Isnin, 24 Ogos 2009

Apa Kata Tun Mahathir

Khamis, 2009 Jun 04

Apa Kata Tun Mahathir


MEMPERLEKEH PERJUANGAN UMNO
ByDr. Mahathir Mohamad on June 4, 2009 12:25 PM
| http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/06/
memperlekeh-perjuangan-umno.html

1. Terdapat usaha berterusan untuk memperlekeh perjuangan UMNO dan orang Melayu untuk kemerdekaan.

2. Kononnya orang yang pertama memperjuangkan kemerdekaan ialah Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya. Chin Peng lah yang cuba membebaskan Malaya daripada penjajah British sebelum mana-mana orang Melayu mencuba melakukannya.

3. Perjuangan UMNO adalah kemudian dari itu.

4. Chin Peng bukanlah orang yang pertama yang memberontak melawan British. Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada orang Melayu Semenanjung kerana mereka cenderung ke kiri. Dengan itu perjuangan mereka tidak begitu berhasil. Namun terdapat beberapa pertubuhan yang secara tidak langsung mewarisi perjuangan mereka. Malay Nationalist Party atau Party Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM. Mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh Komunis.

5. Selepas KMM barulah datang Chin Peng dan PKM. Chin Peng berjuang untuk mendirikan sebuah Communist Dictatorship di mana dia akan menjadi diktator. Bagi orang yang bukan Komunis, terutama bagi orang Malayu kejayaan Chin Peng bukan akan membawa kemerdekaan tetapi mengganti penjajahan British dengan penjajahan Komunis pimpinan Chin Peng dengan majoriti daripada pemerintahan terdiri daripada kaum Cina. Melayu yang akan ada dalam pemerintahan Komunis ini hanyalah hiasan, seperti juga kita lihat keadaan di Singapura sekarang.

6. Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu lambat laun akan terhapus.

7. Sebab itu Melayu yang sedikit yang mirip ke kiri pun tidak ingin menyertai MCP. Keadaan dalam MCP sepanjang ia mencuba rebut kuasa, mulanya daripada British dan kemudian daripada Kerajaan Campuran Perikatan dan Barisan Nasional, memberi gambaran akan pemerintahan Chin Peng jika ia berjaya. Orang Cina Komunis akan menjadi pemerintah tetapi Komunis Melayu dengan orang Melayu dan India akan diberi peranan yang kecil dan tidak bermakna sama sekali.

8. Inilah sebabnya yang orang Melayu tidak menyertai pemberontakan MCP melawan British, dan tidak anggapnya sebagai perjuangan untuk kemerdekaan Malaya.

9. Dengan kesedaran dan kepercayaan ini maka orang Melayu telah tubuh badan yang tersendiri untuk betul-betul memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British. Badan yang ditubuh ialah UMNO.

10. Orang Melayu tidak percaya yang pemberontakan bersenjata akan berkesan. Ini adalah kerana negara yang akan di warisi jika menang sekalipun sudah tentu akan rosak teruk kerana peperangan.

11. Pendekatan orang Melayu dan UMNO mengambilkira kemampuan mereka. Mungkin perjuangan UMNO tidak gah seperti perjuangan kemerdekaan bersenjata di negara-negara lain, tetapi kemerdekaan yang dicapai oleh UMNO lebih bermakna kerana Malaysia dapat menegak pendirian sendiri dan mengecam kuasa besar di dunia apabila mereka membuat kesalahan.

12. Sesungguhnya UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan yang bermakna. Chin Peng berjuang untuk mendirikan pemerintahan diktator Komunis yang akan menjajah orang Melayu dan kaum-kaum lain juga.
Dicatat oleh M.A. di Khamis, Jun 04, 2009

85 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Takniah kepada blog Mat Amin yang bersikap cukup matang dan bersemangat demokratik kerana menyiarkan rencana Tun Dr. Mahathir yang kritikal terhadap PKM. Ini menujunkkan media komunis lebih toleran daripada alat-alat propaganda Umno seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya. Ini menyakinkan saya bahawa kaum komunis lebih berkeyakinan sendiri dan boleh dipercayai berbandingkan dengan media arus perdana. Sekali lagi, saya ucapkan SYABAS kepada blog Mat Amin.

2009 Jun 4 21:28

Mat Amin berkata...

Sila lihat http://bm.cpiasia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=52:menjunjung-semangat-perdamaian-perjanjian-haadyai&catid=4:featured-blogs&Itemid=3

2009 Jun 4 21:45

Tanpa Nama berkata...

UMNO yg memperlekeh perjuangan komunis.Kenapa perjanjian damai hanya dicapai pada tahun 1989?kan pada tahun 1955 rundingan baling ,PKM sudah ingin meletakkan senjata ,cuma ingin menyertai pilihanraya sebagai sebuah parti politik yang sah seperti di britain,australia dan india,kenapa UMNO tidak bagi?inilah yang dikatakna UMNo tu boneka british,kalau perjanjian damai boleh dicapai pada tahun 1955 ,ramai anggota askar dan pasukan polis kita tak akn hilang nyawa atau cacat anggota kerana agenda politik.

2009 Jun 4 21:49

HOT ZOOM berkata...

Politik itu kotor.Siapa yang berpolitik maka kotorlah ia.
Boleh berpolitik tapi 95% mengamalkan secara kotor,
hanya 5% saja bersih.Siapa yang 5% itu?

2009 Jun 4 22:15

Awang berkata...

kurang faham. PKM ditubuhkan tahun 1930, KMM ditubuhkan tahun 1933 kan? kalau betul tahun tu maknanya PKM lah pejuang kemerdekaan paling awal?

2009 Jun 4 22:31

Tanpa Nama berkata...

Sedih melihat perjuangan kemerdekaan nasional seolah-olah dipisahkan oleh soal kaum para pejuang--kami menyokong sebuah pendekatan yang tidak berpautan pada bangsa atau keturunan si pejuang dalam semangat egalitarianisme yang tidak terhingga. Ulasan: siapa peduli kalau Chin Peng tu berbangsa Cina? Beliau merupakan seseorang yang menyintai Negaranya dan ingin melihatkannya bebas dari belenggu penjajahan dan bebas dari cengkaman para kapitalis dan penindas para pekerja, buruh dan petani di Tanah Malaya itu.

2009 Jun 4 22:44

IV Gotti berkata...

Isu besar di sini hanya kerana Chin Peng berbangsa cina.
Dr M sendiri boleh memperlekehkan perjuangan PKM tapi perlu diingat, gelombang terbesar seluruh asia pada masa itu (1949) ialah Mao a.k.a the Great March dan gerakan komunis di Malaya banyak berinspirasikan kepada perjuangan di situ (China) yang menentang nasionalis kuomintang.

Namun, di malaya pada masa itu, cabaran PKM lebih berat kerana berdepan British tetapi ia sangat cukup mengancam kepentingan imperialis lalu terjadi pengharaman agensi-agensi pejuang seperti API, Insaf dll. Hanya Umno sahaja yang dihalalkan british.

Beberapa aspek sejarah yang digelapkan perlu dikedepankan supaya pemahaman sejajar dengan arus masa itu.
Tahniah Uncle Mat Amin kerana paparan yang hebat dan ia sumber terbaik bagi cetusan Revisionism... seperti ini.

Sila hayati sejenak entri blog *click untuk revisionism - 'patriotism dan penentangan anti-imperialis boleh dijelajah dari perspekttif lain; bukan buku teks atau media perdana sahaja.'

2009 Jun 5 00:28

Tanpa Nama berkata...

bagaimana agaknya jika PKM menang, chin peng menjadi diktator, malaysia menjadi seperti singapura..

2009 Jun 5 02:07

johan berkata...

Saya merujuk kepada rencana Dr. Mahathir (sepertimana yang tersiar dalam blognya dan kini juga disiarkan lag di blog Mat Amin) yang penuh dengan 'fakta-fakta' yang kurang tepat dan tafsiran-tafsiran yang songsang lagi haprak, :


1. Kini memang terhadap semakin ramai orang menghargai sumbangan PKM dan Chin Peng yang tidak ternilai terhadap kemerdekaan Malaysia pada 1984 (tahun semua askar-askar penjajah dan sekutnya mengundur ke pengalan mereka di Australia). Ini tanda yag baik kerana minda and hati rakyat sudah terbuka akibat daripada revolusi teknologi maklumat yang menghancurkan sistem propaganda Umno yang didalangi oleh puak-puak anti-komunis berbentuk neo-kolonialisme sedunia;

2. Akan tetapi, saya ingat tiada orang yang berfikiran waras pernah berpendapat bahawa Chin Peng sahaja yang memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada perjuangan kemerdekaan Malaysia; itu hujah Dr. Mahathir dan puak-puak perkauman sendiri yang cuba memecah-pelahkan rakyat Malaysia dan meracuni minda mereka dengan hujah-hujah yang songsang & haprak;

3. Fakta sejarah yang tidak boleh dinafikan lagi ialah PKM sendiri adalah satu parti moden yang berbilang kaum, termasuk Melayu dan India Perjuangan aman dan bersenjata PKM melibatkan semua kaum. Inilah salah satunya perbezaan ideologi di antara Umno dan PKM;

4. Perjuangan anti-penjajah PKM bermula dari 30/4/1930 sebelum Chin Peng mennyertainya pada tahun 1939; sebelum Chin Peng menyertai PKM, sudah terdap ramai ahli-ahli PKM bawah tanah terkorban di penjara kuasa penjajah, seperti Penjarah Pudu di Kuala Lumpur ataupun Penjarah Changi di Singapura;

5. Satu fakta sejarah yang kini jelas ialah PKM-lah yang merupakan parti anti-penjajah zaman moden yang pertama kerana ianya ditubuhkan pada 30/4/1930 dan perjuangan anti-penjajah di zaman 1930-1941 berbentuk bawah tanah; KMM hanya ditubuhkan pada 1937 dan PKMM pada 1945;

6. Walau apa pun peranan yang dimainkan oleh Umno asal yang ditubuhkan pada 1946, Dr. Mahathir tidak ada hak menjadi jurucakapnya kini kerana (a) Umno asal tela pun mati pada 1988 dan (b) pengasas-pengasas utama Umno asal seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn tidak menjadi Umno (Baru) yang ditubuhkan oleh Dr. Mahathir. Dengan kata lain, keseinbungan Umno sudah terpecah. Dengan kata lain, Umno kini bukanlah Umno asal (1946-1988);

7. Baik Umno asal (1946-1988) ataupun Umno kini (1988-?) pun tidak mewakili semua rakyat yang berketurunan Melayu; Bangsa Melayu berhak tidak diwakili oleh Umno, baik yang asal ataupun yang kini;

8. Adalah salah dari segi fakta sejarah untuk menyatakan bahawa tiada orang Melayu menyertai perjuangan bersenjata PKM: siapakah Mat Amin jika beliau bukan Melayu ? siapakah Abdullah CD, Rashid Maidin, Abu Samah, Siti Norkiah, Kamarulzaman Teh, Shamsiah Fakeh, Mat Indera, Abdullah Sudin, Ibrahim Chik dll jika mereka bukan anak bangsa Melayu ? (Bahagian Pertama/Akan Diteruskan)

2009 Jun 5 02:23

johan berkata...

(Bahagian Kedia - Sambungan) Saya merujuk kepada rencana Dr. Mahathir (sepertimana yang tersiar dalam blognya dan kini juga disiarkan lag di blog Mat Amin) yang penuh dengan 'fakta-fakta' yang kurang tepat dan tafsiran-tafsiran yang songsang lagi haprak:

8. Adalah salah dari segi fakta sejarah untuk menyatakan bahawa tiada orang Melayu menyertai perjuangan bersenjata PKM: siapakah Mat Amin jika beliau bukan Melayu ? siapakah Abdullah CD, Rashid Maidin, Abu Samah, Siti Norkiah, Kamarulzaman Teh, Shamsiah Fakeh, Mat Indera, Abdullah Sudin, Ibrahim Chik dll jika mereka bukan anak bangsa Melayu ?

9. Zaman sudah berubah dan rakyat sudah jadi lebih gelita: janganlah lagi Dr. Mahathir menganggap diri sendiri "lebih Melayu" daripada Abdullah CD, Rashid Maidin, Abu Samah, Siti Norkiah, Kamarulzaman Teh, Shamsiah Fakeh, Mat Indera, Abdullah Sudin, Ibrahim Chik dsb;

10. Umno asal (1946-1988) tidak melawan penjajah bukan sebab ia cintai keamanan tetapi ia sebenarnya adalah ALAT penjaja untuk "menjinakan" Melayu dan mematamkan semangat anti-penjajah rakyat Melayu; engan lain kata Umno asal adalah "Lai Tek" dalam bentuk sebuah parti politik;

11. Umno asal membenarkan beribu-ribu askar-askar penjajah bermaharajalela di tanahair dari 1958-1984 dan IGP pertama bukan warga Malaya tetapi warga England Claude Fenner;

12. Umno kini (1988-?) juga mewarisi sesetengah sikap dan pendirian Umno asal (1946-1988) yang bertujuan "mengAnglo-Saxonkan" bangsa Melayu dengan pelaksanan polisi mengajar sains & matematik dalam bahasa inggeris di perinngkat sekolah rendah;

13. Umno kini (1988-?) masih menghantar askar-askar Melayu berkhidmat sebagai pemain musik dan penjaga pintu untuk Ratu England di London; ini dengan jelasnya menunjukkan minda dan hati Umno kini (1988-?) terus dijajah oleh penjajah lama yang askar-askarnya telah terpaksa mengundurkan diri dari tanahair kita akibat daripada perjuangan bersenjata PKM yang benar-benar patriotik (rujukan: http://www.timesonline.co.uk/tol/life_and_style/court_and_social/article3856995.ece)

2009 Jun 5 02:24

Tanpa Nama berkata...

datuk nenek kena bunuh dengan orang putih pun masih nak main muzik dan kawal istana Queen...
patriotik apa ni...

rakyat jati medini

2009 Jun 5 02:56

Tanpa Nama berkata...

masalah pokok manusia jenis Mahathir bukan sukar nak difahami: dia tahu sendiri bukan melayu sejati. maka, dia sengaja mencanang-canang "nasionalisme melayu" & mengapi-apikan hubungan melayu-cina untuk memperbodohkan orang-orang melayu yang sebenar supaya dapat cari makan dalam politik. dulu melayu bodoh. sekarang, zaman dah ubah & minda melayu dah buka. gulung tikarlah, mamak.

2009 Jun 5 06:39

Tanpa Nama berkata...

Sehingga ini, tiada orang tahu apa Mahathir buat di zaman penaklukan jepn kecuali ceritanya sendiri bahawa dia jual pisang goreng. Siapa tahu dia bukan talibalut kempetai ?

2009 Jun 5 07:57

Tanpa Nama berkata...

si kutty ni boleh bertukar-tukar topeng dari satu zaman ke zaman yang lain. cari makan-lah ! opportunis-lah !

2009 Jun 5 08:58

Tanpa Nama berkata...

Mahatir "lebih Melayu" daripada Abdullah CD, Rashid Maidin, Siti Norkiah, Ibrahim Chik, Mat Amin, Abu Samah, Kamarulzaman Teh, Shamsiah Fakeh, Mat Indera, Abdullah Sudin,dll ? Hahahahahahahaha ... Si Kutty memang pandai bersandiwara tak malu pun.

2009 Jun 5 09:25

Tanpa Nama berkata...

sebab dia sendiri rasa tak cukup melayu baru dia bertopengkan "nasionalis melayu". "nasionalisme melayu" cap si kutty ni buatan jepun 1930s.

2009 Jun 5 09:33

Tanpa Nama berkata...

umno cakap saja patriotik. tengok macam mana ia menghantar askar-askar melayu ke london sebagai pemain musik & penjaga pintu ratu england ! umno ni macam pemborong hamba-abdi negro di zaman empayar rom.

2009 Jun 5 09:43

Tanpa Nama berkata...

"Sesungguhnya UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan yang bermakna."

2. Untuk menegakkan benang basah itu, Dr Mahathir telah menggunakan dua pendekatan terkenalnya: Pertama, memutarbelit fakta sejarah; kedua, menjulingkan cara melihat isu ke arah perkauman.

3. Beliau dengan sengaja telah cuba hendak membodoh2kan pembaca dengan berbuat bohong kononnya "sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia Dua".

4. Sejarah tetap sejarah. Suka ataupun tidak, PKM didirikan pada 30 April, 1930 manakala KMM pada Mei 1937. Menipu fakta sejarah bererti tidak jujur; tentu ada sesuatu muslihat tak baik.

5. Mengapa mesti gerakan melawan penjajah diputarbelitkan menjadi isu perkauman yang melibatkan Melayu atau Cina? Mengapa kita tidak melihatnya sebagai gerakan patriotik rakyat semua kaum/agama untuk membela tanah tumpah darah mereka dari pencerobohan asing? Tidak cukupkah kita dipecahbelahkan oleh penjajah?

6. Sebagaimana PKM/TPNM tidak boleh mendakwa 100% kredit atas kemerdekaan Malaya, pihak2 lain juga harus begitu -- termasuklah Umno. Malangnya, Dr Mahathir tidak bersikap demikian!

2009 Jun 5 09:54

Tanpa Nama berkata...

Sejarah kemerdekaan negara memang banyak ditutup dari diceritakan kebenarannya. Kita di sini rasanya elok berbincang secara rasional dan ilmiah dalam mencari kebenaran. Kata - kata yang menyakitkan hati, tidak membawa ke mana - mana.
Sejarah dimonopoli oleh pihak yang menang. Itulah realitinya. Tetapi di zaman yang lain, perkara yang sensitif di suatu masa mungkin tidak menjadi sensitif di masa lain.
Secara umumnya, negara kita juga tidak terkecuali dari pengaruh luaran. Begitu juga di zaman 1930an, pengaruh komunis dan semangat anti-penjajah (Kolonialisme) dari asia Barat kurang diberi perhatian. Sedangkan itu adalah pengaruh yang sangat besar dalam pembentukkan Negara. Kita banyak dicanangkan oleh fakta Malayan Union sahaja sebagai tarikh keramat. Dan saya tidak pernah menafikan peranan UMNO di dalam kemerdekaan. Cuma jika mendakwa hanya UMNO sahaja, itu yang salah.
Di sini kita berbincang agar, pejuang diberi tempatnya. Negara ini hak milik bersama, jadi setiap penyumbang kemerdekaan mesti diberi tempatnya.
Kalau tak silap saya, yang berbicara tentang kemerdekaan di peringkat awal sekali ialah Ibrahim Yaakob dan Dr. Burhanuddin al-Helmy.

2009 Jun 5 10:09

Tanpa Nama berkata...

ramai sungguh komunis dalam ni.....

2009 Jun 5 10:50

Tanpa Nama berkata...

Jangan Biarkan sejarah Si Kitul berulang lagi! Dulu, dok mamak ni la yang membangangkan sultan2 melayu...skang dibodohkan semua kaum melayu.

2009 Jun 5 11:11

Tanpa Nama berkata...

“Sesungguhnya UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan yang bermakna.”

2. Dr Mahathir telah mengambil dua pendekatan terkenalnya. Pertama, memutarbelitkan fakta sejarah; kedua, memesongkan fakta sejarah ke arah perkauman.

3. Apakah muslihatnya berbohong dengan mengatakan bahawa “sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II” ?

4. Sejarah tetap sejarah. PKM didirikan pada 30 April 1930, manakalah KMM pada Mei 1937. Ini fakta yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun. Ini bukan masalah suka ataupun tidak. Ini soal mau jujur ataupun tidak dengan fakta sejarah!

5. Sebagai mantan PM, mengapa dalam keadaan sekarang dia lebih cenderung melihat hal ehwal sejarah dari kacamata perkauman?

6. Mengapakah soal sejarah melawan Inggeris itu digelecek sebegitu rupa hingga boleh menimbulkan perasaan perkauman di kalangan sesama sendiri? Tidakkah lebih baik kita meneropongnya secara lebih objektif setelah lama dipecahbelahkan?

7. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sejarah kemerdekaan Malaya adalah milik bersama rakyat patriotik negeri ini melawan penjajah.

8. Tidak ada satu pihak yang berhak mendakwa 100% atas perjuangan kemerdekaan negeri ini. Sebagaimana PKM/TPNM tidak boleh, begitu jugalah pihak2 yang lain.

9. Tetapi, Dr Mahathir tidak mengambil sikap begitu!

2009 Jun 5 11:41

Tanpa Nama berkata...

korek...korek...korek....
Melayu mudah lupa... korek... korek...korek

sepe rampas tanah simpanan Melayu...korek...korek
sepe meminda perlembagaan yang merampas kuasa raja2... korek...korek...korek

2009 Jun 5 11:49

Tanpa Nama berkata...

Ni bukan komunis la jakun... ni perbincangan sejarah.. IV Gotti ckp tu, revisionist!
Mempersoalkan balik apsal segelintir pejuang tak diberikan tempat dalam sejarah merdeka.

2009 Jun 5 11:50

Tanpa Nama berkata...

Tun kata Singapura dipelopori oleh kaum Cina ... Tun tak tahukah sebab apa???? bodoh Tun nih ... Tuh sebabnya Tunku Abdul Rahman jual Singapura kepada Lee Kuan Yeaw. Tunku kena tipu maknanya Perikatan/BN ditipu oleh Lee Kuan Yeaw..

2009 Jun 5 12:00

Tanpa Nama berkata...

Sikap angkuh Dr. Mahathir mengingatkan saya kepada Tunku Abdul Rahman ketika berunding dengan Chin Peng di Baling pada tahun 1955.

Tunku kata: "Salah satu di antara kita mesti mengaku kalah, saya tidak akan mengaku kalah".

Apa punya sikap?

Chin Peng: "Kalau kami dipaksa menyerah diri, kami akan terus berperang hingga ke pejuang kami yang terakhir."

Bila buku bertemu dengan ruas, baru padan muka!

Mahathir pun begitu.

2009 Jun 5 12:38

Tanpa Nama berkata...

Tun bukan tak tau, dia sengaja buat2 tak tau. Tujuan dia nak putar jadikan masalah ni perkauman. Dia ingat semua orang bodoh....

2009 Jun 5 12:43

Tanpa Nama berkata...

Mahadir nak tipu melayu!

2009 Jun 5 12:54

Tanpa Nama berkata...

Kalau ditakdirkan PKM menjadi sebuah parti politik yang sah di negara ini. Insyaallah bersusun-susun pemuda-pemudi akan menyertai perjuangan Parti Komunis Malaya.

Kita akan mempelopori politik baru dan memberi sebaik2 perkhidmatan kepada rakyat.

2009 Jun 5 15:35

Tanpa Nama berkata...

Tugu "Negara" yang berbentuk kini adalah tanda bahawa hati & minda elit memerintah Malaysia masih di kuat jajah oleh penjajah yang lama dikalahkan rakyat. Tugu "Negara" ini saya anggap satu "monument of folly" memperingati betapa bodoh orang malaya/malaysia pada satu masa ketiga.

2009 Jun 5 16:24

Tanpa Nama berkata...

Mahathir asyik menjadikan semua isu-isu penting perkauman sebab dia tahu dia bukan Melayu sejati/tulin/organik. dia mahu "Malay cover" cari makan dalam politik sebagai seorang "wira Melayu". Itu sebab Mahathir juga suka menakutkan Melayu dengan macam-macam momok. Di zaman yang baru ini, Melayu sejati/tulin/organik mesti berwaspada terhadap "con man" macam si kutty yang mencanang-canangkan "nasionalisme melayu" buatan jepun pada 1930s ataupun buatan england di zaman penjajahan bentuk baru (1957-1984).

2009 Jun 5 16:42

Tanpa Nama berkata...

Bangsa Melayu telah lama diperbodohkan oleh "Nasionalisme Melayu" buatan Jepun 1930 dan dipasarkan oleh puak-puak Si Kutty. Masa sudah sampai Melayu Organik menolak "Nasionalisme Melayu" yang menjadikan Bangsa Melayu ketinggalan zaman.

2009 Jun 5 16:45

Tanpa Nama berkata...

Umno tidak berjuang untuk kemerdekaan. Umno minta sedekah dari penjajah sahaja sewaktu orang-orang lain macam Chin Peng lawan.

2009 Jun 5 16:50

Tanpa Nama berkata...

Melayu mudah lupa!pernah kata Mahathir tu.Saya rasa Mahathirlah satu2 tokoh negara yg mudah lupa atau segaja lupa!
kalau benar katanya Chin peng nak jadi dictektor.malangnya chin peng tak jaya hingga dihalau dari negara asalnya hingga kini.bahkan Umnoo & Mahathir sendirilah yg bermotif &berjaya melaksanakan Dictaktorship di Malaysia ini!
Negara & bangsa di pecahbela ikut rancangan Britain....

2009 Jun 5 16:56

Tanpa Nama berkata...

salam,saya tak nak sentuh pasal politit,nanti panjang pulak cerita dia...yang saya nak sentuh,bukan ke komunis ni di asaskan oleh karl marx iaitu seorang yahudi dan berpangkat 33rd degree dalam freemason,anda tahu apa itu freemason?illuminati?yahudi kabballah?semuanya berkaitan untuk menghancurkan agama,sebagai contoh kristian yang telah diputarbelitkan...dalam islam pun dah banyak kalau nak diikutkan..apa yang saya boleh jelaskan kat sini komunis itu adalah perancangan besar freemason dan illuminati untuk menghancurkan agama seperti islam,buddha,kristian dan sebagainya...apa hukum seorang islam berpegang kepada komunis?jawapannya satu.....KAFIRRRR...

2009 Jun 5 17:26

Tanpa Nama berkata...

yahudi, freemason .... ni semua theori-theori konspirasi yahudi sendiri untuk "screw up" minda orang-orang Islam....macam cerita-cerita hantu "perempuan menghamil yang tiada kepala terjumpa di ulu kinta ... "

2009 Jun 5 17:46

roth berkata...

Ni mana punya dakyah lak ni freemason laa..bodoh! Ni skop tanah melayu laa..kalau mcm tu, Chi Peng pun kafiRRR? Mao diputarbelit freemason? En Mat Amin, u pulak degree pangkat brapaa?

Siapa lak ejen freemason kat malaysia skang? org umno ke?

2009 Jun 5 18:03

Tanpa Nama berkata...

knapa smua bercerita tentang bangsa dan kaum kamu smua??mna letak agama kamu?!!yg melayu,namanya ISLAM,knapa kamu bpegang pada fahaman KOMUNIS??mana pegang kamu pada al-Quran da as-Sunnah??adakah kamu mati nti malaikat akan bertanya apa bangsa kamu?apa ideologi kamu??knapa fahaman yg dibawa oleh karl marx disanjung tinggi??dimana kamu letak Rasulullah S.A.W. dimana bagindalah yg akan menolong kamu diakhirat kelak??siapakah musuh kamu yg sebenarnya wahai saudara ku?bagi kami yg beragama Islam,musuh kami ialah mereka yg menentang syariat dan syi'ar Islam..karl marx itu yahudi...dari zaman para rasul lagi,kaum yahudi sentiasa mnindas mereka2 yg beragama Islam dari sgala bntuk...sudahkah kamu lupa apa yg terjadi pada Nabi Isa A.S. dan bondanya??umat2 Rasulullah pula selepas itu hingga sekarang,ditindas oleh siapa?

firma Allah dalam ayat al-Mumtahanah,ayat 1:

"Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi wali (pembantu), kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang, padahal mereka telah kafir (menyangkal) kebenaran yang datang kepadamu."


siapakah "musuh" dalam ayat di atas??mereka yg sesaudara dgn kamu??mereka yg sekaum dgn kamu??TIDAK!musuh adalah mereka yg menidakkan Islam dan mngetepikan Islam hnya krn ideologi yg membara2 dibawa oleh si yahudi manakala sunnah Rasulullah yg mngamalkan tolak ansur dan lemah lembut diketepikan...Allah menurunkan para rasul untuk membawa umatnya ke jalan yg benar...!bukannya KARL MARX,tapi RASULULLAH SAW wahai saudaraku!sedarlah sebelum terlambat...

2009 Jun 5 18:12

Tanpa Nama berkata...

Propaganda Biri TData Negara sudah masuk blog Mat Amin: Yahudi, Freemason, Illuminati ... semua ni theori-theori kospiasi penyakit-penyakit jiwa di negara-negara barat & arab. songsang. haprak.

2009 Jun 5 18:12

Tanpa Nama berkata...

wahai saudara2 yg beragama Islam,terutama bngsa Melayu...

Allah pernah berfirman didalam ayat al-Mumtahanah,ayat 1.maksud ayat:

"Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi wali (pembantu), kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang, padahal mereka telah kafir (menyangkal) kebenaran yang datang kepadamu."

siapakah musuh2 bagi Allah,Rasulullah dan umat2 Islam seluruh dunia?
adakah org yg sesaudara dgn kamu??
atau mereka yg sebangsa dgn kamu??
Jawapan bg kami yg beragama Islam ialah YAHUDI..
karl marx berbngsa apa??beragama apa??saudara skalian tahu kn dia adalah YAHUDI!siapa YAHUDI di mata kalian??
siapakah YAHUDI yg sebenarnya??
ideologi yg kalian pupuk adalah ideologi si YAHUDI yg menidakkan tuhan!
RASULULLAH pula mana kamu letakan sbagai fahaman,ideologi,ikutan?!!
al-Quran mana kamu letakkan sbagai bacaan,petunjuk?!!
mana smua itu wahai saudara2 ku?

adakah ketika kamu mati,disoalnya malaikat apa ideologi kamu??

pulanglah kepangkal jalan Allah saudara2 ku sebelum terlambat...

wasalam...

2009 Jun 5 18:26

Tanpa Nama berkata...

wahai saudara2 yg beragama Islam,terutama bngsa Melayu...

Allah pernah berfirman didalam ayat al-Mumtahanah,ayat 1.maksud ayat:

"Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi wali (pembantu), kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang, padahal mereka telah kafir (menyangkal) kebenaran yang datang kepadamu."

siapakah musuh2 bagi Allah,Rasulullah dan umat2 Islam seluruh dunia?
adakah org yg sesaudara dgn kamu??
atau mereka yg sebangsa dgn kamu??
Jawapan bg kami yg beragama Islam ialah YAHUDI..
karl marx berbngsa apa??beragama apa??saudara skalian tahu kn dia adalah YAHUDI!siapa YAHUDI di mata kalian??
siapakah YAHUDI yg sebenarnya??
ideologi yg kalian pupuk adalah ideologi si YAHUDI yg menidakkan tuhan!
RASULULLAH pula mana kamu letakan sbagai fahaman,ideologi,ikutan?!!
al-Quran mana kamu letakkan sbagai bacaan,petunjuk?!!
mana smua itu wahai saudara2 ku?

adakah ketika kamu mati,disoalnya malaikat apa ideologi kamu??

pulanglah kepangkal jalan Allah saudara2 ku sebelum terlambat...

wasalam...

2009 Jun 5 18:32

Tanpa Nama berkata...

Wahai saudara sin nak tanya yahudi tu ciptaan siapa?
apa itu bermusuhan sesama manusia suruhan Allah atau nabi?
bagi saya agama yg mengamal benci sesama manusia adalah sesat!

2009 Jun 5 19:23

Tanpa Nama berkata...

Cerita-cerita hantu Orang Putih tentang "Yahudi", "Freemason" & "Illuminati" sekarang dipasarkan oleh Umno juga. Tiada idea lagi yang bernas, waras dan lebih intellectual? Umno bankrup idea-idea.

2009 Jun 5 19:56

Tanpa Nama berkata...

Kaki Umno/BTN ni bukan sahaja pandai tukar-tukar topeng. Mereka juga tak malu "recycle" cerita-cerita hantu orang putih dan "mempakejkan" cerita-cerita hantu orang putih ini dengan cap "islam" atau "melayu".

2009 Jun 5 20:25

Tanpa Nama berkata...

Umno/BTN sudah bankrap idea. Cerita-cerita hantu orang putih dari barat pun dipasarkan di kalangan Melayu/Islam di Malaysia yang kurang pendidikan sebagai "theori-theori" dengan cap "Islam" atau "Melayu". Minda masyarakat Islam & Melayu di Malaysia sudah dijadikan tong sampah oleh Umno.

2009 Jun 5 20:39

Tanpa Nama berkata...

UMNO ini Bahasa Inggeris United Malays National Organisation. Jika Umno benar-benar nasionalis, kenapa tak tukar nama daftar dan rasminya kepada PKMB (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) ? Mengapa minda Umno masih dijajah Inggeris jika ia bukan boneka atau talibalut Inggeris ?

2009 Jun 5 21:00

Tanpa Nama berkata...

"Nasionalisme Melayu" Mahathir & Umno yang dicapkan "Melayu" dan "Islam" pun buatan Jepun pada 1930 & diubahsuai sedikit oleh penjajah British dalam Zaman Perang Dingin untuk menjinakkan Bangsa Melayu yang beragama Islam.

2009 Jun 5 21:13

Tanpa Nama berkata...

Umno menang Pak Tiru. Tengok Negaraku yang berasal lagu cinta Perancis. Tengok Bendera yang mirip Amerika. Nama Umno pun Bahasa Inggeris. "Nasionalis Melayu" ala-Umno ini "Nasionalisme Rojak Mamak"

2009 Jun 5 21:57

Tanpa Nama berkata...

Nasionalisme yang penjajah takut ialah nasinalisme rakyat Indonesia si bawah Bung Karno. "Nasionalisme Melayu" Mahathir/Umno yang tidak bermaruah adalah "nasionalisme" yang berkhidmat sebagai "counterweight" kuasa-kuasa Barat terhadap nasionalisme bermaruah rakyat Indonesia.

2009 Jun 5 22:04

Tanpa Nama berkata...

Umno selalu memastikan orang Melayu takut ini & itu kerana jika ia ingin jadi "Perlindung" Melayu yang serba takut untuk selama-lamanya. Itulah tujuan pokok propaganda Umno yang anti-komnuisme, anti-Chin Peng dan anti-ini serta anti-itu. akibat daripada termakan banyak propaganda negatif Umno, ramai orang Melayu pun jadi paranioac & kurang keyakinan diri.

2009 Jun 5 22:18

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 5 jun 18:32

kenapa yang bercakap mengenai agama begitu bacul sekali untuk meletakkan nama?Selambe-selambe je meletakkan ayat quran mengikut pemahaman sendiri tanpa melatakkan syarahnya sekali.tafsir mana kau kutip?kitab mana kau ambil?

aku bukan pemuja komunis tapi aku rasa kau dah salah premis.sini orang berbincang bukan mengenai ideologi komunis tapi sumbangan orang-orang yang mahu merdekakan malaya yang digelapkan sejarahnya.

sepertimana sejarah menggelapkan kerajaan melayu siam islam dan yang menghancurkannya pun raja-raja melayu.

nak kata bahalol tapi reti pulak amik ayat quran macmtu jek.

Bodoh!

pemerhatirockbebas@gmail.com

2009 Jun 6 00:07



Tanpa Nama berkata...
bila kuah lebih dari sudu inilah jadinya...
prebet dan korperal nak lebih berkuasa dari Jeneral dan Ketua polis.

perjanjian haadyai dah ditandatangani...malah ada pihak yang cuba mengingkarinya....tak masuk akal langsung perangai sesetengah manusia kat malaysia ni...


rakyat jati medini
2009 Jun 6 01:38
Tanpa Nama berkata...
Ahli sains yang teragung abab ke-2 Albert Einstein juga Yahudi. Adakalah orang-orang Islam yang belajar and setujuh dengan theori-theori Einstein juga pro-Yahudi ? Bodoh. Gila. Tidak siuman. Haprak.
2009 Jun 6 02:33
Tanpa Nama berkata...
Di antara 1980-1988, dua negara Islam iaitu Iran & Iraq berperang. Siapakah alat Yahudi ?
2009 Jun 6 02:41
Tanpa Nama berkata...
debat tak berguna bila agama dicampur-adukkan.
Zaman dulu, muslim hanya mengambil komunis sebagai garapan (sama mcm dr M ambik acuan globalisasi diaplikasi konon dengan budaya melayu??) dan mereka berjaya mengasingkan antara pegangan agama & landas perjuangan.
Tapi, orang2 seperti di atas inilah (tanpa rasa hormat, memetik ayat2 suci sesuka hati) yang mengenepikan Dr Burhanudin, Ahmad Bosetamam dll dan melabel mereka sebagai sesat & kufur. Semua atas sentimen kuasa dan kepentingan sendiri.
2009 Jun 6 03:25
Tanpa Nama berkata...
"Nasionalisme Melayu" & "Islam" cap Umno & raja-raja Melayu feudal tidak lain tidak bukan alat kawalan minda untuk mejinakkan and memperbodohkan Melayu supaya mereka terus jadi manusia yang tidak berfikiran kritikal atau bersemangat bebas.
2009 Jun 6 04:57
Tanpa Nama berkata...
wow ! propaganda anti-yahudi dulu diguna hentam george bush & amerika syarikat oleh si kutty. sekarang digunakan hentam pkm & chin peng pula. hulubalang-hulubalang si kutty dah semua gila ! Teh tarik satu !
2009 Jun 6 05:13
Tanpa Nama berkata...
gambar sudah jelas sekali sekarang: umno & geng-geng mahathir ni talibalut/boneka kuasa-kuasa barat yang cuma pakai topeng "melayu" & "islam' saja.
2009 Jun 6 05:17
Tanpa Nama berkata...
Saya stuju dengan pemrhatirokbebas. Ada orag mmang cam tu, tak kira masa tak pilih tempat. Asal dapat ber kotbah atau dakwah sudah........ Agama konon! tapi tak pandai hormat orang lain tapi
nak orang lain hormat kita!! Sudahlah boleh piiiiiiii. Pak Amin tolong jangan layan orag2 macam ni.
2009 Jun 6 06:50
Tanpa Nama berkata...
Saya bukan anti melayu,anti UMno atau anti komunis.saya hanya nasionalist jati idamkan Malaysia utk semua.

Sampai bila Melayu jati rela dijajah & dipebodohkan oleh setengah2 pemimpin politik dan Umno mamak yg konon pelindung & perjuang Melayu & agama....

Lihatlah sejarah kelaurga PM mana satu dari Melayu jati?

Bila BN benar2 mengamalkan sistem pentadbiran adil & saksama utk semua agama,kaum & bangsa?
2009 Jun 6 07:20
johan berkata...
"yahudi", "freemanson" ... ini semua memang momok-momok mahathir yang dipinjam dari orang putih gila (dan kawan-kawannya yang bukan-bukan seperti LaRouche di Amerika) di london atau washington.
2009 Jun 6 08:32
Tanpa Nama berkata...
Pak Mat Amin/Moderator,

Bolehkah dibuat satu artikel baru berkenaan perjanjian diantara PKM dan british semasa kerjasama menentang jepun?

Saya ada permintaan, membaca artikel Pak Mat Amin/Moderator saya rasa Pak Mat Amin/Moderator adlh barisan kepimpinan PKM/PTNM maka bolehkah dibuat satu siri artikel mengikut urutan iaitu dr sblm penubuhan PKM, penubuhannya sehingga ke penghujungnya satu persatu supaya nampak lebih jelas dan kemas akan perjuangan PKM? Cadangan saya adlh spt berikut, sekiranya Pak Mat Amin/Moderator boleh mempertimbangkannya:

1.Keadaan semasa penjajahan british sblm kedatangan jepun .
2.Keadaan seblm penubuhan PKM.
3.Keadaan selepas kedatangan jepun.
4.Tragedi/matlamat yg membuatkan PKM ditubuhkan
5.Pergerakan PKM(sblm pergerakan bersenjata)-yg ini boleh dibuat banyak siri.
6.Perjanjian PKM-british.
7.Perjuangan PKM menentang jepun.
8.Perjuangan PKM menentang british.
9.Perjuangan PKM sblm mencapai kemerdekaan Malaysia.
10.Perjuangan PKM selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.
11.Perjanjian Perdamaian-mungkin boleh ditambah lg walaupun telah dibuat.

*setiap bhg boleh dibuat banyak siri.
**membuat artikel mengikut urutan peristiwa dpt membantu Pak Mat Amin/Moderator menceritakan perjuangan PKM dlm sejarah tanah melayu.

Kemudian, bolehkah Pak Mat Amin/Moderator memboat artikel tentang perjalanan hidup peribadai Pak Mat Amin/Moderator pula dr sblm sehingga selepas menyertai PKM/PTNM?

Makanya, utk jangka masa panjang blog Pak Mat Amin akan sentiasa mempunyai artikel2.

Cadangan saya artikel2 dibhgkan kpd 2 bhg:
1.Perjalanan hidup peribadai Pak Mat Amin/Moderator.
2.Perjalanan perjuang PKM.

*Pak Mat Amin/moderator bolehlah mula samaada dr bhgt no1 atau no2 dahulu. Susunan mengikut urutan adlh lebih jelas dan kemas berbanding susunan yg tidak mengikut urutan peristiwa.

Harap dpt dipertimbangankan cadangan ini.

Terima kasih.

Secebis pendapat,
jagungmentah
2009 Jun 6 11:57
Tanpa Nama berkata...
cabaran kepada umno: tukarlah nama daftar rasmi kepada PKMB (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) supaya lebih nasionalis.
2009 Jun 6 16:25
Djnascimanto berkata...
Iktitafkan pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenar!!! Hanya masa akan menentukan. Sejarah yang dicacatkan oleh jentera propaganda british dan UMNO mula ditulis semula. Terima kasih kepada zaman internet.

Che Det.... Awat yang dok mengarut tak pasai-pasai? Dula bolehlah hangpa nak perbodohkan rakyat. Hangpa punya sentimen perkauman pi simpanlah...
Tengoklah sendiri tahap minda melalui ulasan-ulasan yang berasas. Yang bodoh sombong pula dok mengutuk pejuang2 sebenarnya. Sampai bila????
2009 Jun 6 16:38
Tanpa Nama berkata...
Nama pena Mahathir "Che Det" pun tiruan. Yang benar-benar Che Det itu Abdullah CD, Pengerusi PKM yang menandatangani Perjanjian Damai bersama-sama Setiausaha Agong Chin Peng dan Ahli Jawatankuasa Rashid Maidin.
2009 Jun 6 17:39
Tanpa Nama berkata...
Anak separuh India pun boleh mencanang-canangkan "nasionalisme melayu" dan dipercayai oleh orang-orang bodoh begitu lama. Ini "con job" yang lebih besar daripada Lai Tek punya. Lai Tek cuma tipu satu parti selama 10 tahun manakala Mahathir tipu satu bangsa selama lebih daripada 50 tahun. Kejayan Mahathir itu juga kegagalan Melayu Umno.
2009 Jun 6 17:48
Tanpa Nama berkata...
Theori Si Kutty itu talibalut upahan Kempetai di 1940s tidak boleh ditolakkan begitu sahaja. Jika tidak, mengapa Si Kutty menlaksanankan Polisi Pandan Timur pada 1980s-1990s ? Balas budi Kempeitai.
2009 Jun 6 18:34
Tanpa Nama berkata...
Si Kutty itu kawan karib nasionalisme kanan Jepun Shintaro Ishihara. Si Kutty pernah menerbitan satu buku bersamaan Shintaro Ishihara. Si Kutty hentam kuasa-kuasa Barat dari sudut nasionalisme kanan Jepun.
2009 Jun 6 18:49
new kids on the blog berkata...
Aku dah makin meloya pulak baca komen-komen kat sini. makin lama dah makin keliru.

Semuanya komentar berbuntutkan kepentingan politik semasa.

'parti pembangkang yang kata umno racist' ni dah mula panggil mahathir sebagai si kutty dan mengaitkan asul usul keturunan beliau ???
apa pulak kaitannya sejarah malaysia dengan tuduhan2 yang tak jelas macam freemanson dan yahudi tu?

penyokong UMNO pulak tak lebih dari penghafal buku teks aliran sekolah rendah dan masih tak reti bezakan ideologi politik dengan agama. propaganda lapuk yg digunapakai sejak zaman feudal lagi.

Senang cerita dah makin bercampur2 pulak teori orang2 yang tak ada di tempat kejadian, tapi mereka sentiasa terlebih tahu hal sebenar dengan hanya klik laman web wikipedia.
tak intelek langsung.

AKU MEMANG DI PIHAK BERKECUALI DAN HANYA SUKAKAN KEBENARAN DAN PENGETAHUAN.

Kepada Pakcik MatAmin, Memang saya suka baca tulisan2 sejarah ni, sebab pakcik ada di tempat kejadian. Dan saya tak pernah berpandangan negatif pada perjuangan pihak haluan kiri.

Dan saya juga terbuka, mengatakan tulisan blog mahathir tu masuk akal juga.

Kalau tak silap, 2 Disember 1989, Perjanjian Damai PKM dgn kerajaan Malaysia tu berlaku di zaman pemerintahan Mahathir.Dia agak terbuka tak macam zaman pemerintahan Tunku Abdul rahman.

MACAM AKU KATA TADI, AKU TAK SOKONG MANA2 PIHAK, TAPI SAYA SUKA AMBIL TAHU PASAL SEJARAH.
2009 Jun 6 21:57
Tanpa Nama berkata...
new kids on the blog: sejarah ataupun sesetengah unsur-unsur sejarah kadang-kala berulang atau berterusan di situasi semasa. sebab itulah, kadangkala kita tidak boleh pisahkan sejarah dengan situasi semasa. kita baca dan belajar sejarah bukan untuk syiok-syiok sahaja tetapi untuk memahami situati kini dan membuat ramalan tentang masa depan.
2009 Jun 7 00:30
Backlane Boys berkata...
Nah ambik kau: new kids on the blog
Berdiri atas pagar sama mcm pak turut..
Pro-kutty yang bersikap opportunis.
Tolong tunjuk sikit intelek (walaupun bodoh)
2009 Jun 7 01:45
Sandus berkata...
pak amin bolehkah tuan memberi penjelasan terhadap persoalan di bawah ini/ 1- apakah hubungan antara kerajaan siam dgn pkm. 2- adakah pernah pkm menjalinkan hubungan dgn gerakan pembibasan rakyat melayu petani? 3-adakah adakader pkm dari kalangan penduduk tempatan? sekian.
2009 Jun 7 03:25
yoblehsastra berkata...
salam semua,
kita berbincang diblog ini untuk membentangkan faktor sejarah dari kacamata seorang pejuang pkm. sejarah adalah sesuatu yang telah berlaku dan benar terjadi. mengapa faktor itu terjadi boleh kita bahaskan disini. apakah tanggapan kita terhadap perkara itu mungkin mempengaruhi emosi setiap pembaca. kita haruslah berfikiran matang tentang hal ini. saya berterima kasih terhadap penulis blog ini kerana membentang sejarah penentangan kepada penjajah inggeris dari kacamata mereka.
2009 Jun 7 09:11
si pekak dan si bisu berkata...
aku sokong new kids on the blog...
aku da naik nyampah ngan suma orang yg blagak pandai & tunjuk pandai & memandai2...

pendapat korang ntah btul ke tidak...
da la korang sume xde di tempat kejadian...
tapi korang punye hujah mcm korang la yang sama2 g bperang dulu...

aku lagi suka baca tulisan Pak Mat Amin...
at least beliau benar2 berada di tempat dan masa kejadian...

aku harap korang stop la btelagah sesama sendiri...sorang cakap A, sorang cakap B...
Sume nak betul, sume nak menang...xde ujung xde pangkal, bergaduh & berdebat kat blog ni.

bangsa lain yang baca blog ni tgelak2 je tengok melayu berkelahi sesama sendiri...
diorang rileks je...

lantak korang lah...salam///

http://syafeque.blogspot.com
2009 Jun 8 00:16
Tanpa Nama berkata...
TENTUNYA SELEPAS INI PROFESOR SEJARAH KAT UNIVERSITI PULAK YANG PENING KEPALA. APAKAH SUMBER SEJARAH YANG TULIN DARIPADA REGMEN KE10 BOLEH DITERIMA..? (ISA SEDANG MENUNGGU, PROF)
2009 Jun 8 03:57
Tanpa Nama berkata...
DIKATAKAN KOMINIS TAPERCAYAKAN TUHAN. ISLAM PUN BEGITU JUGA. LAILA HAILLALLAH JELAS TIDAK MAHUKAN TUHAN !
2009 Jun 8 04:03
Tanpa Nama berkata...
Allah adapun Iraq & Iran perang selama 8 tahun dan satu million Muslim dibunuh bukan oleh komunis tetapi oleh Muslim sendiri.
2009 Jun 8 11:32
Tanpa Nama berkata...
aku stuju...dah naik menyampah...bila melayu nak maju macam ni,kalau kerana ideologi2 yang masing2 perjuangkan,kita berpecah??tak malu ka???cukup2 lah kalau nak taksub sgt pun....
2009 Jun 9 03:24
pakcikdisini berkata...
"jika Parti Komunis Malaya itu pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, kenapa disiksanya penduduk Tanah Melayu...?" kata seorang pakcik tua yang hidup pada zaman itu kepada aku... dan aku sampaikan kepada korang, hadamlah ia dengan pemikiran dan ideologi sendiri
2009 Jun 13 10:01
Tanpa Nama berkata...
Orang melayu dah melawan penjajah dari berakhirnya zaman Sultan Melaka lagi....... Dan orang melayu dah menuntut kemerdekaan serta usaha menghalau penjajah dari zaman Dol Said, Mat Kilau..... Datuk Maharaja Lela dan lain lain lagi......
2009 Jun 17 17:32
Tanpa Nama berkata...
org komunis ni duk nk org iktiraf perjuangan die..
m'sia nk pegi lg jauh.xpyhla komunis nk sbuk2.
klu murni la sgt perjuangan 2,migrate ke korea utara je
china pun xle naik spt kita lihat ari ni jika xdbuang imej komunisnye

nk di cerita dia initiate sumelah,UMNO hapraklah dan mcm2 lg kebaikan TG HJ Chin Peng ni,ape sumbangan komunis selepas 1957?
bunuh sana sini,sbb tali barot british
xde cara lain nk membebaskan tanah melayu mlainkn dgn senjata

xde komunis yg well educated,minda nk membantu bangse sendr
xabes2 dgn retorik m'sia belum bebas sepenuhnya
lalu tanggungjwb komunis dgn memikul senjata myelesaikannye

lps tu ape?
jgn kate Chin Peng jdk PM
sbb komunis pd dasarnya xkenal demokrasi
yg ade adlh dictator
abes org melayu ni siapa

pd ketika itu tiada semngt patriotik pd bangsa cina dan india pd tnh melayu
mereka hanya kisahkn tnh air mereka

tp kite bersyukur yg amat2,sbb chin peng ni rs terpanggil nk memmbela nasib bangse kite
begitu juga negara china
amat2 prihatin ke atas nasib bangsa melayu

sbb itu dosa besar klu kita tolak pahaman komunis.
islam juga mengajar kite menjd lbh komunis
2009 Jun 24 16:55
Mohd Izaddiq berkata...
semua bacul tulis komen tak letak nama.. cmon la.. berani kerana benar!!
2009 Jun 26 11:46
STEVEN KAMISAN berkata...
SAYA BENCI KOMUNIS DAN PENJAJAH


CHING PENG BERSALAH SEBAB DAH RAMAI DIA DAN KOMUNIS2 NI BUNUH ORANG, ASKAR, POLIS DAN SAPE2..
KALAU NAK CAKAP PERJUANGAN UNTUK KEMERDEKAAN, RASANYA SEMUA RAKYAT TANAH MELAYU KETIKA ITU NAK MERDEKA..

JADINYA, CHING PENG TU PATUT DIADILI DI MALAYSIA. KENANG KEMBALI KEPADA ATOK NENEK KITA SEMASA DISERANG KONUNIS, NAMUN, ADILI CHENG PENG TU DENGAN SEBENARNYA.. JAUH SEKALI UNTUK SAYA MEMIHAK KEPADA CHING PENG..

TAPI, YANG MENJADI MUSKIL KEPADA SAYA SEKARANG IALAH, KALU KITA PANDANG KOMUNIS NI CELAKA, KITA PUN PATUT PANDANG PENJAJAH SEPERTI JAPAN, BRITISH, HOLLAND & PUTUGAL CELAKA JUGAK..
2009 Jun 27 01:03
Tanpa Nama berkata...
Kata -kata ibu saya tentang komunis "seingat maklah tidak lah sezalim yang digambarkan oleh suratkhabar.Masa mak kecil ada nampak diorang tumpang teduh masa hujan di depan rumah atok kau sambil makan minum dan borak2 sebab mereka pun orang sekampung sama belajar dengan atok kau disekolah pondok cuma masa mereka nak sign perjanjiaan damai di baling tu mereka tak setuju dengan syarat yang diberikan oleh kerajaan dan orang putih itu yang mereka masuk hutan balik.Pada mak lah mereka tu pejuang tanahair tapi tak dapat apa-apa sebab tak nak dengar kata orang putih.

Itu adalah ulasan dan kata-kata emak saya yang saya pegang dan bagi saya dalam perjuangan memang ada percanggahan pendapat.Buat kedua-dua pihak yang menentang dan ditentang colateral damage akan berlaku jadi janganlah kita dendam mendendam.Tentera terkorban kerana dibayar oleh sang penguasa untuk menegakkan idealogi politiknya sang gerilyaa pulak terkorban kerana menegak daulah politiknya.Benarlah kata-kata orang tua menang jadi arang kalah jadi abu.
2009 Jun 30 12:41
Mike berkata...
kalau komunis menang . pengerusi mao le pegang mesia sume kene bawak buku merah puja2 dia.ko ni pon satu tanpa nama komunis tu ideologi yang tak demokrasi lansung. kalau udah komunis menang malaysia akan jadi macam china,korea utara le gamaknye sume naik basikal , sume org takleh ada agama dan harta. harta sume gomen punye
2009 Julai 4 09:23



1 ulasan:

  1. Awanama5:00 PG

    hehe ramai juga komunis kecewa kt cnie

    BalasPadam