BARU TERBIT : MEMOIR ABDULLAH C.D. BAHAGIAN KETIGA


Selasa, 2009 Julai 21

BARU TERBIT : MEMOIR ABDULLAH C.D. BAHAGIAN KETIGA


Memoir Abdullah C.D. (Bahagian Ketiga): Perjuangan di Sempadan dan Penamatan Terhormat
ISBN: 9789833782802
Author: Abdullah C.D.
Publisher: SIRD
Year: 2009
No of Pages: 407
Product ID: 436
“Di masa silam, kawasan sempadan yang merupakan kawasan strategik perang gerila pernah menjadi sandaran belakang perang-perang patriotik anti-British seperti Perang Bahaman di Pahang (1891-1895), Perang Tok Janggut di Kelantan (1915) dan Perang Haji Abdul Rahman di Terengganu (1928). Rakyat kedua-dua belah perbatasan tersebut adalah dari ras dan rumpun yang sama iaitu rumpun Melayu. Datok Bahaman dan beberapa pemimpin perang itu bersemadi di negera jiran tersebut.”

“Perjuangan di kawasan sempadan telah menempa pasukan Rejimen Ke-10 menjadi sebuah pasukan yang benar-benar teguh dan tabah memperjuangkan cita-cita kemerdekaan. Di akhir tahun 1950-an hingga awal 1960-an, pasukan bersenjata TPNM di kawasan sempadan dilanda awan mendung kecenderungan memberhentikan perjuangan bersenjata. Akan tetapi kerana asas perjuangan dan sokongan massa rakyat kawasan sempadan yang begitu mengkagumkan terhadap Rejimen Ke-10, kecenderungan negatif tersebut telah disanggah dengan semangat yang tinggi oleh para kader dan perajurit Rejimen Ke-10 sehingga pasukan pahlawan ini muncul sebagai pemegang panji perjuangan yang paling teguh….”

“Pada 2 Disember 1989, sekali lagi kawasan sempadan telah menciptakan satu sejarah, sejarah perdamaian besar yang menamatkan konflik bersenjata peninggalan penjajahan British yang bermula dari Jun 1948. Terciptanya perdamaian tersebut telah membawa keamanan dan perdamaian untuk Malaysia dan kawasan sempadan Thailand - Malaysia.”
Price: MYR 38.00

Untuk keterangan lanjut, klik tajuk ini: Memoir Abdullah C.D. (Bahagian Ketiga): Perjuangan di Sempadan dan Penamatan Terhormat
http://www.gerakbudaya.com/products-page/sird-titles/memoir-abdullah-cd-bahagian-ketiga-perjuangan-di-sempadan-dan-penamatan-terhormat/


Dicatat oleh M.A. di Selasa, Julai 21, 2009

1 ulasan:

Suara Siswa berkata...
Salam,
Alangkah bangganya jika belia2 malaysia tinggi dengan semangat patriotik dan tahu akan sejarah dan perjuangan wira2 bangsa satu ketika dahulu..

http://mysuarasiswa.blogspot.com/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Muzium Sejarah

Barisan Gerila Malaya

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah