Catatan

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah

Imej
Khamis, 2009 Julai 30 Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah Ibu Zaleha Mat Roni adalah serikandi terpuji puteri Sungai Pahang yang rela bergalang tanah demi kemerdekaan tanah air. Dengan mendapat pengaruh patriotisme dari datuknya yang menjadi angkatan perang Datok Bahaman, Ibu Zaleha membenci penjajah British sejak kecil lagi. Begitu gerakan kemerdekaan berkobar di Temerloh selepas kekalahan Jepun, beliau lantas menyertai AWAS (Angkatan Wanita Sedar) - pertubuhan wanita Melayu yang pertama memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Beliau telah diberi kepercayaan memimpin AWAS Cawangan Lubuk Kawah sehinggalah pertubuhan itu diharamkan pada tahun 1948. Berikut adalah profail ringkas Ibu Zaleha Mat Roni. Nama: Zaleha binti Mat Roni (1924 – 2004) atau nama samarannya Rosmah@ Wan, dilahirkan di Kampung Bangau Tanjung, Mukim Bangau, Daerah Temerloh, Negeri Pahang. Pendidikan: Lulus darjah 4 Sekolah Melayu Bangau. Belajar agama dengan guru agama kampung. Datuknya Mat Ali

Rumah Terbuka Gerakbudaya- 8 Ogos 2009– Merayakan Kemerdekaan

Imej
Selasa, 2009 Julai 28 Rumah Terbuka Gerakbudaya- 8 Ogos 2009– Merayakan Kemerdekaan Ingin mengetahui lebih banyak versi lain sejarah? Sila berkunjung ke: Rumah Terbuka Gerakbudaya- 8 Ogos 2009– Merayakan Kemerdekaan http://www.gerakbudaya.com/2009/07/%E2%80%9D-rumah-terbuka-gerakbudaya-8-ogos-2009%E2%80%93-%E2%80%9Cmerayakan-kemerdekaan%E2%80%9D/ Host: Gerakbudaya Date: Saturday, August 8, 2009 Time: 9:00am – 11:00 pm Location: Gerakbudaya Street: 11, Lorong 11/4E 46200 City/Town: Petaling Jaya, Malaysia Phone: 0193893804 / 03- 795 78342 ——————————————————————– ‘Buku Indo & Kiri untuk ‘perjuangan’ & sembang santai’ Aturcara program : 9 pagi - 11 malam : Jualan buku 8 malam - 11 malam : Sembang santai ‘Tiada Kiri, Jangan Harap Malaya Merdeka’ Untuk siri yang pertama, kami memilih buku-buku yang kami import khas dari penerbit-penerbit buku tersohor Indonesia di dalam bidangnya seperti Yayasan Obor, Komunitas Bambu, Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melay

Pohon Ampun Maaf

Imej
Isnin, 2009 Julai 27 Pohon Ampun Maaf Assalamualaikum, dan salam sejahtera, Para pembaca yang budiman, Berita yang disiarkan pada 17 Julai 2009 yang menyebut ” Pada 15 Julai 2009, seorang putera terbaik Sungai Pahang telah pulang kerahmatullah. Beliau adalah Ahmad bin Taha…..” adalah tidak benar. Saya, Mat Amin yang mengelola blog ini bertanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan tersebut. Berhubung dengan masalah ini, ingin saya nyatakan perasaan saya sebagai berikut: 1. Berdasarkan Ulasan dari Saudara MENANTU BUNTUT PULAU, saya telah meminta bantuan sahabat-sahabat menyiasat semula perkara ini. Jawapan terbaru yang diterima ialah Pak Ahmad Taha @ Remaja masih hidup. 2. Saya menyatakan penyesalan yang amat sangat kerana menyiarkan berita secara tidak bertanggungjawab. Semoga ia menjadi pengajaran penting dalam hidup saya. 3. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Saudara MENANTU BUNTUT PULAU yang sudi memberikan ulasan sebagai tanggungjawab memperbetulkan kesa

Rakan Seperjuangan Bertahlil Untuk Arwah Ahmad Taha

Imej
Jumaat, 2009 Julai 24 Rakan Seperjuangan Bertahlil Untuk Arwah Ahmad Taha Pemergian Allahyarham Ahmad Taha merupakan berita yang sedih bagi rakan seperjuagan di Kampung Perdamaian Sukhirin. Mereka beramai-ramai mengadakan majlis tahlil dan memanjatkan doa ke hadrat Allah Taala semoga roh Allahyarham diletakkan di kalangan orang-orang yang solih. Ketika mengenang masa silam, rakan seperjuangan di Sukhirin menyebut bahawa Allahyarham adalah antara putera puteri terpuji Sungai Pahang yang bangun memanggul senjata berjuang demi menghalau penjajah dari bumi tanah air apabila penjajah British melakukan penindasan menyeluruh ke atas gerakan kemerdekaan pada tahun 1948. "Allahyarham adalah antara pejuang yang teguh mempertahankan perjuangan, walau dalam keadaan apapun tak pernah tunduk pada rintangan. Di masa revolusi mengalami kekandasan, Allahyarham bersama-sama rakan seperjuangan yang lain sama-sama merasai ketiadaan makanan, setahun tak menjamah nasi dan lain-lain. Semua

BARU TERBIT : MEMOIR ABDULLAH C.D. BAHAGIAN KETIGA

Imej
Selasa, 2009 Julai 21 BARU TERBIT : MEMOIR ABDULLAH C.D. BAHAGIAN KETIGA Memoir Abdullah C.D. (Bahagian Ketiga): Perjuangan di Sempadan dan Penamatan Terhormat ISBN: 9 789833782802 Author: Abdullah C.D. Publishe r: SIRD Year: 2009 No of Pages: 407 Product ID: 436 “Di masa silam, kawasan sempadan yang merupakan kawasan strategik perang gerila pernah menjadi sandaran belakang perang-perang patriotik anti-British seperti Perang Bahaman di Pahang (1891-1895), Perang Tok Janggut di Kelantan (1915) dan Perang Haji Abdul Rahman di Terengganu (1928). Rakyat kedua-dua belah perbatasan tersebut adalah dari ras dan rumpun yang sama iaitu rumpun Melayu. Datok Bahaman dan beberapa pemimpin perang itu bersemadi di negera jiran tersebut.” “Perjuangan di kawasan sempadan telah menempa pasukan Rejimen Ke-10 menjadi sebuah pasukan yang benar-benar teguh dan tabah memperjuangkan cita-cita kemerdekaan. Di akhir tahun 1950-an hingga awal 1960-an, pasukan bersenjata TPNM di kawasan sempa

PERGINYA SEORANG PUTERA TERBAIK SUNGAI PAHANG

Imej
Catatan: Berita pemergian tentang Ahmad Taha ini tersalah lapor. - Kini Dan Silam) Jumaat, 2009 Julai 17 PERGINYA SEORANG PUTERA TERBAIK SUNGAI PAHANG Alfatihah….. Pada 15 Julai 2009, seorang putera terbaik Sungai Pahang telah pulang kerahmatullah. Beliau adalah Ahmad bin Taha, bekas kader Rejimen Ke-10 TRM. Rakan seperjuagan di Kampung Perdamaian Sukhirin berdoa semoga Allah menempatkan Allahyarham di kalangan orang-orang yang soleh. – Amin Allahyarham Ahmad Taha atau nama samarannya Remaja, dilahirkan pada bulan November 1926 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Daerah Temerloh, Pahang, menerima pelajaran sehingga darjah 6 sekolah Melayu. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau menyertai API, kemudian PETA. Beliau berkhidmat dalam rombongan bangsawan sebagai palakon, mempersembahkan drama, opera dan lain-lain untuk membangkitkan semangat kemerdekaan di bawah pimpinan Kamarulzaman Teh. Beliau pernah ikut serta dalam rombongan mendamaikan pergaduhan bangsa-bangsa di Benton