ABDULLAH C.D.: STRATEGI PENJAJAH BRITISH UNTUK MENGUASAI MALAYA

Rabu, 2009 Jun 10

ABDULLAH C.D.: STRATEGI
PENJAJAH BRITISH UNTUK
MENGUASAI MALAYA


STRATEGI PENJAJAH BRITISH UNTUK MENGUASAI MALAYA adalah sebuah kajian Bapa Abdullah C.D. yang pernah diterbitkan 3 kali iaitu edisi pertama, Mei 1984 dan edisi kedua pada Ogos 1988, dicetak dalam bentuk stensel. Pada 1998, edisi kedua dimuat dalam buku DARURAT DAN KEMERDEKAAN, tulisan Bapa Abdullah C.D. untuk memperingati 50 tahun Darurat di Tanah Melayu yang diterbitkan oleh Nan Dao Publisher, Hongkong pada tahun 1998. (Gambar: Abdullah C.D., penaja dan pemimpin Rejimen Ke-10 TRM)


Perkenalan

Untuk menguasai negara kita dan menjadikan tanah jajahannya, penjajah British telah menggunakan berbagai strategi khasnya strategi “pecah dan perintah”. Umumnya mereka menggunakan penentangan-penentangan di kalangan kelas berkuasa Melayu, mengadu domba kaum-kaum dan lain-lain. Selain untuk merampas tanah negara kita, penjajah British telah menguatkuasakan berbagai undang-undang tanah serta melakukan penindasan berdarah terhadap perlawanan bersenjata kaum tani. Sejak merdeka pada tahun 1957, Kerajaan Kuala Lumpur telah mewarisi strategi penjajah tersebut. Ini justeru untuk memelihara kekuasaannya dalam mengembangkan secepat mungkin modal birokrat dan modal komprador yang bersubahat dengan modal monopoli asing.

Buku kecil “ Strategi Penjajah British Untuk Menguasai Malaya” secara ringkas cuba menganalisa strategi-strategi penjajah British tersebut. Di harapkan buku kecil ini akan berguna sebagai bahan rujukan bagi segenap patriot dan demokrat dalam perjuangan untuk menegakkan demokrasi, keadilan dan kemajuan social di negara kita dewasa ini.
Strategi Penjajah British Untuk Menguasai Malaya


Untuk muat turun sila klik di sini


Dicatat oleh M.A. di Rabu, Jun 10, 2009


Label: Dokumen, penjajah British


43 ulasan:


Kekacang berkata...

Tahniah Pak Amin, keluarkan banyak lagi.

2009 Jun 10 09:02

Tanpa Nama berkata...

ini dia buku teks sejarah di sekolah2 Malaysia hari ni boleh kita buang dlm tong sampah....

2009 Jun 10 09:32

Baba siam berkata...

maaf ya! comment tadi terlupa paparkan nama.
saya Baba Siam

2009 Jun 10 09:36

Md Jali berkata...

Tolak tepi masalah ideologi, saya boleh nampak jelas keikhlasan dan ketabahan pejuang2 Rj 10 melawan penjajah. Tak hairanlah mereka boleh bertahan samapi 40 tahun mengharungi lautan api!
Apakah pihak yang berkuasa masih mau menipu diri sendiri dan menafikan mereka hak yang sewajarnya dalam sejarah kemerdekaan tanahair?

2009 Jun 10 11:48

jamrussia berkata...

isu menarik sekali. mereka masih berkuasa dan terus menjalin kerjasama hingga ke hari ini. syabas atas pendedahan demi pendedahan. mungkin akan ada perubahan selepas pru 13 nanti apabila pakatan mengambilalih tampuk pemerintahan negara.

2009 Jun 10 13:03

Tanpa Nama berkata...

Sekadar membantu Pak Amin compose kan dokumen dlm bentuk PDF bagi memudahkan pembacaan kita semua.

Sila download disini:
http://rapidshare.com/files/242876213/Abdullah_CD_Strategi_Penjajah_British_Untuk_Menguasai_Malaya.rar

Terima kasih

2009 Jun 10 14:44

gila-gila berkata...

Strategi-strategi imperialis Anglo-Amerika akan terus digunakan di Iraq, Afghanistan & tempat-tempat lain jika kita tidak belajar dari sejarah yang benar.

2009 Jun 10 15:54

Mat Amin berkata...

Terima kasih Sdr Tanpa Nama. Sila download
http://rapidshare.com/files/242897986/Strategi_Penjajah_British_Untuk_Menguasai_Malaya.pdf

Harap berilah nama (walaupun samaran) dibawah catatan sdr.

2009 Jun 10 16:38

tabuan berkata...

akm...
saya ucap tq pada rejimen ke-10, mungkin ini menjadi batu loncatan bagi perikatan menuntut kemerdekaan.

Tapi bagaimana sejarah mahu menulis yang PKM memperjuangkan kemerdekaan kerana setelah 32 tahun malaya merdeka baru PKM meletak jawatan.

Adakah kemerdekaan dengan pertumpahan darah dan menghalau terus inggeris dari malaya itu lahir dari akal yang bijak, sementara mendapat kemerdekaan dengan tak tumpah darah itu lahir dari akal yang dangkal.

Memang kita nak mengurus sendiri negara kita, tapi berapa kah bijak pandai dari melayu yang boleh menerajui pemerintahan pada masa tsb. Bila bandar baru dibuka melayu lari masuk hutan..sebab tu mejority melayu dari kampung..(baca keris emas.)

Memang kita nak membahagi kan estet dan lombong inggeris bila kita berjaya halau mereka.Tapi kemana kita nak jual hasil estet dan lombong ini.

Sekarang ramai org inggeris datang kesini, datang melihat kejayaan kita.

Bagi saya Rejimen ke-10 mencari cara tersendiri utk menuntut kemerdekaan. Mungkin penglibatan rejimen ke-10 adalah kerana tidak mendapat maklumat yang lengkap pada ketika itu berkenaan Komunisme.
Tapi matlamat tidak menghalal kan cara.

Bagi kebanyakan generasi muda hari ini cerita pasal bukit kepong, cerita pasal penyembelihan orang melayu oleh bintang tiga, cerita pasal selempang merah, cerita pasal darurat dan cerita pasal 12000 nyawa yang terkorban adalah cerita hantu lama.orang muda dah tak takut.
Walaupon masyarakat hari ini mengemari cerita saka dan waris jari hantu.

Tapi kita perlu tahu pihak komunis tidak mengambil kira faktor keteguhan etnik dan agama.Fahaman marxisme dan leninsime tidak percaya pada kewujudan tuhan ia menentang semua agama.

Dalam kegairahan kita menulis semula sejarah dan cuba meletakan komunisme pada landas perjuangan sebuah negara kita lupa bahawa karl marx adalah yahudi das kapital adalah yahudi

2009 Jun 10 18:29

Tanpa Nama berkata...

Saudara Tanpa Nama & Pak Mat Amin/Moderator,

Terdapat error utk mendownload. Sila check semula.

Terima kasih.

jagungmentah

2009 Jun 10 19:04

Kekacang berkata...

Tabuan, rasanya bab itu saudara perlu mngkaji dengan lebih detail lagi. Saudara cuba nak menyalahkan perjuangan terdahulu. Kata - kata saudara adalah melambangkan kata - kata seorang Kapitalis atau bangsa yang tiada keyakinan diri. Lihat Vietnam, selepas perang tidak sampai 10 tahun mereka mampu setanding dengan kita.
Saya akui Karl Marx seorang Yahudi, tetapi apakah semua ciptaan Yahudi berdosa kita guna. Jika begitu haram kita gunakan komputer, TV, Radio, dan banyak ciptaan moden, kerana perekanya semuanya berbangsa Yahudi.
Adakah semua pandangan Karl Marx salah, rasanya tidak hilang aqidah kita mengambil apa yang baik dan mampu dipraktikkan.
Bercakap pasal ideologi, bagaimana pula dengan feudalisme Melayu. Mana dia ulama' Islam yang berani mengatakan mengganggu aqidah. Sedangkan kita tahu banyak amalan dan praktik berkaitan dengan kesyirikkan kerana mengambil adat - adat Hindu dan Kafir.
Bagaimana pula dengan nasionalisme, yang mengakibatkan manusia bersuku - suku dan berasobiyyah. Sedangkan jelas ditentang oleh agama kita sendiri. "Tidak cium bau syurga orang yang berasobiyyah'.
Pandangan saya jelas, perjuangan tetap perjuangan, mungkin ada kelemahan. Tetapi tidak perlulah kita menafikan sumbangan mereka. Rakyat berhak dibentangkan dengan sejarah sebenar, dan nilailah sendiri mana yang baik dan buruk. Kesilapan terdahulu boleh dijadikan iktibar untuk kita.

2009 Jun 10 22:06

Tanpa Nama berkata...

Saudara tabuan,

mengapa kita tidak yakin kita boleh berdiri sendiri tanpa bantuan penjajah.. kenapa kita tidak yakin.. oleh sebab kita harapkan British la satu persatu negeri ditakluk oleh British. Jatuh bangun tanpa bantuan kan lagi elok.

Dlm menuntut kemerdekaan, golongan yg pengecut dan pengampu disebut wira.

Azhar, Shah Alam

2009 Jun 10 23:47

zam berkata...

kalo susah guna http://www.scribd.com senang sikit. ada kemudahan upload direct..free..http://kehidupandilebanon.blogspot.com

2009 Jun 11 01:11

non-partisan berkata...

Saudara semua,

Kebenaran hanya akan hadir jika kesemua pihak sanggup berkumpul bersama sambil membawa fakta untuk dibuktikan atau disanggah.

Ini untuk mengelakkan kekeliruan rakyat yang tidak berada dizaman itu.

Adalah wajar untuk kerajaan bersama-sama pihak pak mat menggunakan satu saluran yang boleh dinilai sendiri oleh kami.

Biarlah kita menilai dan jangan terburu-buru menegakkan apa yang tidak dilalui sendri.

Oleh itu... peace, no war!

2009 Jun 11 01:18

Capt Arlizam G4 berkata...

gunakan scribd untuk upload pdf file..senang dan cepat.nak baca pun senang.bole tgk contoh kat blog saya. tumpang bagi idea sahaja..mana la tau berhasil.

2009 Jun 11 01:30

Mat Amin berkata...

terima kasih kepada saudara Zam dan Capt Artizam G4

2009 Jun 11 07:01

tabuan berkata...

akm..
kepada kekacang dan azhar shah alam...
tabuan ingat kita semua anti yahudi..sebab tu kita boleh berdemotrasi bila yahudi membunuh rakyat palestein.
Kita juga berdemo bila pasukan kriket israel datang kesini.sedangkan sukan itu baik utk kesihatan.

Tabuan boleh menerima penjelasan Mat Amin.Tapi tabuan tak boleh lupa Mat indera sewaktu peristiwa bukit kepong.

Tabuan tak boleh maaf kan Chin peng kerana chin peng tak pernah mohon maaf.
Kesalahan chin peng sama dengan kesalahan Azazil penghulu segala malaikat.

Melihat kesalahan Azazil, lebih besar lagi kesalahan Adam A.s yang engkar akan arahan Allah semasa di dalam syurga. Murka nya Allah swt kepada Adam sehingga mencampak kan Adam ke dunia ini. Tetapi Allah swt yang maha penyayang itu mengampun dosa Adam A.s.

Tetapi mengapa Allah swt tidak mengampun dosa Azazil, sedangkan Azazil adalah ketua segala malaikat. Mahkluk yang sentiasa patuh dan sujud kehadrat Allah swt. Dosa Azazil dengan dosa Chin Peng adalah sama. Azazil rela dan reda menerima dosa yang dilakukan, malah dengan ego nya tidak sama sekali memohon keampunan kehadrat Allah swt. Begitu juga Chin Peng, beliau rela dan reda terhadap apa yang beliau lakukan, malah amat berbangga

2009 Jun 11 08:40

John Winchester berkata...

Seronok membaca isu berkaitan sejarah, banyak pendapatnya....

Teruskan atuk Mat Amin...

teruskan menyokong perjuangan PR.....

2009 Jun 11 09:04

Tanpa Nama berkata...

Saudara tabuan,

Boleh tau apa yg saudara tidak boleh lupa Mat Indera sewaktu peristiwa Bkt Kepong? Adakah saudara ada di sana ataupun hanya dari menonton filem?

Bg saya yg mentah ni sy hanya menonton filem... tp kita tak boleh ambil bulat2 dr situ..

Azhar, Shah Alam

2009 Jun 11 10:03

Md Jali berkata...

Syabas Mat amin.....Dengan sedikit saja bantuan, anda telah cepat bertindak untuk memudahkan kami membaca dan save bahan diatas.sikap terbuka dan prihatin pak amin akan membuat lebih ramai lagi menyokong dan mengemari blog ini....Pak amin telah menujukan sifat seorang pejuang yang baik.teruskan blog ini pak amin.

2009 Jun 11 10:55

penyengat berkata...

Kepada tabuan:
Jelas anda tak faham beza antara yahudi dengan zionis israel. Sebab itu 'komen' anda dalam blog ini kuat bau perkaumannya. Seperti kain balut luka, semakin panjang semakin busuk.....

2009 Jun 11 11:09

Mat Amin berkata...

sila lihat pandangan ini sebagai tatapan:

http://www.malaysiakini.com/columns/105923

2009 Jun 11 13:03

Tanpa Nama berkata...

Theori kospirasi orang putih gila yang saya maksudkan:

http://edition.cnn.com/2009/CRIME/06/11/museum.shooting.suspect.two/

2009 Jun 12 07:47

Kekacang berkata...

Pak Amin, boleh ceritakan kisah pejuang WanAli, Manaf Jepun dan lain - lain lagi. Sejarah mereka banyak yang diputerbelitkan.

2009 Jun 12 10:10


Mat Amin berkata...

Saudara Kekacang,
terima kasih kerana mengikuti blog ini. permintaan saudara itu akan menyusul di blog ini, insya-Allah.

2009 Jun 12 10:56

Tanpa Nama berkata...

Pak Amin yang dihormati: boleh beri pandangan tentang Dato' Onn Jaafar dari kacamata seorang penjuang anti-penjajah ? Terima kasih.

2009 Jun 12 15:26

Mat Amin berkata...

berkenaan Datok Onn ada sejarahnya tersendiri. Bahagian itu akan terbit secara bersiri nanti. Saya sedang berhubung dengan pihak muzium untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.

2009 Jun 12 15:35

curator berkata...

"Saya sedang berhubung dengan pihak muzium...."
Apa maksud Pak Amin? Muzium mana?Muzium negara yang pro-British di KL tu ke?

2009 Jun 12 17:15

Md Jali berkata...

Kepada 'tanpa nama' yang tak nak letak nama:
Nak tau Datok Onn? Dialah pemimpin Umno pertama yang dipupuk British. Dia terkenal kerana sikap sinisnya terhadap golongan yang maukan kemerdekaan: Nak merdeka konon! Buat jarum pun tak pandai....
Dari situ kita dah boleh menilai, kan?

2009 Jun 12 17:26

Mat Amin berkata...

Saudara Curator,

Yang saya maksudkan ialah Muzium Sejarah Kampung Perdamaian. Menyimpan banyak bahan yang mungkin tak ada di Muzium Negara. Untuk masa ini pihak pengurus kekurangan dana, jadi penyimpanannya tidak rapi. Mereka sedang berusaha ke arah yang terbaik.

2009 Jun 12 17:59

curator berkata...

Pak Amin,
Ini satu berita baik ttg wujudnya Muzium Sejarah di Kampung Perdamaian. Macam mana kalau kami ingin berkunjung ke sana? Apakah ia terbuka kepada orang ramai?
Saya cadangkan supaya Pak Amin buat sedikit pengenalannya di blog ini dan kalau boleh dengan gambar2 sekali. Selain saya, tentu ramai yang berminat. tk

2009 Jun 12 18:15

Mat Amin berkata...

Saudara curator,

Saya akan perkenalkan lebih terperinci mengenai Muzium Sejarah Kampung Perdamaian Sukhirin nanti. Gambar muzium itu telahpun saya letakkan di laman utama blog ini.

2009 Jun 12 19:16

Tanpa Nama berkata...

Saya duduk di Johor, tetapi ade beberapa fakta tentang Mat indera ynag perlu diperbetul. Beliau memang legenda tersendiri (setanding dengan kiyai Salleh Selempang Merah). British sendiri pernah menawarkan harga untuk penangkapannya, tapi versi menyatakan beliau ada kekebalan.
Dalam bukit kepong, Mat Indera memang terbabit tetapi pembunuhan berlaku setelah polis melayu kangkangan british berdegil untuk tidak meletak senjata. Dalam analisa perang, pejuang komunis tidak pernah mengancam rakyat kebanyakan dan tindakan hanya diambil sekiranya berlaku pakatan/kerjasama dengan angkatan british (itupun setelah amaran terlebih dahulu - 'guerilla warfare')

scratcher

2009 Jun 13 04:03

gila-gila berkata...

Pak Amin yang di sayangi: sebagai seorang anggota generasi muda, saya juga berminat tentang Dato' Onn Jaafar (1895-1962) bukan sahaja dari kacamata Pakcik sendiri tetapi juga pakcik-pakcik & makcik-makcik di Regimen Ke-10 yang lain yang mengambi bahagian dalam perjuangan bersenjata menentang penjajah dan penjajah bentuk baru dari 1948 (tahun mulanya perjuangan kemerdekaan bersenjata) ke 1962 (tahun Onn Jaafar meninggal dunia). Sekian. Terima kasih.

2009 Jun 13 10:11

zainalabidinahmad berkata...

Reg ke 10 adalah angkatan bersenjata yang didalangi PKM, jadi tak perlu bertungkus lumus hendak mengasingkannya sebagai angkatan pejuang melayu menentang Brittish. Hakikatnya ia adalah alat PKM dan ia adalah anggota PKM dari kalangan Melayu. Hakikatnya juga ia berjuang untuk menewaskan Brittish selepas PKM kempunan tempoh singkatnya menjajah Malaya selepas kekalahan Jepun telah digagalkan oleh pulangnya Brittish dan menghalau PKM dari berkuasa. Hakikatnya selama PKM tertubuh di Malaya pada 1930, PKM tidak menentang atau berjuang untuk kemerdekaan kerana ia lebih tertumpu kepada perjuangan melanjutkan fahaman PKM dikalangan penduduk Malaya dari keturunan Cina. Hanya ketika pendudukan Jepun, PKM turut dibantu oleh Brittish bagi menentang Jepun dan PKM menubuhkan MPAJA bagi mendalangi orang Melayu tentang Jepun.Sebaik Jepun kalah oleh Bom Atom, PKM ambil kesempatan memerintah Malaya tetapi kempunan apaibila Brittish kembali. Hanya bermula 1948 baru PKM menubuhkan Reg 10 bagi membalas dendam dan merebut kembali Malaya dari Brittish. Hakikatnya cara PKM tidak direstui ramai orang Melayu dan juga orang Cina, akhirnya cara UMNO telah berjaya. PKM terus serang Malaya Merdeka dan kerajaan UMNO. Untuk apa??? Bebaskan Malaya dari kuasa pemerintahan orang Melayu Malaya sendiri?? Ya! untuk takluk Malaya bagi pihak Gerakan Komunis dan menjajah Malaya dengan fahaman Komunis. Apa bezanya penjajahan oleh fahaman Komunis dengan Penjajahan Brittish?? Bukankah orang Malaya hendak Merdeka dari Brittish dan ianya telah berjaya melalui cara danm hemah UMNO?? Persekutuan Tanah Melayu Merdeka dan kemudian Malaysia Merdeka dibawah kuasa Kerajaan Rakyat Malaysia TETAP diperangi oleh PKM hingga serah senjata kepada kerajaan Dr.Mahathir pada 1989. Untuk apa? Kerana apa?? Tak payah lah hendak menegakkan benang basah dan masih mahu menuntut diterima sebagai pejuang sedangkan pada hakikatnya PKM adalah pengkhianat Tanahair yang GAGAL! Pejuang fahaman Komunis yang menjadi talibarut gerakan Komunis untuk mengembangkan fahaman itu di Bumi Malaysia, Gagal dan akhirnya setelah menganiayaai rakyat Malaysia, mahu mengaku pula diri sebagai bekas pejuang Tanahair? Tidak dibicara sebagai penjenayah perang dan penderhaka tetapi diampun dan diberikan tanah untuk membuka kampung sudah sepatutnya bersyukur dan terima kasih. Kerajaan Malaysia tidak membalas dendam diatas segala pembunuhan dan penderhakaan dah cukup baik. Cuba bawa bersyukur dan sebaliknya mengaku kalah dengan sebenar-benarnya dan mengaku bahawa cubaan PKM telah gagal dan sebenarnya Malaysia berterima kasih kepada pejuang UMNO diatas rahmat yang bada hari ini dan juga berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan UMNO serta BN diatas segala timbang rasa terhadap puak PKM yang diberi nafas baru. Tak payahlah hendak jadi seperti anjing tersepit dilepaskan ingin pula gigit orang yang melepaskannya. Atau apakah berhajat mahu menyambung kjembali cita-cita PKM yang telah jelas gagal bukan sahaja di rantau sini malahan diseluruh pelusuk dunia? Untuk usia dihujung tempoh ini, jadilah manusia berguna dan jangan terus-terusan menjadi pejuang boneka yang hilang akal!

2009 Jun 13 12:39

jamrussia berkata...

british telah mendapatkan bantuan dari tentera-tentera negara komanwel spt afrika, fiji, gurkha, new zealand, australia untuk menghancurkan PKM di tanah melayu...lihat bagaimana liciknya british memerangi PKM suatu masa dulu...mereka menggunakan seluruh kekuatan untuk membinasakan PKM...

2009 Jun 13 17:05

John Winchester berkata...

Humn...mengenai Mat Indera...ada cerita dia melarang anggota PKM dari terus membunuh anggota polis yang melarikan diri...ada cerita juga yang dia mengaturkan anak2 dan isteri polis lari dari kawasan barek.....

Kalau diikutkan cerita, anak2 dan isteri2 polis yang terbunuh pun bukan direct fire dari pihak komunis....tapi peluru sesat je.....

Banyak cerita, banyak perkhabaran, gunakan akal fikiran yang waras untuk menilai......

2009 Jun 13 18:09

Tanpa Nama berkata...

Letih laa tengok orang tua mcm zainalabidinhassan(ahmad). Langsung takda nilai hujah. mcm pak pandir. budak form3 skrang pun lagi advanced pemikirannya dari orang tua ni. sekarang bukan lagi zaman ko, dah pegi tengok anak2 tue..ntah2 tengah sibuk baca Mein Kampf

the grill

2009 Jun 14 04:28

Tanpa Nama berkata...

zainalabidinahmad kata "sebenarnya Malaysia berterima kasih kepada pejuang Umno di atas rahmat yang bada hari ini dan juga berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Umno serta BN..."
Hentam zainal hentam!Lagi byk lagi cepat Umno lingkup!!!
zabah

2009 Jun 14 07:22

Tanpa Nama berkata...

salam tuan; harap tukat warna "link color" dari warna biru ke warna yang lebih jelas di baca,, Terima kasih.

2009 Jun 15 14:50

saddamalaya berkata...

Bagus la blog ni...ada fakta yg mmg sepatutnya difikirkn oleh semua rakyat malaysia yg merdeka pemikirannya...

Pada zainalabidinahmad...kesian dgn pakcik yg membela umno semata dgn menafikn pejuang2 lain..Yg sepatutnya,kita merasa sangsi dgn umno,sbb hanya umno yg tidak diharamkn oleh british dlm keadaan gerakn2 lain diharamkn..Adakah kerana hanya umno yg british yakin akan meneruskn agenda mereka?Apakah agenda british demi Malaya dan Islam?

sesungguhnya......

2009 Jun 16 09:58

SUARA berkata...

British "Pecah dan Perintah". PKM "Mengganas dan Bunuh" Kita tida lupakan kisah Bintang 3 dimana ramai orang Melayu dibunuh dengan kejam oleh PKM. Come on la. The End justifies the mean. Kemerdekaan yang di bawa oleh PKM adalh kekejaman terhadap bangsa sendiri.

2009 Jun 19 01:35

Saifullah berkata...

Saya sungguh gembira membaca blok yang sangat memberi manfaat kepada mereka yang berfikir. Ini semua kehendak yang Maha Esa. Jika Dia berkehendakan orang itu kafir, maka kafirlah dia. Inilah cobaan bagi orang yang beriman. Semoga Pak Amin hidup bahagia dan dirahmati Allah kerana kejujuran dan keikhlasan Pak Amin menegakan hukum Allah. Allah akan menghimpunkan orang-orang munafik bersama orang-orang kafir dan dimasukan mereka ke dalam Jahanam.Dunia ini hanya sementara. Yang hidup pasti akan mati. Yang paling kita takuti adalah penyakit di dalam hati. Adakah hati manusia yang lain sama seperti kita, kerana Allah? Kita doakan semoga saudara kita yang kafir dibukakan hatinya menerima islam dan yang islam pula dimasukan kedalam Firdaus.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Muzium Sejarah

Barisan Gerila Malaya

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah