Alfatihah Buat Pak Abu Samah Mohd. Kassim

Selasa, 2009 April 14

ALFATIHAH BUAT PAK ABU SAMAH MOHD. KASSIM

Pak Abu Samah Mohd. Kassim (1926 - 2009) telah pulang ke rahmatullah pada 7 April 2009, pukul 5 pagi (waktu Thailand), di Hospital Sungai Golok, Narathiwat Selatan Thailand. Jenazahnya dibawa ke rumah warisnya Ustaz Abdullah Hanafi, Sungai Golok.

Pak Abdullah C.D. bersama lebih 50 orang rakan seperjuangan dari Kampung Perdamaian Sukhirin atau nama rasminya Kampung Chulabhorn Patana 12 berkejar ke Golok untuk mengadakan pemakaman jenazah dan menyampaikan takziah buat isteri beliau Siti Norkiah Mahmood Baginda.

Adik ipar Alllahyarham, Tuan Haji Mokhtar Mahmood Baginda berkejar dari Pahang ke Golok dan tiba selepas solat Zohor. Jenazah Allahyarham disemadikan di Perkuburan Besar Sungai Golok pada pukul 2 petang.

Allahyarham mengidap sakit paru-paru, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sakit kencing manis.

Dicatat oleh M.A. di Selasa, April 14, 2009
Label: alfatihah

6 ulasan:
KEADILANbp berkata...
Innalillah........

Hidupnya berjasa, matinya mulia!
2009 April 17 22:51

Atom berkata...
Assalammualikum Bapak.

Al-Fatihah buat Pak Abu Samah @Pak Sibar.

Semoga dicucuri RahmatNya.

Terima kasih Pak Abu Samah.
Jasa mu tetap di kenang,sebagai pejuang menentang penjajahan.
2009 Mei 1 01:35

anyone berkata...
matinya seorang bekas komunis yang telah banyak membunuh anak bangsanya sendiri
2009 Mei 24 18:37

Tanpa Nama berkata...
dan telah banyak juga mati askar dan polis yang juga membunuh anak bangsa sendiri untuk kesenangan penjajah...

jadi macam mana?
2009 Mei 27 20:35

Tanpa Nama berkata...
dan ibrahim libya itu juga adakah komunis?
2009 Mei 28 16:25

Gedung Akal berkata...
Sejarah berulang,
Di Iraq & Afghanistan juga muncul pejuang seumpama komunis Malaya, manakala Nuri al_Maliki dan Hamid Karzai itu adalah wira demokrasi.
Itu Amerika sebut melalui CNN, Yahooo, Google, BBC dan sebagianya.

Catatan popular daripada blog ini

Muzium Sejarah

Barisan Gerila Malaya

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah