Kami Tentera Pembebasan Nasional

Sabtu, 2009 Mei 23



KAMI TENTERA PEMBEBASAN NASIONAL
Kami Tentera Pembebsan Nasional
selalu bersedia untuk membela nusa
kalau musuh cuba nekad mengancamkan rakyat

biar bererai badan dan nyawa untuk kebebasan rakyat

siapa berani cuba menentang
angkat tangan rampas senjata.

Kami Tentera Pembebasan Nasional
selalu bersiap bersedia bertempur

biar tanah padang rumput berlumuran darah
itulah kewajipan kami sebagai pembela rakyat
biar negeri hancur terbakar
asal jangan dijajah lagi.

Kami Tentera Pembebasan Nasional
mara ke hadapan di garisan muka
siap menyerang musuh hingga hancur lebur
Tentera Pembebasan Nasional cukup kuat semangat waja

membentuk republik rakyat kekal hibupnya abadi.



senikata dan irama dicipta oleh Johan
dipersembahkan dalam majlis perasmian Rejimen Ke-10 pada 21 Mei 1949.

Video di atas dipetik dari filem Merayakan Kemerdekaan Kita, terbitan Studio TV Rejimen Ke-10 pada tahun 1985.


Dicatat oleh M.A. di Sabtu, Mei 23, 2009


Label: Rejimen Ke-10 TRM, video


26 ulasan:


Izwan berkata...

Long live Revolution!!

2009 Mei 24 11:50


Blog Admin berkata...

Jengok di sini untuk mengetahui sejarah mereka:

http://10tahun.blogspot.com

...perjuangan politik kiri untuk membentuk gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.

2009 Mei 24 19:54


muor76 berkata...

nak tanya.. ade orang mengatakan sebenarnya mat indera tidak digantung.. tetapi telah disembunyikan.. betul ke kenyataan tu?

2009 Mei 25 13:12


Tanpa Nama berkata...

God will bless the PKM comrades!!! PKM is a real party for the people by the people.

No matter what ideology PKM upholds, as long as the people's welfare is concerned that is the most important.

2009 Mei 25 13:20


Rakyat Malaysia berkata...

Tahniah pengendali blog dalam memaparkan sejarah bagi pihak pejuang haluan kiri untuk tatapan pembaca. Beberapa cadangan saya :-
1. Paparkan email atau adakan 'shout box' agar dapat pembaca dapat menyampaikan apa-apa komen dan pendapat kepada saudara.
2. Paparkan link/pautan untuk laman berinformasi dan artikel, lapuran, gambar dan video berikut :-
i)Revolusi '48
http://revolusi48.blogspot.com/
http://www.facebook.com/pages/Revolusi-48/29273342378
http://www.youtube.com/watch?v=KLQLxtysGWE

ii)10 Tahun Sebelum Merdeka
http://10tahun.blogspot.com
http://www.facebook.com/pages/10-Tahun-Sebelum-Merdeka/7983047426
1 of 4 http://www.youtube.com/watch?v=sNZzZlVgWxY
2 of 4 http://www.youtube.com/watch?v=fo9fOS7VNus
3 of 4 http://www.youtube.com/watch?v=mtMPNJ38E1M
4 of 4 http://www.youtube.com/watch?v=DwGgBkQxT-4

iii)Lapuran suratkhabar NST mengenai blog ini dan perjuangan haluan kiri dan PKM.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Frontpage/2564846/Article/index_html
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Frontpage/2564826/Article/index_html
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Frontpage/2564829/Article/index_html
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Frontpage/2564838/Article/index_html

2009 Mei 25 13:37


Atom berkata...

Usah menoleh kebelakang lagi wahai anak muda.

Usah di label kiri dan kanan.
Label begini kesukaan penjajah dan talibarut British iaitu UMNO/BN.

Sifat kemalat tak dapat di ubah.
Berpantang ajal sebelum maut.
Kalimah TAUHID teras bersepuh.

Tiada titik pada perjuangan.
Apabila jelas lagi bersuluh.

2009 Mei 25 13:51


Tanpa Nama berkata...

pkm hebat...saya sangat kagum pkm....cerita bukit kepong sangat teruk,saya benci cerita itu...komunis is the best...200 vs 13...polis meneng?kerajaan cakap bohong.....

2009 Mei 25 21:28


Meet Uncle Shah berkata...

Salam Saudara,

Saya bukan penyokong PKM atau mana-mana unsur yang boleh menggugat keamanan/kestabilan negara seperti yang diuar-uarkan sesetengah pihak mengenai blog ini.

Saya tidak melihat sebarang unsur mengetengahkan lagi ideologi Das Kapital dan saya yakin saudara juga membina blog ini demi untuk "menyingkap sejarah".

Saya masih muda dan tidak malu mengakui ragu-ragu kepada fakta-fakta sejarah yang dipolitikkan penjajah. Saya harap saudara juga berfikiran demikian.

Satu-satunya blog yang menyingkap sejarah dari aspek "kebebasan". Itu yang saya fikirkan. Tidak salah mengetengahkan blog ini, cuma harapan saya biarlah secara matang. Saya bukan mahu mengajar ketam berjalan apatah lagi bila melihat kepada umur saudara yang lebih tua berpuluh tahun dari usia saya.

Mencari dan terus mencari. Blog ini membolehkan saya mengkaji secara lebih mendalam mengenai perjuangan sebelum merdeka; apa, kenapa dan mengapa. Sesuai untuk didokumenkan untuk tatapan ahli sjarah dunia yang kononnya bergelar "intelektual".

Kepada mereka diluar sana, pernah dengar pepatah Inggeris yang diagungkan dunia?: "Dont judge a book by it's cover"?. Fahami blog ini secara matang, jangan adili mereka dengan alasan yang kita cipta kerana tidak ada lagi jurnal-jurnal yang menerbitkan sejarah negara secara detail.

Terakhirnya, saya mohon maaf jika komen ini begitu panjang.

Salam Hormat, Salam Perkenalan.

http://meetuncleshah.blogspot.com

2009 Mei 26 01:25


Tanpa Nama berkata...

Kami pernah melawat kampung perdamaian Shukirin 6 tahun lepas.Mendengar taklimat dan suara hati mereka mengenai liku liku perjuangan membebaskan negara dari penjajah sehinggalah penghidupan mereka disini,telah disampaikan oleh Hj Abdulah CD dan Hjh Noraini.
Antara kesimpulan hasil lawatan kami:
1. Rejemmen ke 10 komunis ini terdiri daripada bangsa melayu 100 peratus , perjuangan mereka pada awalnya untuk menentang penjajahan british
2.Mereka dan kampung itu telah dijadikan daya penarik pelancung bagi melihat sejarah kumunis muslim melayu
3.Penghidupan mereka tak ubah seperti perkampungan orang asli, dari sudut kemudahan asaa, sosial dan pendidikan
4.Mereka telah jauh ketinggalan dari berbagai aspek
5.Generasi muda mereka tidak lagi mengenali perjuangan rejimen ke 10.

2009 Mei 26 07:28


Dhani berkata...

rais yatim cuba nak memanjangkan prejudis rakyat malaysia ke atas PKM. rais yatim cuba nak sekat kebebasan maklumat mengenai PKM yang sedang kita nikmati sekarang. rais yatim memang sangat UMNO!

2009 Mei 26 08:39


Gedung Akal berkata...

Tuan,
Saya anti KOMUNIS dan anti-KAPITALIS, namun saya bersimpati terhadap PKM yang digelapkan oleh sejarah. Orang Melayu diberitahu British bahawa Komunis itu musuh dan pengganas dan orang Melayu terima begitu sahaja -sampai hari ini. Orang Melayu tidak rasa pun diperbodohkan british sampai hari ini. Ini kerana orang Melayu gagal berfikir dan tidak mahu kaji sejarah bangsa sendiri.
Baca blog saya tentang komunis : http://gedungakal.blogspot.com/2009/05/komunis-yang-jahat.html

2009 Mei 26 11:15


Tanpa Nama berkata...

PKM tetap bersalah kepada rakyat Malaysia. Perjuangan PKM tetap bersalah.sukar bagi saya memaafkan kekejaman yang dilakukan atas perjuangan PKM. Kemerdekaan 1957..mengapa PKM terus berjuang..kononnya???

2009 Mei 26 15:54


Tanpa Nama berkata...

PKM dikatakan TENTERA CINA yang ingin menaluk Tanah Melayu, ia juga dikatakan membunuh ramai orang Melayu-Islam. Chin Peng dikatakan penganas Cina.............

Benarkah demikian?
Itu yang bermain difikiran rakyat Malaysia kebanyakkannya...

harap Tuan dapat mengulas tomahan2 tersebut.

2009 Mei 26 17:01

Tanpa Nama berkata...

Dulu kan Rais yatim bekas ahli semangat 46 parti politik serpihan UMNO.......jadik timbalan presiden lagi......dulu masa dalam semangat 46 mcm dia kutuk UMNO....tapi lepas dia join UMNO semula dan dapat jadi Menteri Penuh macam lah dia dia buat kutuk pembangkang macam kalau dia benar2 perjuangan bangsa jgnjadi katak lompat....masuk UMNO demi kepentingan diri sebab masa dalam pembangkang mana boleh dapat projek. sebab tu sokong kerajaan semula boleh dapat masyukkk..

2009 Mei 26 18:53


org kaya semantan..TEMERLOH berkata...

datuk saya salah seorng dr pejuang yg bergerak di dalam hutan menentang penjajah.. dan semua cerita2 di dlm hutan telaah diceritakan kepada saya..malah sy berkesempatan berjumpa dgn ibrahim chik(salah seorng pemimpin PKM) untuk mendengar sendiri bagaimana sejarah kemerdekaan kita yg telah tunggang terbalik..

sy amat2 terkilan dgn propoganda yg telah dibuat untuk menakut2 kn rakyat di tanah melayu... mungkin ramai anak2 muda yg sebaya sy yg tidak tahu hal ini.. walaupun masih muda (26tahun), dan x sempat melalui semua itu, tp sy amat yakin yg sejarah kemerdekaan kita ini telah dipesong kn.. bg sy, tanpa gerila2 ini, x mungkin tanah melayu akan merdeka sehingga hari ini.. datuk saudara saya salah seorng yg terkorban akibat propaganda ini.. dan balu nya masih menetap di kg perdamaian itu..

apakah tidak ada rasa bersalah kerajaan malaysia terhadap mereka..??

semata2 kuasa dan kekayaan, sanggup mereka(pihak kerajaan) menipu, membelit.. dan dgn kejadian senario politik di malaysia akhir2 ini, bertambah yakin lah saya dgn semua itu(mereka sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa..walaupon menipu rakyat jelata..)...

hanya tuhan dapat membalas setiap perbutan mereka...

2009 Mei 26 19:31


Tanpa Nama berkata...

Woi!Malaysian.kalau bukan kerana perjuangan golongan ini telah melemahkan semangat mat saleh menahan tanah penjajah ini. lu ingat mat saleh bagi kemerdekaaan kpd malaya yang kaya dgn hasil galian & asas sumber ekonomi terbesar kpd Britain pada masa itu.lihatlah Brunei sebagai contoh.

Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawah mati.

2009 Mei 26 20:05


Tanpa Nama berkata...

negara dah merdeka kenapa masih sembunyi dlm hutan dan berperang dgn askar melayu???????

2009 Mei 26 20:21


Tanpa Nama berkata...

salam tuan,

apapun..kebenaran akan terlerai akhirnya..penjajah inggeris kata komunis itu pengganas,atheis dan orang kita terus percaya sampai harini tetapi cuba lihat negara kita harini yg mendapat kemerdekaan dari inggeris dan megamalkan ideologi sekular spt diamalkn oleh negara inggeris..brp ramai org melayu kita yg mengamalkan islam yg betul walaupun beragama islam? brp ramai org kita yg minum arak, berzina dll spt dibenarkan oleh ideologi sekular...? lu pikir la sendiri? komunis cuma fahaman politik sama spt idealogi yg lain..fikirlah semua...tuhan tidak memandang pada sesuatu kaum, masyarakat tetapi pada iman seseorang..tak guna kalau hidup dlm negara yg fahamannya demokrasi tetapi peraturan agama islam tidak dituruti...

2009 Mei 27 15:46


AnakPKM berkata...

Tahniah kepada Blog Admin!
Anda telah mendedahkan sejarah yang selama ini telah disorotkan. Lebih 20 tahun saya telah dikelirukan oleh perompak sejarah.Cadangan dari Rakyat Malaysia diatas perlu difikirkan. Saya harap para bloggers Malaysia akan mengadakan Link ke blog ini.

Kebenaran makin menghampiri.

2009 Mei 28 09:12


Tanpa Nama berkata...

ok cin peng bole balik malaysia tapi dia WAJIB dibicarakan atas jenayah membunuh org kampong yg TAK berdosa, kalo berani DIPERSILAKAN BALIK, ADE BRANI ???????

2009 Mei 28 12:22


anakMalaysia berkata...

tahniah??agak2 lar..
korang kata yang sejarah sekarang ni tipu dan menyorokkan kebenaran tentang sumbangan PKM,camne ngan kebenaran yang PKM bunuh imam2,pejuang2 melayu,ketua2 kampung,pendekar2 dan orang2 kampung yang tidak berdosa,yang tidak menyokong perjuangan mereka(PKM).
ini juga diceritakan oleh askar2 yang terlibat.adakah mereka penipu??
ramai rakan2 askar ini yang terkorban ketika melawan PKM,jika PKM dikatakan pejuang kemerdekaan,mengapa orang2 yang saya tulis tadi dibunuh?ini juga fakta dan sejarah yang dicerita oleh mereka2 yang mengalami sendiri peristiwa tersebut.adakah mereka2 ini penipu? atau PKM yang menipu dan cuba mengubah cara penulisan supaya pembaca2 yang sememangnya tak mahu terima sejarah bangsa sendiri percaya yang pejuangan PKM ini asli dan sejarah yang ditulis di buku2 adalah tipu.
kepada regimen ke10 PKM,anda sebenarnya tertipu dengan pejuangan PKM dan masih lagi mahu berfikiran anda adalah pejuang yang tulen,tetapi sedarkah anda yang anda sebenarnya perosak.anda yang sebenarnya yang masih tidak mahu terima kenyataan.
anda puak penentang,menentang dengan cara yang ekstreem hinggakan banyak darah2 orang tidak berdosa yang tumpah.dimana letaknya akal anda.kita sudah merdeka,janganlah disebut lagi siapa yang jadi hero merdeka,telah ditulis dengan benarnya.PKM memang melawan penjajah,tapi pembunuhan yang dilakukan sangat tidak boleh dimaafkan.ketua pejuang adalah orang cina yang agendanya hanyalah utk membalas dendam terhadap jepun dan membela orang cina.chin peng mahu sebuah negara merdeka dan mengamalkan komunis..sanggupkah anda berjuang utk itu??

2009 Mei 29 17:40


Pbt Adam berkata...

Apapun,

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku bersyukur keatas tuhan, wujudnya PKM telah memberi ruang untuk ATM menguasai peperangan dalam hutan sekaligus menjadi pasukan tentera hutan yang disegani seantero dunia.

Tanpa PKM, ATM cuma berkawad bila ada majlis Sultan/Raja.

Kini, ATM mantap dengan pengalaman tempur hutan yang diperoleh ketika menentang PKM. Terima kasih PKM.

2009 Mei 29 21:40


sayu berkata...

Pak Amin camana nak ke perkampungan Perdamaian ni, teringin sangat nak gi sana?

2009 Mei 30 03:50


anakMalaysia berkata...

baiklah..
2-2 pihak menyumbang kepada kemerdekaan negara kita,tetapi kita tidak boleh menindakkan tindakan PKM lebih kepada kehancuran,kerosakkan,pembunuhan orang2 tidak berdosa, dan lain2 lagi.tidak perlulah golongan ini diangkat sebagai hero kerana kekejaman mereka lebih dasyat dari penjajah yg ada ketika itu.waluabagaimanapin,sedikit sebanyak PKM berjaya menaikkan nama ATM.jika tidak,dimana pula sumbangan veteran2 perang yang lain,mereka juga berjuang,malah lebih ramai pihak ini terkorban.pejuangan ATM bukan sia-sia,dan pejuangan PKM lah yang sia2.masih terdapat ahli2 PKM yang muncul masa ini,mereka sebenarnya mahukan pengiktirafan..bg saya
ya..anda menymbang sesuatu,tp anda bukan hero,ramai mangsa TIDAK berdosa telah terkorban.anda melawan bangsa anda sendiri,utk pejuangan chin peng..bukan utk KEMERDEKAAN

2009 Mei 30 06:43


Tanpa Nama berkata...

ambil sifat perjuangannya saja, jangan ambil fahamannya.sifat perjuangan yg tidak kenal erti kalah dan takut utk merdeka,lawan tetap lawan...(revolusi..48)

2009 Mei 30 09:33


Tanpa Nama berkata...

SAYA LIHAT ORANG YANG SEBAYA UMUR DENGAN MEREKA DIMALAYSIA DAH UZUR DAN NYANYUK TAPI MEREKA NAMPAK BERSEMANGAT DAN GAGAH PERKASA MENGAPA YA?

2009 Jun 8 02:30

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Muzium Sejarah

Barisan Gerila Malaya

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah