim Chik. Tapi sebenarnya mereka sudah tarik balik jualan buku ini. Pihak SIRD akan terbit semula buku ini awal bulan ogos 2009.



Gerakan Dan Tokoh Kiri - Kamarulzaman Teh Dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan (SIRD, Petaling Jaya, 2006).
Gerakan dan Tokoh Kiri : Kamarulzaman Teh dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan
ISBN: 9833782043
Author: Mohamed Salleh Lamry
Publisher: SIRD
Year: 2006
No of Pages: 185
Product ID: 424
Buku ini terutamanya memaparkan kisah hidup dan perjuangan Kamarulzaman Teh, bekas Ketua API Pahang, 1946-1947. Namun, kehebatan Kamarulzaman bukanlah terletak pads peranannya sebagai Ketua API Pahang sahaja, kerana dia jugs pernah bergerak di bawah tanah sebagai aktivis MPAJA dan sebagai kader PKM. Di samping itu, dia mungkin merupakan tahanan politik yang paling lama, kerana dia pernah dipenjara selama 14 tahun, kemudian ditahan pula di bawah ISA selama 8 tahun. Walau bagaimanapun, untuk melihat konteks perjuangan Kamarulzaman, buku ini turut memaparkan gerakan politik yang pernah muncul di Pahang sebelum Perang Dunia Kedua, dan gerakan politik kiri yang muncul di Temerloh sebelum dan selepas Darurat. Sebenarnya, peranan dan perjuangan Kamurulzaman terkait erat dengan peranan Temerloh sebagai pusat gerakan politik kiri yang terpenting, malah merupakan lambang gerakan politik kiri di negara ini.
Price: MYR 25.00
http://www.gerakbudaya.com/products-page/sird-titles/gerakan-dan-tokoh-kiri--kamarulzaman-teh-dalam-kancah-perjuangan-kemerdekaan/




Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan
ISB
N: 967-942-717-X
Author: Mohamed Salleh Lamry
Publisher:
Year: 2006
Number of page: Not Specified
Delivery: 1 day
Price: RM35.00
Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, gerakan nasionalisme Melayu terbahagi kepada aliran kiri dan aliran kanan. Aliran kiri dipelopori oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM), diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS). Aliran kanan pula dipelopori oleh persatuan Melayu negeri-negeri dan diteruskan oleh United Malays National Organisation (UMNO) dan berjaya mencapai kemerdekaan. Perjuangan nasionalisme aliran kiri memang tidak berjaya mencapai matlamatnya. Gerakan nasionalis kiri terpinggir dan terkeluar dari arus perdana kerana tekanan penjajah dan hanya mendapat sokongan daripada golongan minoriti Melayu. Namun, satu kelompok kecil dari kalangan pemimpin gerakan nasionalis kiri Melayu ini telah memilih jalan lain untuk meneruskan perjuangan mereka. Mereka menyertai perjuangan bersenjata mulai 1948 bersama Parti Komunis Malaya (PKM) setelah mendapati perjuangan secara damai tidak dapat diteruskan lagi. Perjuangan mereka ini hanya berakhir dengan termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989 di Haadyai. Buku ini mengandungi 11 bab yang antara lain kandungannya melingkari topik berkenaan gerakan politik, perjuangan kemerdekaan tanggapan umum terhadap perjuangan melingkari topik berkenaan gerakan antikolonial, gerakan politik, perjuangan kemerdekaan dan tanggapan umum terhadap perjuangan bersenjata nasionalis kiri pada zaman penjajah. Untuk buku ini, penulis melakukan penyelidikan dengan menggunakan tiga sumber termasuk sejarah lisan. Penulis juga menemubual secara langsung tokoh-tokoh Melayu berkenaan
http://www.kinibooks.com/product_info.php?products_id=264


Islam Melayu Komunis Wawancara dengan Abdullah CD, Rashid Madin dan Abu Samah Mohd. Kassim
ISBN: 983-2535-74-3
Author: SIRD
Publisher:
Year: 2005
Number of page: Not Specified
Delivery: 1 day
Price: RM12.00
“……sesiapa yang bersikap adil dan objektif dalam menilai sejarah, saya rasa sudah pasti akan mengakui peranan penting perang garila ini. Bahkan Tunku Abdul Rahman sendiri dalam Rundingan Baling pada tahun 1955 dulu pernah mengakui sumbangan penting perang gerila ini untuk mencapai kemerdekaan……” – Abdullah C.D.

“…… PKM mahu menamatkan perang, tapi biarlah dengan syarat adil dan munasabah. PKM menegaskan soal menyerah diri tidak timbul kerana kami bukan pengganas, tapi pejuang kemerdekaan. Yang kami lawan bukan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, tapi pemerintah penjajah British. PKM juga menyokong rombongan Tunku pergi ke London berunding dengan British untuk kemerdekaa. Tunku mengakui peranan penting perang gerila yang kami lancarkan dalam mencapai kemerdekaan Malaya……” – Rashid Maidin

“…… Nak berjuang sacara damai atau sebaliknya pada masa itu bukan ditentukan oleh kita semata-mata, tetapi pada pokoknya oleh British. Kalau British sudah mengisytiharkan Undang-undang Darurat, mengharamkan semua parti dan pertubuhan patriotik, melakukan penangkapan besar-besaran di seluruh negara. Dalam situasi begini, saya rasa, kita tidak dapat tidak mesti mengangkat senjata. Ia dipakskan ke atas kita. Dalam agama Islam pun diizinkan berperang untuk menegakkan keadilan melawan mereka yang zalim……” – Abu Samah

http://www.kinibooks.com/product_info.php?cPath=38&products_id=270



Serikandi Suriani Abdullah
IS
BN: 983-2535-73-5
Au
thor: SIRD
Publisher:
Year: 2005
Number of page: Not Specified
Delivery: 1 day
Price: RM6.00

Ibu Suriani binti Abdullah adalah salah satu seorang pejuang wanita yang unggul dalm perjuangan kemerdekaan tanah air kita. Selama setengah abad lebih, beliau melibatkan diri dalam kancah perjuangan untuk membebaskan tanah air daripada belenggu fasis Jepun dan penjajah British serta untuk pembebasan dan kesejahteraan rakyat. Sejak tahun 1955, beliau ikut sama memimpin pasukan Rejimen ke-10 Tentera Rakyat Malaya (dulunya Tentera Pembebasan Nasional Malaya). Beliau telah membuat sumbangan yang besar, melakukan banyak aktiviti dan pekerjaan, namun sejarah peribadi beliau bertautan erat dan berpadu dengan sejarah Rejimen ke-10. Beliau dihormati dan disayangi oleh segenap komander dan perajurit Rejimen ke-10 yang menganggap beliau sekali gus sebagai pimpinan, sahabat dan juga ibu tempat mereka mencurahkan segala kesulitan dan suka duka mereka.


This product was added to our catalog on Thursday 08 December, 2005.

http://www.gerakbudaya.com/products-page/sird-titles/serikandi-suriani-abdullah/

Dicatat oleh M.A. di Ahad, Jun 28, 2009

Label: buku


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya sangat tidak setuju dengan gelaran 'kiri' itu...patut dicari istilah yang lebih sesuai...pejuang tulin umpamanya...!!!

paperil

2009 Jun 28 22:38

Tanpa Nama berkata...

Sejarah alternatif bukan dilupakan, tetapi belum diketahui langsung oleh anggota-anggota generasi baru akibat daripada isikandungan buku-buku sejarah di sistem pendidikan yang neo-kolonial.

2009 Jun 29 11:38

POKTEHZUL berkata...

Salam PAK AMIN letak la sekali buku REJIMEN KE 10 DAN KEMERDEKAAN karangan suriani abdullah.. Saya dah baca buku tu.. PAK AMIN tak tulis buku ke?? Kala bleh buat la buku memoir PAK AMIN pulak..

2009 Jun 29 12:49

M.A. berkata...

Salam Pokteh Zul,

Terima kasih tolong ingatkan saya. Sebenarnya ada beberapa buku tidak dimasukkan di sini iaitu
1. Abdullah C.D.: PERANG ANTI-BRITISH DAN PERDAMAIAN
2. Suriani Abdullah: REJIMEN KE-10 DAN KEMERDEKAAN
3. Abu samah Mohd. Kassim: SEJARAH DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Saya tak pasti apakah buku2 ini masih ada dipasaran kerana ia diterbitkan di Hongkong.

2009 Jun 29 13:05

budak kampung online berkata...

Versi digital tak dak ka... boleh gak baca thru hp..

2009 Jun 29 16:31

Tanpa Nama berkata...

harap buku tersebut ada kat perpustakaan universiti ...!!!

2009 Jun 30 00:07

aman berkata...

Salam Pak Amin,

Kebanyakkan buku yang dinyatakan di atas boleh diperolehi di kedai buku yang besar di K.L. Saya telah membaca memoir Rashid Maidin. cuma saya tak faham kenapa pihak Malaysia terlalu angkuh semasa pesidangan Haadyai? seperti kata Rashid Maidin ... Tun Hanif IGP seperti tak mahu bersalam dengannya walaupun tangan dihulur. Berbeza ngan sikap pihak Thai. Apakah syarat yang dikenakan oleh Pihak Thai dengan membenarkan Rej 10 membuka perkampungan?? Bagaimana pula ngan anggota PKM yang lain (bangsa Cina??) Terima kasih..

2009 Jun 30 00:18

Tanpa Nama berkata...

Kpd saudara aman

setahu saya anggota PKM lain juga dilayan sama & adil saje di Thailand.kerakyatan juga diberi kpd mereka yg memohon menetap di sana.
mereka di beri tanah dan mendirikan perkampongan pendamaian di sana (spt di Betong).banyak juga tempat pengujungan menarik diteroka oleh rejimen PKM lain di perkamongan mereka masing2.

Baba Siam

2009 Jun 30 09:30

cheguBard berkata...

SALAM saya telah linkkan blog ini dengan blog saya ...

salam teruskan kerja baik ini !

2009 Jun 30 10:15

M.A. berkata...

Kepada cheguBard ,
Salam cheguBard,

Terima kasih kerana telah membuat link ke blog saudara dan pemberangsangan.

Dan terima kasih kepada lain-lain blog yang telah membuat pautan ke blog mereka.

..................................

Kepada Saudara Aman,

Bekas anggota pasukan bersenjata TRM/TPNM telah mendirikan 4 buah perkampungan di bawah bantuan Kerajaan Diraja Thailand. 2 buah kampung untuk bekas perajurit Rejimen Ke-10 (Melayu) dan 2 buah kampung lagi untuk bekas perajurit Cina). Semua kampung2 ini pada mulanya dinamakan kampung perdamaian 1,2,3,dan 4. Kemudian ditukar kepada Kampung Chulabhorn Patana 9.10,11 dan 12.

Kampung Chulabhorn 9 - bekas perajurit Cina di Banang Star, Yala
Kampung Chulabhorn 10 - bekas perajutit Cina di Betong, Yala
Kampung Chulabhorn 11 - bekas perajurit Melayu di Kabang, Yala
Kampung Chulabhorn 12 - bekas perajurit Melayu di Sukhirin, Narathiwat.

Mereka mendapat layanan yang sama dari Kerajaan Diraja Thailand seperti yang termaktub dalam perjanjian damai Haadyai 1989.

2009 Jun 30 11:13

Sosialis Hijau berkata...

Surat terbuka kepada Tuan Guru Musrsyidul Am Pas isu UMNO = SOSIALIS & KOMUNIS

lawati : http://greensocialis.blogspot.com

2009 Jun 30 11:26

Tanpa Nama berkata...

llbnotes.blogspot.com

laman yang memberikan nota kepada pelajar jurusan undang-undang secara PERCUMA

JANGAN KLIK DI IKLAN GOOGLE

2009 Jun 30 16:40



Tiada ulasan:

Catat Komen