Selasa, 25 Ogos 2009

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah


Khamis, 2009 Julai 30

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah



Ibu Zaleha Mat Roni adalah serikandi terpuji puteri Sungai Pahang yang rela bergalang tanah demi kemerdekaan tanah air. Dengan mendapat pengaruh patriotisme dari datuknya yang menjadi angkatan perang Datok Bahaman, Ibu Zaleha membenci penjajah British sejak kecil lagi. Begitu gerakan kemerdekaan berkobar di Temerloh selepas kekalahan Jepun, beliau lantas menyertai AWAS (Angkatan Wanita Sedar) - pertubuhan wanita Melayu yang pertama memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Beliau telah diberi kepercayaan memimpin AWAS Cawangan Lubuk Kawah sehinggalah pertubuhan itu diharamkan pada tahun 1948. Berikut adalah profail ringkas Ibu Zaleha Mat Roni.
  • Nama: Zaleha binti Mat Roni (1924 – 2004) atau nama samarannya Rosmah@ Wan, dilahirkan di Kampung Bangau Tanjung, Mukim Bangau, Daerah Temerloh, Negeri Pahang.
  • Pendidikan: Lulus darjah 4 Sekolah Melayu Bangau. Belajar agama dengan guru agama kampung.
  • Datuknya Mat Ali (sebelah ibu) pejuang angkatan perang Bahaman, selalu menceritakan kisah perang tersebut kepadanya. Semangat patriotisme dan bencikan penjajah mula berputik di benaknya sejak dari kecil.
  • 1940, pindah ke Kampung Lubuk Kawah. Pengaruh patriotisme anti penjajah lebih diperdalam lagi dengan gerakan PKMM, PKM, API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan lain-lain yang berkembang pesat di Temerloh.
  • Tahun 1946 menjadi anggota AWAS, dipilih menjadi Ketua Cawangan Lubuk Kawah hingga AWAS diharamkan pada tahun 1948. Di sekolah API Lubuk Kawah ada kelas politik yang memperkenalkan imperializem, kapitalizem, sosializem, komunizem dan lain-lain. Guru yang mengajar ialah Kamarulzaman Teh dan Pak Da Hamid.
  • AWAS Cawangan Lubuk Kawah:
Ketua – Zaleha Mat Roni
Pembantu Ketua – Mak Ngah Minah (merangkap bahagian propaganda)
Setiausaha – Zaharah
Bendahari – Zawiah binti Hj Ibrahim
Ahli Jawatankuasa – Siti, Rahmah.
Semasa AWAS didirikan anggotanya seramai 15 orang saja. Tapi menjelang darurat anggotanya bertambah sampai 100 orang.
  • Oktober 1947, hadir kongres AWAS di Kajang, Selangor. Pahang menghantar 7 orang wakil.
  • Jun 1948 darurat diisytiharkan, beliau ditugaskan menyusun massa dan membantu pasukan gerila di kampung. Walaupun AWAS sudah diharamkan, beliau masih meneruskan perjuangan AWAS dengan menubuhkan cawangan AWAS di kampung-kampung, menerangkan soal kemerdekaan dan membela nasib wanita.
  • 1949 penjajah mahu menangkapnya, beliau menyertai Rejimen Ke-10 bertugas menyusun massa. Lebih 50 anggota AWAS Kampung Lubuk Kawah menyertai perjuangan bersenjata.
  • Disember 1949, pertempuran di Jerangsang antara 300 orang Rejimen Ke-10 dan Kompeni Ke-26 Rejimen Ke-6 dengan 1 batalion askar Gurkha. Beliau ditugaskan mengundurkan barang-barang dengan selamat.
  • 1951 ikut bersama rombongan Abdullah C.D. ke Bentong mesyuarat dengan Chen Ping dan bertemu Rashid Maidin yang baru lepas dari tahanan penjajah.
  • 1953 menyertai pasukan Hang Jebat berpindah ke kawasan sempadan, ditugaskan sebagai Ketua Seksyen Wanita.
  • Di sempadan ditugaskan menyusun massa. Massa sangat menghormati dan menggelarnya Mak Bidan kerana berjaya menyelamatkan ibu yang mendapat masalah ketika bersalin dan perkhidmatan perubatan lain kepada massa.
  • 1960 mendirikan rumah tangga dengan Sukur Ismail.
  • 1968 – 76 ikut serta dalam 3 kali pasukan penggempur Rejimen Ke-10 beroperasi di Ulu Kelantan, bertugas menyusun massa berbagai kaum termasuk massa Orang Asli. Beliau sentiasa memberikan perkhidmatan perubatan percuma kepada Orang Asli.
  • 1977 - 89 – ikut serta memimpin Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10, dilantik sebagai Ketua Kompeni.
  • 25 September 2004 meninggal dunia dalam usia 80 tahun kerana sakit tua. Jenazah beliau disemadikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin.
Dicatat oleh M.A. di Khamis, Julai 30, 2009

7 ulasan:

POKTEHZUL berkata...
Begitu banyak sekali srikandi dari sungai pahang yang belum saya kenali. Harap Pak Amin paparkan lebih banyak lagi cerita dan biografi mereka. Mereka benar benar ratu rimba malaya.
Herman berkata...
Aku kagum dengan keperwiraan pahlawan dan serikandi Rejimen Ke-10 seperti Ibu Zaleha.

Kami generasi baru akan mengenang 31 Ogos sebagai penghormatan jasa-jasa besar para pahlawan dan serikandi rakyat. Begitu besarnya jasa mu demi kemerdekaan tanah air.
Aman berkata...
Assalamualaikum Pak Amin...

Mungkin Pak Amin dapat kemukakan lebih ramai lagi anggota yng pernah berjuang bersama Pak Amin. Daripada catatan blog nampaknya ramai anak Pahang yang terlibat...
Kekacang berkata...
Temerloh, bukannya Bandar Ikan Patin. Tetapi bandar Sejarah Perjuangan Bangsa.
Tanpa Nama berkata...
Jasa pejuang sentiasa dikenang

Sungai Pahang bukan saja sungai terbesar di negara kita,
tetapi juga sungai yang mencambahkan benih antipenjajah.

Rejimen Ke-10 yang lahir di Temerloh adalah penyambung perjuangan Datok Bahaman.

Dol
Tanpa Nama berkata...
Saya gembira membaca maklumat di atas. Ketika saya membuat kajian di Temerloh pada tahun 1981-82, nama Zaleha hampir tidak disebut oleh penduduk tempatan, mungkin kerana dia telah berpindah ke Thailand dan dilupakan. Sebab itu namanya tidak saya masukkan sebagai pemimpin AWAS Lubuk Kawah dalam buku saya "Paya Jejawi".

el.salleh
Tanpa Nama berkata...
TAHUN INI KITA MENYAMBUT KEMERDEKAAN BERSAMA REGMEN KE10...MERDEKA BERSAMA REGMEN KE10...!!!


5 ulasan:

  1. Tanpa Nama8:46 PG

    Assalamualaikum Pak Amin. Inilah baru saya dengar tentang keperwiraan orang-orang Melayu khususnya dari Pahang melawan penjajah. Memang selama ini tidak pernah saya dengar sejarah sebegini. Harap perbanyakkan lagi pendedahan sebegini agar menjadi bahan sejarah untuk dibuat kajian.
    ...anak Perak

    BalasPadam
  2. Lubok Kawah itu tempat saya dilahirkan. Semua ahli keluarga saya adalah pejuang kemerdekaan didalam API dan PKMM. Mak Ngah Minah itu adalah ibu saudara saya disebelah bapa. Zawyah Haji Ibrahim itu adalah ibu saudara saya (adik emak saya) disebelah itu. Uda bin Haji Ismail yang terkorban itu adalah bapa sdr saya (adik ayah saya) dab Mokhtar Haji Ibrahim (yang terkorban itu) adalah adik ibu saya. Ayah saya, Said bin Haji Ismail, anggota API ditahan oleh Penjajah Inggeris dibeberapa pusat tahanann termasuk Beruas Perak. Adik beradik ayah saya dan adik beradik emak saya ditahan Inggeris, begitu juga dengan pupu-pupu saya disebelah emak dan sebelah ayah, sesetengahnya meneruskan perjuangan dan menyertai Rejimen ke-10 dan yang lainnya ditahan Inggeris. Mereka ini berjuang untuk kemerdekaan, tidak seperti UMNO pada waktu itu, asyik berbincang tentang pangkat dan gaji didalam perkhidmatan Kerajaan Inggeris, mereka itu pengkhianat bangsa dan negara tetapi apabila Negara ini Merdeka, merekalah mengaku sebagai pejuang kemerdekaan. Haramjadah! Saya bergembira kerana saya adalah dari keturunan pejuang bangsa dan kemerdekaan tanah air. Bacalah blog saya: http://lubokkawah.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Ibu saya tidak ditahan Inggeris dan tidak juga menyertai perjuangan didalam Rejimen ke 10, tetapi ibu saya adalah seorang pejuang. Dialah yang menjadi ibu, bapa; dan dialah yang menoreh getah membesarkan saya, dua abang saya dan dua pupu saya (anak ibu sdr saya Zawyah Haji Ibrahim, dan Mak Itam Zawyah adalah pejuang dan bersma suaminya, Abd Rahman Md Noor, berjuang mennentang Inggeris dan akhirnya ditahan oleh Inggeris bersama-sama ayah saya, Said bin Haji Ismail). Ibu sayalah menjadi tunggak pencarian rezeki untuk kami yang juga menyara Datuk dan Nenek saya yang sudah tua pada waktu itu.

    Ayah saya terus berjuang didalam Parti Rakyat Malaya setelah dibebaskan dari penjara Inggeris dibawah pimpinan Ahmad Boestamam.

    Begitu juga dengan suami mak saudara saya Abd Rahman bin Md Noor.

    Apabila Malaya diisytihar Dharurat, keluarga saya berpindah randah dari kampong ke kampong, dan ibu sayalah menjadi ketua keluarga dan dia dibantu oleh abang saya yang tua sehingga abang saya itu tidak ada kesempatan untuk bersekolah kerana membantu ibu saya mencari rezeki untuk keluarga kami yang besar.

    Saya akan ingati perjuangan ibu saya itu, dan perjuangan saya hari ini untuk rakyat bawahan adalah keinsafan daripada pengalaman ibu saya.

    BalasPadam
  4. To Suhaimi Said,

    Terima kasih kepada anda. Keluarga anda adalah keluarga pejuang negara. Anda harus sangat berbangga dengan mereka semua. Allah sahaja boleh membalas jasa mereka di Akhirat..

    BalasPadam
  5. semoga Allah memudahkan perjalanan hidup kita serta para pejuang tanah air golongan kiri..permudahkan la anak2 pejuang bangsa golongan kiri dan murahkan la rezeki kami..amin

    BalasPadam